21/02/2012

Aku Ingin Menjadi Luar Biasa

[Kredit]


Assalamualaikum. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Astagfirullahalazim. Segala puji-pujian hanya bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi khas untuk manusia.

Okey, ana tidak mahu buat entri skema-skema. Biar santai asal berisi dan menusuk di dalam hatimu wahai pembaca-pembaca sekalian. Ameen.

Kebelakangan ini, ana banyak mendapat jemputan walimah daripada sahabat-sahabat sekolah lama ana. Alhamdulillah terbina ikatan suci yang Allah redhai.

Bila dengar khabar berita ini, hati siapa yang tidak rasa cemburu atau iri hati? Especially ana la. Cemburu kerana mereka bakal mengcomplete half of Deen. Cemburu kerana tidak lagi single. Dah ada orang dekat sebelah dia.

Ana kembali berfikir dan muhasabah.

' Apa tujuan aku nak kahwin selain daripada nak melengkapi sunnah Rasulullah SAW? [Tanya pada diri ana]

Kemudian, lama-kelamaan ana sudah menjumpai jawapan.

Perempuan mana yang tidak bercita-cita untuk memiliki lelaki yang soleh dan musleh. Dan lelaki mana pula yang tidak menginginkan perempuan yang solehah dan musleh. Secara fitrahnya kita mahu. Siap berdoa lagi,

' Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.' [ Al-Furqan: 74]

Doa adalah sebahagian daripada usaha. Jangan bergantung kepada doa sahaja, kita sendiri harus berubah ke arah menjadi orang yang soleh(lelaki) dan solehah(perempuan).

Kini, cita-cita ana telah berubah. Ana mahu mendidik diri ana menjadi lebih baik di sisi Allah. Ana ingin meraih cinta Ilahi dan ana tidak pula terlalu berharap memiliki bakal suami yang soleh.

Kerana apa?

Sebab yang pertama ialah ana ingin melahirkan mujahid dan mujahidah yang bakal meneruskan perjuangan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Ye, iman tidak dapat diwarisi. Ketahuilah ini adalah sebahagian daripada usaha ana untuk menjayakan cita-cita ana seperti sahabiah-sahabiah yang berjaya mendidik anak-anak mereka menjadi orang yang hebat. Tidakkah kita ingin menjadi Nasibah Binti Kaab yang berjaya membentuk dua orang puteranya sehingga mati syahid di jalan Allah. Tidakkah kita ingin menjadi seperti Laila Binti 'Ashim Bin Umar Bin Al-Khattab yang melahirkan Umar Abdul Aziz yang berjaya memerintah kerajaan Umayyah.

Ibu-ibu ini telah menjadi orang yang hebat sebelum dikahwini dan sebelum melahirkan mujahid dan mujahidah lagi.

Sebab yang kedua, ana sendiri tidak tahu bagaimana pegangan bakal suami ana terhadap agama. Jika pegangan bakal suami tidak kuat begitu juga bakal isteri bagaimana kita mahu hidup mencapai cita-cita hingga ke syurga. Kita mungkin menjadi seperti Asiah yang telah berkahwin dengan Firaun yang tiada pegangan hidup.

Asiah tidak pula membiarkan Firaun daripada terus dengan tiada pegangan agama. Dia berusaha dan mencuba sehingga dia sendiri diseksa.

Kita juga wahai wanita mungkin menjadi seperti Ummu Sulaim Binti Milhan tika suami pertamanya tidak mahu beriman kepada Allah dan Rasul. Kemudian Ummu Sulaim berkahwin pula dengan Abu Talhah Al-Anshary setelah lama kematian suaminya yang pertama. Abu Talhah baru saja memeluk agama Islam sebelum dinikahkan dengan Ummu Sulaim. Adakah Ummu Sulaim hanya membiarkan Abu Talhah terkapai-kapai pergi mencari kebenaran? Tidak. Ummu Sulaim mendidik Abu Talhah sehingga dia berjaya  keluar daripada kegelapan jahiliyyah.

Kadangkala bukan suami yang mendidik isteri sebaliknya isteri yang mendidik suami. Sebab itu ana tidak terlalu berharap kepada bakal suami. Kita kena kuat wahai wanita. Jangan bergantung kepada lelaki. [ Bagi yang bernama lelaki jangan marah ye dengar statement ini. Rendahkan ego anda. Bukan bermaksud untuk memperlekehkan anda.]

Kita juga tidak tahu apa bakal terjadi pada masa hadapan kita. Adakah kita diberikan oleh Allah untuk merasai alam rumahtangga atau sebaliknya. Adakah kita masih menunggu kedatangan suami yang soleh sedang ajal dekat dengan kita? Don't wait for them as you want to be the best muslimah.

Don't get me wrong,  usaha itu kena ada dalam cita-cita memiliki suami yang soleh dan musleh.

Okey wanita-wanita ku sekalian. Jangan menyempitkan makna perkahwinan yang hanya bahagia ada suami kemudian anak-anak lepas itu the end.


Perkahwinan itu bagi ana, bukan saja ana berkahwin dengan bakal suami tetapi juga dengan keluarganya. Ana juga akan berusaha membawa big family ini iaitu keluarga ana dan keluarga bakal suami hingga ke jannah yang kekal abadi. Insya-Allah selagi Dia memberi peluang kepada ana untuk berusaha dan selagi ana berada dalam agama ini iaitu Islam. Ameen.

Wallahu'alam.

Sekadar perkongsian.

16 comments:

  1. I have been thinking the same thing last night. Well, to be truth, I realize that I am not a good Muslim, in fact I just learn to be a better one just few weeks ago. And I hope I can be istiqamah in what I'm doing. Maybe I can't drag a non-Muslim to convert Islam, but I want to drag as many brothers and sisters to be a better Muslim.

