26/04/2012

Saya Mencari Cinta...

[Kredit]


Pada dua hari yang lalu iaitu hari Selasa, ana ada kelas Statistical Mechanics yang diajar seorang pensyarah yang bernama Dr Jean Alexandre. Itulah hari terakhir beliau mengajar ana dan students yang lain. He is really a good teacher and the best teacher that I ever had.

Three years he teached me and cara dia mengajar tidak pernah mengecewakan students. Before we dismiss the  class, ada seorang classmate ana cuba untuk menepuk tangan. Tiba-tiba Jean kata,

"Don't."

Dari situ ana tahu, dia memang benar-benar mahu mengajar bukan untuk mendapat pujian mahupun tepukkan daripada students. Selama tiga tahun dia mengajar ana, ada satu perkataan yang Jean suka berkata berulang kali.

" Learn by heart."

Ya, apa yang dia ajar kepada student, dia akan berkata dengan jujur, sama ada subjek dia ajar itu " learn by heart or not."


Kekadang itu, bila dia mula bermain dengan equation sehingga habis, ayat pertama yang akan keluar daripada mulutnya ialah,

" You look. This equation is so beautiful."

Bila ana dengar Jean kata begitu, dalam hati ana berkata, ' dekat mana la beautiful-nya equation ni?' [Garu tudung.]

Ana hanya mampu melihat wajah kegembiraan Jean. Namun ana gagal merasai perasaan yang dia rasa.

Begitu juga dengan Islam. Selagi kita tidak memahaminya, kita tidak mampu merasai nikmatnya.

Masa di sekolah menengah, ana memang biasakan diri pakai baju dua lapis dan tudung dua lapis.

' Gila ke apa Ukhti NA ni...Tak tau ke Malaysia tu dah la panas. Ini nak tambah kepanasan lagi?'

Hehehe...siapa kata tak panas. Memang panas. Tapi ini hanya dunia. Belum panas padang mahsyar lagi. Ada sebab kenapa ana berpakaian yang sedemikian.

Pertamanya, baju yang dijual kebanyakkannya jarang termasuk baju kurung. Minta maaf ana katakan. Walaupun baju kurung kelihatan ayu dan lagi sopan, tapi ia masih menyeksa mata ana apabila melihat bahagian aurat yang dikatakan tertutup sebenarnya tidak tertutup.

Jangan ditipu dengan kegelapan. Cuba ambil baju kurung anda, dan dedahkan ia di depan cahaya matahari. Cuba lihat, ada nampak cahaya tak? [ Kalau nampak tu, faham-faham je la. =)]

Ramai saja sahabat ana bertanya,

" NA, ko tak panas ke pakai dua lapis ni?"

Ana katakan, ana rasa biasa dan rasa selamat. Memang ana jenis tidak hiraukan apa orang lain nak katakan, kerana hanya diri ana saja yang tahu perasaan bahagia dalam diri ini.

Dan Allah memberi pemahaman kepada ana apa itu aurat. Dan ana praktik.

Islam itu bukan setakat aurat. Islam itu satu agama yang sangat yang luas dan lagi syumul. Dan ia perlu belajar dari semasa ke semasa untuk memahami apa itu Islam sebenarnya.

Bukan dalam satu hari kita boleh memahaminya. Tidak sama sekali. Sedangkan para sahabat juga mengambil masa untuk memahami ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan oleh Allah, apatah lagi kita ini.

Pemahaman setiap orang lain-lain dan bertahap-tahap. Tidak semua orang dalam wavelength yang sama atau frequency yang sama. Cuba kita lihat sendiri kisah Saidina Abu Bakar. Beliau menyerahkan semua hartanya kepada Nabi Muhammad SAW untuk menampung perang Tabuk.

Pada pandangan kita, macam mana Abu Bakar nak tampung kehidupan keluarga?

Mungkin ada yang kata, ini kerja giler?

Ini pandangan kita tetapi tidak kepada Saidina Abu Bakar. Dia tahu kenapa dia buat semua ini dan tahu akan kesannya. Semuanya dia lakukan kerana dia mahu berlumba-lumba mengerjakan kebaikkan. Kebaikkan yang akhirnya disumbangkan pada hari akhiratnya. Hanya dia yang mampu merasai 'kebahagiaan' itu.

Ada sebuah cerita yang ana menonton baru-baru ini, iaitu " The Secret World of Arrietty". Sebuah filem animasi daripada negara Jepun. Cerita mengenai  "Borrower"di mana bapa Arrietty selalu keluar rumah untuk mencari keperluan rumah. Mereka ini bukan manusia seperti kita. Mereka ini ialah manusia kecil. Kecil seperti semut. Ana terkesan dengan dialog bapa Arrietty kepada anaknya.

" You don't always have to run. Observe them first, then decide."


Yang ini selalu berlaku apabila kita melihat orang yang pelik sikit atau yang kita rasa memberi 'kebahayaan' kepada kita, minda bagi isyarat, 'jauhkan diri'.

Sebaliknya kita perlu memerhatinya dahulu. Kekadang daripada pemerhatian baru kita tahu, orang yang pelik itu bagaimana perangainya yang sebenarnya. Yang diam belum tentu berlagak. Entah-entah bila kita perhati, rupa-rupanya dia ini peramah orangnya.

Begitu juga Islam. Kalau kita melihat, belum tentu kita memahaminya. Tetapi kalau kita memerhati, Insya-Allah perlahan-lahan kita memahaminya.

Memerhati di sini ialah kita teliti, siasat dan cari kebenaran.

Dan pemahaman kita terhadap Islam dan kehidupan ini hanya mampu difahami apabila kita mengalaminya dan muhasabah.

Selalu ada dialog seperti ini,

" Dulu masa kecil, kamu ini buas, nakal, dan cepat marah. Sekarang ini, bila dah besar, dah makin matang mak cik nampak."

Awas, tidak semua orang mengalami perubahan ini. Ada je kita jumpa kawan lama, kita rasa tidak ada perubahan. Dan ada je yang kita jumpa, ada perubahan ke arah lain.

Ini hanya pengalaman hidup ana. Apabila kita pandai mencari bi'ah atau suasana yang baik, Insya-Allah, kita akan belajar erti kehidupan denga baik.

Kawan di sisi kita juga penting. Ada kalanya mereka yang mencorakkan kita apabila kita berjauhan dengan keluarga. Tidak mustahil untuk semua ini berlaku apabila Allah menguasai semua perkara.

Jangan la sampai tak berkawan dengan orang yang kita rasa memberi pengaruh yang buruk kepada diri kita. Nanti orang fikir, orang baik berkawan dengan orang baik saja. Yang jahat-jahat ni dengan geng-geng sesama mereka. Padahal mereka ini saudara kita.

Jangan sampai macam ni.

Kita sendiri yang kena pandai seimbangkan. Seperti carta pemakanan yang seimbang. =)

Mana tahu suatu hari nanti mereka ini menjadi hamba yang lebih baik daripada kita.

Yang pentingnya di sini, kita jangan pernah berhenti mencari apa itu Islam. Ana masih ingat lagi kata-kata Habib al-Jifri. Beliau kata,

" Our religion is the religion of love."

Perjalanan ana masih mencari 'cinta' ini. Anda bagaimana pula?


2 comments: