26/03/2012

Jodohku Siapa?

[Kredit]


Assalamualaikum...

Petang-petang yang panas dan tuan punya badan juga sedang panas[ demam =)] ingin mengambil masa terluang ini untuk menukilkan tentang jodoh.

Kalau bab jodoh, confirm mata yang tengah stim boleh jadi segar kembali. Kerana soal jodoh itu ada dalam fitrah pada setiap insan yang bernama manusia.

Masa di sekolah rendah dan di sekolah menengah, ana pasang angan-angan nak bakal suami yang romantik, caring, and perfect habis la. Bila teringat kembali rasa macam nak tergelak pun ada. Kerana realitinya bukan begitu.

Kita selalu dijamah dengan drama-drama sweet couples habis la. Bila merajuk pakwe bagi bunga ros banyak-banyak. Lepas itu terpujuk la awek dia. Dalam novel-novel melayu pun tidak terlepas dalam bab-bab couple ni. Bila baca tu automatik mulut berkata,

" Sweeeeetnya diorang ni. Aku nak bakal suami aku macam nilah. Baru best."

Novel juga banyak mempengaruhi pemikiran anak-anak muda termasuk diri ana. Alamak, kantoi la sudah.

Realitinya kita adalah manusia. Kita bukan malaikat yang sentiasa bertasbih dan bersujud kepada Allah. Realitinya kita juga kadang-kadang tidak mampu memenuhi kehendak orang lain dan realitinya juga kita sentiasa ada buat kesilapan.Begitu juga dengan bakal pasangan kita bagi yang masih single =).

Saudara-saudaraku yang ana sayangi kerana Allah[ first time confess macam ni. =)],

Tidak salah untuk berangan tetapi menjadi kesalahan apabila berangan secara berlebih-lebihan. Berangan berlebih-lebihan membuat kita terlupa apa makna perkahwinan itu sendiri. Berangan juga boleh mengakibatkan kita terkurung dalam perangkap syaitan.

Bila ana baca novel atau cerpen di penulisan2u, apa yang ana nampak semuanya mengenai percintaan antara hawa dan adam. Mungkin orang lain tidak nampak permasalahan di sini. Tapi bagi ana, cerita-cerita yang ditulis ini sangat bermasalah pada ana.

Tidak semua manusia ikatannya kuat kepada Allah. Dahulu bila ana baca cerita ini ia memberi impak besar kepada kehidupan ana. Sehingga ana selalu berangan untuk mempunyai bakal suami yang sebegini sehingga ana ketepikan ciri keimanan yang digariskan oleh Rasulullah SAW.

Orang single ini tends to fikir siapa bakal jodoh dia. Apa yang perlu ada pada pasangannya and so on. Hatinya mahu yang fantasi jadi realiti.Perkara ini berlaku terutamanya kepada remaja. Inilah akibatnya apabila kuat berangan.

Para remaja sekalian yang ana cintai kerana Allah,

Jangan benarkan hatimu diselaputi dengan angan-angan yang membawamu ke jalan kegelapan. Percayalah, perkahwinan itu bukan seperti cerita fairytale yang kita tonton di tv mahupun dalam novel. Happy ending forever. Perkahwinan itu, kamu dan bakal pasangan sedang sedaya upaya melayarkan bahtera ke jalan redha Allah. Ke jalan taman-taman syurga. Nak ke jalan taman-taman syurga ini banyak duri-duri yang perlu dilalui di dunia ini.

Remaja yang ana kasihi kerana Allah,

Kita bakal mempunyai bakal cahaya mata. Jika kita sayangi bakal anak-anak, kita akan bersiap sedia dari sekarang untuk mendidik mereka. Ayah kepada Hassan Al-Banna pernah berkata,

" Aku mendidik anakku sebelum aku berkahwin lagi." 
Sanggupkah kita melihat bakal anak-anak hisap rokok?

Sanggupkah kita melihat bakal anak-anak menjadi anak kurang diajar?

Ubahlah dirimu jika sayangi bakal-bakal anakmu.

