tag:blogger.com,1999:blog-72375293220221724112024-03-13T22:57:25.642-07:00Ini Blog CicikMelihat. Merenung. Menulis.Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.comBlogger120125tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-74188296029057566722014-07-17T18:20:00.002-07:002014-07-17T18:20:51.479-07:00Beri Peluang Berfikir

Setiap kali saya mengeluh apabila menyemak kertas jawapan para pelajar. Bukan sekali, tetapi banyak kali untuk kertas soalan yang sama. Kekadang saya berfikir, kenapa mereka tidak boleh menjawab soalan kuiz yang mudah ini? Padahal mereka pernah menyelesaikan soalan yang sama seperti yang ada di dalam buku tutorial mereka.

Sampailah ke satu tahap, saya bandingkan diri saya dengan pelajar saya sendiri,

" Aku faham tajuk ini dengan mudah. Kenapa mereka tidak boleh?"

Ya Allah, sejak itu saya mula rasakan saya sudah melakukan kesilapan. Saya tidak boleh bandingkan diri saya dengan mereka. Dahulu, saya juga menghadapi masalah yang sama seperti mereka iaitu sukar untuk memahami Fizik.

Seingat saya, waktu saya di Tingkatan 4 dan 5, boleh dikatakan saya tidak suka dengan subjek Fizik kerana sukar untuk difahami dan dibayangkan. Langkah yang terbaik yang saya ambil pada masa itu ialah menjawab kertas soalan-soalan tahun sebelumnya sambil berbincang di dalam kumpulan saya.

Selepas SPM, saya melanjutkan pelajaran di sebuah Matrikulasi dan ditawarkan aliran Sains Fizikal. Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak suka dengan subjek Fizik. Maka saya cuba cari jalan untuk tukar kepada aliran Sains Biologi dengan harapan selepas sahaja habis di matrikulasi, saya mahu melanjutkan pelajaran di dalam bidang Medik.

Dengan izin Allah, saya melupakan hasrat tersebut dan teruskan juga dengan tawaran tersebut. Alhamdulillah, saya dimudahkan oleh Allah untuk memahami subjek Fizik dengan baik. Salah satu faktor yang membuat hati saya tertarik dengan matapelajaran ini ialah inspirasi daripada pensyarah saya sendiri.

Boleh saya katakan, di matrikulasi saya mula dapat memahami matapelajaran Fizik dengan lebih baik. Terdapat seorang pensyarah, apabila saya bertanyakan soalan, beliau tidak akan terus jawab.Sebaliknya beliau pula mempersoalkan soalan tersebut kepada saya. Pada detik itu, saya mula sedar bahawa otak saya sudah mula berfungsi (fikir).

Selama pengalaman hidup saya, jarang saya berjumpa dengan seorang pendidik yang meminta para pelajarnya berfikir dahulu sebelum menjawab. Selalunya para pelajar terus diberi jawapan. Dan saya fikir, ini adalah salah satu faktor kunci kepada pembinaan kefahaman para pelajar dalam mana-mana subjek yang dipelajari.

Saya cuba aplikasikan ia kepada para pelajar sendiri. Secara jujurnya, saya merasakan begitu sukar untuk melaksanakan aplikasi ini oleh sebab saya mempunyai kecenderungan untuk memberi jawapan terus kepada mereka.

Pada hari Khamis yang lalu, saya membuat kuiz untuk kelas saya. Salah seorang pelajar meminta bantuan daripada saya untuk menyemak jawapan yang ditulisnya. Kuiz itu adalah daripada tajuk 'Forces'.Saya mengambil langkah untuk tidak terus memberi jawapan 'Ya' ataupun 'Tidak'. Apa yang saya lakukan ialah, saya bertanyakan kembali kepada pelajar saya, kefahaman (teori) yang harus difahami di dalam tajuk Forces ini.

Boleh dikatakan hampir 5 ke 10 minit saya bersoal jawab dengan pelajar saya. Di dalam hati saya mahu saja meletup apabila pelajar saya tidak dapat memberi jawapan seperti yang dimahukan. Namun begitu, saya cuba menahan diri, dan terus bertanya dan bertanya. Secara tiba-tiba anak murid saya menjerit,

" Cikgu, saya dah dapat. Terima kasih cikgu."

Allahuakbar... Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya pada masa itu. Rasa gembira pun ada. Rasa nak pengsan pun ada.

Itu baru seorang. Ada seorang pelajar lagi meminta bantuan daripada saya. Seperti biasa, saya mengambil langkah untuk tidak terus memberikan jawapan. Pada kali ini, pelajar saya yang seorang ini agak unik dengan cara dia berfikir. Dia bertanyakan kepada saya, bagaimana mahu menjawab soalan ini. Saya cuba bagi petunjuk supaya dia boleh memikirkan strategi secara sendirinya.

Saya agak terperanjat dengan kaedah yang digunakan oleh pelajar saya untuk menjawab soalan tersebut oleh sebab hanya dia seorang sahaja yang menggunakan kaedah tersebut.

Sekali lagi saya tersedar bahawa setiap manusia itu mempunyai pemikiran yang unik yang tidak sama antara satu sama lain. Proses berfikir juga tidak sama. Ada orang cepat memproses maklumat dan ada orang lambat menghadam maklumat. Maka Allah telah pun berpesan kepada kita agar belajarlah memahami manusia terutamanya kita sebagai pendidik.

Belajarlah memahami anak murid kita dan berilah peluang kepada mereka untuk berfikir. Jangan sesekali mengatakan dia tidak pandai ataupun tiada masa depan. Siapalah diri kita mahu menghakimi diri mereka. Apa yang kita nampak pada diri mereka hanyalah sedikit. Tetapi Allah lebih tahu mengenali diri mereka.

Proses belajar untuk mendapat kefahaman itu panjang seperti kita sebagai hamba Allah yang cuba untuk mengenali Pencipta dunia ini. Semuanya bermula daripada buah fikiran.

Wallahu'alam.

Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-34991953684794001302014-05-12T08:26:00.004-07:002014-05-12T08:26:40.046-07:00Isu Pendidikan: Pelajar KitaMengikuti perkembangan pendidikan negara kita, timbul sedikit kerisauan dalam jiwa saya. Risau melihat keadaan anak-anak muda yang begitu tenat mengikuti segala macam perubahan dalam sistem pendidikan kita hari ini. Tidak dilupakan juga kepada para guru dan ibu bapa. Masing-masing keletihan sehingga mempersoalkan di mana silapnya sistem pendidikan kita.

Selama pengamatan saya dengan sedikit bekalan pengalaman yang saya ada sebagai guru sandaran, saya perhatikan anak-anak muda kita sudah kehilangan semangat untuk belajar. Saya boleh katakan, mereka kehilangan arah tuju. Mungkin hanya sebahagian yang mengalaminya, tetapi yang sedikit ini mampu menjadi banyak jika kita hanya pandang sebelah mata dan tidak peka akan masalah yang semakin menjadi-jadi di belakang tabir, dan juga di tengah pentas.

Saya pernah ditugaskan untuk menjadi pengawas peperiksaan di sebuah sekolah. Apa yang saya dapat perhatikan ialah, para pelajar saling memandang antara satu sama lain; mengharapkan pertolongan daripada rakan sekelas untuk mendapatkan jawapan. Bukan seorang dua, saya boleh katakan 90 hingga 95 peratus daripada kelompok pelajar tersebut. Ini adalah kejadian yang agak pelik dan merungsingkan.

Timbul satu persoalan di minda saya,
“Selama pengajaran dan pembelajaran berlangsung, apa yang mereka belajar sebenarnya?”

Semasa saya ditugaskan untuk menjaga peperiksaan Bahasa Arab, para pelajar kelas tersebut bertanyakan pelbagai soalan kepada saya.

Pelajar A : Cikgu cikgu…

Saya : Ya. Kenapa?

Pelajar A : Betul tak jawapan saya ni?

Saya : Takpa. Awak jawab apa yang awak tahu.

Pelajar B : Cikgu cikgu…

Saya : Ya…

Pelajar B : Apa maksud ayat ni? Cikgu tahu tak jawapan soalan ni?

Daripada sekolah rendah sehinggalah universiti, secara jujurnya saya tidak pernah belajar Bahasa Arab kecuali semasa di tadika - tetapi tidaklah belajar dengan begitu mendalam. Saya hanya belajar nama-nama objek dalam Bahasa Arab. Itu pun saya sudah lama terkubur dalam minda saya.

Kepada pelajar-pelajar tersebut, sudah saya katakan bahawa saya tidak tahu mengenai Bahasa Arab apatah lagi asas-asas Bahasa Arab. Tetapi, mereka tidak lelah untuk bertanyakan kepada saya pelbagai soalan berkenaan Bahasa Arab, sedangkan mereka sudah sedia maklum bahawa latar belakang pendidikan saya bukanlah Bahasa Arab.

Tidak menghairankan sekiranya keputusan PISA dan TIMSS, Malaysia berada di carta yang ke bawah. Bagaimana kita mahu mempertingkatkan pemikiran kritis sekiranya soalan-soalan asas sesuatu subjek itu tidak dapat dikuasai oleh pelajar sendiri.

Apa sebenarnya yang terjadi kepada para pelajar pada hari ini?

Mengapa mereka tidak bersedia untuk menghadapi peperiksaan?

Saya teringat satu perbualan dengan seorang anak murid,
“Cikgu, saya tak suka dengan PBS. Hari-hari kami kena jawab soalan, dan saya sendiri tak tahu apa yang saya belajar.”

Pada waktu itu PBS masih dijalankan sebelum diubah kepada PT3. Pelajar-pelajar Tingkatan Satu dan Dua, harus menyiapkan modul yang diberikan oleh para guru. Setiap modul mempunyai beberapa soalan. Pemarkahan modul ini berdasarkan band 1 sehingga band 6. Band 1 adalah markah yang terendah, diikuti dengan band 2, 3, 4, 5 sehingga band 6, iaitu markah yang tertinggi.

Sekiranya para pelajar tidak mencapai band yang sepatutnya dalam satu modul, maka mereka akan diminta untuk menyelesaikan modul tersebut sehingga mencapai band yang digariskan. Itulah matlamat idealnya.

Tetapi, realitinya sungguh jauh daripada ideal.

Saya perhatikan para guru lebih sibuk cuba untuk menghabiskan modul-modul yang belum selesai. Apa yang terjadi ialah para pelajar saling meniru jawapan antara satu sama lain. Mereka tidak peduli sama ada jawapan tersebut betul ataupun salah, asalkan kerja mereka siap.

Bukan satu subjek sahaja yang mereka perlu habiskan, malahan ada beberapa lagi subjek mereka perlu selesaikan secepat mungkin sebelum cuti sekolah tiba.

Maka timbul satu kenyataan di dalam diri saya,
“Ini bukan pembelajaran yang sebenar. Mereka tidak belajar. Ini bakal merosakkan lagi masa hadapan mereka.”

Bertambah kerisauan saya apabila mendengar tanggapan “normal” terhadap para pelajar kelas terakhir, iaitu mereka “malas dan tidak mahu belajar”. Telinga kita barangkali sudah biasa mendengar tanggapan ini. Perbetulkan saya sekiranya tanggapan ini tidak benar.

Apabila tanggapan ini selalu disebut-sebut dan ditanam dalam minda masyarakat, maka perkara ini menjadi satu kenyataan yang dibenarkan dan berleluasa sehingga ia menjadi satu perkara yang biasa kepada masyarakat.

Ada guru yang seharusnya mengajar kelas terakhir ini, membuat keputusan untuk tidak menghadirkan diri. Ini berlaku kerana beliau percaya yang pelajar-pelajar ini tidak mahu belajar dan mereka bukan otak akademik.

Saya akui apa yang diperkatakan oleh beliau ada betulnya kerana saya pernah ditugaskan untuk mengajar kelas tersebut dalam subjek Sains. Tetapi saya juga percaya, mereka ini generasi yang boleh berjaya pada masa hadapan. Cumanya apakah usaha kita untuk membantu mereka merealisasikan potensi yang terpendam itu?

Adakah kita terus menerus membiarkan kelas yang terakhir menjadi malas?

Adakah mereka ini tiada secebis peluang untuk membuktikan bahawa mereka mahu belajar sebenarnya?

Mungkinkah mereka menjadi sebegini disebabkan tanggapan kita terhadap mereka?

Mungkinkah kita sendiri yang sebenarnya membantut pembelajaran mereka dan menjadikan mereka “malas dan tidak mahu belajar”?

Mungkinkah kita sebagai guru belum cukup mengenali mereka?

Beberapa minggu yang lalu, saya diizinkan oleh Allah SWT untuk berjumpa dengan senior-senior saya. Salah seorang daripadanya merupakan seorang pensyarah di matrikulasi. Dalam perbualan kami, saya ajukan satu soalan kepada mereka,
“Bagaimana dengan anak-anak murid sekarang?”

Jawapan yang diberikan cukup menambahkan lagi kerisauan dalam diri saya, “Mereka tak seperti kita dahulu. Anak-anak murid sekarang semakin malas. Soalan-soalan tutorial tidak disiapkan.”

Situasi pendidikan sekarang ini sudah tidak selari lagi dengan Falsafah Pendidikan Negara yang apabila ditulis dan dibaca, bunyi begitu gah sekali.

Apa-apa pun, artikel ini hanyalah pandangan peribadi hasil daripada pemerhatian dan pengalaman cetek saya semasa menjadi guru sandaran. Saya tidak salahkan para guru atau mana-mana pihak, kerana di setiap pihak ada cerita yang kita tidak ketahui.

Artikel ini ditulis dari perspektif para pelajar sahaja, dan bertujuan untuk menimbulkan persoalan-persoalan untuk difikirkan bersama.
Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-17003719240826002812014-05-04T09:02:00.001-07:002014-05-04T09:02:20.551-07:00Kembara Mencari DiaSejak 10 April yang lalu, saya dan suami menjadi musafir. Kami bermusafir ke setiap negeri dalam Semenanjung Malaysia. Belum ada kesempatan untuk pulang ke Perlis kerana jadual program yang begitu padat.

Dalam kondisi menjadi seorang musafir, kadang kala saya rasa keletihan yang teramat; terasa mahu saja pulang ke Perlis. Di Perlis, sekurang-kurangnya saya boleh berjumpa dengan keluarga dan bersama-sama dengan mereka. Malah saya boleh merehatkan anggota badan yang sudah lama keletihan.

Ada beberapa kali suami saya bertanya, adakah saya menyesal mengikuti dia. Bukan apa, boleh dikatakan setiap hari atau beberapa hari kemudian pasti kami akan bergerak ke tempat yang lain pula.

Secara jujurnya, saya ingin saja pulang ke Perlis. Tetapi saya refleksi diri dan bertanya kepada diri sendiri: kenapa saya lakukan semua ini? Kenapa saya beria-ria mahu mengikuti suami saya?

Kalaulah saya tiada tujuan dalam melakukan pekerjaan ini, maka sia-sia saja kehidupan saya. Sia-sia saja masa yang saya ada. Sia-sia saja wang yang saya laburkan.

Kerana hidup ini hanya perhentian yang sementara. Apa-apa saja yang kita lakukan di sini (dunia), maka itulah saham kita di akhirat - kalaulah manusia sedar akan hakikat ini.

Mengapa saya guna perkataan SEDAR?

Tidak semua manusia tahu mengapa di sebalik apa yang sedang mereka lakukan di atas muka bumi ini. Boleh jadi seseorang itu bersedekah, sebagai contoh, hanya kerana mengasihani nasib manusia yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Tidak salah untuk bersedekah atas dasar kasihan. Cuma, kita patut fikir dengan lebih jauh; mengapa kita mahu memberikan wang kepada manusia yang serba kekurangan ini?

Sedarlah bahawa kita semua akan MATI. Bila-bila masa saja Allah boleh mengambil nyawa kita. Maka pada titik perhentian ini, ketika kita sudah tidak bernyawa, apakah yang telah kita lakukan untuk dijadikan hujah yang boleh menempatkan kita ke syurga Allah SWT? Apakah usaha kita di dunia dalam mengharapkan kebahagiaan di akhirat?

Penulisan saya ini tidak sama sekali ditujukan hanya kepada para pembaca. Malah nasihat ini juga ditujukan kepada diri saya yang kadang kala terlupa akan hakikat kehidupan dunia ini.

Saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya dengan mengikuti suami saya, saya boleh mengenali masyarakat kita. Saya boleh melihat dengan mata kepala saya sendiri realiti kehidupan masyarakat kita. Saya dapat tahu apa bentuk bantuan yang boleh saya sumbangkan kepada masyarakat walaupun sedikit.

Daripada perjalanan hidup saya ini, saya sedikit sebanyak telah mula memahami apa yang saya mampu salurkan kepada masyarakat dengan memanfaatkan apa yang Allah berikan kepada saya.

Tidak dilupakan juga, saya adalah sebahagian daripada masyarakat. Justeru, jika saya mahu mengubah masyarakat ke arah kebaikan, maka saya patut mula dengan diri saya sendiri dahulu kerana diri yang satu ini juga merupakan sebahagian daripada masyarakat.

Tugas untuk mengubah dunia ke arah kebaikan sememangnya meletihkan. Tetapi syurga adalah tempat kita berehat selama-selamanya, dan ia ditawarkan kepada sesiapa saja yang inginkannya.

Mereka yang inginkan syurga ialah mereka yang menjadikan Allah sebagai tujuan hidup yang utama.Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-84409172701737277992014-01-30T07:40:00.002-08:002014-01-30T07:40:19.823-08:00Kalau Bukan Aku... Siapa?

[Kredit]

Sudah agak lama saya meninggalkan dunia penulisan. Hampir setahun. Bukan saya tidak mahu meneruskannya, tetapi ada beberapa perkara yang saya sedang bermujahad terutamanya dalam diri sendiri.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menulis dan menghirup udara dunia yang sementara ini. Dan Alhamdulillah masih berkesempatan mendirikan mahligai rumahtangga dengan si suami =)

Anyhow, beberapa hari yang lalu, saya menerima panggilan daripada jabatan pendidikan untuk ditawarkan jawatan sebagai guru sandaran di sebuah sekolah. Saya ditugaskan untuk mengajar subjek Biologi untuk pelajar tingkatan 5 dan subjek Sains untuk pelajar Tingkatan 3.

Saya clueless juga mahu memberi jawapan "Ya" disebabkan background education saya bukanlah Biologi. Sebaliknya bidang saya lebih ke arah Fizik. Namun, atas sokongan keluarga dan suami, saya menerima tawaran ini.

Mula-mula rasa berat juga nak pergi lapor diri. Tetapi apabila memikirkan hasrat hati mahu melihat realiti masyarakat sendiri, maka saya gagahkan diri juga untuk pergi.

Masa first day of school, rasa macam nak kata kat ayah,

" Ayah, NA nak berhenti. Sebab jiwa NA bukan dekat sini."

Alhamdulillah, hanya jiwa sahaja yang berbicara bukan keluar dari lisan lagi. Pheww ^__^

Saya fikir,

" Aku ni kena consult dengan Allah dulu ni. He knows best. In fact, He is the best Planner."

Maka saya tangguhkan dulu untuk berbicara tentang jiwa kacau saya kepada parents and husband. Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya kenapa saya rasa mahu undur diri pada hari pertama sekolah.

Perkara utama yang membuat saya mahu tarik diri ialah kerenah anak-anak murid. Saya mendapat tugasan untuk mengajar kelas yang paling last sekali. Bayangkanlah bagaimana keadaan atau suasana kelas yang terakhir.

Sesungguhnya saya rasa terkejut dengan situasi yang saya hadapi. Jauh berbeza daripada pengalaman saya di sekolah sebelumnya, di mana saya menjadi guru sandaran juga.

I can't control the class...

I can't even control the student's behaviour...

So, what's the point of me standing here...

when I can't continue my teaching...

Every word that I try to utter...

Falls on deaf ears...

Maybe I should step down...

Inilah perkara terakhir yang saya fikir akan menyelesaikan masalah. BERHENTI.

