23/09/2012

Fanatik Dengan Jemaah

Ana teringat sebuah perbualan di antara ana dan sahabat yang ana sayangi kerana Allah iaitu Ukhti F. Perbualan tersebut banyak membuat ana muhasabah diri dan muhasabah niat ana kembali. Chatting kami berdua lebih kurang seperti yang berikut.

Ukhti F: NA...NA join jemaah dot dot dot kan?

Ukhti NA : Ya...Kenapa F?

Ukhti F : Takde...F tengah mencari jemaah kat sini.

Ukhti NA : Owh...

Ukhti F : Jemaah apa lagi ek yang ada di Malaysia?

Ukhti NA : Aaaaaa...jemaah itu..Jemaah ini...

Ukhti F : Which one is better?

Ukhti NA : Aaaaa....Benda macam perbandingan ini, NA tak mampu nak judge. F kena buat penyelidikan sendiri pasal ni.

-End of conversation-

Sekarang ini ana boleh katakan jemaah di Malaysia sudah semakin banyak dan berkembang. Jemaah yang ana maksudkan ialah jemaah yang bekerja untuk mengembalikan manusia yang semakin jauh dengan Allah kepada dekatkan kembali kepada fitrah yang asal. Fitrah di mana hidupnya dan ibadahnya hanya kerana Allah SWT semata-mata.

Ana sebenarnya sangat anti dengan jemaah.

Wait. Dengar dahulu penjelasan daripada ana.

Ana tidak anti dengan pertubuhan jemaah ini yang bersungguh-sungguh mahu membawa manusia kepada Allah. Apa yang ana antikan ialah orang yang bekerja di dalam jemaah tersebut yang terlalu fanatik dengan jemaah sendiri. Ana tidak katakan semua yang berada di dalam organisasi tersebut. Mungkin sebahagian atau kurang daripada sebahagian yang fanatik terhadap jemaah.

However I manage to counter back myself bila teringat kembali diri ana yang dahulu yang kadang kala terlebih fanatik dengan jemaah sendiri. Dari tahun ke tahun, banyak perkara yang mengubah persepsi ana terhadap pegangan ana.

Seperti apa yang Rasulullah SAW lakukan kepada penduduk Taif yang membaling batu kepada baginda. Baginda memaafkan kesalahan mereka dan menolak tawaran yang ditawarkan oleh Malaikat. Rasulullah SAW berkata, " Mereka tidak tahu."

Maka itulah yang berlaku kepada diri ana. 'Tidak tahu'. Selepas beberapa tahun ana selami hakikat makna jemaah itu sendiri, ana semakin menurunkan tahap fanatik ana terhadap jemaah.

Kita kena tahu kenapa jemaah ini ditubuhkan?

Apa tugas jemaah ini sebenarnya?

Ana sangat khuatir apabila seseorang yang berada dalam satu organisasi akan lupa tujuan sebenar dia berada di dalam organisasi tersebut.

Kita harus jelas, tugas kita sebagai khalifah Allah adalah untuk membawa manusia kembali menyembah Allah bukan mahu masukkan manusia ke dalam sebuah organisasi.

Ana punyai prinsip iaitu memberi kebebasan. Contohnya, Ukhti F ialah sahabat rapat ana. Dia bertanya pendapat ana tentang keinginan dia untuk membuat sesuatu pekerjaan yang boleh mendekatkan diri dia kepada Allah SWT. Ana kata kepada Ukhti F,

" F, buatlah apa saja pekerjaan yang membuat F rasa pekerjaan tersebut mendekatkan diri kepada Allah dan menyumbang kepada ummah."

Ana baru sekali usrah dengan sahabat ana ini. Masa tu ana yang conduct.  Banyak halangan sebenarnya bila berada di dua benua yang berbeza bila mahu mengadakan duduk bersama-sama untuk refresh kembali iman. Pada mulanya ana berniat mahu menarik dia masuk ke dalam jemaah ana. Alhamdulillah, halangan yang Allah berikan kepada ana membuat ana terfikir dan muhasabah kembali akan niat yang sepatutnya.