Remajaku,

Usah risau mengenai jodohmu. Jodoh boleh dicari dan diusaha.Apa yang perlu kamu risau adalah bagaimana keimananmu dengan Allah SWT. Kerana jodoh kita dengan kematian sangat dekat. Bila-bila saja boleh berlaku. Bangunlah daripada angan-angan. Cuba sedaya upaya menjadi hamba Allah. Kerana realitinya kita akan kembali kepada Allah. Tuhan yang mencipta sekalian alam. Jika kita jaga Allah, Allah akan jaga kita. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janj-Nya.

Remajaku,

Ana tahu kenapa dalam dirimu ingin mencari awek mahupun pakwe. Kerana dalam dirimu sedang kosong dengan perasaan sayang dan cinta. Dirimu mahu mendapatkan kebahagiaan dengan sekelip mata. Tambahan pula kita cepat terpengaruh dengan keadaan sekeliling sehingga kita juga mahu mencari pasangan yang bukan halal.

Kita tersilap percaturan di sini. Percayalah kepada ana, bila hatimu rasa kekosongan carilah Allah. Carilah Allah. Carilah Allah. Kunci cinta dan sayang ada pada Pencipta kita. Kunci inilah yang mampu membawamu ke jalan kebenaran dan syurga yang sedang menanti kita.

Cinta inilah juga mampu membawa kita kepada ketenangan.

Ingatlah remajaku, walaupun kamu sedang berada kemanisan dan kebahagiaan dengan pasangan anda, tapi ana tahu hatimu sedang sakit. Sakit teramat. Percayalah daripada hamba yang pernah rasai semua itu.

Daripada Ukhti NA...

16 comments:

  1. "Usah risau mengenai jodohmu. Jodoh boleh dicari dan diusaha.Apa yang perlu kamu risau adalah bagaimana keimananmu dengan Allah SWT. Kerana jodoh kita dengan kematian sangat dekat. Bila-bila saja boleh berlaku. Bangunlah daripada angan-angan. Cuba sedaya upaya menjadi hamba Allah. Kerana realitinya kita akan kembali kepada Allah. Tuhan yang mencipta sekalian alam. Jika kita jaga Allah, Allah akan jaga kita. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janj-Nya."

    Jazakillahu khairan kathira ukhti:)

    ReplyDelete
  2. :) Jazakillah ukhti..
    hyukk target jd hamba Allah...
    didik anak/zuriat dr sebelum kahwin..
    allahumma amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Target menjadi hamba Allah sentiasa berlaku dan takkan pernah berhenti walaupun suatu hari nanti bakal mendirikan rumahtangga.

      Insya-Allah.
      Ameen.

      Delete
  3. ^_* insyaallah ..

    ReplyDelete
  4. Well said ukhti. Been there. Done that. Memang novel banyak mempengaruhi pemikiran remaja. Pernah merasai dan melaluinya.

    Jazakillahu khair atas peringatan.

    ReplyDelete
  5. syafakillah :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah,mmg sya kuat berangan.selepas baca artikel yg ukhti tuliskan, tergerak hati ini untuk kurgkan berangan..hehe..syukran ya ukhti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perempuan memang banyaka angan-angannya. Tidak salah angan. Yang salahnya bila berlebihan dan tidak bertindak. Yang penting ubat kepada penyakit berangan ini ialah bina perhubungan dengan Allah. Insya-Allah lama kelamaan akan beransur kurang. =)

      Delete
  7. assalamualaikum.

    mantap ya ukhti...
    suka sgt part mendidik anak tu :)

    ReplyDelete
  8. Assalaamu`alaikum ya ukhti~

    i came across this blog because Aiman Azlan shared one of your post... which leads me to click and read this entry...

    betul apa yang ukht tulis mengenai single people tend to think about their future spouses... dan bahan bacaan seperti novel dan cerpen serta drama TV membuatkan mereka *termasuk sy sekali -..- * berangan nak pasangan yang romantic, baik so on and so fourth... sy setuju macam yang ukht cakap, berangan-angan tak salah tapi bila berlebihan tu yang salah...

    sy mula menulis cerpen dan menghantar cerpen2 ke penulisan2u... sy berharap agar cerpen yg sy tulis tidak membuatkan org terlebih berangan2 dan semoga ada pengajaran dari cerpen yg boleh dikutip... insya Allah...

    ReplyDelete
  9. ya benar. jazakillah atas entri yang bermanfaat ini. :)
    semoga bahagia bersama keluarga tercinta, di dunia dan akhirat.. :)

    ReplyDelete