28/04/2012

Tekanan Oh! Tekanan....

[Kredit]


Minggu ini agak stress memandangkan minggu depan ada poster presentation dan presentation oral group. Bertambah stress apabila tarikh peperiksaan sudah semakin hampir.

Tahap stress ana maksimum apabila ana tidak mampu lagi memberi konsentrasi dan mula rasa sesak nafas. Saat ini minda ana sudah tidak mampu diimbangi lagi.

Ana sendiri tidak tahu bagaimana perasaan orang yang bekerja. Mungkin lebih tertekan daripada ana.

Seorang guru fizik sekolah menengah ana pernah kata,

" Life as a student I do more enjoy than work. How I wish I can be a student again..."

Dari hari ke hari, kita makin membesar dan semakin banyak rintangan yang harus kita hadapi. Adakala kita berkata, How I wish I can be a little girl again...


Kita perlu sedar kembali, segala apa yang Allah susun, ada kebaikannya. Dia yang mencipta kita.

Kalau kita tidak membesar, kita tidak akan merasai perasaan cinta.

Kalau kita tidak membesar, kita tidak akan merasai warna-warni kehidupan ini.

Kalau kita tidak membesar, kita tidak akan belajar untuk mencapai cita-cita.

Pada ketika ana mengalami tekanan, ana mula muhasabah kembali. Tekanan itu ada baik dan buruknya. Keburukkannya apabila kita tidak mampu mengawal diri. Rasa seperti mahu menyerah kalah. Rasa seperti mahu lari daripada masalah.

Sebenarnya, kita ada masalah dengan iman apabila kita mengalami tekanan yang keterlaluan.

Kenapa?

Bila ana muhasabah kembali, I ask myself. Kenapa ana lakukan pekerjaan ini? Untuk apa? Adakah untuk memuaskan hati manusia? Atau memuaskan Allah?

Manusia itu mudah lupa. Walaupun pada mulanya, kita berniat untuk melakukan pekerjaan tersebut kerana mahu mendapat keredhaan Allah, kita kena ingat, kita juga ada potensi untuk melupai niat asal kita.

Seperti yang ana alami sekarang ini. Partner group ada message ana. Dia minta ana untuk hantarkan bahagian poster ana yang kena design kepada dia pada pukul 5 petang. Masa itu, ana ada lagi sejam untuk siapkan. Pada mulanya, ana steady je. Lepas tengok jam menunjukkan pukul 4.30 petang. Ana dah mula rasa stress.

Tekanan ini bermain-main dalam diri ana sehingga pada satu tahap, ana rasa tidak mampu untuk meneruskan lagi.

But I'm not giving up just like that. Ana kata dalam diri ana,

" NA, buat je. Allah tak tengok pun result. Apa yang Allah tengok adalah usaha kita, kesungguhan kita. Allah sedang memberi masa lagi kepada kamu. Lakukan kerana Allah dan rasailah kehadiran Allah yang sedang memerhatikan dengan kamu dengan senyuman."

Mungkin ada tertanya-tanya, kenapa "perlu merasai kehadiran Alllah yang sedang memerhatikan kamu dengan senyuman."?

Ana suka buat kerja sambil merasai yang Allah sedang memerhatikan ana. Bila kita lakukan pekerjaan kita kerana Allah, sudah tentu Allah suka dan gembira kerana kita lakukan bukan sebab dunia tetapi sebab Dia.

Eventually, ana rasa begitu enjoy melakukan pekerjaan ini. Ana rasa happy sangat.

Dan yang paling penting jangan lupa untuk bertawakkal kepada Allah. Barangsiapa bertawakkal kepada Allah, dia tidak akan pernah kecewa dengan keputusan yang bakal dia hadapi kerana dia yakin Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk dirinya.

Jadi, bila ada rasa tekanan, berhenti dahulu dari membuat kerja. Muhasabah diri kembali. Kenapa kita lakukan pekerjaan ini? Yang paling baik ialah mengambil air wudhuk dan membaca ayat-ayat Al-Quran sebentar.

Cari kembali identiti kita yang telah hilang.

^___^

No comments

Post a Comment