30/01/2014

Kalau Bukan Aku... Siapa?

[Kredit]

 

Sudah agak lama saya meninggalkan dunia penulisan. Hampir setahun.  Bukan saya tidak mahu meneruskannya, tetapi ada beberapa perkara yang saya sedang bermujahad terutamanya dalam diri sendiri.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menulis dan menghirup udara dunia yang sementara ini. Dan Alhamdulillah masih berkesempatan mendirikan mahligai rumahtangga dengan si suami =)

Anyhow, beberapa hari yang lalu, saya menerima panggilan daripada jabatan pendidikan untuk ditawarkan jawatan sebagai guru sandaran di sebuah sekolah. Saya ditugaskan untuk mengajar subjek Biologi untuk pelajar tingkatan 5 dan subjek Sains untuk pelajar Tingkatan 3.

Saya clueless juga mahu memberi jawapan "Ya" disebabkan background education saya bukanlah Biologi. Sebaliknya bidang saya lebih ke arah Fizik. Namun, atas sokongan keluarga dan suami, saya menerima tawaran ini.

Mula-mula rasa berat juga nak pergi lapor diri. Tetapi apabila memikirkan hasrat hati mahu melihat realiti masyarakat sendiri, maka saya gagahkan diri juga untuk pergi.

Masa first day of school, rasa macam nak kata kat ayah,

" Ayah, NA nak berhenti. Sebab jiwa NA bukan dekat sini."

Alhamdulillah, hanya jiwa sahaja yang berbicara bukan keluar dari lisan lagi. Pheww ^__^

Saya fikir,

" Aku ni kena consult dengan Allah dulu ni. He knows best. In fact, He is the best Planner."

Maka saya tangguhkan dulu untuk berbicara tentang jiwa kacau saya kepada parents and husband. Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya kenapa saya rasa mahu undur diri pada hari pertama sekolah.

Perkara utama yang membuat saya mahu tarik diri ialah kerenah anak-anak murid. Saya mendapat tugasan untuk mengajar kelas yang paling last sekali. Bayangkanlah bagaimana keadaan atau suasana kelas yang terakhir.

Sesungguhnya saya rasa terkejut dengan situasi yang saya hadapi. Jauh berbeza daripada pengalaman saya di sekolah sebelumnya, di mana saya menjadi guru sandaran juga.

I can't control the class...

I can't even control the student's behaviour...

So, what's the point of me standing here...

when I can't continue my teaching...

Every word that I try to utter...

Falls on deaf ears...

Maybe I should step down...

Inilah perkara terakhir yang saya fikir akan menyelesaikan masalah. BERHENTI.

But then, saya teringat akan Rasulullah SAW. Bagaimana Baginda boleh menjadi guru kepada semua manusia yang pelbagai warna kulit, bahasa, peradaban, kerenah dan lain-lain. Dan yang paling penting bagaimana baginda melihat manusia dengan penuh kasih sayang. Tanpa judgement and berputus asa.

Kemudian saya beritahu kepada diri sendiri,

" Aku tak boleh give up. Mereka memerlukan seseorang untuk memberi tunjuk ajar. Dan aku berada dalam kalangan mereka."

Perkara yang paling saya utamakan bukanlah pembelajaran...tetapi akhlak. Seseorang yang berpelajaran tetapi akhlaknya tidak elok, manusia lain yang melihatnya pun tidak akan menghormatinya. Seseorang yang tidak berpelajaran tetapi akhlaknya mulia, manusia yang memandangnya tetap akan jatuh cinta kepada dia.

Ini tidak bermaksud saya memandang enteng pembelajaran mereka. Minda saya masih memikirkan perancangan pembelajaran mereka dan juga memikirkan bagaimana mahu mendekati manusia-manusia ini.

Maka saya pun memikirkan method untuk menghampiri golongan pemuda ini. Prinsip yang selalu saya pegangkan ialah jangan garang atau marah depan pelajar tetapi tegas. Marah dan tegas adalah dua sifat yang berbeza, malah kedua-duanya memberikan impak yang berbeza kepada para pelajar.

Apa yang saya lakukan di dalam kelas ialah melakukan aktiviti yang berbeza pada setiap minggu. Namun, untuk pengetahuan pembaca, bukan semua pelajar di dalam kelas tersebut berminat dengan subjek sains. Oleh itu, saya mengizinkan mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain. Tidak kiralah sama ada mereka mahu berada di dalam kelas atau di luar kelas kerana saya tidak suka menggunakan paksaan.

Kepada kumpulan yang mahu belajar, saya terus memberi penumpuan kepada mereka. Jika saya mempunyai handout yang mahu diberikan kepada para pelajar, saya berikan kepada semua. Tiada pengecualian. Memang agak rugi memberinya kepada mereka yang tidak mahu belajar. Apatah lagi apabila kertas yang difotostat dibuang begitu sahaja. Sehinggakan ada pelajar yang menegur saya.

[Pelajar]  : Cikgu! rugi ja cikgu bagi kat kami. Kami bukan buat pun.

[NA]       : Cikgu tak rugi apa-apa. Yang rugi adalah kamu.

Fahamkah pembaca kenapa saya berkata yang sedemikian?

Ia ibarat dakwah yang kita mahu sampaikan kepada seseorang. Kemudian si yang mendengar kata, tidak perlu beri kepada dia. Rugi saja.

Pembaca fikir si penyampai akan rugi?