Ana bahagia apabila dapat melihat sahabat ana melakukan pekerjaan yang diredhai oleh Allah SWT sekalipun berbeza jemaah. Kita harus sedar, suatu hari nanti jemaah-jemaah yang diwujudkan ini akan bubar apabila Islam tertegak dan kita hanya berada dalam satu naungan. Tiada apa yang perlu dibanggakan dengan jemaah sendiri.

Yang perlu kita fikirkan apakah Allah berbangga dengan diri kita?

Remember, kita adalah satu keluarga. One big family. Jemaah hanya alat untuk menarik manusia kepada Allah yang dijalankan secara tersusun. Masing-masing yang bekerja di dalam sebuah organisasi, ada kerja khas yang telah ditugaskan untuk melicinkan perjalanan sebuah jemaah.

Jangan lakukan dakwah untuk menarik manusia masuk ke dalam jemaah kita sendiri. Tetapi berdakwahlah untuk menarik si dia kembali kepada menghambakan diri kepada Allah SWT.

Yang lain, terserah kepada si dia.

Entri ini hanya sebahagian daripada pandangan dan pendapat ana sendiri. Pembaca boleh saja mahu kritik.

6 comments:

  1. Setuju. Saya pun anti jemaah (anti fanatik). yang penting kita nk bawa orang lain kepada Allah, bukan kepada manusia..sangat berharap jemaah2 sekarang ni tidak terlalu fanatik dan bersikap lebih terbuka. moga ramai yg dpt menghayati islam.

    ReplyDelete
  2. Mana-mana jemaah itu hanyalah platform untuk kita menjalankan kerja dakwah, kerana susah untuk bergerak seorang diri. Tujuan berjemaah bukan untuk mewujudkan suasana "jemaah aku VS jemaah dia".

    Destinasi kita sama. Ayuh bergerak bersama-sama menujunya!

    ReplyDelete
  3. setuju. ana bersetuju dengan pendapat anti. sesungguhnya setiap muslim itu bersaudara. jgn hanya kerana kta berada dalam satu 'jemaah', mereka yang diluar sana dicemuh. tidak ada salahnya utk ber'jemaah', tp jgn sampai hati membenci, mulut mengata. mereka yang bukan berada dalam jemaah juga saudara seIslam kta. andainya mereka membuat kesilapan, jgn membenci mereka, ttpi bencilah perbuatan mereka kerana Allah semata-mata. semoga umat Islam bersatu dalam satu ukhuwah dan satu dakwah kerana Allah SWT.

    ReplyDelete
  4. Ana setuju dengan pendapat anti. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara. Tidak ada salahnya utk berjemaah, tetapi jgn hnya kerana kta berada dalam satu jemaah, mereka diluar sana dianggap jahil. Jgn hanya kerana berada dlm satu jemaah, hati membenci, mulut mengata. Andai mereka berbuat kesilapan, jgn membenci mereka, ttpi bencilah pada perbuatan mereka, kerana mereka juga saudara kta. Bimbinglah mereka ke jalan Allah SWT, kerana kita punya aqidah yg satu. semoga umat Islam berada dalam satu ukhuwah dan satu dakwah hanya kerana Allah SWT.

    ReplyDelete
  5. cuba bg contoh fanatik dengan jemaah tu guane. adakah dengan bersungguh3 mengajak ke program2 mereka / saling menjatuhkan dsb. mungkin lebih jelas.

    ReplyDelete
  6. Salam. asif.
    I didn't see any problem with this writing. cuma masalahnya, bila orang2 yg anti fanatik jamaah ni lari dari medan, memberhentikan dakwah & tarbiyyah. mereka memberi alasan seperti penulisan ini.

    akhirnya mereka2 sendiri yang rugi.

    ReplyDelete