10/01/2013

I'm Positive?

[Kredit]

Pada pagi tadi, ana ada sesi bersama-sama dengan students master local yang lain. Sesi yang pertama kali dijalankan oleh pihak universiti iaitu " Resilience". 

Definisi resilience yang diberikan oleh encik google ialah " the power or ability to return to original form, position, etc, after being bent, compressed, or stretched. Dalam konteks education, ia lebih kepada sikap seorang guru harus ada apabila terjerumus dalam bidang ini.

Contohnya, memilih topik yang bakal diajar dan disusun atur agar at the end of the lesson, pelajar-pelajar ini tahu apa yang ingin dicapaikan oleh guru tersebut. Contoh yang lain ialah apabila seorang guru menghadapi bad behaviour from students. Adakah dia harus panik, atau sebaliknya keep calm and find the solution.

Skop yang ditumpukan pada pagi tadi lebih kepada confidence, adaptability, purposefulness and the need for social support. Basically sesi ini lebih kepada refleksi diri berdasarkan pengalaman yang dialami semasa first school placement dan mencari kekuatan diri masing-masing yang boleh dipraktiskan lagi for the next school placement.

Kemudian sesi diteruskan dengan bengkel yang bertajuk "behaviour". Behaviour di sini ialah bagaimana para guru menghadapi bad behaviour of students in the class. Pensyarah ana ada menunjukkan sebuah video yang berkisar mengenai seorang guru yang mengajar di dalam sebuah kelas.

Apa yang ana dapati ialah guru tersebut selalu mengguna perkataan-perkataan yang negatif kepada para pelajar. Contohnya,

" Awak tengok markah matematik ni. Semua orang gagal kecuali seorang. Apa nak jadi dengan kamu semua ni. Kamu nak repeat paper lagi ke for the next year? Ramai tak boleh nak jawab soalan ratio"

The teacher kept nagging. I'm sure enough, anak-anak muda sangat-sangat tidak menyukai apabila kena berleter dengan guru dengan menggunakan negative word. Eventually, the teacher did not realise that, he just made a gap between his students. Di saat itu hilang rasa hormat para pelajar kepada guru dengan menunjukkan behaviour yang lebih teruk lagi daripada sebelum ini.

Daripada sini, ana banyak reflek kembali dengan kehidupan kita. Kehidupan yang penuh dengan negative word and thought. Siapa yang suka apabila dirinya dikata bodoh? Siapa suka dirinya dikata jahat? Siapa yang suka apabila keburukan dirinya diperkatakan oleh orang lain?

Secara fitrahnya manusia sangat mencintai perkara-perkara kebaikan. Sangat suka dengan perkara yang positif. Kerana perkara positif mampu mendorong dirinya menjadi lebih baik daripada semalam.

Contoh untuk negatif, ada sahabat kita is trying to speak in English although have lots of grammatic error. Then, you said to her or him to stop to speak. Pada pendapat kita, tak perlu dia nak' over' sangat cakap mat salleh, grammer pun tak betul. You eventually made her/him confident down. Mungkin ada pada satu saat, kawan kita merasakan dia memang dah tidak boleh lagi menguasai bahasa inggeris. Dalam keadaan yang kita tidak sedar, kita telah pun menjadi seorang yang memusnahkan masa depannya.

People need positive word. Even Allah always use positive phrase in the Quran. Orang yang lemah Allah pujuk supaya bersabar,

" Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat..." [2:45]
" Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar..." [40:55]

Apatah lagi dengan dosa yang kita lakukan pada setiap hari. Dosa yang kita rasa terlalu besar yang harus kita pikul sehingga menemui kematian. Namun, Allah SWT masih memberi ruang kepada kita.

" ..Dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi." [40:55]

" Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." [39:53]

Allah juga selalu memotivasikan hamba-hamba-Nya,

" Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui." [2:261]

Perjalanan sirah Rasulullah SAW sendiri juga banyak mengajar kepada kita mengenai positif. Apabila berjalan dengan seorang tua yang selalu bercakap mengenai keburukkan baginda, Rasulullah SAW tidaklah melatah. Sebaliknya hanya mendengar tanpa bantahan. Sehingga orang tua tersebut tahu bahawa orang yang temaninya sebentar tadi ialah Rasulullah SAW. Inilah keperibadian positif yang membawa seseorang keluar daripada kelompok negatif.

Justeru, perkataan POSITIF yang sebenarnya banyak memberi kebahagian hidup kepada manusia hingga ke syurga. Perkataan yang kekadang kita memandang ringan tetapi sebenarnya 'tugasannya' mahu membawa manusia kepada kebahagiaan.

Wallhu'alam.

Minta maaf sekiranya ada menggunakan perkataan yang 'kasar' dalam entri ini.

2 comments:

  1. sebenarnya dalam quran ada dua-dua unsur, positif dalam bentuk memberi semangat, dan negatif dalam bentuk amaran.

    seperti yg kita belajar, iman hadir bila seseorang ada sifat harap dan takut. positif utk pupuk rasa harap dan negatif utk rasa takut.

    kuncinya ialah utk mencapai keseimbangan antara dua unsur ini. kerana jika terlalu byk positif, akan leka, tidak serius. jika terlalu byk negatif akan putus asa.

    wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang ditulis oleh pikir cool memang benar. Dalam hidup ini perlu ada kesinambungan.

      Dalam penulisan saya ini, saya banyak menulis positif kerana ketidak seimbangan yang berlaku pada masa ini. Di mana terlalu banyak perkara negatif yang kita nampak pada diri seseorang sehingga kita tidak memikirkan perkara positif dalam dirinya.

      Moga kita menjadi hamba Allah yang lebih baik =)

      Delete