But then, saya teringat akan Rasulullah SAW. Bagaimana Baginda boleh menjadi guru kepada semua manusia yang pelbagai warna kulit, bahasa, peradaban, kerenah dan lain-lain. Dan yang paling penting bagaimana baginda melihat manusia dengan penuh kasih sayang. Tanpa judgement and berputus asa.

Kemudian saya beritahu kepada diri sendiri,

" Aku tak boleh give up. Mereka memerlukan seseorang untuk memberi tunjuk ajar. Dan aku berada dalam kalangan mereka."

Perkara yang paling saya utamakan bukanlah pembelajaran...tetapi akhlak. Seseorang yang berpelajaran tetapi akhlaknya tidak elok, manusia lain yang melihatnya pun tidak akan menghormatinya. Seseorang yang tidak berpelajaran tetapi akhlaknya mulia, manusia yang memandangnya tetap akan jatuh cinta kepada dia.

Ini tidak bermaksud saya memandang enteng pembelajaran mereka. Minda saya masih memikirkan perancangan pembelajaran mereka dan juga memikirkan bagaimana mahu mendekati manusia-manusia ini.

Maka saya pun memikirkan method untuk menghampiri golongan pemuda ini. Prinsip yang selalu saya pegangkan ialah jangan garang atau marah depan pelajar tetapi tegas. Marah dan tegas adalah dua sifat yang berbeza, malah kedua-duanya memberikan impak yang berbeza kepada para pelajar.

Apa yang saya lakukan di dalam kelas ialah melakukan aktiviti yang berbeza pada setiap minggu. Namun, untuk pengetahuan pembaca, bukan semua pelajar di dalam kelas tersebut berminat dengan subjek sains. Oleh itu, saya mengizinkan mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain. Tidak kiralah sama ada mereka mahu berada di dalam kelas atau di luar kelas kerana saya tidak suka menggunakan paksaan.

Kepada kumpulan yang mahu belajar, saya terus memberi penumpuan kepada mereka. Jika saya mempunyai handout yang mahu diberikan kepada para pelajar, saya berikan kepada semua. Tiada pengecualian. Memang agak rugi memberinya kepada mereka yang tidak mahu belajar. Apatah lagi apabila kertas yang difotostat dibuang begitu sahaja. Sehinggakan ada pelajar yang menegur saya.

[Pelajar] : Cikgu! rugi ja cikgu bagi kat kami. Kami bukan buat pun.

[NA] : Cikgu tak rugi apa-apa. Yang rugi adalah kamu.

Fahamkah pembaca kenapa saya berkata yang sedemikian?

Ia ibarat dakwah yang kita mahu sampaikan kepada seseorang. Kemudian si yang mendengar kata, tidak perlu beri kepada dia. Rugi saja.

Pembaca fikir si penyampai akan rugi?

Tak! Sekiranya ia dilakukan ikhlas kerana Allah SWT. Kerana sebaik-baik pembalasan ialah daripada Allah SWT. Si penyampai hanya menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

Begitu juga dengan situasi yang saya hadapi. Bukan sahaja ada anak-anak murid yang tidak mahu belajar, tetapi ada juga yang bising-bising, suka bagi banyak alasan, suka korea, suka makan dalam kelas dan sebagainya.

Tetapi, dalam semua situasi itu, bagaimana perspektif kita terhadap golongan ini?

Jika kita pandang negatif, maka mereka pun akan merasai tarikan negatif tersebut. Sebaliknya, jika positif maka mereka juga akan merasai daya positif tersebut.

Ada seorang murid saya bertanya:

[Pelajar] : Cikgu tak gila ka mengajar kelas kami ni?

[NA] : Tak... cikgu biasa ja.

[Pelajar] : Kalau cikgu lain, diorang ni dah kena... Tapi cikgu, kami nak belajar walaupun kami ni jenis bising.

Saya tersenyum mendengar luahan pelajar ni. Bukan senang mahu mendengar pengakuan yang jujur daripada seorang pelajar. Dan Alhamdulillah, hari ini saya melihat ada seorang pelajar, yang tidak suka belajar dan suka buat kekecohan di dalam kelas, melakukan kerja yang saya berikan tanpa disuruh.

Saya rasa happy walaupun sekejap. At least saya tahu dia masih mempunyai akhlak yang baik, iaitu menghormati pemberian orang lain. Insya-Allah, yang penting kita jangan putus harapan dengan kelas belakang ini. They still have a chance to change, for the better. Dan kita yang berada dalam kalangan mereka inilah yang patut cuba sedaya upaya untuk menolong mereka.

Kita hanya mampu berusaha, yang lain terserah kepada Allah SWT. Yang penting kita menjalankan kerja kita dengan amanah.

Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-5510009830365132632013-02-08T10:45:00.001-08:002013-02-08T11:30:28.498-08:00Betul Ke Guru Hanya Mengajar Subjek?

[Kredit: learningspy.co.uk]

Saya masih ingat lagi sewaktu di sekolah
rendah mahupun menengah, saya tiada cita-cita langsung ingin menjadi seorang guru.
Ini kerana bagi saya tugas sebagai seorang guru tidak mencabar. Dan hanya perlu
menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid sahaja.<o:p></o:p>

Semasa semester 2 di matrikulasi, mak,
ayah dan kakak saya datang melawat. Mereka mencadangkan kepada saya untuk
menyambung jurusan guru. Tapi pada masa itu saya tetap nekad mahu menyambung
dalam jurusan perubatan. Sedaya upaya saya mencuba. Namun apabila Allah tidak
membenarkan, maka saya harus akur dan percaya bahawa ada kebaikan yang Allah
mahu berikan kepada saya.<o:p></o:p>

3 tahun saya mengambil ijazah dan
setahun saya buat praktikal mengajar di Uk juga. Pada saat inilah terbuka mata
saya, bahawasanya tugas seorang guru sememangnya mencabar dan perlukan teknik-teknik.
Dan pada saat ini saya berfikir apa yang harus saya lakukan dalam menyampaikan ilmu dengan lebih baik.<o:p></o:p>

Ada orang berkata, <o:p></o:p>

" Kalau pelajar itu tidak mendapat
kefahaman, semuanya kerana izin Allah. Jika pelajar itu dapat, maka itu juga
atas izin Allah."

<o:p></o:p>

Statement ini memang ada benarnya. Tiada
siapa boleh pertikaikan kekuasaan Allah. Namun persoalannya, adakah Allah
menghalang kita daripada usaha? Dengan kata lain, adakah seorang mukmin itu
hanya berserah diri tanpa usaha?<o:p></o:p>

Di sinilah saya harus fikirkan teknik
dan kreativiti bagaimana untuk mengajar pelajar-pelajar secara efektif. Sepanjang saya
melakukan praktikal di sini, banyak perkara yang saya kagum dengan guru-guru di
sini.<o:p></o:p>

Pertamanya, apabila seorang pelajar
tidak dapat memahami subjek tertentu, mereka tidak menyalahkan pelajar tadi.
Sebaliknya, mereka merasakan diri mereka sendiri yang bermasalah. Mungkin dari
segi penyampaian. Mungkin dari segi komunikasi yang salah. Di sini jelas,
bahawa mereka banyak muhasabah diri untuk mencari punca kepada sesuatu permasalahan supaya dapat memberi yang lebih pada masa akan datang.<o:p></o:p>

Kedua, guru di sini mengajar bukan
sekadar menyampaikan ilmu tetapi juga cuba develop critical thinking di dalam
diri setiap pelajar. Apabila saya membuat pemerhatian dalam sebuah kelas fizik, guru tidak menyampaikan teori. Sebaliknya guru tersebut menceritakan secara praktikal
terlebih dahulu yang berhubungkait dengan kehidupan sebenar sebelum menceritakan teori. Contohnya tajuk "Effort, Pivot and Load". Pertama sekali yang dibuat oleh guru tersebut ialah
menunjuk satu video daripada cerita friends untuk mendapatkan idea behind the topic. Kemudian guru ini bertanya,<o:p></o:p>

"Can you tell me, how do you open
the can?"

<o:p></o:p>

Daripada situ, students menceritakan
teknik-teknik membuka tin sehingga dihubungkaitkan dengan topik tadi. Tambahan
pula, mereka sangat mengalu alukan pendapat, pandangan dan persoalan daripada
para pelajar.<o:p></o:p>

Semasa saya membuat ijazah, pensyarah-pensyarah selalu bertanyakan pandangan. Apabila pensyarah saya sendiri
bertanyakan kepada saya, lidah saya jadi kelu dan minda saya susah nak proses
dengan cepat. Sampai satu tahap, saya memang tak reti nak bagi pandangan mahupun idea. Ada
masanya saya rasa takut. Takut mahu memberi pandangan kerana dikhuatiri salah.
Apa yang berlaku sebalinya. Mereka mendengar sahaja pendapat students dan
memperbetulkan mana yang salah. Selalunya mereka akan menggunakan ayat-ayat
sebegini,<o:p></o:p>

" Pendapat awak bagus. Tapi adakah
ia boleh diaplikasikan dalam konteks ini?"

<o:p></o:p>

Psikologinya, persoalan ini tidak
menimbulkan bahawa jawapan kita salah. Malahan ia membuat kita mahu berfikir lagi
dengan lebih mendalam. Approach yang digunakan oleh guru di sini adalah approach yang positif. Mereka akan cuba untuk tidak menggunakan perkataan yang negatif kepada pelajar-pelajar.<o:p></o:p>

Beberapa hari yang lepas, saya dan classmates
pergi ke NPL (National Physical Laboratory : http://www.npl.co.uk
) untuk belajar bagaimana mahu menjalankan experiment dengan students. Saya
boleh katakan bahawa teknologi di situ sangat advance dan hanya boleh dihadiri
oleh bakal-bakal guru yang akan mengajar di Uk. Alhamdulillah, kami diberi peluang untuk menghadirinya cuma terhad kepada 3 sesi. Sesi yang selebihnya mereka tidak mengizinkan. Sesi terakhir yang kami
hadiri, pensyarah tersebut menyampaikan software terbaru yang boleh diajar kepada para pelajar khususnya untuk subjek fizik.<o:p></o:p>

Point di sini bukan saya mahu
menceritakan pasal software tersebut. Tapi saya mahu menceritakan kata-kata
pensyarah tersebut. Dia berkata, <o:p></o:p>

" Awak sebagai guru tak boleh
expect awak boleh jawab semua soalan yang ditanyakan oleh anak-anak murid. You have
to learn to say,' I don't know the answer. Why not you try to search it?' Be honest to your students."

<o:p></o:p>

Dia mencadangkan, jika perkara ini
berlaku, kita sebagai guru perlu menyediakan medium untuk student itu mencari
sendiri jawapan kepada persoalan tersebut. <o:p></o:p>

Saya tahu ada level 'penghormatan' yang ditanam dalam masayarakat kita. Orang muda kena dengar cakap orang tua.

Belum ada atau dipupuk lagi,

" Mari sama-sama kita belajar."

Ini menyebabkan pelajar-pelajar di Malaysia banyak menerima daripada mencari, berfikir dan menyoal. Saya ada bertanya seorang kakak yang sedang melakukan master dan berbincang perihal ini. Dia mengatakan bahawa,

" Master di Malaysia memang senang dapat sebab pensyarah banyak tolong. Di sini akak rasa, akak yang perlu mencari dan lebih banyak berfikir. Rasa sangat perbezaan Malaysia dengan sini." [ Dialog tolak tambah dan ubah suai]

Penulisan saya ini hanya berdasarkan daripada pengalaman di sini dan juga menemu bual beberapa orang yang saya kenali.

Apa yang saya boleh katakan, banyak kerja yang bakal menantikan saya di Malaysia nanti. Moga Allah SWT memberi kekuatan kepada saya dan juga bakal-bakal dalam mendidik pelajar-pelajar dengan cara yang benar. Bukan sekadar menyampaikan. Bukan sekadar hendak habiskan topik. Ada tugas lain, yang perlu guru-guru jalankan.

Setakat ini coretan bakal seorang guru. Nak tahu pengalaman saya di sini lagi, tunggu episod yang akan datang =)

Insya-Allah.

Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-45654067506491447432013-02-04T16:12:00.000-08:002013-02-04T16:12:58.816-08:00Shopping Time!!!

Shopping selalunya dikaitkan dengan wanita. Kenapa wanita?

Kerana wanita suka mencuci mata melihat sesuatu yang menarik perhatian matanya terutamanya yang menepati citrasanya, designnya, warnanya dan bermacam-macam lagi. Ada pula wanita yang pergi ke pusat beli-belah hanya semata-mata untuk berjalan-jalan ataupun melepaskan tekanan.

Untuk ana mengatakan semua wanita suka bershopping, boleh jadi benar dan boleh jadi sebaliknya.Ada kategori wanita yang bukan kaki shopping tetapi hanya bershopping apabila ada keperluan. Dan ada pula yang benar-benar minat dengan shopping. Dengan kata lain shopping itu telah menjadi hobi yang sebati di dalam dirinya.

But in generally, semua wanita pergi bershopping. =)

Namun ada sesuatu yang perlu dirisaukan pada setiap diri wanita apabila melakukan aktiviti beli-belah iaitu nafsu. Nafsu ini boleh dipecahkan kepada beberapa kategori. Dalam konteks entri ini ana lebih fokus kepada nafsu untuk mebeli dan nafsu untuk memiliki sesuatu barang.

Ana tertarik dengan perbualan dengan tiga orang adik-adik semasa ana menemani mereka di sebuah shopping kompleks.

Ika : Kita selalu beli coat yang sama. Sama warna pula tu.

Ifa : Haah la. Hehehe...Kita kan berkongsi citrasa yang sama. Tapi untuk coat ni, aku tak tahu patut beli ke tak? Coat yang satu lagi ni pun lawa juga tapi nipis. Ah! Pening kepala.

Lia : Korang dah pilih ke?

Ifa : Belum. Lia, kau rasa aku patut tak beli coat ni? Warna dia lawa. Tapi aku nak coat yang itu juga. Kat tempat kita belajar tak ada coat macam ni.

Lia : Dalam almari kau, aku tengok kau dah banyak coat jenis ni dan sama warna. Yang satu ni pula, aku tengok kau tak ada lagi and warna dia pun kau tak pernah ada lagi.

-End-

Satu perkara yang ana kagum dengan adik-adik ini ialah, mereka saling mengenali antara satu sama lain. Tahu citrasa pakaiannya. Tahu apa kesukaan makanannya. Tahu apa yang kawannya suka buat pada masa lapang.

Yang keduanya, ialah mereka saling membantu kepada kebaikan.

Kebaikan?

Cuba kita fikirkan kembali pada senario tadi. Boleh jadi Lia kata,

" Beli je dua-dua. Bukan rugi pun."

Mungkin ada yang tidak nampak ia adalah satu pembaziran apabila memiliki kedua-duanya sekaligus hanya mengikuti nafsu semata-mata. Nafsu yang apabila diikuti, dikemudian harinya hati tetap rasa kosong.

Di zaman teknologi, pelbagai keluaran gajet yang telah tersebar luas ke serata dunia. Perkara yang paling obvious yang ana nampak sepanjang berada di bumi Uk ini ialah iphone. Masa first time ana fly, pada masa itu keluar produk handphone iphone 3GS. Tahun berikutnya iphone 4 dan tahun berikutnya dan berikutnya iphone 5. Di sini kita dapat melihat trend peningkatan teknologi yang semakin canggih.

Tidak dinafikan ana juga ada keinginan untuk memiliki. Ana tekankan sekali lagi iaitu keinginan bukan atas keperluan. Dan ana juga ada terfikir untuk beli Macbook Pro atas dasar sebab-sebab tertentu.

Tetapi ana tidaklah beli sekaligus. Sebaliknya ana banyak memikirkan kebaikan dan keburukannya. Bahkan ana banyak consult dengan housemates dan rakan-rakan yang ana kenal.

Kenapa ana berbuat yang demikian?

Cuba kita fikirkan apabila kita berada di pasar malam yang penuh dengan makanan yang lazat dan menaikkan selera untuk makan. Kemudian kita beli mengikut kehendak hati. Apabila sampai rumah dan makan, kita lihat makanan yang kita beli tadi tidak habis dimakan.

Begitu juga apabila kita membeli buku. Kalau kita sekadar membeli buku hanya mengikut kehendak, buku itu hanya berfungsi sebagai buku. Buku yang tidak disentuhi oleh tuannya.

Apa yang terjadi ialah berlaku pembaziran, tiada keberkatan dan jiwa pun jadi kosong. Kosong atas tindakan kita yang berlandaskan nafsu bukan berdasarkan untuk mendapat keberkatan Allah SWT.

Dalam hidup ini, kita tidak boleh hidup sorang-sorang. Kita perlu ada manusia-manusia yang sentiasa mengingatkan diri kita.

" ...saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." [Al-'Asr:3]

Cari teman yang pandai rasionalkan kembali emosi kita semasa beli-belah. Satu tips yang ana selalu gunakan apabila keliru atas kehendak atau keperluan. Syaitan sangat expert memanipulasikan manusia especially apabila kita berada di tengah-tengah jalan.

Satu perkara lagi yang ana selalu buat apabila shopping sorang-sorang, ana list barang yang hendak dibeli.

Selamat bershopping =)

Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-53977980765755939902013-01-10T16:49:00.002-08:002013-01-10T17:36:59.956-08:00I'm Positive?

[Kredit]

Pada pagi tadi, ana ada sesi bersama-sama dengan students master local yang lain. Sesi yang pertama kali dijalankan oleh pihak universiti iaitu " Resilience".

Definisi resilience yang diberikan oleh encik google ialah " the power or ability to return to original form, position, etc, after being bent, compressed, or stretched. Dalam konteks education, ia lebih kepada sikap seorang guru harus ada apabila terjerumus dalam bidang ini.

Contohnya, memilih topik yang bakal diajar dan disusun atur agar at the end of the lesson, pelajar-pelajar ini tahu apa yang ingin dicapaikan oleh guru tersebut. Contoh yang lain ialah apabila seorang guru menghadapi bad behaviour from students. Adakah dia harus panik, atau sebaliknya keep calm and find the solution.

Skop yang ditumpukan pada pagi tadi lebih kepada confidence, adaptability, purposefulness and the need for social support. Basically sesi ini lebih kepada refleksi diri berdasarkan pengalaman yang dialami semasa first school placement dan mencari kekuatan diri masing-masing yang boleh dipraktiskan lagi for the next school placement.

Kemudian sesi diteruskan dengan bengkel yang bertajuk "behaviour". Behaviour di sini ialah bagaimana para guru menghadapi bad behaviour of students in the class. Pensyarah ana ada menunjukkan sebuah video yang berkisar mengenai seorang guru yang mengajar di dalam sebuah kelas.

Apa yang ana dapati ialah guru tersebut selalu mengguna perkataan-perkataan yang negatif kepada para pelajar. Contohnya,

" Awak tengok markah matematik ni. Semua orang gagal kecuali seorang. Apa nak jadi dengan kamu semua ni. Kamu nak repeat paper lagi ke for the next year? Ramai tak boleh nak jawab soalan ratio"

The teacher kept nagging. I'm sure enough, anak-anak muda sangat-sangat tidak menyukai apabila kena berleter dengan guru dengan menggunakan negative word. Eventually, the teacher did not realise that, he just made a gap between his students. Di saat itu hilang rasa hormat para pelajar kepada guru dengan menunjukkan behaviour yang lebih teruk lagi daripada sebelum ini.

Daripada sini, ana banyak reflek kembali dengan kehidupan kita. Kehidupan yang penuh dengan negative word and thought. Siapa yang suka apabila dirinya dikata bodoh? Siapa suka dirinya dikata jahat? Siapa yang suka apabila keburukan dirinya diperkatakan oleh orang lain?

Secara fitrahnya manusia sangat mencintai perkara-perkara kebaikan. Sangat suka dengan perkara yang positif. Kerana perkara positif mampu mendorong dirinya menjadi lebih baik daripada semalam.

Contoh untuk negatif, ada sahabat kita is trying to speak in English although have lots of grammatic error. Then, you said to her or him to stop to speak. Pada pendapat kita, tak perlu dia nak' over' sangat cakap mat salleh, grammer pun tak betul. You eventually made her/him confident down. Mungkin ada pada satu saat, kawan kita merasakan dia memang dah tidak boleh lagi menguasai bahasa inggeris. Dalam keadaan yang kita tidak sedar, kita telah pun menjadi seorang yang memusnahkan masa depannya.

People need positive word. Even Allah always use positive phrase in the Quran. Orang yang lemah Allah pujuk supaya bersabar,

" Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat..." [2:45]

" Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar..." [40:55]

Apatah lagi dengan dosa yang kita lakukan pada setiap hari. Dosa yang kita rasa terlalu besar yang harus kita pikul sehingga menemui kematian. Namun, Allah SWT masih memberi ruang kepada kita.

" ..Dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi." [40:55]

" Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." [39:53]

Allah juga selalu memotivasikan hamba-hamba-Nya,

" Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui." [2:261]

Perjalanan sirah Rasulullah SAW sendiri juga banyak mengajar kepada kita mengenai positif. Apabila berjalan dengan seorang tua yang selalu bercakap mengenai keburukkan baginda, Rasulullah SAW tidaklah melatah. Sebaliknya hanya mendengar tanpa bantahan. Sehingga orang tua tersebut tahu bahawa orang yang temaninya sebentar tadi ialah Rasulullah SAW. Inilah keperibadian positif yang membawa seseorang keluar daripada kelompok negatif.

Justeru, perkataan POSITIF yang sebenarnya banyak memberi kebahagian hidup kepada manusia hingga ke syurga. Perkataan yang kekadang kita memandang ringan tetapi sebenarnya 'tugasannya' mahu membawa manusia kepada kebahagiaan.

Wallhu'alam.

Minta maaf sekiranya ada menggunakan perkataan yang 'kasar' dalam entri ini.

Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-4401516205408801212012-12-31T17:22:00.000-08:002012-12-31T17:29:07.569-08:00Iman Yang DibinaAssalamualaikum wbt.

Pertama sekali, ana memohon maaf kerana begitu jarang sekali ana meng'update' blog. Ini adalah tarbiah (didikan) daripada Allah SWT kepada ana agar memperbaiki 'time management' dengan lebih efficient dan tiada alasan untuk mengatakan 'tiada masa'.

Baiklah, mungkin ada sesetengah pembaca mengetahui bahawa ana sekarang ini sedang meneruskan pengajian ana dalam bidang 'education' atau lebih dikenali sebagai PGCE di London. Beberapa minggu yang lalu, Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang kepada ana dan dua orang sahabat yang lain untuk merasai pengalaman sekolah di sini iaitu Holy Cross School.

Walaupun hanya 5 hari, namun itu sudah memberi banyak pelajaran, pengajaran dan menghasilkan pemikiran yang baru. Ada beberapa kelas yang ana perhatikan, guru-gurunya ada menyentuh mengenai keimanan dalam keadaan yang mereka sedari atau tidak sedari.

Pemerhatian ana yang pertama adalah apabila guru yang mengajar di dalam kelas tersebut, memberi tugasan kepada pelajar-pelajarnya. Tugasannya ialah pelajar-pelajar ini perlu duduk dalam kumpulan yang telah ditetapkan dan mereka dikehendaki untuk membuktikan bahawa cerita ET adalah hasil daripada pembuktian yang sahih daripada sains. Jika mereka tidak menyetujui kebenaran filem ET, maka mereka juga perlu bentangkan bukti kepada kepalsuan cerita tersebut.

<object class="BLOGGER-youtube-video" classid="clsid:D27CDB6E-AE6D-11cf-96B8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0" data-thumbnail-src="http://2.gvt0.com/vi/_7-2PB4jj2o/0.jpg" height="266" width="320"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/_7-2PB4jj2o&fs=1&source=uds" /><param name="bgcolor" value="#FFFFFF" /><param name="allowFullScreen" value="true" /><embed width="320" height="266" src="http://www.youtube.com/v/_7-2PB4jj2o&fs=1&source=uds" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true"></embed></object>

Kelas berikutnya di conduct oleh guru yang lain. Tugasan pada awal pembelajaran ialah guru tersebut bertanya kepada para pelajar,

" Is this world going to end?"

Soalan seterusnya yang ditanyakan oleh guru ialah,

" Why?"

" How?"

"When?

Soalan-soalan di atas ini berkait rapat dengan persoalan pertama tadi.

Berbalik kepada pemerhatian ana yang pertama iaitu filem ET, ana basically, tidak terlalu risau sama ada pelajar-pelajar ini mahu percayakan ataupun tidak. Hal ini kerana, alien bukanlah boleh menjadi penyebab kepada keruntuhan keimanan kita.

Penyebab keruntuhan kepada keimanan ialah apabila seseorang itu tidak percaya kepada Allah SWT, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Akhirat dan Qada, dan Qadar.

Namun awas, apabila kita mempercayai alien melebihi daripada Allah SWT, maka ia telah jatuh kepada syirik yang kadang kala manusia tidak sedari. Contoh yang lain ialah filem 'hantu' yang menjadi kehebatan di Malaysia sekarang ini. Ramai orang yang demand dengan cerita-cerita sebegini. Makanya pihak produksi perlu bekerja keras untuk menghasilkan filem-filem yang memenuhi kriteria-kriteria orang awam.

Pada satu sudut pandangan, ia memang dikatakan 'Best' bagi peminat filem cerita seperti ini. Tapi pernah tak kita terfikir, dari satu sudut sisi pandangan yang lain, sebahagian atau lebih, orang yang menonton filem ini telah menaruh ketakutan dalam dirinya terhadap 'hantu' melebihi daripada ketakutan terhadap Allah SWT.

Moga Allah melindungi kita daripada syirik yang kita tidak sedari.

Sementara di kelas pemerhatian ana yang kedua, ia memang ada kaitan dengan keimanan iaitu kiamat. One day, this world will be ended. That's the fact that Allah already told us in surah Al-Qari'ah, Az-Zalzalah, Al-Jasiyah dan banyak lagi.

Ana memerhatikan ada pelajar yang percaya dunia akan hancur dan ada pula yang tidak percaya. Bertambah rumit apabila ada segolongan daripada pelajar-pelajar ini yang mempercayai akan terjadinya penamat dunia, membuat estimation bila dunia akan musnah.

" Sungguh, hari Kiamat itu akan datang, Aku merahsiakan (waktunya) agar setiap orang dibalas sesuai dengan apa yang telah diusahakannya." (Taha: 15)

Penentuan hari Kiamat ada pada rahsia Allah SWT yang tidak diketahui oleh Nabi sekalipun. Merbahayanya penekaan manusia ialah apabila manusia terlalu disibukkan dengan bila datangnya hari Kiamat seperti apa yang terjadi pada tahun 2012. Tahun yang dijangka dunia akan Kiamat. Sebaliknya, apa yang Allah SWT mahukan daripada kita adalah sibukkan diri dengan amal kebaikan yang dapat menjamin kejayaan di hari Kiamat kelak.

Daripada sini, ana tidak menafikan, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik dan mengajar pelajar-pelajar agar semua apa yang telah dipelajari kembali kepada sifat neutral especially untuk subjek sains. Sifat neutral yang ana maksudkan ini ialah, apa terjadi sekalipun keajaiban mahupun teknologi yang tinggi, kembalikan semuanya kepada Allah SWT yang berkuasa Mutlak terhadap makhluk-makhluk-Nya dan merupakan Pencipta setiap makhluk yang ada di bumi mahupun di galaksi.

And I think, being a muslimah and musleh teacher is very challenging. Mengajar sambil membina keimanan dalam diri para pelajar. Perkara ini yang masih ana fikirkan sampai sekarang, bagaimana mahu melaksanakan wasilah ini?

Satu quote yang ana ingat sampai sekarang,

" Semakin orang itu bertambah ilmu, semakin dia merasakan takut dan rendah diri kepada Allah SWT."

Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-74530877292301922642012-11-15T17:14:00.000-08:002012-11-15T17:14:01.842-08:00Bagai Aur dengan Tebing, Itulah IslamBaru-baru ini kita semua dikejutkan dengan berita serangan Israel ke atas Palestin. Pada pihak ana, berita ini menambah lagi kerungsingan dalam diri ana. Ini bermakna banyak lagi pekerjaan yang ana harus kerjakan dengan lebih bersungguh-sungguh, serius tetapi teratur.

Apabila kita menekankan perkataan teratur, minda kita mungkin akan terbayang, perlu ada perancangan, kena berdisiplin, tahu kemampuan diri dan pelbagai lagi. Namun, haruslah kita ketahui, bahawasanya kita tidak mampu untuk membuat suatu pekerjaan tanpa kerjasama daripada orang lain.

Perkara yang paling mudah untuk dijadikan contoh ialah ilmu. Mungkin setengah orang menganggap bahawa ilmu boleh didapati daripada buku. Tanya pada diri sendiri dan jawab secara jujur, benarkah buku boleh memberi kita ilmu?

Buku boleh memberi ilmu tetapi ia tidak mampu guide kefahaman kita. Boleh jadi apa yang kita fahami daripada buku tersebut adalah berbeza daripada orang yang menulis buku tersebut. Maka, hendak tak nak kita kena ada hubungan dengan seseorang iaitu guru. Ini dinamakan kerjasama. Guru memberi tunjuk ajar dan kita dengan rela hati untuk belajar.

Contoh kedua ialah musuh anak adam. Tidak lain dan tidak bukan, musuh itu ialah syaitan. Syaitan telah membuat perjanjian dengan Allah, bahawa, dia akan menyesatkan manusia sehingga berlaku Hari Kiamat. Apakah selama ini kita berfikir syaitan ini bekerja sambil lewa atau keseorangan?

Malahan tidak sama sekali. Bahkan perancangan syaitan sangat teratur dan mereka saling bersatu padu dalam menyesatkan manusia di dunia ini. Mereka tidak bertindak atas dua syarikat yang berbeza tetapi di bawah satu syarikat dan satu petadbiran.

Contoh terakhir yang ana berikan ialah jantung kita. Jantung manusia ada cells. Kalau kita ambil satu cell jantug dan diperhatikan dengan menggunakan microscope, ia didapati akan hilang rentak dan seterusnya mati. Begitu juga apabila dua cells jantung diletakkan atas slide pada jarak yang agak jauh. Cells ini juga akan mati pada pengakhirannya.

Namun, apabila dua cells jantung ini diletak bersebelahan, keputusannya begitu menakjubkan. Kedua-dua cells jantung terus berdenyut pada rentak yang sama dan tidak mati. Subhanallah, cukup hebat penciptaan Allah ini.

Melalui contoh-contoh yang ana berikan, cukup terbukti bahawa dalam membanteras kejahatan, kita perlu saling bekerjasama. Tidak boleh berlawan keseorangan. Jika kita kalah, maka siapa pula yang akan berlawan dengan musuh?

Di sini menunjukkan betapa penting kesatuan antara manusia. Dan Allah SWT sendiri telah memberi banyak pembelajaran kepada kita. Cumanya, sama ada kita sedar atau pun tidak sedar perkara ini.

Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-80162300483667210132012-11-05T16:57:00.000-08:002012-11-05T16:57:00.090-08:00Cerpen : Hijab PemisahanPada awal pagi jam 5, Nawwar sudah pun bangun dan bersiap-siap bersihkan diri sebelum azan Subuh berkumandang. Ini adalah rutin yang telah menjadi sebati dalam dirinya atas dididikkan daripada ibu bapanya yang begitu mementingkan disiplin diri. Setelah menyelesaikan kewajipan solat Subuh dan membaca beberapa helaian ayat-ayat Al-Quran, dia terus membentangkan buku Biologi di atas meja yang berada di sudut menghadap ke arah tingkap. Kedengaran bunyi ketukkan di pintu biliknya.

" Assalamualaikum anak ummi." Mendengar salam yang diberi oleh Puan Halimah, senyuman terukir di bibir Nawwar.

" Waalaikumussalam Ummi."

" Anak ummi ni dah solat Subuh." Puan Halimah mengambil kedudukan di sisi Nawwar sambil matanya menghala kepada buku Biologi yang baru saja dibuka oleh anaknya.

" Sudah ummi."

" Alhamdulillah. Nawwar dah baca Al-Quran."

" Dah juga." Bertambah berseri-seri senyuman Nawwar yang dihadiahkan kepada Puan Halimah.

" Very good. How about your target for today?"

" Ermmm..."

" Ummi tahu, kalau anak ummi dah keluar bunyi ermmm...maknanya belum buat lagi kan... Betul tak?

" Ala ummi... Bukan Nawwar sengaja tak buat. Tapi nak Nawwar nak belajar Biologi dulu before I entering my class this morning." Melihat anaknya menarik muka masam, terus Puan Halimah mengusap rambut Nawwar sambil duduk berlutut agar dia dapat melihat wajah anaknya dengan jelas.

" Sayang...Ummi tak marah pun. What you did just now was very good. Ummi hanya nak peringatkan saja. Bukankah manusia itu sifat dia pelupa. Jangan buat masam begini. Kena senyum pagi-pagi ni, baru hati lapang bila belajar."

" Hehehe... Dapat juga Nawwar pekenakan ummi pagi ni. Sebenarnya Nawwar tak merajuk pun dengan ummi. Tadi tu, Nawwar berlakon je."

" Oh! Dah pandai anak ummi ni main acah-acah dengan ummi ye. Mana hidung Nawwar yang tinggi tu. Ummi nak picit-picit." Saat Nawwar melihat gerakkan tangan kanan umminya, terus dia melarikan wajahnya ke belakang.

" Ummi... Tak nak."

" Ummi tak kira. Ini sebagai denda kepada Nawwar." Pada ketika itu muncul pula Encik Zakaria. Sebelum ini dia berada di mini perpustakaan untuk membaca buku yang diminati olehnya. Oleh kerana kedengaran gelak ketawa dari bilik anaknya, hatinya tertarik mahu melihat apa yang sedang berlaku.

" Wah! Happy nampak ummi dengan Nawwar pada pagi ini." Puan Halimah memberhentikan perlakuannya terhadap Nawwar tatkala mendengar suara suaminya.

" Abi! Tolong Nawwar." Nawwar berlari mendapatkan Encik Zakaria dan bersembunyi dibelakang. Puan Halimah sudah bercekak pinggang apabila anaknya memberi senyuman kemenangan.

" Kenapa ni Nawwar... sayang..."

" Anak abi ni dah pandai acting tau tak. Dia pekenakan ummi tadi." Puan Halimah cuba menghampiri Nawwar. Namun cepat juga anaknya itu mengelak daripadanya. Encik Zakaria menahan isterinya daripada terus mengusik anak gadisnya itu.

" Sayang... Sudah-sudah la tu. Lagipun nanti Nawwar lewat pula ke sekolah. Kemudian tak sempat sarapan...."

" Kemudian rasa tak best nak belajar." Puan Halimah menjengil matanya kepada Nawwar kerana sudah pandai memotong kata-kata suaminya

" Okay-okay. My lovely daughter and wife, jom kita bersarapan." Encik Zakaria memeluk bahu isterinya di sebelah kanannya dan memegang tangan anaknya di sebelah kiri. Walaupun di mata orang, senario ini seperti pergaduhan tetapi tidak kepada keluarga ini. Bagi mereka, ini semua sebagai senda gurauan antara satu sama lain untuk mengerat tali persaudaraan antara seorang ibu, bapa dan anak.

Lewat tengah hari itu, Cikgu Sumayyah belum ada tanda-tanda untuk munculkan diri. Kesempatan masa tersebut diambil oleh pelejar-pelajar 5 Adil. Ada sekumpulan yang bernyanyi. Ada sekumpulan yang berkongsi cerita masing-masing. Namun tidak kepada Nawwar.

" Nawwar... Jom la kita lepak dulu. At least otak kau boleh berehat." Zulaikha cuba memujuk rakannya itu yang suka menyibukkan diri dengan kerja. Kekadang susah mahu berbual dengan Nawwar.

" Takpalah. Kau pergi la lepak dengan diorang. Aku nak buat kerja ni." Nawwar mendengar dengusan Zulaikha. Tetapi dia tidak peduli dengan perasaan rakannya itu. Sekarang ini dia ingin fokus pada kerjanya.

" Kau tak rasa tak ada life ke bila kau asyik bekerja je?"

" Nope. " Makin kehairanan Zulaikha dengan jawapan diberikan oleh Nawwar.

" Jadi kau happy dengan apa yang kau lakukan sekarang ni?"

" Haah." Nawwar memberikan senyuman yang paling manis kepada Zulaikha agar dia yakin dengan jawapan tersebut.

" Kau tak rasa masa remaja kau ni waste ke?" Zulaikha masih berasa tidak puas hati lagi. Kalau boleh dia ingin membaca isi hati Nawwar sedalam dalamnya.

" Tak. Kenapa kau tanya macam tu?"

" Bukan apa... Bagi aku, remaja seperti kita sepatutnya enjoy sebelum masuk fasa dunia dewasa di mana kita tak boleh nak buat seperti ini lagi. Nanti bila dah besar kita kena kerja, kahwin, ada anak, nak jaga suami lagilah. Semuanya perlu kepada serius."

" Aku tak deny dengan pandangan kau tu. Tapi hidup aku ada mission yang perlu kepada serius. "

" Bila masa pula untuk kau berseronok? Come on, hidup kita di dunia ni sekali je."

" Kerana aku tahu kita hidup di dunia ini sekejap sajalah yang menyebabkan aku nak strive perkara-perkara yang aku hajatkan. Ika... Masa berseronok aku ada sebenarnya. Bukan tiada. Cuma waktu ni kan kita di sekolah, dan waktu ini, kita perlu belajar."

" Kekadang karakter dan prinsip kau buat aku respek dan kagum dengan kau. Apa rahsia kau ek?" Nawwar tersenyum dengan soalan yang diutarakan oleh sahabatnya itu. Nawwar memandang muka Zulaikha sebelum menjawab persoalan tersebut.

" My parents. Ummi dan Abi."

Kipas berpusing-pusing. Namun suasana di ruang tamu sungguh terdiam. Tiada bunyi manusia bersuara mahupun derapan kaki.

" Assalamualaikum... Ummi...Abi..." Nawwar meletakkan kasutnya dirak kasut yang disediakan. Langkah kaki kanannya pada ruang tamu, membuat dirinya mencari ummi dan abi.

" Eh! Mana pergi ummi dengan abi ni. Ah! baring dulu la kejap." Rasa letihnya dilepaskan dengan membaringkan anggotanya pada sofa. Tidak lama kemudian matanya terlelap. Namun semua itu hanya sementara apabila Nawwar mendengar derapan kaki yang semakin menghampiri dirinya.

" Dah balik anak ummi." Mata Nawwar terbuka apabila mendengar suara umminya.

" Haah ummi." Nawwar tetap dengan posisi berbaring."

" Penat sangat ke?" Puan Halimah mengangkat kepala Nawwar dan diletakkan di atas ribanya. Nawwar terus mendakap Puan Halimah.

" Penat sangat ummi. Tapi Alhamdulillah HO dah habis."

" Alhamdulillah. I'm so proud of you. Nawwar dah solat asar ke?"

" Belum lagi ummi. Penat..."

" Mari. Ummi peluk Nawwar dengan penuh kasih sayang dan moga Allah salurkan kekuatan kepada Nawwar." Puan Halimah memeluk anaknya begitu kejap sekali. Beberapa saat kemudian, baharulah dilepaskan.

" Dah ada tenaga?" Puan Halimah cuba bergurau dengan Nawwar dengan menunjukkan otot-otot tangannya.

" Ummi ni, sempat lagi buat lawak."

" Kalau dah ketawa tu maknanya dah ada tenaga kan?"

" Okaylah. Nawwar masuk bilik dulu." Puan Halimah melepas Nawwar pergi ke bilik. Namun secara tiba-tiba Nawwar berkalih semula kepada dia.

" Kenapa Nawwar?"

" Abi mana ummi?"

