13/04/2012

Dengar Teori Terkinja-kinja, Bila Praktikal Jadi Oh No!!!


[Kredit]


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Astaghfirullahal'azim...

Pelbagai peristiwa yang berlaku dalam minggu ini. Ana kena submit report final year ana hari ini. Pagi tadi pun dah berapa kali ana kena attack dengan penyakit gementar, takut dan gelisah.

Ana jenis orang yang selagi ada masa, selagi itu ana cuba memperbaiki sesuatu supaya kelihatan lebih baik. Begitu juga dengan writing report ana. Selagi ada masa, ana akan cuba perbaiki mana yang tak betul dan bahagian mana yang patut tambah.

Kalau ikutkan, asal siap sudah. Lepas itu hantar.

Tetapi Allah tidak menyukai orang melakukan sesuatu pekerjaan sambil lewa. Itu bukan ciri-ciri orang yang beriman kepada Allah. 

Alah! Report je kot. Takkan Allah nak persoal kot? Bukan ada kaitan halal dan haram pun?

Huhuhu..Tolong jangan ada pemikiran sebegini. Kita kena ingat segala yang ada pada diri kita itu adalah amanah daripada Allah SWT sekaligus ia adalah ujian buat diri kita. Allah mahu melihat kesungguhan kita dalam memikul amanah yang diberikan oleh-Nya walaupun kita dapati projek itu pensyarah kita sendiri yang berikan.

Tak nak tulis panjang-panjang sangat. Nanti tak sampai pula point yang ana mahu sampaikan. =)

Report ana tu kena hantar electronic copy sebelum 12 tengah hari selepas puas menatapnya. 15 minit sebelum pukul 12, baru ana mahu hantar report itu. Yang perlu ana buat adalah mengakses website universiti ana. Masa tengah buka link universiti, semuanya kelihatan okey. Kemudian kena akses pula e-learning untuk hantar electronic. Bila semua id student dengan password masukkan, tiba-tiba ana tak boleh akses masuk. Ada masalah server uni ana.

Ana try rilek dulu. Ana cuba laptop sahabat ana iaitu Ukhti SS. Bila ana try masuk, sekali lagi tak berjaya. Ana dah jadi tahap seperti orang yang sedang lemas di laut [ Sesak nafas =) ]. Serius tak tahu nak buat apa waktu tu.. Masa tinggal lagi 10 minit. Kemudian ana terfikir Ukti U. Kena turun bawah pula.

Minta pinjam laptop dia kejap tetapi Ukhti U tengah buat kerja. Nasib baik ada laptop Ukhti A yang sedang tidak digunakan. Ana cuba masuk website tersebut. Gagal juga. Time tu rasa macam nak jerit pun ada. Semua sahabat ana cuba untuk tolong ana tetapi gagal juga. 

4 minit lagi pukul 12....

Nafas ana dah tak normal dah. Tangan ana dah naik atas muka dah [ orang stress memang selalu macam ni kan? =) ]. Ana cari Ukhti SS kembali minta tolong dia sekali lagi. Projek ini walaupun tidak berkenaan hidup atau pun mati tetapi ia berkaitan dengan masa depan ana.

Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan pada saat-saat akhir. Beberapa saat sebelum pukul 12 ana berjaya hantar report tersebut. 

Itu baru satu peristiwa. Peristiwa kedua ialah ana kena hantar juga 2 hard copies sebelum pukul 4 petang. Pukul 3.40 petang baru ana hantar ke department fizik. Tiba-tiba officer ini beritahu bahawa ana belum hantar electronic copy lagi.

Time ini ana tak ada rasa secuak pada awal yang tadi. Officer tu masih memberi masa kepada ana untuk hantar email kepada dia. Bila ana cek email, rupa-rupanya dia hantar email kepada ana beberapa minit yang lalu sebelum ana submit report kepada dia.. 

The deadline for the electronic copy was midday and you didn't send me an email with your electronic copy as I requested.I've not been able to get onto blackboard to see if you uploaded your project yet.The final deadline for the hard copies is at 4pm which is in just over 20 minutes.If you miss the deadline your project may not be marked and you could potentially fail the module." 

Waktu itu, sememangnya hanya Allah saja yang berkuasa melembutkan hati officer ini sekaligus hati semua manusia. Alhamdulillah semua baik-baik dan selamat menjalan tugas yang telah diamanahkan.

Orang-orang yang beriman apa saja yang berlaku pada dirinya, dia sentiasa tenang dan percaya kepada Allah. Itu adalah teori yang kita belajar daripada orang-orang terdahulu yang pernah merasainya.

Kita belum mempraktikkan lagi. Bila dengar teori, dalam hati bersemangat dan berazam untuk melakukan perubahan. Ataupun apabila mendengar teori, hati dan telinga berdarah kerana teori tersebut terkena pada batang hidung sendiri dan cuba untuk melakukan perubahan. Bila praktikkalnya rasa lain sangat daripada telinga dan hati yang mendapat ilmu teori ini. Namun daripada praktikal inilah ia mengajar kita untuk memperbaiki keadaan diri kita. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Seperti ana sedang buat projek fizik ini yang berkaitan dengan photodetector. Einstein kata bila energi cahaya striking on the metal, electrons dalam metal akan knock out from the metal bila elektron ini dapat energi yang lebih daripada energi metal. Jadi para scientist cuba untuk mengkaji teori ini. Pada mulanya, dari sudut praktikal memang banyak mengalami kegagalan. Lama kelamaan teori ini sangat berguna kepada para scientist apabila berjaya menghasilkan peralatan  seperti remote control yang lebih baik dari hari ke hari.

Apa yang menyebabkan peralatan ini bertambah baik?

Mereka bukan saja menjalankan eksperimen, tetapi mereka mengkaji atau muhasabah kembali apa kesalahan dalam eksperimen tadi. Mereka merungkai sedalam-dalamnya masalah yang dihadapi. Apabila jumpa puncanya, mereka cuba lagi menjalankan lagi eksperimen ini dengan penambahbaikan.

Ini yang sepatutnya yang ada pada jiwa seorang muslim. Teori dia dapat. Namun secara praktikal dia masih dalam kegagalan. Namun itu tidak membuat dia daripada berputus asa. Dia muhasabah diri kembali dan cuba untuk menjadi orang yang lebih baik daripada semalam.

Insya-Allah, Allah juga akan menolong kita kerana pada setiap jiwa Dia tahu siapa yang berusaha dan siapa yang masih leka.

Bangkitkan kembali semangatmu wahai pemuda. Jangan pernah ada perasaan putus asa dalam dirimu.

Ana pun kena muhasabah kembali kerana gagal menjadi seperti orang-orang yang beriman yang sentiasa tenang dan sabar pada setiap ujian. Huhuhu...

Jom sama-sama muhasabah diri untuk menjadi hamba yang lebih baik di mata Allah.

Sekian saja catatan daripada Ukhti NA =)

- Tiada manusia yang sempurna. Yang ada hanya manusia dari hari ke hari dia cuba menjadi insan yang terbaik di mata Allah.-

1 comment:

  1. insyaAllah, praktikal itu menunjukkan kefahaman teori yg ada..

    ReplyDelete