21/04/2012

Satu Cita, Yang Tiada Penamat, Kecuali M.A.T.I

[Kredit]


Bismillahirrahmanirrahim...

Baru sebentar tadi balik daripada hospital. Buat pemeriksaan telinga. Ana ada masalah pendengaran. Pendengaran itu ialah satu nikmat daripada Allah yang sangat besar. Bila Allah tarik, ana rasakan betapa hidup ini tidak secerah seperti hari-hari yang lalu.

Bila ana bercakap dengan sahabat, Ha!, Apa dia? 

Ana tends to tanya soalan yang sama kepada sahabat ana. Mesti sahabat ana rasa tertekan sebab ana tak dengar apa dia sedang cakap. Maafkanku sahabat. =)

Rasa sunyi pula bila pendengaran diambil oleh Allah walaupun telinga sedia ada dan sempurna lagi namun tidak berfungsi.

Bersyukurlah atas nikmat yang Allah berikan kepadamu sahabat. =)

Diwaktu ana sedang menaip post ini, roomate ana beritahu, ada seorang pelajar oversea meninggal dunia kerana bunuh diri. Moga Allah mengampuni dosa-dosanya.

Bunuh diri boleh jadi kerana beberapa faktor. Boleh jadi stress dengan belajar. Boleh jadi dapat result yang gagal. Boleh jadi kegagalan dalam percintaan.

Banyak possibility yang boleh diambil kira dalam faktor pembunuhan diri.

Dari kecil hingga ke besar, ibu bapa mahupun guru-guru selalu instill cita-cita dalam diri kita. Selalu membicarakan apa yang kita boleh lakukan apabila habis belajar. Apa peluang pekerjaan yang kita boleh dapat hasil daripada pembelajaran kita.

Bila di alam pekerjaan pula, kita pula bercita-cita mahu naik pangkat, mahu berkahwin, mahu mempunyai sebuah rumah, mahu itu dan ini. Setiap manusia pasti ada cita-cita masing-masing.

Bila tercapai, kira rasa puas dan seronok. Namun manusia lupa untuk menanam satu cita-cita. Cita-cita yang tiada penghujung kecuali setelah ruh kita ditarik oleh malaikat izrail.

Iaitu cita-cita mahu menjadi hamba Allah.

Kenapa dengan hamba Allah?

Apa yang special sangat cita-cita ini berbanding cita-cita yang lain?

Apabila kita menanam cita-cita sebagai hamba Allah, itu bermakna kita telah merangkumi ke semua cita-cita yang telah disebutkan sebentar tadi.

Awas!

Jangan fikir, bahawa orang yang bercita-cita seperti ini 24 jam duduk atas tikar sejadah. 24 jam duduk di masjid.

Jangan sampai tersalah konsep. Sedangkan ibadah itu melingkupi hubungan kita dengan manusia, pertuturan percakapan kita, pemakanan, bermain, belajar, bekerja dan banyak lagi kecuali perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Dalam usia 22 tahun ana hidup dengan izin Allah, ana dapat melihat kehebatan orang-orang yang bercita-cita menjadi hamba Allah. Hamba Allah itu apabila dia bercita-cita mahu menjadi guru, bukan semata-mata kerana pekerjaan itu senang didapati atau tidak sesukar dengan pekerjaan lain.

Dia mahu menjadi guru, kerana bermatlamat berpaksikan Allah. Dia bukan sahaja masuk ke kelas untuk mengajar dan bila habis masa keluar kelas. Itu bukan cita-citanya. Sebaliknya dia mahu mendidik pelajar-pelajarnya turut serta menjadi hamba Allah. Cita-cita ini memerlukan dia juga untuk berubah ke arah menjadi hamba yang lebih baik supaya pelajarnya nampak akan contohnya.

Hamba Allah yang membuka perniagaan, bukan semata-mata mahu mengaut keuntungan. Hatta sekalipun dia mempunyai wang yang banyak, wang itu akan dibelanjakan ke mana saja arah tuju yang Allah suka. Dia juga mahu agar memberi peluang kepada orang lain untuk mempunyai pekerjaan yang halal. Dalam pada yang sama dia mahu mendidik pekerjanya untuk mengamalkan hidup sebagai hamba Allah.