" Di tempat biasa." Melihat kenakalan di wajah anaknya, cepat-cepat Puan Halimah bersuara.

" No no no... Nak kacau abi kejap lagi. Sekarang ni, pergi solat dulu.Selesai tuntutan Allah dulu. Dah selesai solat, Ummi don't mind kalau nak kacau abi."

" Okay..." Kedengaran lemah suara Nawwar. Walaubagaimanapun dia tetap mendengar kata-kata umminya. Dia tahu, ummi berkata sedemikian untuk kebaikkannya juga.

Selepas solat Maghrib secara berjemaah, Nawwar, Puan Halimah dan Encik Zakaria berada di ruang meja makan. Mereka sememangnya selalu mempraktikkan makan bersama-sama. Encik Zakaria dan Puan Halimah selalu keluar ke kerja. Begitu juga dengan Nawwar sejak akhir-akhir ini. Jadi pada masa inilah digunakan oleh anak beranak untuk berborak dan mengetahui perkembangan semasa.

" Tahniah anak abi dah berjaya menghabiskan HO. Macam perasaan sekarang ni?"

" Relief."

" Itu je?"

" Well... sebenarnya banyak kenangan yang Nawwar dapat sepanjang HO."

" Cerita la sikit. Teringin nak rasa feel pengalaman yang Nawwar dapat tu."

" Yang ni kenangan paling Nawwar ingat. Ada satu pesakit ni, perempuan dan Nawwar selalu panggil dia Mak Cik Zaitun. Setiap hari Mak Cik Zaitun pasti akan termenung ke luar tingkap. Nawwar teringin juga nak tahu pasal Mak Cik Zaitun. Kenapa dia asyik termenung? Muka dia pun Nawwar rasa seperti dia dalam kesedihan. Lama kelamaan Nawwar approach Mak Cik Zaitun dan korek sedikit demi sedikit pasal background dia. Yang paling Nawwar sedih, bila dapat tahu, anak-anak dia tinggal Mak Cik Zaitun bila diorang dah kaya. Sekarang ni, jiran Mak Cik yang ambil alih jaga dia."

" Sampai sekarang pun anak-anak Mak Cik Zaitun tak datang melawat?" Puan Halimah cuba meminta kepastian.

" Haah. Sampai sekarang. Ada juga anak-anak sebegini kan abi. Bila dah ada harta banyak, ibu yang didik dan jaga diorang ditinggalkan." Puan Halimah dan Encik Zakaria berasa begitu resah mendengar cerita itu. Namun reaksi muka mereka berdua tidak ditunjukkan secara jelas kepada Nawwar.

" Oh! ya abi. Sebelum Nawwar terlupa. Minggu depan, kawan sekolah menengah lama Nawwar ada buat reunion. Abi izikan tak Nawwar pergi?"

" Seorang je ka Nawwar pergi ni?"

" Tak la. Nawwar ajak Zulaikha. Boleh tak abi?"

" Boleh. Lebih manis boleh balik awal."

" Insya-Allah abi. Terima kasih abi." Encik Zakaria hanya mengangguk kepalanya.

" Dah-dah. Jom kita makan. Lauk dengan nasi dah sejuk ni." Puan Halimah cuba mengambil alih perbualan agar tidak terjerumus lagi kepada cerita anaknya tadi.

Pada malam itu, Puan Halimah gagal melelapkan matanya. Dia asih teringat akan cerita Nawwar semasa di meja makan sebentar tadi. Pergerakkan Puan Halimah, menyebabkan Encik Zakaria tersedar daripada tidur.

" Kenapa sayang?" Encik Zakaria bangun daripada pembaringan dan bersandar di kepala katil.

" Tak dapat tidur."

" Fikirkan apa ni?

" Imah terfikirkan cerita anak kita tadi."

" Cuba cerita terus terang dengan abang. Apa yang merisaukan sangat pasal cerita tu?"

" Pasal Mak Cik Zaitun ditinggalkan anak-anaknya kerana harta. Imah takut benda ni berlaku kepada Nawwar."

" Sayang... Nawwarkan anak yang baik dan solehah. Insya-Allah dia takkan buat begitu pada kita."

" Bukan itu yang Imah risaukan."

" Jadi apa yang sayang risaukan sebenarnya?" Puan Halimah memegang kejap tangan suaminya dengan sambil memandang.

" Dari Nawwar kecil sampai besar, kita berdua cuba untuk berikan didikan yang terbaik. Bukan didikan kepada pelajaran. Tetapi didikan untuk menjadi hamba Allah. Sejak akhir-akhir ni, Nawwar banyak kena tipu daya."

" Apa maksud Imah dengan tipu daya?"

" Hati dia dah penuh dengan kecintaan dunia. Apa yang dimahukannya dan apa yang ditargetnya, bukan lagi untuk pada masa akhiratnya. Tetapi lebih kepada dunia." Jawapan daripada isterinya mebuat dirinya terdiam. Nafas diambil secara perlahan-lahan. Mata ditutup seperti mahu menahan perasaan.

" Dahulu kita berjanji, ingin membawa keluarga kita bahagia. Bukan setakat dunia tetapi akhirat. Salah kita ke abang dengan cara didikan kita ini?" Puan Halimah bersuara lagi.

" Sayang... Mungkin sebahagiannya salah kita. Dan mungkin juga ini adalah ujian daripada Allah kepada anak kita. Dia mahu melihat sejauh mana anak kita benar-benar ikhlas dengan hidup ini. Imah jangan lupa, setiap jiwa itu pasti akan diuji oleh Allah termasuk anak kita."

" Tapi Imah tak sanggup..."

" Imah. Dengar sini. Selagi masih ada ruang waktu, kita berdoa kepada Allah. Mohon pertolongan daripada Dia. Dia pemegang hati manusia. Dan kita juga boleh tegur Nawwar." Encik Zakaria mengusap rambut isterinya dengan penuh kasih sayang dan harapan. Kadang-kala, sekalipun manusia berada dalam suasana yang baik, masih belum dijamin syurga. Kerana pasti Allah akan menguji hamba-hamba-Nya.

Hari yang ditunggu-tunggu oleh Nawwar telah pun tiba iaitu reunion sekolah menengah lamanya. Dia telah berjanji dengan Zulaikha untuk mengambil di rumahnya. Padan jam 7.45 malam, dia telah tiba dihadapan rumah Zulaikha.

" Assalamualaikum..." Nawwar memberi salam kepada Zulaikha yang baru melabuhkan dirinya atas kerusi kereta.

" Waalaikumussalam. Nawwar! Betul ke kau ni."

" Ya la. Mesti la aku Nawwar. Takkan stranger pula."

" Makin cantik dan bergaya ek kau sekarang ni." Zulaikha masih terpegun melihat penampilan sahabat lamanya itu. Dahulu Nawwar begitu selekeh pada pandangan rakan-rakan sekelas mereka. Tidak pandai bergaya. Sekarang ini, Nawwar kelihatan cantik tambah-tambah dia pandai memadankan warna pakaian dengan tudung dan beg tangan.

" Aku tak makan pujian kau tu. Kau pun banyak berubah sekarang."

" Mesti kita semua berubah kan. Masa berjalan. Kalau tidak kita masih berada dalam kelas 5 Adil."

" Pandai kau buat lawak pula. Dah. Jom kita bertolak sekarang. Pakai tali pinggang." Zulaikha menarik tali pinggang dan Nawwar pula memulakan perjalanannya dengan bismillah.

" Eh! Ika. Datang pun kau. Siapa sebelah kau tu." Nawwar hanya berdiam diri. Dia hanya menyerahkan tugasan menjawab kepada Zulaikha.

" Ini Nawwar la korang..."

" Nawwar!" Maisarah tertinggi suaranya kerana tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang ini.

" Ia.. Ini Nawwar yang kuat belajar dan ulat buku tu." Zulaikha cuba meyakinkan Maisarah.

" Speechless."

" Kau apa khabar Maisarah?" Nawwar cuba memecahkan kekokkan Maisarah.

" Aku baik-baik. Eh! Korang pergi la ambil tempat. Kejap lagi event dah nak mula."

" Kau pula?"

" Jangan risau pasal aku Ika. Aku tengah tunggu Ana ni."

" Okay. Kami pergi dulu. Jom Nawwar." Zulaikha menarik tangan Nawwar. Mata Nawwar memandang sekeliling dewan tersebut sehingga matanya perasan ada seseorang tengah memandangnya. Dia tidak bersuara sehingga dia dan Zulaikha mengambil tempat duduk.

" Ika.. kau perasan tak sebelah kanan aku ni, ada seseorang tengah pandang ke arah kita?" Zulaikha cuba mencari orang tersebut berdasarkan tunjuk arah daripada Nawwar.

" Owh... Itu Nizam atau kita selalu panggil dia Am. kenapa Nawwar?"

" Aku tak selesa. Dia asyik pandang ke sini je."

" Eh! Nawwar. Am datang ke arah kita la."

" Hai. Ika kan?" Zulaikha mengangguk kepala sebelum bersuara.

" Haah."

" Yang ni pula...?" Tangan kanan Nizam sudah menunjuk kepada Nawwar. Namun Nawwar tetap berdiam diri. Melihat Nawwar tidak mahu bersuara, terpaksalah Zulaikha menjawab bagi pihaknya."

" Ini Nawwar."

" Nawwar yang serius dan ulat buku tu?" Nawwar hanya menghadiahkan secebis senyuman tanpa jawapan.

" Dah berubah." Nawwar tidak mempedulikan kata-kata Nizam. Dia tidak selesa dengan perlakuan mata Nizam yang begitu galak memandangnya. Dia berharap sangat agar majlis ini dimulakan secepat mungkin.

" Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diharap para hadirin dapat mengambil tempat masing-masing kerana sebentar saja lagi majlis reunion akan dimulakan." Satu nafas lega dihembuskan oleh Nawwar tanpa dia sedari.

" Aku balik tempat aku." Zulaikha dan Nawwar menghantar pemergian Nizam dengan mata mereka. Tidak lama kemudian telefon bimbit Nawwar berdering. Cepat-cepat Nawwar mencapainya agar tidak mengganggu majlis tersebut. Punat hijau ditekankan tanpa melihat pemanggilnya.

" Assalamualaikum..."

" Waalaikumussalam. Nawwar, pulang sekarang."

" Kenapa abi?" Pada mulanya reaksi Nawwar seperti biasa. Kemudiannya bertukar resah. Zulaikha sabar menunggu panggilan itu ditamatkan.

" Apa? Baik-baik. Nawwar pulang sekarang." Punat merah ditekan. Cepat-cepat Nawwar mengambil beg tangan dan berdiri untuk keluar daripada dewan. Sebelum memulakan langkahnya, Zulaikha sempat menarik tangan Nawwar.

" Kenapa Nawwar?" Nawwar terdiam. Apa yang dia rasakan sekarang ialah pulang ke rumah.

" Macam mana semua ini boleh berlaku abi?" Nawwar masih tidak dapat menerima hakikat yang telah berlaku kepada dirinya.

" Sabar Nawwar." Encik Zakaria cuba memujuk anaknya.

" Tapi semua itu benda berharga bagi Nawwar. Nawwar bersusah payah bekerja selama ini. Tapi semua yang Nawwar milikki dah tak ada. Abi dengan ummi berada di mana masa tu? Kalau abi dan ummi tak keluar mesti semua ini tak terjadi. Mesti...

" Nawwar! Cukup. Kenapa Nawwar nak salahkan takdir. Nawwar lupa ke siapa Nawwar sebenarnya?" Bagi Encik Zakaria, perkara ini tidak boleh dilepas tangan sekiranya ia berkaitan akidah. Dia tidak mahu hilang kepercayaan kepada Allah.

" Nawwar letih ummi." Akhirnya Nawwar menangis. Tangisan yang ditahannya sejak tadi lagi. Segera Puan Halimah mendakap erat anaknya.

" Nawwar berpenat lelah bekerja untuk milikki barang-barang yang Nawwar idamkan. Tapi semuanya dah kena dirompak. Sia-sia usaha Nawwar ummi." Puan Halimah memandang suaminya dengan harapan berbuat sesuatu untuk melegakan hati anaknya. Encik Zakaria menghampiri Nawwar.

" Nawwar... Pandang abi." Perlahan-lahan Nawwar memandang wajah abinya.

" Hidup kita ini kalau untuk harta kita aka kecewa nak. Kalau untuk orang kita sayang juga kita akan kecewa. Kerana semua yang kita milikki sekarang adalah hak milik mutlak Allah. Dia boleh ambil dan beri bila-bila masa Dia mahu. Harta, anak-anak, isteri, semua itu adalah ujian buat kita. Allah mahu melihat sama ada kita gunakan untuk kepentingan nafsu kita atau Allah. Sekiranya untuk nafsu, kekecewaan inilah yang Nawwar akan hadapi."

" Tapi Nawwar penat abi."

" Lebih baik Nawwar penat di dunia. Kalau setelah Nawwar mati, Nawwar akan penat selama-lamanya atas perbuatan Nawwar sendiri. Tapi di sini, Nawwar masih sempat untuk merawat kepenatan tu."

" Adakah Nawwar sudah berjalan jauh terpesong abi?"

" Tak Nawwar. Masih ada cahaya pada perjalanan Nawwar. Cumanya Nawwar perlu yakin kepada Allah. Semua kejadian ini berlaku ada hikmah. Mungkin pada diri Nawwar. Allah mahu memberi kesedaran pada Nawwar. Untuk perompak pula, kita serahkan kepada pihak polis dan Allah. This is not the end of the world Nawwar. Just have a faith in Allah."

" Salahkah Nawwar mengumpulkan harta abi?"

" Tak salah. Sedangkan para sahabat Nabi dahulu juga mempunyai harta. Cuma yang membezakan ialah bagaimana penggunaan harta tersebut. Ingat lagi, Abdul Rahman bin Auf. Orang terkaya di antara khalifah yang lain termasuk Nabi Muhammad sendiri. Tetapi, dia gunakan harta tersebut bukan untuk diri dia, malahan untuk penggunaan untuk di jalan Allah. Pernah Nawwar terfikir akan tindakan Nawwar, sama ada Nawwar buat semua ini atas kepentingan diri atau untuk Allah semata-mata." Nawwar tidak mampu untuk menjawab persoalan tersebut.

" wa innahu lihubbilkhoiri lasyadid. Dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan. Allah tegur manusia jangan meletakkan dunia dalam hati kita. Sebaliknya letakkan akhirat sebagai tujuan kita agar kita menjadi orang-orang yang berjaya."

" I'm sorry abi." Nawwar terus mendakap Encik Zakaria.

" It's okey Nawwar. It's never to late to change." Melihat anak beranak sedang berpelukkan menyebabkan titisan air mata menitis pada wajah Puan Halimah. Dia berdoa agar duri-duri di dunia ini mampu mereka sekeluarga tempuhi agar kelak mereka orang berjaya di akhirat. Akhirat destinasi yang pasti lagi abadi.

Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-28603431459150627012012-10-22T04:23:00.001-07:002012-10-22T04:23:59.761-07:00Filem Pendek Sangat: Rutin Kebersihan

Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepada ana untuk membentuk satu lagi video yang ke berapa ana sendiri pun tak tahu. Selepas ini, ana plan untuk menulis satu cerpen. Tapi masih lagi kabur dengan jalan cerita.

Moga Allah redha.Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-66540192368080291532012-10-12T13:51:00.003-07:002012-10-12T13:51:55.359-07:00Berdating Sebelum Berkahwin

Kredit

Baru-baru ini ana baru menyambut hari graduasi bersama-sama sahabat dan juga keluarga ana. Dalam kelompok sahabat ana, ada seorang non-muslim yang tidak mempunyai kepercayaan. Tetapi kami tetap membina silaturrahim. Buukan menjadi satu alasan untuk kita sebagai muslim tidak berkawan dengan orang yang agamanya berbeza daripada kita mahupun yang tiada agama.

" Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal...." [Al-Hujurat:13]

Kawan ana ini bertanya kepada seorang kakak yang baru saja mendirikan rumah tangga.

" Do you love him before you're getting marry?

Kalau ana ditempat kakak tersebut, sangat susah bagi ana untuk menjawab pertanyaan ini kerana kawan ana ini tidak mempunyai kepercayaan. Kakak tersebut hanya mampu mengatakan ya. Hanya sekadar suka tetapi belum mencintai. Kemudian muncul pula soalan,

" How did you know your husband?" [Telan air sekali lagi bagi pihak kakak tersebut]

Kekadang manusia tertanya-tanya, bagaimana seorang perempuan boleh berkahwin dengan lelaki yang dia baru kenal dalam sebulan dan terus berkahwin tanpa membina perasaan cinta. Contoh paling dekat ialah orang tua kita yang telah berkahwin malahan perkahwinan tersebut disusun atur oleh kedua belah pihak keluarga.

Ada juga manusia yang tidak boleh menerima jika seseorang daripada sahabatnya berkahwin tanpa cinta. Dia merasakan perlukan cinta sebelum mahu mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya. Atau perkataan yang lebih tepat sekali ialah berdating untuk mengenal antara satu sama lain.

Ini adalah soal kepercayan. Kepercayaan kita kepada Allah SWT. Cinta itu ialah suatu perasaan. Perasaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia. Allah yang menyuburkan cinta tersebut kepada siapa kehendaki. Begitu juga dengan rezeki, kekayaan, anak, dan bermacam-macam lagi. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Kita berdoa bersungguh-sungguh kepada-Nya dan minta kepada-Nya.

Dalam Islam, Allah sebenarnya memberi ruang untuk mengenal lelaki yang melamar kita. Islam tidak melarang untuk mengenal bakal pasangan kita. Malahan dialu-alukan. Dengan syarat, sesi tersebut diadakan bersama-sama dengan keluarga ataupun dengan pihak ketiga yang boleh dipercayai.

Kenapa dilakukan sedemikian?

Kerana mahu menjaga cinta yang suci itu agar tidak dikotori dengan nafsu mahupun maksiat sebelum berlangsungnya perkahwinan. Kalau ditakdirkan kita mati sebelum kahwin,berdating berdua-duan sebelum menuju perkahwinan, apakah pengakhiran ini yang kita mahukan?

Cantikkan Islam itu. Peraturan yang dibentang oleh Allah bukannya mahu membebankan kita. Sebaliknya mahu menjaga kita. Itulah kasih sayang Allah SWT kepada makhluknya. Selain berjumpa dan berbincang bersama-sama dengan keluarga jangan lupa untuk pinta pertolongan daripada Allah SWT.

Perkahwinan itu sendiri, bukan semata-mata mengenai cintai. Ada perkara besar yang seharuskan kita lebih menitikberat dalam pembinaan rumahtangga. Iaitu tanggugjawab. Tanggungjawab membawa keluarga kepada redha Allah dan syurga yang diimpikan.

" Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." [A-Rum:21]

Don't worry ladies.

-Entri ini hanyalah refleksi ana. Pembaca boleh share pendapat, pandangan mahupun kritikkan. Dialu-alukan.Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-47170806451196826592012-10-02T16:44:00.001-07:002012-10-02T16:44:52.409-07:00Renungi Mereka Dengan Kebaikan

Pada awal bulan sembilan yang lalu, ana telah pun berada di Uk. Pada tahun ini ana meneruskan pembelajaran dalam bidang PGCE ( Postgraduate Certificate Education) ataupun di Malaysia kita dibiasakan dengan panggilan KPLI iaitu bidang yang berkaitan dengan perguruan.

Semasa induction week pada minggu pertama, ana dikehendaki untuk hadir diri ke universiti untuk diberi briefing and gambaran untuk course PGCE. Contohnya mengenai Secondary curriculum in England, manners as a teacher, Your action, dan banyak lagi.

Ada beberapa points yang diberi oleh seorang yang incharge pada masa itu membuat ana reflek diri kembali.

Pertama, orang tersebut berkata,

" Sila jaga pemakaian anda apabila tiba waktu musim panas. Anda faham sajalah apa yang saya maksudkan bila anda terutamanya perempuan yang memakai kemeja putih. Di sebalik kemeja putih tu, saya harap anda faham apa yang saya maksudkan."

Yang kedua, dia berkata,

" Sebagai guru, anda kena jaga perlakuan anda. Jangan sesuka hati berikan facebook anda kepada pelajar kerana khuatir mereka melihat perbuatan buruk anda. Dan juga di sekolah. Kerana mereka melihat akan perbuatan anda."

Adakah pembaca melihat perspektif yang ana lihat sekarang ni?

Mari kita imbas kembali dengan kisah Saidina Umar Al-Khattab yang terkenal dengan ketegasannya. Pada zaman beliau, anak-anak perempuan yang lahir, terus ditanam kerana mereka berpendapat anak perempuan menjatuhkan martabat mereka. Beliau menyokong adat tersebut tetapi tidak diperlakukan kepada anak perempuannya sehingga beliau rasa tercabar dengan Abu Lahab.

Masa beliau ingin menanam anak perempuannya, anak tersebut membersihkan pasir yang melekat pada janggut beliau. Timbul rasa kasihan dan sayang Umar Al-Khattab kepada anak perempuannya. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh cabaran dan ego dalam dirinya, beliau tetap meneruskan misinya menanam anaknya hidup-hidup.

Namun yang demikian, setelah masa berlalu, beliau memasuki agama Islam setelah mendengar ayat-ayat Al-Quran. Dalam keadaan dirinya yang sedang berusaha menanam anak perempuan, timbul rasa kasihan dan sayang. Bukankah itu kebaikan...?

Dan bagaimana pula pembaca melihat kepada kes yang ana bentangkan tadi. Dapatkah anda melihat kebaikan dalam diri mereka even  mereka adalah non-muslim. Ya, aqidah kita dengan mereka tidak sama tetapi bagaimana akhlak yang tunjukkan atau kebaikan yang mereka tunjukkan?

Kalau dahulu, Saidina Umar Al-Khatab dalam keadaan jahiliah. Kemudian mendapat petunjuk Allah dan menjadi hamba yang terhebat yang tidak disangka-sangka. Maka bagaimana pula dengan mereka yang bukan muslim ini?

Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku kepada mereka tetapi kita diberi peluang untuk berdoa kepada Allah dengan harapan mereka menjadi seorang yang hebat seperti Saidina Umar Al-Khattab. Jangan hanya memandang mereka sebagai non-muslim. Berdoalah moga Allah membuka pintu hatinya untuk menerima Islam sepenuhnya.

" Sometimes people with the worst past create the best future" - Umar Al-Khattab

Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-49838930015345276952012-09-23T13:20:00.000-07:002012-10-02T14:39:39.279-07:00Fanatik Dengan JemaahAna teringat sebuah perbualan di antara ana dan sahabat yang ana sayangi kerana Allah iaitu Ukhti F. Perbualan tersebut banyak membuat ana muhasabah diri dan muhasabah niat ana kembali. Chatting kami berdua lebih kurang seperti yang berikut.

Ukhti F: NA...NA join jemaah dot dot dot kan?

Ukhti NA : Ya...Kenapa F?

Ukhti F : Takde...F tengah mencari jemaah kat sini.

Ukhti NA : Owh...

Ukhti F : Jemaah apa lagi ek yang ada di Malaysia?

Ukhti NA : Aaaaaa...jemaah itu..Jemaah ini...

Ukhti F : Which one is better?

Ukhti NA : Aaaaa....Benda macam perbandingan ini, NA tak mampu nak judge. F kena buat penyelidikan sendiri pasal ni.

-End of conversation-

Sekarang ini ana boleh katakan jemaah di Malaysia sudah semakin banyak dan berkembang. Jemaah yang ana maksudkan ialah jemaah yang bekerja untuk mengembalikan manusia yang semakin jauh dengan Allah kepada dekatkan kembali kepada fitrah yang asal. Fitrah di mana hidupnya dan ibadahnya hanya kerana Allah SWT semata-mata.

Ana sebenarnya sangat anti dengan jemaah.

Wait. Dengar dahulu penjelasan daripada ana.

Ana tidak anti dengan pertubuhan jemaah ini yang bersungguh-sungguh mahu membawa manusia kepada Allah. Apa yang ana antikan ialah orang yang bekerja di dalam jemaah tersebut yang terlalu fanatik dengan jemaah sendiri. Ana tidak katakan semua yang berada di dalam organisasi tersebut. Mungkin sebahagian atau kurang daripada sebahagian yang fanatik terhadap jemaah.

However I manage to counter back myself bila teringat kembali diri ana yang dahulu yang kadang kala terlebih fanatik dengan jemaah sendiri. Dari tahun ke tahun, banyak perkara yang mengubah persepsi ana terhadap pegangan ana.

Seperti apa yang Rasulullah SAW lakukan kepada penduduk Taif yang membaling batu kepada baginda. Baginda memaafkan kesalahan mereka dan menolak tawaran yang ditawarkan oleh Malaikat. Rasulullah SAW berkata, " Mereka tidak tahu."

Maka itulah yang berlaku kepada diri ana. 'Tidak tahu'. Selepas beberapa tahun ana selami hakikat makna jemaah itu sendiri, ana semakin menurunkan tahap fanatik ana terhadap jemaah.

Kita kena tahu kenapa jemaah ini ditubuhkan?

Apa tugas jemaah ini sebenarnya?

Ana sangat khuatir apabila seseorang yang berada dalam satu organisasi akan lupa tujuan sebenar dia berada di dalam organisasi tersebut.

Kita harus jelas, tugas kita sebagai khalifah Allah adalah untuk membawa manusia kembali menyembah Allah bukan mahu masukkan manusia ke dalam sebuah organisasi.

Ana punyai prinsip iaitu memberi kebebasan. Contohnya, Ukhti F ialah sahabat rapat ana. Dia bertanya pendapat ana tentang keinginan dia untuk membuat sesuatu pekerjaan yang boleh mendekatkan diri dia kepada Allah SWT. Ana kata kepada Ukhti F,

" F, buatlah apa saja pekerjaan yang membuat F rasa pekerjaan tersebut mendekatkan diri kepada Allah dan menyumbang kepada ummah."

Ana baru sekali usrah dengan sahabat ana ini. Masa tu ana yang conduct.  Banyak halangan sebenarnya bila berada di dua benua yang berbeza bila mahu mengadakan duduk bersama-sama untuk refresh kembali iman. Pada mulanya ana berniat mahu menarik dia masuk ke dalam jemaah ana. Alhamdulillah, halangan yang Allah berikan kepada ana membuat ana terfikir dan muhasabah kembali akan niat yang sepatutnya.

Ana bahagia apabila dapat melihat sahabat ana melakukan pekerjaan yang diredhai oleh Allah SWT sekalipun berbeza jemaah. Kita harus sedar, suatu hari nanti jemaah-jemaah yang diwujudkan ini akan bubar apabila Islam tertegak dan kita hanya berada dalam satu naungan. Tiada apa yang perlu dibanggakan dengan jemaah sendiri.

Yang perlu kita fikirkan apakah Allah berbangga dengan diri kita?

Remember, kita adalah satu keluarga. One big family. Jemaah hanya alat untuk menarik manusia kepada Allah yang dijalankan secara tersusun. Masing-masing yang bekerja di dalam sebuah organisasi, ada kerja khas yang telah ditugaskan untuk melicinkan perjalanan sebuah jemaah.

Jangan lakukan dakwah untuk menarik manusia masuk ke dalam jemaah kita sendiri. Tetapi berdakwahlah untuk menarik si dia kembali kepada menghambakan diri kepada Allah SWT.

Yang lain, terserah kepada si dia.

Entri ini hanya sebahagian daripada pandangan dan pendapat ana sendiri. Pembaca boleh saja mahu kritik.Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-21429075007854906082012-09-16T14:17:00.002-07:002012-09-16T14:23:48.204-07:00Innocence of MuslimsSelepas gangnam style, muncul pula sebuah filem yang bertajuk 'Innocence of Muslims' yang melonjakkan lava kemarahan orang-orang Islam. Apatah lagi yang berkaitan dengan perjalanan hidup Kekasih Allah yang telah diputar belit daripada kebenaran.

Dari satu sudut, ia merupakan satu tanda yang bagus bahawa dalam diri kita masih ada sifat melindungi Rasulullah SAW apabila baginda difitnah. Dari sudut yang lain, apabila masa berlalu, manusia kembali dengan keselesaan hidup.

Lihat saja sejarah kita yang lalu. Negara barat melukis muka Rasulullah SAW. Kita marah. Filem Fitna dikeluarkan. Kita marah. Sekarang, sejarah berulang sekali lagi. Kita marah.

Apa pembaharuan yang telah kita lakukan dari dahulu hingga sekarang?

Orang yang membikin filem satu hal. Orang yang menonton pula satu. Penonton pula boleh jadi orang yang tidak ada ilmu pengetahuan langsung mengenai Islam. Contoh ana berikan, semasa ana dan sahabat-sahabat mengembara ke suatu tempat. Kami berhenti berehat sekejap untuk solat. Masa itu, ana sedang uzur, jadi ana hanya menjaga sahabat-sahabat yang sedang solat. Pada masa itu, ana lihat ada sepasang suami isteri begitu khusyuk melihat sahabat-sahabat ana solat daripada mula sehingga habis. Ana perasaan akan rasa kekok dalam diri mereka melihat perkara baru seperti ini.

Jadi apa kaitan dengan filem ini dengan penonton yang tidak tahu apa-apa?

Filem itu menggambarkan bagaimana aklak penganut Islam dan kita pula marah kerana isi yang ditayangkan filem itu fitnah dan tidak benar. Kita bangkit dan melakukan demonstrasi untuk mengharamkan filem tersebut tanpa memberi feedback kembali kebenaran yang sebenar. Penonton-penonton tersebut pasti merasakan orang yang membikin filem ini adalah orang yang betul ditambahkan pula dengan akhlak yang kita tunjukkan kepada dunia.

Perkembangan kanak-kanak bergantung dengan apa yang dia lihat disekelilingnya. Inikan pula manusia yang tidak mengenali Islam tetapi mengenali Islam melalui akhlak kita.

Dalam facebook pula banyak pula yang mendoakan agar mereka yang membikin filem ini akan menerima balasan daripada Allah SWT. Tetapi ada satu yang kita lupa. Kita lupa untuk mendoakan moga Allah mengampuni dosa-dosa kita. Disebabkan dosa-dosa ini, kita gagal menunjukkan kepada dunia akan keindahan Islam sebenar. Disebabkan keselesaan dan kelalaian kita, maka inilah yang terjadi pada hari ini.

Musuh Allah melakukan kerja dengan begitu tersusun dan teliti tanpa penangguhan. Bagaimana pula dengan kita? Jangan kita terlalu disibukkan dengan kertas kerja mereka manakala kertas kerja kita belum dijalankan.

Moga kita semua mampu mencontohi akhlak Rasulullah SAW. Orangnya yang begitu pemaaf, kasih sayang dan penuh dengan strategi dalam menyebarkan Islam ke seluruh dunia.

Sejarah mungkin akan berulang.

Mungkin perkara yang sama akan berlaku atau sesuatu yang luar biasa akan berlaku?

Semuanya ditangan kita.

Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-53110324929439118962012-09-15T14:20:00.001-07:002012-09-15T15:59:18.830-07:00Cerpen : Bayangan Cinta

[Kredit]

Pada pertengahan bulan September, ramai pelajar akan berangkat ke United Kingdom sama ada pelajar-pelajar baru mahupun yang bakal menyambung tahun atau semester baru. Rasa berat hati mahu meninggalkan kampung halaman terasa begitu menusuk dalam kalbu. Kalau diizinkan, ingin bercuti lebih lama untuk bersama-sama dengan keluarga.

" Huaaa!...Aku tak nak balik Ijah. Homesick. Homesick."

" Yana... Agak-agak la nak homesick pun. Kita baru berada di K.L.I.A. Belum U.K lagi. Haish..."

" Tak salahkan? Aku dah jauh daripada rumah. Kira ok la tu." Liyana cuba membidas kata-kata Afifah. Sememangnya di antara mereka bertiga, Liyana seorang yang emosi dan manja. Maklumlah anak bongsu dalam keluarga.

" Insya-Allah, nanti hilang homesick tu bila sampai rumah kita di sana. Nanti Yana sendiri dah tak terlayan perasaan tu sebab nanti kita jumpa semua kawan-kawan kita." Pujukan Khadijah mengurangkan perasaan sayu di dalam diri Liyana. Kedengaran bunyi tune muzik telefon bimbit. Liyana dan Khadijah beralih ke arah Afifah. Sekilas melihat senyuman Afifah, tahulah mereka siapa yang membuat panggilan tersebut.

" Hello abang!"

" Hello. Ifa dekat mana sekarang ni?"

" Dah ada di K.L.I.A. Kejap lagi dah nak masuk dalam."

" Ok. Jaga diri tau. Nanti abang menyusul. Kita jumpa di sana. Ok?"

" Ok."

" Mak abang panggil tu. Sampai ja rumah, call abang."

" Ok bos. Bye bye. Love you bang." Kata-kata terakhir itu, disebut begitu perlahan sekali kerana dia tidak mahu kata-kata romantisnya itu didengar oleh Liyana terutamanya. Nanti, dari K.L.I.A hingga airport Heathrow telinganya panas mendengar tazkirah panjang daripada Usazah Liyana. Telefon bimbitnya disimpan kemas dalam pokek seluar.

" Erm...Apa khabar 'abang' kau tu?"

" Hai...Perli nampak." Afifah menjeling kepada Liyana sementara Liyana pula memandang ke arah lain seperti orang yang tidak rasa buat apa-apa kesalahan.

" Ok!. Jom kita masuk ke dalam. Dah dapat calling tu." Untuk tidak menimbulkan pertelingkahan antara mereka berdua, Khadijah bertindak mara ke hadapan. Tiketnya diserahkan kepada seorang pegawai yang menjaga checkpoint di situ sebelum disahkan dan dibenarkan untuk masuk ke dalam. Liyana dan Afifah cepat mengejar langkah Khadijah daripada belakang.

Bedak sudah. Lipstick sudah. Pemerah pipi sudah. Afifah merasakan dia sudah menyolek muka parasnya dengan baik. Tidak terlalu terang dan tidak terlalu suram. Pakaian juga sedodon dengan wajah yang dimekapnya. Beg sandangnya diambil dan bersiap sedia untuk bergerak keluar. Sebelum melangkah keluar daripada bilik, dia membelek dirinya buat kali terakhir.

" Cantik..." Afifah memuji dirinya sendiri. Khadijah yang baru saja mahu berlalu ke biliknya terhenti di depan bilik Afifah. Tergamam dia melihat gaya pemakaian sahabatnya itu. Afifah pula perasan akan kehadiran Khadijah terus melakukan teguran.

" Ijah.. Hello..." Tangannya di lambai ke muka Khadijah.

" Hah! "

" Tau la Ijah teruja tengok kecantikkan Ifah sampai tak terkelip mata."

" Ifah nak ke mana malam-malam ni?" Khadijah tidak mempedulikan kata-kata pujian untuk diri Afifah. Apa yang dia mahu ketahui sekarang ini ialah ke mana Afifah mahu keluar pada masa ini. Dia tahu, dia bukanlah ibu bapa Afifah. Tetapi sebagai sahabat mahupun saudara semuslim, dia wajib menjaga keselamatan sahabatnya ini.

" Nak keluar."

" Dengan siapa?"

" Abang." Khadijah terasa payah pula hendak menelan air liur kali ini. Fikir. Fikir. Fikir dan fikir.

" Ifah dah solat belum?"

" Cuti." Parah.

" Ifah, kalau Ijah nak say something boleh?"

" Erm..." Khadijah mengambil nafas beberapa kali sebelum memulakan perbualan.

" Sekiranya Ijah tak benarkan Ifah keluar, Ifah menentang tak?"

" Eh! Mesti la. Apa hak Ijah nak halang Ifah? Lagipun Ifah nak jumpa abang. Dan abang pula orang yang Ijah kenal."

" Ini bukan mengenai Ijah kenal atau tidak kenal lelaki tu. Tapi ini mengenai hubungan Ifah dan lelaki yang tiada apa-apa ikatan. Sebelum ni, mungkin Ifah lihat Ijah banyak mendiamkan diri. Dalam diri Ijah ni, nak saja halang Ifah. Tapi Ijah takda kekuatan."

" Oh! Sekarang ni Ijah pun nak jadi macam Yana. Bagi tazkirah. Halal. Haram. Macam tu?" Hanya senyuman terpamer di wajah Khadijah.

" Tiada paksaan dalam memasuki agama Allah.Tetapi beruntung sesiapa yang memilih jalan ni. Tugas Ar-Rasul ialah menyampaikan risalah. Bukan memaksa. Begitu juga dengan Ijah. Tugas ijah bukan memaksa. Tugas Ijah hanya menyampaikan peringatan. Akhir sekali semuanya terserah kepada Ifah. You decide. Moga Allah mendorongimu ke jalan yang lurus sahabat. Dalam diri Ifah, ada logam yang baik. Ijah nak masuk bilik dulu. Yana tengah tunggu nak solat jemaah sekali."

Khadijah memegang erat tangan Afifah seperti tidak mahu dilepaskan. Lama kelaman, genggaman tangan itu perlahan-lahan longgar dan Khadijah berlalu ke biliknya. Afifah pula terdiam seketika di atas katilnya. Entah kuasa apa yang merasuknya menjadi orang yang lemah. Persoalan mula timbul di dalam pemikirannya. Namun semuanya berserabut. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar.

Kelas Afifah sudah tamat untuk hari ini. Melihat pada jam tangan, masih awal untuk dia pulang ke rumah. Lebih baik dia pergi ke mana-mana dengan abangnya. Telefon bimbit diraih dan didail. Salmah pula yang berada di tempat duduk sebelah Afifah, sibuk mengemas peralatan tulis dan buku. Dia cuba memastikan nota-nota yang ditulis sebentar tadi tersusun kemas supaya senang dibuat rujukan pada kemudian hari.

" Hello abang. Jom keluar."

" Sorry Ifah. Not for today.  Abang busy sikit."

" Erm..Yelah..."

" Jangan merajuk..."

" Takda la. Ok abang. Kalau abang busy, Ifah keluar dengan Salmah."

" Ok. Take care Ifah.  Bye."

" Bye." Telefon bimbit diletakkan di atas meja dengan begitu kuat. Bukan dia sengaja. Tapi disebabkan perasaan sakit hati menguasai di dalam dirinya.

" Busy?" Salmah memulakan perbualan.

" Herm..."

" Aku tengok sejak akhir-akhir ni, abang kau asyik bagi excuse busy je. Betul ke dia busy? Entah-entah dia ada pasang lain apa?" Perasan geram belum pun habis menguasai diri Afifah, ini ditambah pula dengan kata-kata Salmah. Bertambah sakit hatinya.

" Eh! Aku tahu la abang aku tu macam mana. Abang aku jenis setia tau."

" Yelah tu. Dah la. Aku nak balik dulu."

" Eh! Awal lagi. Tak nak keluar mana-mana dulu ke?" Afifah sempat menahan Salmah sebelum dia bersurai daripada kelas.

" Tak nak ah..Banyak kerja aku tak siap lagi. Aku balik dulu." Mata Afifah menghantar pemergian Salmah. Nafasnya dilepaskan dengan begitu lemah sekali. Kenapa sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang bermain-main di hatinya. Dia tidak dapat merasakan ketenangan dan kebahagiaan. Tiada paksaan dalan memasuki agama Allah. tetapi beruntung orang-orang yang memilih akan jalan ini. Kata-kata tersebut masih tersemat kemas dalam mindanya.

Seusai sahaja solat Subuh, Khadijah merajinkan diri turun ke dapur. Dapur yang kelihatan tidak terurus sejak semalam di kemas dengan sebersih yang mungkin. Jika matanya tidak berkenan dengan keadaan dapur yang tidak teratur apatah orang lain yang menjamah melihat keadaan dapur ini.

