31/12/2012

Iman Yang Dibina

Assalamualaikum wbt.

Pertama sekali, ana memohon maaf kerana begitu jarang sekali ana meng'update' blog. Ini adalah tarbiah (didikan) daripada Allah SWT kepada ana agar memperbaiki 'time management' dengan lebih efficient dan tiada alasan untuk mengatakan 'tiada masa'.

Baiklah, mungkin ada sesetengah pembaca mengetahui bahawa ana sekarang ini sedang meneruskan pengajian ana dalam bidang 'education' atau lebih dikenali sebagai PGCE di London. Beberapa minggu yang lalu, Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang kepada ana dan dua orang sahabat yang lain untuk merasai pengalaman sekolah di sini iaitu Holy Cross School.

Walaupun hanya 5 hari, namun itu sudah memberi banyak pelajaran, pengajaran dan menghasilkan pemikiran yang baru. Ada beberapa kelas yang ana perhatikan, guru-gurunya ada menyentuh mengenai keimanan dalam keadaan yang mereka sedari atau tidak sedari.

Pemerhatian ana yang pertama adalah apabila guru yang mengajar di dalam kelas tersebut, memberi tugasan kepada pelajar-pelajarnya. Tugasannya ialah pelajar-pelajar ini perlu duduk dalam kumpulan yang telah ditetapkan dan mereka dikehendaki untuk membuktikan bahawa cerita ET adalah hasil daripada pembuktian yang sahih daripada sains. Jika mereka tidak menyetujui kebenaran filem ET, maka mereka juga perlu bentangkan bukti kepada kepalsuan cerita tersebut.


Kelas berikutnya di conduct oleh guru yang lain. Tugasan pada awal pembelajaran ialah guru tersebut bertanya kepada para pelajar,

" Is this world going to end?"
Soalan seterusnya yang ditanyakan oleh guru ialah,

" Why?"
" How?"
"When?

Soalan-soalan di atas ini berkait rapat dengan persoalan pertama tadi.

Berbalik kepada pemerhatian ana yang pertama iaitu filem ET, ana basically, tidak terlalu risau sama ada pelajar-pelajar ini mahu percayakan ataupun tidak. Hal ini kerana, alien bukanlah boleh menjadi penyebab kepada keruntuhan keimanan kita.

Penyebab keruntuhan kepada keimanan ialah apabila seseorang itu tidak percaya kepada Allah SWT, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Akhirat dan Qada, dan Qadar.

Namun awas, apabila kita mempercayai alien melebihi daripada Allah SWT, maka ia telah jatuh kepada syirik yang kadang kala manusia tidak sedari. Contoh yang lain ialah filem 'hantu' yang menjadi kehebatan di Malaysia sekarang ini. Ramai orang yang demand dengan cerita-cerita sebegini. Makanya pihak produksi perlu bekerja keras untuk menghasilkan filem-filem yang memenuhi kriteria-kriteria orang awam.

Pada satu sudut pandangan, ia memang dikatakan 'Best' bagi peminat filem cerita seperti ini. Tapi pernah tak kita terfikir, dari satu sudut sisi pandangan yang lain, sebahagian atau lebih, orang yang menonton filem ini telah menaruh ketakutan dalam dirinya terhadap 'hantu' melebihi daripada ketakutan terhadap Allah SWT.

Moga Allah melindungi kita daripada syirik yang kita tidak sedari.

Sementara di kelas pemerhatian ana yang kedua, ia memang ada kaitan dengan keimanan iaitu kiamat. One day, this world will be ended. That's the fact that Allah already told us in surah Al-Qari'ah, Az-Zalzalah, Al-Jasiyah dan banyak lagi.

Ana memerhatikan ada pelajar yang percaya dunia akan hancur dan ada pula yang tidak percaya. Bertambah rumit apabila ada segolongan daripada pelajar-pelajar ini yang mempercayai akan terjadinya penamat dunia, membuat estimation bila dunia akan musnah.

" Sungguh, hari Kiamat itu akan datang, Aku merahsiakan (waktunya) agar setiap orang dibalas sesuai dengan apa yang telah diusahakannya." (Taha: 15)

Penentuan hari Kiamat ada pada rahsia Allah SWT yang tidak diketahui oleh Nabi sekalipun. Merbahayanya   penekaan manusia ialah apabila manusia terlalu disibukkan dengan bila datangnya hari Kiamat seperti apa yang terjadi pada tahun 2012. Tahun yang dijangka dunia akan Kiamat. Sebaliknya, apa yang Allah SWT mahukan daripada kita adalah sibukkan diri dengan amal kebaikan yang dapat menjamin kejayaan di hari Kiamat kelak.

 Daripada sini, ana tidak menafikan, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik dan mengajar pelajar-pelajar agar semua apa yang telah dipelajari kembali kepada sifat neutral especially untuk subjek sains. Sifat neutral yang ana maksudkan ini ialah, apa terjadi sekalipun keajaiban mahupun teknologi yang tinggi, kembalikan semuanya kepada Allah SWT yang berkuasa Mutlak terhadap makhluk-makhluk-Nya dan merupakan Pencipta setiap makhluk yang ada di bumi mahupun di galaksi.

And I think, being a muslimah and musleh teacher is very challenging. Mengajar sambil membina keimanan dalam diri para pelajar. Perkara ini yang masih ana fikirkan sampai sekarang, bagaimana mahu melaksanakan wasilah ini?

Satu quote yang ana ingat sampai sekarang,

" Semakin orang itu bertambah ilmu, semakin dia merasakan takut dan rendah diri kepada Allah SWT." 

1 comment:

  1. Salam,

    saya setuju dengan last quote tu. Semakin kita makin mendalami ilmu, semakin banyak pertanyaan kita dan di setiap pertanyaan yang tidak ada jawapan, di situ kita akan lihat kebesaran Allah SWT.

    So, selagi kita menumpang di bumi Allah SWT, selagi itu lah kita perlu belajar, untuk "upgrade" iman kita. InsyaAllah.


    ReplyDelete