08/02/2012

Ada Apa Dengan Al-Fatihah



Bismillahirrahmanirrahim. 

Dalam sehari, bibir kita tidak pernah lengkang daripada melafazkan surah Al-Fatihah di dalam solat mahupun di luar solat. Sudah menjadi satu tabiat yang telah sebati dalam hidup kita.

Tapi, betul ke surah Al-Fatihah itu benar-benar sebati dengan jasad dan roh kita dalam erti kata sebenar?

Honestly, ana sendiri tidak menjumpai keistimewaan tersebut sepanjang ana hidup di atas bumi Sang Berkuasa.  Ana hanya diberi pendedahan bahawa surah itu mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu Allah menjawab setiap ayat dalam surah tersebut. 

As a student, I take it as a knowledge. Not more than that. Jadi pengetahuan itu terbatas. Hanya diisi di minda. Tidak sampai ke hati.

Semakin lama ana mencari kebenaran, semakin ana nampak hakikat kehidupan manusia sebenar. Sebelum ini, dalam solat, ana hanya baca sekilas lalu dan 'khusyuk' tanpa mengerti maksudnya yang sebenarnya.

Subhanallah, Allah beri peluang kepada ana untuk merasai perasaan sebenar apabila recite surah Al-Fatihah dalam solat ana.

Permulaan ayat surah Al-Fatihah,

1- ' Dengan nama Allah, Yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.'

2- ' Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.'

 Sungguh pada saat ini, ana rasakan apa yang ana sekarang kosong. Jasad ini, harta ini, barang-barang 
 kesayangan, mak dan ayah, semuanya milik Dia. Tiada satu pun yang ana miliki. Zero. Apa yang kita ada?

 Puji-pujian hanyalah milik Allah. Tiada pula kita miliki kecerdasan sekiranya bukan atas kehendak-Nya. 
 Tiada upaya kita untuk berjalan bukan atas kekuasaan-Nya.

 Inilah tauhid asas kita. Percaya bahawa apa ada di langit dan di bumi ada pencipta iaitu Allah.
 Mantapkan keyakinan kita terhadap Allah. Jangan rasa ragu-ragu.

3- 'Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.'

Yang Maha Pengasih. Pengasihnya untuk semua makhluknya tanpa tiada batasan. Ingin kekayaan, Dia beri. Ingin ada laptop, Dia beri. Ingin anak yang ramai, Dia beri. Apa yang kita kehendaki, minta kepada Dia. Jangan minta kepada selain daripada Allah.

Yang Maha Penyayang. Sayangnya Allah khas kepada orang-orang yang beriman kepada Dia. Beruntungnya kita menjadi hamba Allah. 

Sayang Dia, kadangkala Dia memberi musibah kepada kita untuk kembali kepada-Nya dan untuk kembali ke jalan yang lurus. Hanya kita sahaja sedar atau tidak kasih sayang Allah yang tiada had.

4- 'Pemilik hari pembalasan.'

Pada ayat ini, ana terbayang diri ana akan disoal. Apa yang telah ana lakukan dengan segala pemberian Dia terhadap ana?

Hari pembalasan akan berlaku. Tiada tempat untuk berlari. Tiada. Semua pekerjaan kita dibumi akan disoal. 

Takutlah hanya pada Allah kerana setiap pekerjaan kita akan dinilai oleh Allah dengan begitu teliti. Tiada error seperti manusia yang serba kekurangan.

5- 'Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'

Hakikat manusia yang sememangnya lemah. Manusia memerlukan tempat pergantungan untuk meneruskan hidup ini yang panjang. Hidup yang penuh dengan cabaran dan halangan.

Manusia yang bergantung kepada manusia apalah yang kita dapat. Hanya sesalan.

Pergantungan kita yang sebenar-benarnya hanyalah Allah. Tiada selain Dia. Dia tahu kelemahan kita. Dia tahu isi hati kita. Dia tahu bila kita bad mood. Sebab Dia yang menciptakan kita.

6- ' Tunjukilah kami jalan yang lurus.'
7- '(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat,'

Atas kekuasaan Allah, Dia membawa kita ke jalan yang sebenar. Tiada suatu yang berkuasa atau yang mampu mengawal hidayah ini selain daripada Allah. 

Kita mohon kepada-Nya agar menunjukkan kita ke jalan yang lurus. Kemudian diikuti dengan ayat terakhir iaitu ayat ke-7 di mana jalan yang kita minta itu ialah jalan orang-orang yang telah Allah beri nikmat kepada mereka dan bukan sebaliknya.

Siapakah mereka ini?

Iaitu Rasulullah, sahabat-sahabat Rasulullah dan yang lain-lain yang telah Allah janjikan kemasukkan mereka ke syurga.

Kita megimpikan syurga, tapi jalan apa yang kita ambil?

Allah telah bagi guideline kepada kita. Nak syurga, ikuti contoh-contoh hamba-hamba Allah telah dijanjikan Allah untuk masuk ke syurga.

Apa aktiviti yang telah mereka lakukan yang menyebabkan mereka mendapat nikmat ini?

Search, dig,seek and learn inside the sirah. It will give you the answer.

Muhasabah kembali rutin harian kita. 

Adakah aktiviti kita lakukan membawa kepada kenikmatan atau dimurkai atau sesat?

Rumusan

Allah menciptakan langit dan bumi. Allah menciptakan alam dan binatang. Semuanya adalah semata-mata untuk manusia. Namun, semua itu hanya sementara. Tidak kekal. Kita akan menempuh kiamat. Pada masa hari pembalasan, kita akan disoal tentang pekerjaan kita di dunia.

Namun, Allah sungguh penyayang. Dia memberi klue bagaimana kita ingin berada di jalan yang lurus supaya kita dapat merasai kenikmatan apa yang telah dirasai oleh mereka yang terdahulu.

Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan dikembalikan.

Wallahu'alam

( Sekiranya ada kesilapan, jangan segan untuk tegur ana. Ana masih hamba yang belajar mengenal erti sebuah kehidupan. Moga Allah melembutkan hati kalian dan hatiku. Dan moga Allah mengampuni dosa-dosaku. Ameen.)

No comments

Post a Comment