Setelah memastikan semuanya dalam keadaan teratur, dia mengeluarkan spagetti, bawang, ayam, cili kering dan beberapa biji telur untuk dimasak buat sarapan pada pagi ini. Cili kering telah diblend, dimasak bersama-sama dengan isi ayam dan sayur-sayuran. Spagetti pula belum masak lagi. Tiba-tiba hatinya tergerak untuk pergi ke bilik Afifah. Perlahan-lahan pintu bilik Afifah dibuka.

" Ifah! " Khadijah terkejut melihat keadaan bilik Afifah yang tidak terurus. Tisu di merata-rata. Semua barang yang berada di atas meja, berterabur atas lantai. Manakala tuan badan biliknya pula berbungkus dalam duvet.

" Ifah.." Kali ini Khadijah cuba menarik duvet.

" Ish! Jangan la kacau. Orang nak tidur ni." Afifah menarik begitu kuat sekali duvet yang cuba ditarik oleh Khadijah. Namun, Khadijah perasan mata Afifah sembab. Apa yang sedang ditangisi oleh sahabatnya itu.

" Ifah. Bangun. Cuba cakap dengan Ijah kenapa Ifah nampak sedih ni?"

" Keluarlah Ijah...Ifah nak tidur ni." Khadijah tidak mampu memaksa lagi sekiranya tuannya sendiri tidak bersedia untuk meluahkan apa yang tersimpan di dalam hatinya. Akhirnya dia berlalu pergi begitu sahaja. Pintu bilik Afifah perlahan-lahan ditutup.

" Eh! Ijah. Buat apa kat dalam bilik Ifah."

" Takda apa. Tiba-tiba Ijah tergerak hati nak ke bilik Ifah. Yana tahu apa yang berlaku kepada Ifah. Ijah tengok mata dia sembab. Kenapa ek?" Serba bersalah pula Liyana mahu menceritakan apa yang berlaku pada malam tadi kepada Khadijah.

" Semalam...Yana secara tak sengaja terdengar perbualan Ifah dengan 'abangnya'. Dioarang gaduh dan Ifah minta putus terus."

" Yana tahu kenapa diorang bergaduh?" Liyana menggeleng-gelengkan kepala. Khadijah pula mengeluh.

" Takpalah. Bila hati dia dah sejuk, Ijah tanya dia. Allah!"

" Kenapa Ijah?"

" Ijah tengah masak sebenarnya. Habis la sambal. Mesti hangit." Terkejar-kejar Khadijah berlari ke dapur. Liyana juga mengikut daripada belakang.

Pada petang itu, Khadijah berjalan melintasi bilik Afifah untuk melihat keadaan sahabatnya itu. Liyana beritahu padanya tadi bahawa dia ada nampak sekali Afifah keluar daripada biliknya. Pintu bilik Afifah diketuk.

" Ifah! Ijah masuk boleh?"

" Masuklah!" Pintu bilik dikuak. Mata Khadijah meliar melihat keadaan bilik Afifah yang begitu kemas berbanding pada pagi tadi.

" Kenapa Ijah?" Teguran Afifah membuat Khadijah tergagap untuk berbicara.

" Aaaaa...Takda apa saja je."

" Ijah ni biar betul. Cuba cakap terus terang."

" Aaaa...Jom kita tengok wayang malam ni. Nak tak?"

" Hah! For real?" Entah apa yang merasuk fikiran Khadijah yang tiba-tiba mengajaknya menonton wayang. Dia berasa sedikit ganjil dengan perwatakkan Khadijah yang begitu jaga akan akhlaknya. Jangankan hendak menonton wayang, berdua-duan dengan lelaki pun tidak pernah.

" Eh! Mesti la betul. Tipu dosa."

" Ok. Pukul berapa?"

" Lepas solat Maghrib."

" Set." Lapang hati Khadijah melihat keceriaan terpancar di wajah Afifah. Sekurang-kurangnya usahanya ini mampu mengubati kesedihan di hati sahabatnya itu.

" Korang! Dah get ready ke nak pergi tengok wayang." Afifah merempuh masuk bilik Khadijah tanpa salam mahupun ketukkan di pintu bilik. Kedua-dua pihak tercengang melihat keadaan antara satu sama lain.

" Ijah! Janji nak pergi tengok wayang?"

" Iye..Memang la kita nak tengok wayang malam ni."

" Habis tu, kenapa Ijah dengan Yana belum siap-siap lagi ni?" Yalah. Kedua-dua mereka masih dengan bertelekung.

" Ifah..Yana rasa, ada salah falam di sini. Apa yang Ijah masukkan tengok wayang tu ialah tonton wayang di rumah guna projektor."

" La...Kenapa tak beritahu awal-awal. Penat-penat Ifah bersiap lawa-lawa."

" Sori...Sebagai denda, Ifah pilihlah favourite cerita yang Ifah nak tengok."

" Ok. Malam ni kita tengok cerita Korea."

" Apa.." Khadijah cepat-cepat menutup mulut Liyana sebelum tercetus perbalahan antara mereka.

" Ok. Deal. " Afifah tersenyum puas.

Beberapa helai tisu sudah mengotori lantai rumah tersebut. Siapa lagi yang menggunakannya kalau bukan Afifah.

" Psst..Ijah. Kenapa Ifah tu terfeeling lebih-lebih. Kita ni biasa-biasa je." Liyana berbisik kepada Khadijah agar Afifah tidak mendengar perbualannya.

" Biasa la tu. Dia kan hantu Korea." Melihat Khadijah seperti acuh tidak acuh melayannya, dia mengambil keropok dan dikunyah. Namun, dia berhenti mengunyah semasa cerita yang ditonton oleh mereka bertiga masuk bahagian yang terlebih romantis. Cepat-cepat Liyana klik pada butang ke hadapan.

" Yana! Kenapa cepatkan?"

" Scene terlebih gula. Nanti bukan Yana je yang kena masuk hospital. Ijah dengan Ifah pun kena masuk wad juga."

" Ish! Spoil betul la."

" Nak jaga rohani mata Ifah. "

" Dah-dah. Nak mula dah la tu tazkirah." Khadijah yang berdiam dari tadi bersuara.

" Shuuu...Ijah tengok menonton ni." Kekadang dia sengaja membiarkan Liyana menasihati Afifah walaupun menggunakan bahasa tersirat. Ada masanya Afifah perlu ditegur bukan terus dibiarkan begitu saja.

Cuti musim sejuk tidak lama lagi. Khadijah mengambil peluang itu, mengajak Afifah, Liyana dan sahabat-sahabatnya yang lain berjalan-jalan di dalam United Kingdom. Pada mulanya dia bercadang mahu melancong di luar U.K. Namun dia khuatir dengan cuaca yang tidak menentu pada masa kini.

" Sorang je ka Ijah. Yana mana? Bukan masa ni dia selalu turun makan ke?"

" Dia kata kejap lagi dia turun makan. Dia tengah ada kerja sikit. Ifah!"

" Erm..." Afifah sibuk menyenduk lauk ke dalam pinggannya. Khadijah tidak memulakan perbicaraan sehingga Afifah duduk semeja dengan dia.

" Winter break dah nak dekat. Jom kita buat roundtrip  dalam U.K nak tak? Lagipun ni tahun terakhir kita di sini."

" Menarik juga tu. Ijah buat kertas kerja, Ifah sokong dari belakang."

" Betul ni?"

" Betul." Suasana menjadi sunyi pula. Tidak tahu topik apa yang patut dibualkan seterusnya.

" Erm..Ijah." Khadijah mendongak melihat Afifah.

" Ifah nak tanya something boleh?"

" Boleh je. Apa dia?"

" Kenapa ye, sejak akhir-akhir ni, Ijah rajin ajak Ifah buat pelbagai aktiviti? Tengok wayang la. Pergi ice skating la. Pergi keluar makan la."

" Kenapa? Ifah rasa tak selesa ke?"

" Takda la. Saja tanya. Sebelum ni kan mana pernah ajak Ifah pun."

" Macam mana nak ajak, ada 'abang' di sebelah. Kalau ijah ajak, confirm kena reject."

" Perli nampak." Khadijah menghela nafas.

" Ijah bukan bermaksud memerli. Hati manusia apabila dia terikat dengan sesuatu dan dia seronok dengan apa yang dia lakukan, susah untuk pihak lain untuk memutuskan tali ikatan tersebut. Unless diri dia sendiri yang merelakannya. Fahamkan apa yang Ijah cuba sampaikan." Afifah menggangguk tanda dia faham.

" Lagi satu, kenapa ek, masa ada seorang perempuan ni yang cuba pujuk Ifah masa di uni hari tu, cepat-cepat Ijah bawa Ifah pergi?"

" Ifah tahukan dia beragama apa dan apa motif dia berbaik dan berkasih-sayang dengan Ifah?"

" Dakwah?"

" Yap. Dia berdakwah ingin membawa Ifah kepada agama dia. Ifah ada agama iaitu Islam. I have my right to protect my family from outsider. Ijah takut, Ifah terpegaruh dengan kata-kata yang penuh dengan kasih sayang. Ifah, boleh Ijah tanya sesuatu tak?

" Apa dia?"

" Apa yang Ifah faham ek dengan perkataan 'cinta'?" Afifah mengerut wajahnya. Mungkin sedang memikirkan jawapan kepada soalan Khadijah.

" Entah. Ifah mula rasa cinta tu apabila dengan abang."

" Apa yang membuat Ifah mencintai abang?" Terasa sesak Afifah mahu menjawab soalan tersebut.

" I don't know. Apa yang Ifah tahu, abang melengkapi hidup Ifah."

" Inilah penyakit manusia pada zaman ni."

" Maksud Ijah?"

" Kerana hati terlalu mencintai dunia, sehingga diri manusia buta dan tidak tahu apa itu cinta yang sebenar. Contohnya, ingat tak pada malam yang kita tonton cerita korea? Pada malam tu, Ifah banyak menangis."

" Jadi apa kaitan dengan cinta pula?"

" Disebabkan emosi, iman kita makin lemah. Disebabkan emosi, cinta kita yang suci jadi samar. Apa pendapat Ifah dengan filem 8 jam. Seorang lelaki yang sanggup membunuh seorang wanita kerana tidak sanggup dimiliki oleh lelaki yang lain. Bukan itu bermain dengan emosi? Tetapi lain pula orang-orang yang beriman. Cinta mereka luar biasa. Cinta mereka bukan membunuh mereka bahkan membahagiakan mereka lagi."

" Apa yang membuat cinta mereka luar biasa?"

" Kerana dalam apa-apa urusan, Allahlah yang menjadi tujuan hidup mereka. Apa saja yang Allah takdirkan dalam hidup mereka, mereka redha."

" Apa yang selama ini yang Ifah alami Ijah?"

" Bayangan cinta. Cinta yang makin kita kejar, makin kita tidak dapat menangkap bayangannya, makin kita rasa tidak berpuas hati yang boleh membunuh diri sendiri."

" Jadi apa sebenarnya cinta itu."

" Ask Allah,. Then surely He will gives you the answer. Insya-Allah."

-Tamat-

Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-35952002941772430692012-09-08T23:48:00.002-07:002012-09-08T23:56:14.321-07:00Kerana Allah Aku Bersabar

[Kredit]

Bismillahirrahmanirrahim

Allah adalah Tuhanku

Rasulullah adalah pesuruh Allah yang membawa khabar gembira kepada orang-orang yang beriman.

Selama tiga bulan ana banyak menyepikan diri dan tidak banyak yang ana post dalam blog ana. Sebenarnya banyak benda yang ana ingin kongsikan tetapi ana terpaksa menahan diri.

Mungkin ada sesetengah daripada kalangan pembaca yang mengetahui bahawa tahun ini merupakan tahun terakhir pengajian ijazah ana. Hidup ini tidak semua indah. Pasti ada ujian yang Allah mahu menduga hamba-hamba-Nya.

Terus terang ana katakan, ana gagal untuk mengakhiri pengajian ana sebagai pelajar tahun terakhir disebabkan ada kertas yang ana tidak lulus. Pada mulanya ana menerima keputusan ini dengan tenang tetapi setelah melihat kepada kejayaan sahabat-sahabat ana, ana jadi down dan sedih. Down dan sedih bukan untuk diri ana sahaja, bahkan untuk mak dan ayah ana.

Banyak kali, parent ana call and sms ana, beritahu bahawa mereka sangat risau akan diri ana dan selalu memikirkan kondisi ana sepanjang di Uk. When I read again sms yang mak ana hantar, ana tiba-tiba rasa tersentuh dan sebak,

" Mak dan ayah tak boleh tidur memikirkan tentang NA."

One thing yang ana rasa sangat bersyukur dengan ketentuan Allah ini, ana lebih bersemangat untuk belajar (luar biasa), ana dapat sokongan daripada parent dan juga sahabat-sahabat ana. They never look down at me.

Ana sedaya upaya merealisasikan impian parent ana yang mahu melihat kejayaan anaknya. Dalam ana berusaha, musuh Allah dan nafsu dalam diri datang menyerang.

Hari sebelum exam, pada malam tu ana tengah study satu subjek 'Medical Imaging and Measurements'. Subjek ini perlu daya ingatan yang kuat dan faham. Ana sangat kurang dalam bab menghafal disebabkan kos fizik yang ana ambil hanya memerlukan deria kefahaman, mengira dan formula pula banyak diberi.

Ada satu tahap, ana rasa nak berhenti. Sebabnya ana rasa tak mampu. Bila ana ulang bacaan, ana terpinga-pinga seorang diri.

" Apa yang aku hafal ni?"

Bila teringatkan wajah mak dan ayah, ana menangis. Masa tu, ana sendiri sangat stress. Ini betul-betul dan sangat-sangat stress sehingga ana rasa ingin menyerah diri. Apa-apa pun yang akan berlaku kepada keputusan ana nanti, ana redha ja. [ Sila jangan ikut contoh ini ye ^^]

Pada masa itu, ana tak tahu nak mengadu kepada siapa. Hanya Allah yang mendengar tangisan ana sehingga ana teringat sesuatu,

" Manusia tidak tahu akan limitation keupayaannya. Hanya Allah saja yang lebih mengetahui kekuatan dalam diri manusia."

" Ujian yang Allah datangkan adalah mengikut kemampuan kekuatan manusia."

" Allah tidak pernah peduli pun akan keputusan kita.Apa yang Allah kira ialah usaha kita. Selagi ada masa jangan pernah putus harapan atas rahmat Allah."

Semua perkataan ini menjelma dalam minda ana. Manusia itu sendiri sebenarnya tidak pernah keseorangan. Lihat sekeliling kita, apa yang ada di hadapan, di belakang, di kiri mahupun kanan. Di hadapan ana sekarang ada beberapa batang pokok. Di mata manusia, ia adalah pokok yang memberi oksigen kepada makhluk Allah yang lain.

Tapi kita lupa, ciptaan Allah ini sentiasa bertasbih kepada Allah dan sentiasa mendoakan kepada Allah untuk membantu manusia yang bekerja di jalan Allah. Sangat istimewa orang-orang yang beriman ini.

Daripada muhasabah inilah, ana mendapat kekuatan untuk meneruskan perjuangan ana. Selagi ada masa dan belum dipanggil masuk ke dewan peperiksaan, selagi itu ana sedaya-upaya melakukan yang terbaik.

Keputusan peperiksaan telah diumumkan pada minggu ini. Alhamdulillah wa astaghfirullah, ana berjaya menghabiskan tahun terakhir ana. Dan sekarang ini dalam proses meneruskan praktikal di Uk juga.

Apa yang ana ingin stresskan di sini, sabar itu ana tak katakan ia sangat senang dilakukan sebagaimana apa yang ana hadapi. Kerana sabar boleh dikalah dengan nafsu kita sendiri yang ingin cepat ujian ini berlalu. Sangat penting bagi ana katakan, untuk kita membina perhubungan yang kuat dengan Allah SWT. [Ini bukan main-main]

Orang yang beriman itu, sekalipun ditimpa musibah, dia akan kembali kepada Allah. Dia mendapat inspirasi dan motivasi daripada Allah untuk meneruskan ujian ini.

Sabar itu sendiri sememangnya perit dalam kita mengharungi ujian. Di kemudian hari semuanya kembali indah. All you need to do is to trust in Allah. Percayalah, jika Allah minta kita bersabar, pasti ada hikmah disebaliknya. Think deeply.Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-19269475216676908822012-09-04T03:55:00.001-07:002012-09-10T11:05:30.487-07:00Hijrah Dalam Duri

[Kredit]

" Nikmat Allah itu tersangatlah banyak sehingga kita sendiri tidak mampu mengira dengan jari mahupun dengan kalkulator scientific. Sekalipun dikira dengan kalkulator scientific jawapan yang diberi olehnya ialah infinity. Malam dijadikan tempat untuk beristirehat. Siang pula untuk kita bekerja. Laut yang terbentang luas bukan sengaja diadakan. Malahan ia terkandung isi rezeki untuk manusia. Apa yang ada disekeliling kita, Allah SWT mencipta semata-mata untuk manusia."

Semua orang terdiam mendengar tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Adawiyyah. Ada yang merenung. Ada yang tertunduk. Ada pula yang menumpu perhatian. Di satu penjuru, Ilham menunduk kepalanya ke bawah seperti sedang merenung nota yang ditulis olehnya. Adawiyyah dapat mendengar tangisan Ilham yang begitu perlahan dan cuba dikawal.

" Ilham..." Adawiyyah memanggil Ilham. Ilham yang terkejut namanya dipanggil tergesa-gesa mengesat air mata sebelum mendongak.

" Kenapa Ilham menangis?" Jiwa Ilham sensitif tika itu. Sebaik saja Adawiyyah menyebut perkatan menangis, sisa-sisa air matanya mengalir. Matanya dipejam. Nafasnya cuba dikawal untuk mengawal tangisan. Sahabat-sahabat di sekelilingnya bersabar menanti bicara daripada Ilham.

" Ilham terfikir akan hari-hari yang dilalui oleh Ilham. Setiap malam sebelum tidur, Ilham selalu ingat akan kematian dan perasan takut mula menjalar dalam diri Ilham kerana Ilham tahu, hari yang Ilham lalui banyak melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh Allah SWT. Padahal telah banyak kali Allah memberi ruang masa kepada Ilham untuk berubah. Dan Allah tetap meneruskan memberi nikmat kepada Ilham."

Ruangan bilik itu sekali lagi terdiam mendengar muhasabah daripada Ilham. Masing-masing juga muhasabah kembali akan detik-detik masa yang berlalu. Adakah perbuatan mereka itu sudah mencukupi untuk meraih rahmat Allah? Atau selama ini banyak keingkaran yang mereka lakukan?

" Eh! Ilham! Kau dah habis shopping barang ke?" Wahidah yang merupakan teman sebilik Ilham dan mereka belajar universiti yang sama cuma kos pengajian yang berlainan. Pada waktu ini mereka sibuk beli belah sebelum pulang ke tanah air setelah 9 bulan berada di bumi asing.

" Dah. Kau dah habis beli?"

" Belum lagi."

" Banyak lagi ke barang yang kau nak beli ni?

" Hehehe. Tak ada banyak sangat." Apabila melihat sengihan daripada Wahidah, tahulah Ilham akan maksudnya.

" Tak percaya aku tengok gaya kau sengih macam ni."

" Hehehe..."

" Aku tunggu di luar je la. Aku tak tahan dengan kedaan crowded macam ni." Kawasan shopping kompleks tersebut merupakan satu daya tarikan kepada pelancong asing. Setiap hari dibanjiri dengan manusia. Tidak pernah berkurang.

" Okey. Kau tunggu di tempat biasakan?"

" Haah."

" Okey. Aku jalan dulu." lham menggeleng-geleng kepalanya memerhatikan tingkahlaku Wahidah. Seorang sahabat yang sentiasa ceria dan mampu membuat orang disekelilingnya ketawa dengan keletahnya itu biarpun pertama kali bersua muka.

Melihat tempat yang selalu djadikan sebagai tempat beristirehat kekosongan, Ilham berlalu mengambil tempat tersebut. Helaan nafasnya dilepas perlahan-lahan. Kini mindanya terasa sedikit ringan.Subhanallah!