    In my prayer, I always wish to have a husband - no matter who is him. But something for sure, once I get married, I want we both working hard to get His redha. And it is my responsibility to drag him to His path. Insya Allah.

    Anyway, when you give me so much of example of people that have been doing this - I really want to be one of them. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Diana Anne.

      Insya-Allah Diana Anne. Allah does not looks at your result but He looks how much you put an effort to be a good Muslim. Remember the story about one man had killed 100 people?

      Perubahan untuk kepada muslimah yang terbaik bukan akan berlaku pada hari ini, esok atau lusa. Proses perubahan itu semestinya melalui perjalanan yang panjang as long as you do not give up.

      =)

      Delete
    2. MasyaALLAH you both are inspiring (Y) :)

      Alhamdulillah im really glad i stumbled upon this blog and got the chance to read your comments. Thank you. May Allah guide us all. Aamiin Ya Rabb.

      Apapun, i really like this blog. Sgt2 bermanfaat, suka dgn penulisannya :D

      Delete
    3. assalamualaikum ukhti NA and Diana Anne, may i quote few of your words?? those of your words really made me think deeply..thank you... :D

      Delete
  2. masyaAllah, sungguh murni cita-cita itu!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ukhti.. saya pon pernah terfikir perkara yang sama. in fact, acap kali terfikir, kenapa saya ingin berkahwin..
    sedangkan tanggungjawab mendidik keluarga bukanlah ringan. keuatan emosi, mental dan spiritual sangat2 penting.

    saya juga tak begitu mengharapkan bakal suami yang soleh kerana sedar diri sendiri masih terkial-kial mencari cahaya.

    andai isteri kekuatan lelaki, maka isteri memang benar2 memainkan peranan yang begitu penting. saya juga bersetuju as you mentioned that on certain things, wanita juga mendidik suami.

    semoga kita sama-sama terus membaiki diri dan mendapat suami yang bertanggungjawab. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Insya-Allah ukhti atiqah. Selagi kita tidak berputus asa dan terus berusaha, Insya-Allah Allah memudahkan urusan. Ameen.

      =)

      Delete
  4. mcmna klawa ana suka laki2 alkoholik???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.

      Soalan yang menarik. Tapi kalau boleh, boleh tak terus contact ana melalui email hamba_khilaf36@yahoo.co.uk

      Tempat ini tidak sesuai untuk berbincang walaupun dikatakan tempat ini juga boleh berkongsi ilmu atau pendapat dengan khalayak pembaca-pembaca yang lain.

      =)

      Delete
  5. assalamualaikum..
    pernah terfikir bnda yg sama..
    inshaallah sedg ke arah mengupgrade lg dri ini supaya jdi a better servant for him..
    >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Insya-Allah.Moga Allah memberi kekuatan untuk melakukan transformasi yang lebih baik. Ameen.

      Remember, He loves you.

      =)

      Delete
  6. asalamualaikum...
    saya nak tanya...hmm adakah berkahwin adalah satu kewajipan kpd seorg islam? saya pernah terbaca,jika kita meninggal tanpa bertemu jodoh didunia,kita akan menemui jodoh kita diakhirat...betul ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...

      Sebelum ana terangkan lebih lanjut, ana perlu beritahu ana bukan ustazah yang tahu lebih detail bab-bab tertentu.

      Perkahwinan itulah adalah sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Sesiapa yang menolak sunnah Rasulullah SAW maka orang tersebut bukan dari kalangan umatnya.

      Perlu tahu bahawa perkahwinan itu dijalankan setelah kita berkemampuan menjalankan. Ia menjadi wajib apabila orang tersebut berkemampuan at the same time dia tidak mampu 'mengawal diri'.

      Ada juga perkahwinan yang makruh dan haram. Insya-Allah rasanya Tun Teja ada pengetahuan mengenai hukum perkahwinan ini.

      Mengenai persoalan kedua itu, ana tidak berani jawab. Ana memang pernah baca kisah ini dalam satu majalah. Tapi kesahihannya ana tidak pasti kerana jarang sekali Allah bercerita mengenai ini.

      Kebanyakkan Allah menyentuh mengenai lelaki seperti sahabat Rasulullah SAW, Saad Bin Muaz. Dia tidak sempat kahwin kerana mendapat panggilan jihad. Di medan peperangan dia mati syahid. Maka Rasulullah SAW ternampak bidadari menyambut Saad Bin Muaz sehingga Rasulullah SAW memaling mukanya kerana malu.

      Satu saja pesanan ana, kalau ini yang Allah hadiahkan bidadari yang cantik kepada Saad Bin Muaz, maka Allah akan menyediakan sesuatu hadiah yang tidak disangka-sangka kepada perempuan muslimah yang belum berkahwin.

      Dengan syarat, beriman dan bertakwa kepada Allah.

      Cuba lihat di dalam Al-Quran, Surah As-Saff ayat 10 hingga 12.

      I believe, if you do good deeds in your life, Allah akan membalasnya dengan sesuatu yang kita tidak disangka.

      Wallahu'alam.

      P/S:If my answer seems doesn't help you, please let me know =)

      Kadang kala disebabkan dosa ana sendiri.

      Delete
    2. terima kasih...sedikit sebanyak saya berasa lega atas jawapan yg diberi :)

      Delete
  7. suka cara penulisan sis NA..taknak tulis novel? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel... insya-Allah ada =)

      Sekarang tengah mencari isi dan susunan cerita.

      Mohon doa agar dipermudahkan.

      Delete