Tak! Sekiranya ia dilakukan ikhlas kerana Allah SWT. Kerana sebaik-baik pembalasan ialah daripada Allah SWT. Si penyampai hanya menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

Begitu juga dengan situasi yang saya hadapi. Bukan sahaja ada anak-anak murid yang tidak mahu belajar, tetapi ada juga yang bising-bising, suka bagi banyak alasan, suka korea, suka makan dalam kelas dan sebagainya.

Tetapi, dalam semua situasi itu, bagaimana perspektif kita terhadap golongan ini?

Jika kita pandang negatif, maka mereka pun akan merasai tarikan negatif tersebut. Sebaliknya, jika positif maka mereka juga akan merasai daya positif tersebut.

Ada seorang murid saya bertanya:

[Pelajar] : Cikgu tak gila ka mengajar kelas kami ni?

[NA]      : Tak... cikgu biasa ja.

[Pelajar] : Kalau cikgu lain, diorang ni dah kena... Tapi cikgu, kami nak belajar walaupun kami ni jenis bising.

Saya tersenyum mendengar luahan pelajar ni. Bukan senang mahu mendengar pengakuan yang jujur daripada seorang pelajar. Dan Alhamdulillah, hari ini saya melihat ada seorang pelajar, yang tidak suka belajar dan suka buat kekecohan di dalam kelas, melakukan kerja yang saya berikan tanpa disuruh.

Saya rasa happy walaupun sekejap. At least saya tahu dia masih mempunyai akhlak yang baik, iaitu menghormati pemberian orang lain. Insya-Allah, yang penting kita jangan putus harapan dengan kelas belakang ini. They still have a chance to change, for the better. Dan kita yang berada dalam kalangan mereka inilah yang patut cuba sedaya upaya untuk menolong mereka.

Kita hanya mampu berusaha, yang lain terserah kepada Allah SWT. Yang penting kita menjalankan kerja kita dengan amanah.

3 comments:

  1. salam'alaik..mashaAllah...akak ngajar kat mne?btw akak ad sbut yg akak more to physics kn..i've a little bit prob with that subject..tp i'm really3 interest for those 2 remaining subj (chem n bio)..escp bio coz it's very interesting n amazing..(i want to be a doctor, inshaAllah)..i'm less interest with physics(especially form 4)..i dun't know why maybe because of dia punye application n syllabus susah utk relate dgn daily life..what do u think akak?i need your advice coz i am SPM candidate for 2014..wow..hee..thank u.. :D

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam adik.

    Minta maaf akak lambat balas disebabkan akak dah kurang log in ke blog sendiri =)

    Alhamdulillah hari ini Allah gerakkan hati akak untuk membuka blog akak. Buat masa sekarang ni akak belum dapat kerja 'permanent'. Masih menganggur.

    Akak bukanlah orang yang terbaik untuk memberi nasihat kepada adik sebab akak sendiri pun masa di sekolah menengah akak kurang suka dengan fizik even biologi mahupun kimia.

    Akak boleh katakan pada masa tu akak tak boleh perform subjek sains tulen disebabkan 2 faktor. Pertama tidak minat dan yang kedua cikgu tidak memberi inspirasi kepada anak murid.

    It's hard to get through tapi akak yakin, kalau adik ada matlamat yang jelas dan tahu halangan-halangan yang harus dilalui sebelum sampai ke garisan penamat yang adik impi-impikan, Insya-Allah I have a feeling yang adik mampu lalui peperiksaan SPM.

    Jadi apa yang akak boleh suggest untuk adik adalah untuk adakan study group. Alhamdulillah, akak buat study group semasa akak SPM banyak membantu akak especially untuk subjek sains tulen. Memang akak tak boleh nak belajar sorang-sorang. Akak perlu bantuan kawan-kawan akak yang lain untuk membantu akak.

    Another things yang akak buat pada masa sekarang ialah melihat video-video mengenai fizik di dalam youtube. Kekadang dengan menonton video tersebut mampu meningkat minat kita dalam subjek Fizik.

    Lastly, do your best adik. If you get B, it's not the end of the world. Believe me. If you get B for Physics, then akak punya result untuk fizik lebih teruk daripada adik.

    Macam mana akak boleh survive dengan subjek Fizik after akak dapat result SPM yang tak seberapa, ia memerlukan passion, minat dan kesungguhan.

    Nak memahami Fizik bukanlah boleh difahami secara serta, ia memerlukan masa. But for right now, adik cuba sedaya upaya. Yang selebihnya serahkan kepada Allah SWT

    Good luck adik. May Allah ease you =)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    MasyaAllah. moga akak terus tabah mendidik mereka. :)

    Saya pernah ada pengalaman.. duduk d kls blkg. selama ni saya x pernah merasa duk kls blkg. masa tu rasa down sgt. sbb dikekelingi budak tahap nakal x hengat. hehe. sampai tingkap pecah dan sbgainya. seram bukan main. tp. Timbul rasa kesian. sbb diorang sbnrnya jd gitu sbb cg slalu aim kls kitorang xde hrpn utk sklh.

    Rsult trial sy dpt menaikkan sy ke klas pertama. saya rasa keliru nk naik kls atau tak. lastly. sy buat kputusan utk stay kls tu. sbb dasar nak ajak mereka cintakan ilmu. hm. rindu zmn tu. hehe.

    Skrg sy amek kos akaun. dulu terigin medik. tapi subjek sains tulen dpt b+ je. hahah. i love chemist. ehh. panjang pulak bebel.

    Just nak share pengalaman duk kelas belakang je. semoga pekerjaan akak diberkati Allah. :)

    Wassalam.

    ReplyDelete