Sambil itu anak matanya meliar memerhatikan gelagat manusia di sekelilingnya. Ada yang berjalan tanpa mempedulikan manusia lain. Ada ibu merokok di depan bayi mereka. Ada pula anak yang mengharapkan ibu bapanya membeli barang yang diinginkannya.

Namun matanya lebih tertarik melihat sekumpulan remaja yang bercampur antara lelaki dan perempuan. Tiada batasan antara mereka. Kerena mereka membuat Ilham terimbau kembali akan zaman remajanya.

" Cikgu tak masuk lagi. Lepak la dulu." Suara Kamal yang nyaring menjadi tarikan kepada rakan-rakan sekelasnya. Keadaan itu dinanti-nantikan oleh semua pelajar untuk bergosip, bernyanyi, dan bersembang. Pokoknya masa itulah digunakan untuk enjoy.

" Am! dah la tu. Aku tau la kau tu ulat buku dan rajin. But sometimes you need a time for your own sake. Dah-dah tutup semua buku ni."

" Oit! Aku tengah buat kerja ni!" Kamal memberi reaksi muka tidak bersalah. Tangannya tetap pantas menutup semua buku yang berada di atas meja Ilham dan diletakkan pada satu tempat. Ilham mendengus dalam diam.

" Dah! Jom lepak sana tu. Ilah pun duk tengah tunggu kau tu." Dalam marah Ilham bangun dan bergerak ke tempat duduk sebelah Fazilah. Ilham sangat pantang apabila ada orang sedang mengganggu pekerjaannya.

" Kesian ada orang kena ganggu dengan pak we" Fazilah sengaja membangkitkan baran Ilham itu kerana pada waktu inilah masa yang sesuai untuk Ilham. Kalau tidak jangan harap dapat membangkitkan kemarahan sahabatnya itu.

" Bila pulak Si Kamal tu pak we aku! Kau jangan cari pasal dengan aku Ilah." Melihat Ilham sudah menyuakan jari telunjuk ke arahnya, cepat-cepat dia meredakan keadaan tersebut.

" Aku gurau je la Ilham oi! Jangan la ambil hati..."

" Biar la Ilah nak kata macam tu. Apa salahnya?" Baharu saja Fazilah menenangkan kemarahan dalam hati Ilham, Kamal menambahkan lagi arang di dalam hati Ilham.

" Kau!"

" Oit! Dah la tu.. Orang nak sembang dengan tenang, korang pulak yang spoil suasana ni. Kau tu Ilham, kawal-kawal sikit marah kau tu. Kamal dengan Ilah saja acah-acah dengan kau. Itu pun nak ambil hati." Muaz menjadi orang tengah antara Ilham dan Kamal.

Ilham diam. Begitu juga dengan Kamal. Ilham terus mengambil tempat di sisi Fazilah tanpa pamitan manakala Kamal duduk di samping Muaz. Perbualan mereka pada mulanya begitu kaku. Lama kelamaan hati mereka mula bersatu dalam satu topik yang mencuit hati semua orang.

" Ilham!"

" Hah!"

" Kau teringat kampung ek?" Wahidah berasa serba bersalah dengan tindakannya itu. Ilham masih dalam keadaan muka pucat.

" Sorry sorry... Aku tak sengaja."

" Eh! takpe. Aku yang bersalah mengelamun jauh."

" Bagi aku 2 minit. Kemudian kau nak mengelamun pun aku tak kacau. Kak ni tanya kau nak makan apa? ayam ke ikan?" Ilham mendongak ke atas. Pramugari itu tersenyum melihat gelagat Ilham. Ketika itu mereka berdua berada di dalam kapal terbang untuk pulang ke Malaysia. Ilham masih terdiam.Wahidah menyiku lengan Ilham sambil menyuihkan mulutnya ke arah pramugari tu.

" Sorry. May I have chicken please."

" For drink?"

" Just a water please."

" Here you go. Enjoy your meals ladies." Wahidah dan Ilham menghadiahkan senyuman kepada pramugari itu.

" Eh! tertanya-tanya juga dalam hati aku ni. Apa yang kau tengah mengelamun tadi?" Teringin juga Wahidah tahu apa yang bermain di minda Ilham.

" Aku...aku.." Berat hati untuk Ilham menceritakan kisah masa lalunya kepada Wahidah. Bukan dia tidak percayakan Wahidah tetapi dia merasakan cukup hanya Allah dan dia saja yang tahu rahsia yang tersimpan semat di dalam kenangannya yang lalu.

Pada raya kedua selalunya ibu Ilham akan mengadakan rumah terbuka buat jiran tetangga mahupun keluarga yang terdekat. Setiap tahun, ibu Ilham akan memasak mee kuah kerana katanya lebih mudah dan senang. Ilham pula menjadi penolong ibunya.

" Ilham! Air dah habis ni." Ayah Ilham memanggil Ilham dari luar kediaman rumah.

" Baik ayah!" Terkocoh-kocoh Ilham memasuki dapur. Orange Sunquick diambil di atas meja dan dituang ke dalam jug. Air gula pula telah tersedia ada.

" Eh! Engkau rupanya Am. Aku ingat siapa la tadi." Ilham yang sedang mengacau air terkejut dengan sapaan sepupunya yang bernama Zarif. Dia hanya memberi senyuman kepada Zarif kemudian kembali sambung ke kerja asalnya.

" Patut la ibu kau duk bising. Aku ingat ibu kau saja-saja buat cerita. Rupanya betullah apa yang ibu kau cerita."

" Apa yang ibu aku cerita dekat kau?"

" Dia komplen, kata kau dah banyak berubah bila belajar dekat oversea. Bila mata aku nampak sendiri, baru aku percaya cakap ibu kau. Kau ada masuk 'geng' apa-apa ke kat sana tu?"

" Takda la. Aku yang nak berubah. Takda kena mengena dengan 'geng' pun"

" Ye ke?"

" Terserah." Ilham tidak mahu berbicara begitu banyak kerana khuatir keburukkan daripada mulut pula yang terkeluar. Syukur kepada kepada Allah S.W.T, telefon bimbit Ilham berdering. Tanpa melengahkan masa, dia terus menjawab panggilan tersebut sambil melarikan diri daripada persoalan sepupunya itu.

" Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam. Ilham!"

" Ye Ilah. Ada apa yang boleh aku bantu?"

" Amboi amboi amboi....Kawan sendiri telefon pun tak boleh ke?"

" Takda lah. Aku acah ja."

" Ni aku nak bagi tau dekat kau, kawan-kawan kelas kita ada merancang nak pergi beraya bersama-sama pada hari raya keempat ni. Kau free tak?"

" Aku, Insya-Allah free je. Ada apa-apa bantuan yang diperlukan?"

" Kalau kau ada bawa kereta, boleh aku dengan kawan-kawan kita selebihnya tumpang sekali. Ok tak?"

" Ermmm..Ok."

" Cantek...Ok. Aku cau dulu. Aku tau rumah kau ada buat rumah terbuka hari ini. Jumpa kau nanti."

" Insya-Allah. Assalamualaikum." Punat merah ditekan. Nafas yang disedut perlahan-lahan dilepaskan.

" Ilham!"

" Ya Ayah!" Tidak sempat Ilham untuk beristirehat apabila namanya dipanggil. Dia berlalu pergi kepada ayahnya. Melihat ayahnya mencekak pinggang, timbul kehairanan di dalam hati Ilham. Adakah dia telah melakukan kesalahan yang dia sendiri tidak sedar.

" Mana airnya?"

" Allah! Kejap ayah. Dah siap dah." Kalut Ilham berlari masuk ke dalam dapur mengambil air yang telah dibancuhnya sebentar tadi. Cepat-cepat jug yang berada di dalam tangangnya disuakan kepada ayahnya.

" Apala...yang Ilham duk fikir ni? Ingat Boyfriend ek?"

" Eh! Mana ada. Tak main la boyfriend boyfreind ni ayah."

" Dah pergi ambil ais di dalam peti sejuk."

" Baik bos!" Menggeleng kepala ayah Ilham apabila melihat gelagat keanakkan yang ada di dalam diri anaknya itu. Ada masanya Ilham bertindak matang dan ada masanya dia suka bermain-main. Walaupun anaknya banyak berubah sejak pulang dari luar negara, namun Ilham yang baru ini lebih dia senangi daripada Ilham yang dahulu.

Hari raya yang keempat yang dijanjikan telah pun tiba. Berjumpa dengan sahabat lama merupakan satu peluang yang dinanti-nantikan oleh Ilham. Yalah, Ilham belajar di negara luar, manakala sahabat-sahabatnya yang lain kebanyakkannya belajar di dalam Malaysia. Cuti pula tidak sama. Reunion usah dikata. Hanya beberapa orang yang mampu dikumpulkan.

" Ilham! Nanti Kamal dengan Jannah naik kereta sekali dengan kita tau." Ilham mengganggukkan kepala.

" Kamal! Jannah! Jom!"

" Assalamualaikum."

" Wa..alaikumussalam." Denyutan jantung Ilham mula mengepam dengan pantas. Dia tidak menyangka Kamal akan berada di tempat duduk hadapan. Manakala Jannah dan Fazilah mengambil tempat duduk di belakang.

" Long time no see." Kamal memberi senyuman kepada Ilham. Ilham menundukkan wajahnya.

" Dah beberapa tahun tak jumpa. Banyak perubahan yang berlaku pada kau especially dari segi fizikal." Ilham hanya tersenyum mendengar kata-kata Kamal. Dia melihat cermin belakang.

" Ilah! Kita nak bertolak ke mana dulu ni?" Melihat tiada tindak balas daripada Ilham, Kamal mengambil keputusan untuk berdiam diri. Dia dapat merasakan ruangan besar antara dia dan Ilham. Bukan seperti dulu lagi.

" Ar..kita ke rumah Cikgu Khadijah dulu."

" Kau tau rumah cikgu kat mana?"

" Kamal tau."

" Nanti aku tunjuk jalan tu bila kau dah keluar dari jalan besar." Kamal memberi arahan kepada Ilham. Ilham pula mendengar dan bersuara apabila perlu.

" Bismillah..." Doa ditujukan kepada Allah. Memohon perjalanan ini selamat dan diberkati oleh-Nya.

" Ilham, sori. Aku kena balik rumah before  pukul 7 petang. Aku tak dapat nak teman kau ke rumah Saiful. Tapi takpa. Kamal dengan Jannah kan ada? Diorang boleh temankan kau." Situasi inilah yang tidak digemari oleh Ilham. Kalau boleh dia mahu melarikan diri daripada masalah ini.

" Er...Tak boleh ke kau ikut sekali?"

" Bukan aku tak nak teman kau. Mak aku siap bagi pesanan lagi dekat aku. ' Ilah! Sharp pukul 7 kena ada di rumah. Kalau lebih kena DENDA' " Fazilah cuba meniru gaya aksi emaknya sebelum dia bertolak ke rumah Ilham tadi. Ilham mengeluh. Tiada jalan lain lagi ke untuk dia melarikan diri daripada perangkap ini.

" Hai...Berkerut nampak. Rileks la. Kau bukan keseorangan nanti." Kalaulah Ilham mampu menyuarakan apa yang sedang tersimpan di dalam hatinya. Namun dia tidak mampu untuk mengatakannya. Di mana harus dia mencari kekuatan diri. Cukuplah dengan apa yang telah berlaku pada masa silamnya dahulu.

" Ilham! Masuk dalam!"

" Sakit ayah..." Ayah Ilham memukul anaknya dengan tali pinggang.

" Oh! Sakit..Habis, hati ayah ni tak sakit. Jiran kita mencanang nama buruk Ilham kepada ayah. Ayah ada maruah Ilham. Diorang ingat ayah yang tak reti ajar anak-anak ayah." Ayah Ilham yang tidak dapat mengawal kemarahan, benda-benda yang ada disekelilingnya diambil dan dibaling dengan begitu kuat sekali. Ilham yang masih dalam tangisan menggigil melihat api kemarahan ayahnya. Tanpa berlengah masa, dia mencuri masuk ke dalam bilik dan dikunci

" Ilham! Buka pintu! Buka ayah kata!"

" Tak nak!"

" Keluar berdua-duan. Tak fikir maruah keluarga. Sesuka hati je buat apa yang rasa diri betul. Kenapa? Dah nak kahwin sangat ke?"

" Dia kawan Ilham ayah. Kami tak keluar berdua-duan pun."

" Kawan apa macam tu? Dengar sini, mulai dari sekarang, jangan berani keluar rumah tanpa kebenaran ayah. Faham?" Ilham menangis begitu banyak sekali. Melihat Ilham tidak memberi sebarang reaksi, ayah Ilham mengetuk kuat pintu bilik Ilham sehingga anaknya itu menggigil dan terkejut.

" Faham tak apa yang ayah kata ni?"

" Fa...ham.." Setelah ayah Ilham berlalu pergi, Ilham masih mendengar barang-barang yang dibaling oleh ayahnya. Salah ke selama ini dia keluar dengan rakan kelasnya sendiri. Persoalan itu ditinggalkan tanpa jawapan. Dia sendiri bingung.

Pada waktu malam, setelah penat beraya bersama-sama sahabat-sahabatnya, Ilham membuka diarinya untuk muhasabah dirinya kembali.

Ketika berperang dengan jahiliah dalam diri, aku bersyukur kerana mendapat kekuatan daripada Allah S.W.T sehingga ia terhapus. Namun, aku hanya manusia, tiada terjangka bahawa Allah menguji kembali jahiliah yang telah lama ku berjaya tinggalkan.

Apa yang aku yakin ialah Allah mahu melihat jati diriku sebagai seorang muslimah. Jati diri sebagai pemegang janji Allah.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, " Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji.

Hijrah ini, penuh dengan duri. Ada masanya aku mampu mematahkannya. Ada masa aku terluka kerana terkena durinya. Ada masanya aku mampu melihat. Hanya Allah, hanya Allah panggilan di dalam hatiku untuk membantuku dan terus memberi kekuatan kepadaku.

Moga Allah mengampuni dosa-dosaku dan juga sahabat-sahabatku. Dan semoga Allah membuka hati kami semua untuk melihat cahaya kebenaran. Ameen.

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

TamatCicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-71610918402761783662012-08-16T23:00:00.000-07:002012-08-16T23:00:01.693-07:00New video

Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-48857246639107686272012-08-04T19:47:00.003-07:002012-08-04T19:47:43.383-07:00Peganglah Tanganku

Bismilllahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah yang tidak pernah putus-putus memberi nikmat kepada manusia dan Rasulullah SAW ialah pesuruh Allah.

Ana ada melibatkan diri dalam 'summer camp' yang diadakan di Snowdonia, Wales selepas habis peperiksaan. 'Summer camp' untuk tahun ini menjadi tragik apabila tempat 'summer camp' kami menjadi ' raining camp'.

Ketika ana sampai ke tempat kem tersebut, hujan mula menitis. Daripada renyai menjadi lebat. Boleh ana katakan 'summer camp' tahun ini agak mencabar mental, fizikal dan spiritual apabila hujan tidak ada tanda-tanda mahu berhenti. Tiga hari berturut-turut dihujani hujan. Stoking tak tukar pun tidak mengapa kerana confirm sentiasa basah. Tidur juga dalam keadaan basah. Solat juga dalam keadaan basah. Melaksanakan aktiviti-aktiviti juga dalam keadaan basah. Konklusinya semua basah.[ Boleh bayangkan tak? Memang ada niat nak lari daripada kem. Oppsss!]

Namun, sehari sebelum hari terakhir kami berada di Snowdonia, Allah melimpahkan nikmat kepada kami dan mempermudahkan aktiviti hiking kami pada hari tersebut. Cuaca yang mendung diganti dengan nikmat matahari. Subhanallah.

Semasa memulakan hiking, ana selalu akan jadi orang terakhir sebab terlalu teruja dengan ciptaan Allah yang begitu cantik dan pantang kalau tidak mengambil gambar pemandangan. Tengah sedap-sedap posing ambil gambar tiba-tiba ada seorang ukhti [ Ana namakan Ukhti B] tidak berapa jauh daripada ana kena serangan asma.

" Call 911!!!" [Entah betul ke tak nombor ni. Hehehe...]

" Tak perlu..."

" Apasal pula?"

" Kita ada ramai doktor di sini."

Alhamdulillah AJK-AJK team summer bukan calang-calang orangnya apabila ada di kalangan mereka ada yang mengambil jurusan medik dan persediaan inhaler juga disediakan. Mantap!

Setelah beberapa minit, Ukhti B rasa sihat kembali seperti biasa tetapi dia tetap berasa gusar hati dengan keadaan kondisinya pada masa itu. Ana seperti biasa tetap menjadi orang terakhir dan tidak lama kemudian Ukhti B kena serangan asma buat kali kedua.

Pada kali ini, dia memberitahu bahawa dia tidak mahu meneruskan aktiviti hiking dan dia juga akan pulang ke tempat parking kereta seorang diri. Ana tegaskan kepada ukhti B untuk tidak turun seorang diri. Bahaya untuk seorang perempuan berjalan keseorangan.

Pada ketika ini juga tiada siapa mahu mengundurkan diri setelah jauh meniti perjalanan. Ana juga bigung juga sebenarnya sebab ana juga tidak mahu kembali ke tempat parking kereta. Siapa tak nak sampai ke puncak? Hehehe...

Ukhti B bertegas sekali lagi untuk turun. Jadi dalam minda ana kena pasang strategi supaya ukhti B tidak mengikut perancangannya. Kemudian ana bubbling something dengan ukhti B.

Apa yang ukhti NA bualkan?

Minta maaf. Dirahsiakan. =)

Alhamdulillah ukhti B bersetuju untuk meneruskan hiking. Kami bertiga termasuk ukhti I agak keterbelakang daripada peserta-peserta yang lain. Tambahan pula kami banyak berhenti sepanjang perjalanan sebelum sampai ke puncak.

Manusia, di dalam dirinya ada sifat mudah putus asa, tidak sabar, mahu cepat dapat ganjaran dan sewaktu dengannya. Ana boleh katakan sebelum sampai ke destinasi, banyak keluar ayat,

" Dah nak sampai dah..."

" Tu puncaknya..." [ Banyak kali salah tunjuk puncak yang sebenar. Aduih!]

Sampai satu tahap, Allah memberi nikmat kesakitan di kaki ana. Kaki ana tiba-tiba cramp dan tidak boleh nak bergerak. Kepada ukhti B dan ukhti I, ana katakan kepada mereka untuk jalan ke depan terlebih dahulu sambil berlakon buat-buat nak ambil gambar pemandangan.

Apabila melihat ukhti B dan ukhti I semakin menjauh, ana cuba berjalan dan mengejar mereka secepat yang mungkin sebelum kaki ana bertambah sakit. Ana beritahu dalam diri ana,

" Aku tak boleh tunjuk lemah kepada mereka. Kalau tidak, Ukhti B akan lemah juga."

So, sepanjang perjalanan tu banyak berlakonkan diri tidak sakit, kuat, gagah perkasa....ok enough. Terlebih sudah.

Kesakitan dan keletihan yang kami hadapi sama-sama, Allah tetap memberi kekuatan kepada kami untuk teruskan perjalanan sehinggalah kami menjadi orang yang terakhir sampai ke puncak dan orang yang ditunggu-tunggu oleh sahabat-sahabat yang lain. Subhanallah!

Dan ramai yang tidak menyangka ukhti B dapat meneruskan perjalanan sehingga sampai ke puncak. Kesakitan dan keletihan yang kami hadapi semuanya hilang sekelip mata. Perasaan yang ada pada masa itu hanyalah kebahagiaan dan kegembiraan.

Setiap kejadian yang berlaku sebelum perjalanan dan setelah sampai ke puncak, banyak perkara yang ana muhasabah diri kembali. Ana teringat kembali akan kenangan lalu dengan seorang roomate ana di sebuah pusat pengajian.

Roomate ana ini pernah confess kepada ana bahawa dia telah melakukan perbuatan yang dibenci oleh Allah SWT. Ana agak tergamam juga dan ana sendiri tidak tahu nak beri reaksi yang bagaimana. Jalan terakhir, ana menjadi seorang pendengar.

Habis je roomate ana bercerita, ana ada cakap something dan ana terus tutup kes. Selepas itu, ana tidak ungkit mahupun mengingati pengakuannya. Kami berkawan seperti biasa dan sampai satu tahap dia sendiri mahu berubah ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Kadang-kadang ada manusia mahu berubah, tetapi terikat dengan kisah silam mahupun dosa silam. Ada juga manusia mahu berubah tetapi tidak menjumpai jalan. Ada kalanya juga kita sendiri menyekat perjalanan mereka ini.

Siapalah kita mahu menghakimi mereka?

Dan siapalah kita untuk copkan diri kita ini manusia yang baik dan mereka sebaliknya?

Ukhti B ada matlamat yang sama seperti ana iaitu mahu sampai ke puncak. Kalau ukhti B betul-betul berpatah jalan, kemungkinan terbit kesedihan di hatinya kerana tidak mampu mencapai matlamat.

We need each other untuk ke jalan Allah. Jalan ke syurga tidak dibentang dengan bunga tetapi dibentang dengan duri. Ketika sahabat kita terkena duri, cabutlah duri tersebut, pegang tangannya dan berjalanlah bersama-sama sehingga menggapai destinasi yang diimpikan.

-Tamat-

Ohho...Ukhti NA sudah lama menghilangkan diri. Minta maaf sangat-sangat.Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-8861861397945882002012-06-11T16:50:00.000-07:002012-06-11T16:50:19.624-07:00Dodoi Sayang...

[Kredit]

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah yang masih memelihara kita dalam pegangan agama Islam yang Dia redhai dan Nabi Muhammad SAW pembawa berita gembira kepada seluruh umat manusia.

Baru-baru ini ana ada menghadiri satu program yang diadakan di London. Ana hadiri program tersebut bukan sebagai peserta tetapi sebagai orang dapur. Tolong masak untuk peserta-peserta program bersama-sama sahabat-sahabat ana yang lain.

Pada awal pagi kami sediakan biskut-biskut dan air teh, dan juga air kopi. Masa tengah edarkan kepada peserta muslimah, tiba-tiba si kecil Tariq panggil ummi. Ana berpaling muka untuk melihat si kecil ini and ana tidak pula bersedia untuk menerima pelukkan daripada Tariq.

Ana dengan muka blur, tanya seorang kakak ini, siapa ummi kepada si kecil tariq ini. Sementara ummi tariq ada urusan, ana layan ja anak kecil ini. Konon-kononnya jadi ummi tariq yang 'real' [ Padahal tak tahu nak buat apa pun T_T]. Beberapa minit kemudian, Tariq dapat tahu yang ana bukan ummi sebenarnya.

" I want ummi..."

Tariq tetap berada di pengakuan ana dan ana katakan kepada dia bahawa nanti ummi Tariq akan datang sebentar lagi. Sementara dia berada di pengakuan ana, ana layan seperti biasa dan ada seorang kakak sedang pancing untuk berbual dengan Tariq. ApabilaTariq nampak ummi dia, terus dia bangun dan berlari kepada umminya.

Betapa hebatnya seorang anak yang boleh mengetahui dan merasai ibunya yang sebenar. Indicator yang Tariq milikki membuat dirinya tahu yang ana bukan ummi dia.

Begitu juga dengan life kita sebagai manusia yang hanya hidup sementara di dunia. Manusia kekadang dia lupa bahawa dirinya ada indicator untuk menyelamatkan dirinya daripada terjatuh ke dalam pengakuan dodoian syaitan.

Apa indicator kita?

Al-Quran dan As-Sunnah.

Namun itu semua tidak cukup hanya sekadar tahu. Kita perlu pelajari, mendalami dan praktik dalam kehidupan kita seperti apa yang telah diaplikasikan oleh si kecil Tariq.

Agak-agak andalah, bagaimana Tariq boleh tahu ana bukan umminya tanpa melihat wajah ana?

Sejak kecil, Tariq telah berada di dalam kandungan umminya dan lahirnya Tariq, dia belajar pula mengenali umminya, suara umminya, bau umminya dan pelbagai lagi. Semuanya dia pelajari. Walaupun ada tikanya dia tersilap seperti yang insiden yang berlaku antara ana dan Tariq.

Namun apabila dia sedar, dia terus mencari umminya sebenarnya walaupun dalam keadaan ana memeluknya dengan sayang. Seperti manusia yang sedar dirinya telah berbuat dosa. Dia berusaha mencari kebenaran dan Allah untuk keluar daripada dosa-dosa tersebut. Dia tidak membiar dirinya terus menerus dalam keadaan dosa.

Rasulullah SAW telah memberi amanat kepada kita supaya berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah jika ingin selamat. Semua itu tidak cukup sekadar mengetahui amanat tersebut. Menjadi tugas kita untuk mencari kebenaran dan mempelajari Islam yang sebenar daripada Al-Quran dan As-Sunnah.

Lihat saja contoh yang diberikan oleh seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Salman Al-Farisi yang dikenali dengan kekacakkannya. Salman Al-Farisi bukanlah daripada bangsa Arab [Sila buat research tentang beliau]. Dari kecil hingga ke besar beliau pergi merantau untuk mencari kebenaran semata-mata. Kebenaran kehidupan ini.

Perjalanan hidupnya bukanlah seperti kita sekarang ini yang dilahirkan terus dalam keadaan Islam. Dari agama Majusi, beliau tertarik dengan agama Kristian. Kemudian barulah beliau memeluk agama Islam. Bertahun-tahun beliau mencari kebenaran. Bukan satu masa yang singkat.

Syaitan pula sangat expert dalam memerangkap manusia. Syaitan sendiri telah meminta keizinan daripada Allah untuk menyesatkan manusia. Situasi ini membuat kita sedar bahawa kita sendiri kena berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari cinta Allah yang sebenar agar tidak terperangkap dengan jerat syaitan.

Apabila kita selesa dengan keadaan sekarang ini, tahu Islam hanya di sekolah, nothing will be changed. Tanpa kita sedar, kita sebenarnya telah pun berada dalam perangkap syaitan dan didodoi dengan penuh kasih sayang dengan keduniaan.

p/s: Mohon maaf tidak dapat update blog seperti sebelum-sebelum ini. Insya-Allah ana sedang dalam proses pembikinan beberapa buah video dan beberapa buah cerpen. Doakan ana.

Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-14945096253245197722012-06-07T15:56:00.001-07:002012-06-07T16:05:39.948-07:00Rancang Kematian

[Kredit]

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah yang masih memberi kekuatan kepada diri ini untuk menaip yang bukan untuk dirinya sahaja tetapi untuk semua orang yang membaca blog ini. Rasulullah SAW adalah pesuruh Allah SWT di mana diri ini masih belum mengenali beliau dengan lebih akrab.

Sebelum ana melanjutkan ayat-ayat seterusnya, ana mahu memohon maaf atas ketangguhan ana dalam mengupdate blog ini. Ana baru sahaja habis peperiksaan pada 1 June dan terus menyibukkan diri mengembara di Uk dan seterusnya mengurus rumah sebelum berpindah.

Alhamdulillah peperiksaan telah berlalu. Hanya mampu berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT.

Gembira?

Lepas saja habis kertas terakhir, perasaan gembira tiada pula mengunjungi di dalam hati ana. Semuanya ana rasa biasa sahaja. Tiada yang luar biasa. =)

Apabila peperiksaan tamat, ana mula berfikir. Apa yang harus ana lakukan untuk mengisi masa lapang ana ini selama ana masih ada di Uk?

Setengah orang, ada yang memikirkan untuk enjoy berjalan-jalan mengembara seluruh Uk mahupun luar Uk. Ada setengah orang mahu mencari kerja dan pelbagai lagi perancangan manusia.

Namun, apabila ana memikirkan kembali, banyak yang ana ingin lakukan selama ana berada di Uk. Jadi ana terfikir mahu melakukan proposal perancangan kematian.

Scarynya untuk ukhti NA ni? [ sila fikir positif ye]

Jangan takut dengan perkataan kematian kerana kita tidak selama-lamanya akan hidup di dunia. Cepat atau lambat, malaikat Izrail tetap akan melakukan tugasnya sebaik mungkin apabila tiba masanya. Kita rasa takut, kerana kita lalai dan tidak melakukan sebarang persediaan di dunia.

Takut saja tidak cukup untuk menyelamatkan diri kita di pandang mahsyar. Orang yang beriman, apabila sedar akan sifat dunia yang hanya sementara, mereka akan melakukan perancangan agar tidak menyesal di hari kehakiman kelak.

Apabila kita melakukan perancangan kematian, pasti kita akan lebih berhati-hati dalam merancang segala aktiviti kerana berhati-hati dalam menambat keredhaan Allah SWT. Sekiranya tiada perancangan kematian bertunjangkan keredhaan Allah SWT pasti nafsu yang mengelola perancangan kita.

Apa-apa pun yang kita lakukan, soalan pertama yang harus diutarakan ialah adakah Allah SWT gembira akan pekerjaan kita?

Yang kedua ikhlaskan diri pada setiap pekerjaan kita hanya semata-mata kerana Allah SWT. Jangan sia-siakan ganjaran pahala yang Allah SWT sediakan kepada kita. Allah memberi hadiah, kita pula yang menolak pemberian tersebut. Bukankah kita yang merugikan diri kita sendiri?

Jadi, jangan ambil remeh dalam merancang hidup kita. Ia sangatlah penting untuk diri kita. Bukan hanya untuk masa depan dunia malahan untuk masa depan akhirat juga.

Masa lapang adalah satu nikmat. Nikmat yang boleh jadi kebaikan mahupun keburukkan.Be a wise man.

Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-17221909823907482072012-05-24T08:34:00.000-07:002012-05-24T08:39:26.571-07:00Hari Berganti Hari...

[Kredit]

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...Segala puji bagi Allah yang masih memberi keizinan kepada diriku untuk bernafas di muka bumi-Nya dan memberi peluang kepadaku untuk melangkah ke arah perubahan.

[Ukhti S] : Lagi berapa jam lagi NA...

[Ukhti NA] : Berapa jam apanya. Esok aku exam petang kot. (Mata melihat jam)

[Ukhti S] : Lagi 3 jam NA...

[Ukhti NA] : Apa bendanya 3 jam S? (Dalam minda tengah memerah memikirkan kenapa dengan 3 jam. Kemudian baru NA tersenyum)

[Ukhti NA] : Shuuuu...Jangan duk buat bising. Senyap sudah...

[Ukhti S] : Tak nak...

-Tamat-

Rasa-rasanya NA nak beritahu apa ni?

Hehehe...My birthday. Alhamdulillah dah 22 tahun berada di bumi Allah ini dan masih berpeluang melihat peredaran bumi. Ana jenis tidak suka menghebohkan hari jadi ana. Jadi di facebook, ana memang tidak meletak status hari jadi ana. Hanya orang-orang terdekat saja yang tahu.

Kenapa ana tidak suka orang tahu?

Hehehe...ana tidak suka orang ucapkan...

" Happy Birthday NA."

" Selamat Hari Tua NA."

" Selamat Hari Jadi NA."

Pelik benor la NA ni. Hehehe...

Namun, tahun ini ana rasakan satu kelainan, di mana, sahabat-sahabat ana bukan saja wish birthday kepada ana tetapi mereka juga mendoakan kejayaan ana di dunia dan di akhirat. Ana rasa seperti mahu menangis kerana ana yakin Allah mendengar doa-doa mereka. Hari jadi tahun ini lebih bermakna pada diri ana daripada tahun-tahun yang lalu dengan hadiah yang cukup istimewa antara ana, sahabat-sahabat ana dan juga Allah SWT.

Sebab keduanya, hari jadi bukan untuk ana bergembira. Pada tarikh tersebut, ialah satu titik muhasabah untuk ana bermuhasabah kembali kerja-kerja ana pada masa lalu dan juga keberkatan.

Ada satu quote daripada Mustaffa Sidik Raqi'i. Beliau berkata:

" Sebelum manusia lahir, semua makhluk sudah dicipta oleh Allah SWT. Kemudian kita lahir tanpa buat apa-apa atau membuat penambahan di dunia. Kita ini seperti barang lebihan dunia ini."

Dengan bahasa mudah dan sedikit kasar sikit, buat menyemak je kita ini kalau tidak memberi apa-apa di atas bumi Allah SWT. [ Minta maaf menggunakan bahasa kasar sikit. Huhuhu...]

Baru sebentar tadi, ana dan sahabat-sahabat lepak di dalam dapur. Seorang sahabat ana menceritakan mengenai " General Relativity" subjek yang kami pelajari kepada sahabat ana yang lain yang mengambil kos akaun.

General Relativity ini berkenaan dengan perubahan masa. Contohnya A berada di atas muka bumi dan B berada di luar bumi atau space. Masa antara kedua-duanya adalah berbeza yang bergantung kepada obsever. Jadi apabila B pulang ke bumi, dia lihat A nampak lebih tua daripada dia. Manakala B pula kelihatan lebih mudah.

Ini secara ringkasnya mengenai General Relativity. Dr Maza ada mengatakan bahawa Islam telah pun menyentuh mengenai perbezaan masa ini di mana ana ada 24 jam tidak sama dengan 24 jam yang dimilikki oleh sahabat ana.

Spesifikkan lagi, dalam 24 jam, apakah masa kita berkat? Atau masa kita adalah masa sia-sia. Ada orang mengambil masa yang sedikit sudah mampu memahami subjek yang dipelajari. Ada orang pula yang mengambil masa yang lama untuk memahamkan subjek tersebut.

Ada orang makan sikit sudah kenyang. Dan ada pula yang makan sikit, tak kenyang-kenyang juga. Hehehe...

Maka, bagaimanakah keberkatan usia ana selama ana hidup di muka bumi ini? [ Takpa tak perlu jawab. Sebab hanya ana yang tahu. Hehehe...]

" Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat,' Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.' " [Al-Baqarah: 30]

Allah SWT tidak pernah menciptakan makhluknya secara sia-sia.....

p/s: Minta maaf sudah lama tidak update blog. Baru je habis exam untuk minggu ini. Minggu depan ada lagi dua papers. Doakan ana dan juga sahabat ana yang lain, moga Allah mempermudahkan urusan kami.Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-25136183181040611622012-05-17T14:59:00.000-07:002012-05-17T14:59:47.403-07:00Syukur Atas Nikmat Ini

[Kredit]

" Tika kita berada kegelapan, hati sudah lupa akan Sang Pencipta. Lupa Dia sedang melihat akan pekerjaan kita. Hanya nafsu yang mendorongi jalan. Namun atas sifat Ar-Rahim, Dia menyalurkan rasa bersalah dan berdosa akan perlakuan kita di dalam hati dan membawa kita kembali kepada cahaya dengan taubat kepada-Nya."

" Ya Allah, Aku bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan iaitu perasaan yang Engkau salurkan kepadaku ini. Aku bersyukur atas pertolongan-Mu yang membawa aku kembali ke jalan yang lurus. Mana Mungkin aku berada di sini sekarang tanpa keizinan dan pertolongan daripada-Mu. 'Kun Fayakun.'"

" Ihdinas Siratal Mustaqim."

Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7237529322022172411.post-8529730378889224502012-05-14T11:29:00.003-07:002012-05-14T11:31:33.244-07:00Aku Sudah Berusaha, Tetapi Kenapa?

[Kredit]

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, yang masih menganugerahkan kekuatan kepadaku untuk menulis walaupun busy dengan exam. Dan Rasulullah SAW, ialah pesuruh Allah yang membawa manusia kepada cahaya Ilahi.

Alhamdulillah, baru sebentar tadi menyelesaikan peperiksaan untuk kertas yang pertama iaitu Medical Imaging and Measurement. Semuanya berkaitan dengan scanner, X-ray dan macam-macam lagi untuk melihat organ dalaman manusia.

Ada lagi 6 paper untuk diperangi. Bermakna kekuatan diri harus dipertingkatkan lagi untuk mengharungi perjalanan sebelum menduduki peperiksaan.

Ada satu kata-kata Dr Ala' Hilat yang disebarkan oleh Hilal Asyraf, iaitu

" Semasa kamu berusaha, berusahalah seperti tiada yang akan mampu memberikan natijah yang baik selain usaha kamu itu. Tetapi di dalam hatimu, bergantunglah kepada Allah SWT, dengan penuh keyakinan bahawa tiada apa yang akan mampu memberikan natijah yang baik selain daripada pertolongan-Nya."

Apa yang dimaksudkan dengan ayat di atas? Ayat di atas dikaitkan dengan konsep tawakal yang sebenar.

" Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekadm maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal." [Ali-Imran:159]

Bila ana baca ayat-ayat ini, terus memberi motivasi ana untuk bekerja lebih bersungguh-sungguh walaupun ana tahu perjalanan ini bukan ditaburi dengan bunga ros yang sentiasa wangi tetapi perjalanan ini ditaburi dengan duri-duri bunga ros.

Ana percaya, Allah SWT akan menolong ana dengan berlandaskan usaha yang ana lakukan. Jika tidak, ana percaya usaha ana akan dikira oleh Allah SWT untuk masuk ke dalam akaun akhirat.

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." [ Ar-Ra'd:11]

Ya, Allah mecintai hamba-hamba yang bertawakal kepada-Nya. Namun adakah Allah membiarkan keadaan kita begitu saja?

Tidak! Allah akan menguji kita setakat mana kita bertawakal kepada-Nya? Setakat mana kita percaya akan takdir-Nya?

Seperti ana katakan sebentar tadi, jalan menuju kepada Allah SWT tidak ada jalan shortcut mahupun yang mudah.

" Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ' Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji." [ Al-'Ankabut:2]

Di dalam dewan peperiksaan sebentar tadi, semasa helaian kertas soalan dibuka, ana baca soalan dan terkedu. Ana membuka lembaran helaian berikut juga. Ana masih terkedu melihat soalan yang diberikan.

Kenapa ana terkedu?

Ana tidak tahu untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Dalam hati,

" Mak! NA nak balik!!! Huhuhu..."

Kemudian ana cuba tenangkan diri. Ana ingatkan kembali akan kisah perang Al-Ahzab di mana Rasulullah SAW merintih kepada Allah SWT dengan rendah diri.

" Ya Tuhanku! tanpa Engkau kami tiada hidayat

Takkan kami bersedekah dan bersolat

Turunkanlah ke atas kami kemenangan..."

Cerita ini memberi inspirasi kepada ana. Maka ana berbicara dengan Allah SWT.

" Ya Allah, Engkau saja yang mampu melupakan ilmu yang aku usahakan. Dan Engkau juga berkuasa untuk memberi ilham kepadaku. Aku mohon pertolongan daripadaMu Ya Allah. Bantulah hamba ini yang sedang dalam keadaan buntu. Dan aku berserah diri kepada Engkau apa saja yang Engkau tentukan untuk aku."

Kekadang manusia boleh menyoal Allah SWT kembali.

" Kenapa? Aku telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Tapi kenapa ini yang aku dapat?"

Inilah titik tolak bagaimana faith kita kepada Allah SWT dan bagaimana hubungan kita dengan Allah SWT. Saudaraku, jangan pernah hilang kepercayaan kepada Allah SWT sekiranya kita tahu apa yang kita lakukan semuanya kerana Allah SWT semata-mata.

Kenapa ada kecewa?

Kerana kita buat semua itu untuk dunia bukan untuk Allah SWT.

Change your intention. Work for Him. Kalaupun di dunia kita adalah loser, tapi di akhirat tidak lagi.

" Dan janganlah kamu (merasa) lemah, jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman." [Ali-'Imran:139]

Di dunia kita tidak nampak darjat tersebut, tetapi di akhirat semua perbuatan dan usaha kita akan dipersembahkan. Teruskan tawakalmu kepada Allah SWT.

p/s Alhamdulillah. Allah telah menolong ana. " Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." Trust Him. Lots of love from Uk.

Cicikhttp://www.blogger.com/profile/11097593863866902294noreply@blogger.com0