15/11/2012

Bagai Aur dengan Tebing, Itulah Islam

Baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan berita serangan Israel ke atas Palestin. Pada pihak ana, berita ini menambah lagi kerungsingan dalam diri ana. Ini bermakna banyak lagi pekerjaan yang ana harus kerjakan dengan lebih bersungguh-sungguh, serius tetapi teratur.

Apabila kita menekankan perkataan teratur, minda kita mungkin akan terbayang, perlu ada perancangan, kena berdisiplin, tahu kemampuan diri dan pelbagai lagi. Namun, haruslah kita ketahui, bahawasanya kita tidak mampu untuk membuat suatu pekerjaan tanpa kerjasama daripada orang lain.

Perkara yang paling mudah untuk dijadikan contoh ialah ilmu. Mungkin setengah orang menganggap bahawa ilmu boleh didapati daripada buku. Tanya pada diri sendiri dan jawab secara jujur, benarkah buku boleh memberi kita ilmu?

Buku boleh memberi ilmu tetapi ia tidak mampu guide kefahaman kita. Boleh jadi apa yang kita fahami daripada buku tersebut adalah berbeza daripada orang yang menulis buku tersebut. Maka, hendak tak nak kita kena ada hubungan dengan seseorang iaitu guru. Ini dinamakan kerjasama. Guru memberi tunjuk ajar dan kita dengan rela hati untuk belajar.

Contoh kedua ialah musuh anak adam. Tidak lain dan tidak bukan, musuh itu ialah syaitan. Syaitan telah membuat perjanjian dengan Allah, bahawa, dia akan menyesatkan manusia sehingga berlaku Hari Kiamat. Apakah selama ini kita berfikir syaitan ini bekerja sambil lewa atau keseorangan?

Malahan tidak sama sekali. Bahkan perancangan syaitan sangat teratur dan mereka saling bersatu padu dalam menyesatkan manusia di dunia ini. Mereka tidak bertindak atas dua syarikat yang berbeza tetapi di bawah satu syarikat dan satu petadbiran.

Contoh terakhir yang ana berikan ialah jantung kita. Jantung manusia ada cells. Kalau kita ambil satu cell jantug dan diperhatikan dengan menggunakan microscope, ia didapati akan hilang rentak dan seterusnya mati. Begitu juga apabila dua cells jantung diletakkan atas slide pada jarak yang agak jauh. Cells ini juga akan mati pada pengakhirannya.

Namun, apabila dua cells jantung ini diletak bersebelahan, keputusannya begitu menakjubkan. Kedua-dua cells jantung terus berdenyut pada rentak yang sama dan tidak mati. Subhanallah, cukup hebat penciptaan Allah ini.

Melalui contoh-contoh yang ana berikan, cukup terbukti bahawa dalam membanteras kejahatan, kita perlu saling bekerjasama. Tidak boleh berlawan keseorangan. Jika kita kalah, maka siapa pula yang akan berlawan dengan musuh?

Di sini menunjukkan betapa penting kesatuan antara manusia. Dan Allah SWT sendiri telah memberi banyak pembelajaran kepada kita. Cumanya, sama ada kita sedar atau pun tidak sedar perkara ini.




No comments

Post a Comment