Dan ana sebagai pelajar, bukan semata-mata pergi oversea untuk belajar fizik. Tidak sama sekali. Di sini ana bukan saja mendalami ilmu fizik tetapi ana juga sedang memahami apa erti kehidupan ini dan bagaimana untuk menjalankan tugas sebagai khalifah Allah di bumi ini.

Mungkin ada tertanya-tanya, kenapa ana perlu memahami semua ini?

Kerana apabila ana balik Malaysia, ana mahu membawa satu misi iaitu misi paradigma dalam mendidik pelajar-pelajar ana. Untuk pengetahuan semua, Insya-Allah ana bakal jadi pensyarah. Pensyarah di mana? Allah saja yang tahu. Atau dengan kata yang lain ana sendiri pun tidak tahu lagi. =)

Daripada semua yang ana berikan contoh tadi, secara ringkasnya, apabila kita bercita-cita menjadi hamba Allah, kita kejar cita-cita tersebut bukan untuk pembaikan diri kita saja malah untuk orang sekeliling kita juga.

Tiada usur kepentingan diri dalam cita-cita ini.

Cuba kita fikirkan, adakah tanpa cita-cita ini kita yakin  bahawa kita tidak pentingkan diri?

Apa yang ana maksudkan dengan kepentingan diri, contohnya ana sebagai pensyarah. Ana tahu tugas ana adalah mengajar pelajar-pelajar. Itu saja tahap pemikiran ana iaitu mengajar. Kalau ada pelajar yang bercouple, mempunyai masalah, ana tinggalkan saja mereka kerana bagi ana itu semua hak mereka dan urusan mereka sendiri.

Di sini munculnya kepentingan diri. Kubur kau kubur kau, kubur aku kubur aku. Kau nak buat dosa buatlah tetapi jangan melibatkan aku.

Sikap begini, honestly, adakah kita suka dan adakah Allah suka? [sendiri tahukan jawapannya =) ]

Hamba Allah itu cita-citanya mahu masuk syurga bukan untuk dirinya saja malahan dia mahu mengajak lebih ramai lagi untuk berlumba-lumba masuk ke syurga. Ini yang dinamakan cinta dan kasih sayang sesama muslim yang sebenar.

Dia mahu membawa kebahagian orang lain bukan setakat dunia. Kalau boleh dia mahu meraih tangan orang lain bersama-sama menuju akhirat.

Tidakkah hebat orang yang bercita-cita mahu menjadi hamba Allah?

Dan tidak ana menolak juga, dalam meraih cita-cita ini, ada ujian yang perlu kita tempuhi. Seperti kes bunuh diri tadi, kalau kita letakkan tempat kita ditempat pelajar ini, adakah kita juga akan buat perkara yang sama?

Tidak kepada hamba Allah. Sekalipun ujian datang, dia tahu Allah sedang didik dia. Dia tahu Allah sedang ingin dia belajar daripada kesilapan. Semuanya dia bersikap positif tentang Allah sehingga dunia bukan di hatinya. Sebaliknya dia sendiri menggenggam dunia ditangannya, akhirat pula di hati.

Cintanya bukan atas dunia. Cintanya ialah akhirat iaitu mahu meraih syurga. Apabila manusia meletak dunia di hati, pelbagai perkara yang buruk dia hadapi. Frust, tertekan, rasa nak lari daripada masalah, dan rasa tidak mahu lagi hidup di dunia ini.

Apa lagi, tidakkah anda juga mahu menambah cita-cita anda iaitu menjadi hamba Allah? Hamba Allah bukan saja melakukan apa yang Allah suka. Dia juga memperatkan lagi hubungannya dengan Allah. Kalau di syurga nanti,  hubungan ini semestinya semakin rapat apabila dapat melihat dengan jelas rupa Allah. Mesti best kan.... face to face kot dengan Allah...

Hidup ini, kekadang buat kita lupa bahawa realitinya kita hamba kepada Allah. Moga selepas ini, kita cuba buat sehabis baik yang mungkin, selagi Allah masih memberi peluang kepada kita untuk hidup, kita cuba menjadi hamba yang baik di mata Allah SWT.

Cita-cita ini yang tiada penamatnya kecuali mati, yang memerlukan 'force' untuk terus berusaha dan melakukan anjakkan paradigma dengan harapan dapat menjadi hamba Allah yang lebih baik dari hari ke hari.

Moga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Ameen.

2 comments: