11/04/2012

Ketakutan Yang Menembusi Hati Manusia

Perasaan manusia tidak dapat disentuh. Ia hanya mampu dirasai oleh si empunya dan disalur kepada orang sekelilingnya. Perasaan ini adalah satu anugerah daripada Allah SWT kepada manusia.

Bayangkan manusia tiada perasaan langsung even rasa sedih mahupun gembira. Agak-agaknya bagaimana pengambaran hidup manusia sekarang ini?

Manusia tidak pernah khuatir apabila perasaan gembira bertandang di hati. Malah menjadi satu fitrah kepada kita untuk menyukai perasaan ini dengan bibir pula tidak lengkang daripada senyuman.

Namun apabila perasaan takut bertandang di hati. Manusia mula gelisah. Senyuman hilang serta merta. Fikiran berkicauan dan tidak rasa ketenangan.

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata" Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami akan kembali)." [Al-Baqarah:155-156]

Hari ini ana diuji oleh Allah dengan perasaan ketakutan. Ketakutan yang kadang-kadang boleh buat manusia lupa untuk bergantung kepada Allah SWT. Bukan ketakutan mengenai Tsunami. =)Tengah hari tadi ana ada discussion group mengenai projek ana final year.

Sementara menunggu rakan-rakan yang lain, ana, sahabat ana, Myo dan Sofea bersembang mengenai revision pelajaran kami. Bagi ana mereka semua ini nampak steady dan cool je. Ana pula yang rasa cuak.=)

Kemudian Sofea buka cerita mengenai Optics yang kami belajar sem lepas. Kertas soalan bakal direka oleh orang lain. Bukan pensyarah yang kami ajar. Tambahan pula dia tidak berada di Uk dan reading week kami dengan dia burn macam tu je la.

Sambung pula pasal Particle Physics. Pensyarah yang ajar kami ini bukan calang-calang orangnya. Calang-calangnya sampai mengajar pelajarnya pelajaran di peringkat PHD. Dan kertas soalannya yang dibuat oleh dia juga direject oleh pihak uni kalau tak silap ana. Jadi orang lain juga yang bakal membuat kertas soalan kami.

Tak habis lagi ye. Sofea sambung pula dengan Solid Particle. Pelajaran ini juga kebanyakkan pelajar menghadapi masalah.

Jadi konklusinya ana juga sedang bermasalah dan berasa ketakutan. Tahun ini adalah tahun terakhir pengajian ana. Dan sememangnya tahun ana lebih rasa cuak daripada tahun-tahun yang lalu.

Mengenangkan masalah ini membuat ana terfikir akan perang Ahzab. Kenapa dengan perang Ahzab?

Kerana penduduknya menghadapi ketakutan untuk menghadapi musuh selama sebulan. Bayangkan SEBULAN bukan SEHARI. Semua ini memerlukan mental dan ruhi yang tinggi untuk menghadapi peperangan. Tidak cukup dengan ketakutan mereka juga diuji dengan kelaparan, tekanan dan pelbagai lagi.

" (Iaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika penglihatan(mu) terpana dan hatimu menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu berprasangka yang bukan-bukan terhadap Allah. Di situlah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang dahsyat." [Al-Ahzab:10-11]


 Minta maaf la tulisan dan lukisan yang terlalu kecil. Ana bukan pelukis yang berbakat [peace]. Okey back to ayat surah tadi. Pihak Quraiy pergi serang Madinah daripada atas disebabkan struktur Madinah di bawah yang mempunyai banyak pokok dan tanaman.

Jadi siapa pula yang serang daripada bawah Madinah?

Golongan yang duduki kawasan pokok-pokok itu ialah daripada golongan Bani Quraizah. Mula-mula geng-geng ni buat perjanjian dengan Nabi kata nak setia bersama Nabi. Last-last geng-geng ni la yang betray Nabi. Sebab itu di dalam surah Al-Ahzab kata ada serangan daripada bawah.

Atas kena attack. Bawah pun attack. Dan itulah perasaan ketakutan yang double ketakutan orang Mukmin hadapi jika dibandingkan dengan ana yang lagi kerdil ini. Tidak cukup dengan ketakutan. Mereka berprasangka dengan Allah. Mereka rasa mereka tidak boleh menang dalam pertarungan ini.

Sebelum berlaku pengkhianatan Bani Quraizah lagi orang-orang Mukmin merasai ketakutan dan kelaparan.Namun Nabi Muhammad SAW tidak membiarkan perkara itu berlaku. Dia turun padang sama untuk menggali parit. Beliau berlapar bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya sampai mengikat batu di perutnya dua kali ganda daripada sekalian sahabat yang lain. Itu semua membuat sahabat rasa dimotivasikan.

Keyakinan para sahabat mencapai puncak apabila berlaku satu problem. Iaitu ada satu batu yang sangat keras sehingga semua sahabat yang dah try nak pecahkan batu tu pun surrender. Para sahabat memberitahu Rasulullah mengenai masalah ini.

Rasulullah datang dan tiga kali dia menghentak cangkul di batu itu, ada cahaya yang menyenari Kota Madinah. Hentakkan pertama Syam akan dikuasai . Hentakkan kedua Parsi akan dikuasai. Dan hentakkan ketiga negeri Yaman akan dikuasai.[ Batu itu memang pecah akhir sekali]

Para sahabat mula rasa keyakinan dengan janji itu. Kerana janji Rasulullah SAW itu ialah janji daripada Allah SWT. Maka dengan bersungguh-sungguh mereka menggali parit tersebut sehingga jayanya.

Sebenarnya jika benar kita lakukan semua ini kerana Allah, Insya-Allah usahlah kita khuatir apa yang bakal berlaku kepada diri kita. Ini kerana kita percaya bahawa Allah ada bersama-sama dengan kita. Dia akan menunjukkan jalan yang lurus kepada kita.

"Barang siapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sungguh , dia diberi petunjuk kepada jalan yang lurus." [Ali 'Imran:101]

Motivasi para sahabat ialah janji-janji Allah. Kerana Allah tidak pernah memungkiri akan janji-Nya. Jika kita hadapi apa-apa masalah, yakinlah Allah bersama dengan kita. Dia tidak pernah meninggal kita tetapi yang sebaliknya kita yang selalu meninggalkan Allah SWT.

" (Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang ketika ada orang-orang mengatakan kepadanya," Orang-orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka," ternyata (ucapan) itu menambah (kuat) iman mereka dan mereka menjawab, "Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-sebaik pelindung." [Al 'Imran:173]

Erm, Allah kata orang yang mentaati Allah dan Rasul, puting beliung ke malahan stunami yang sehebat mana sekalipun, Allah tetap di hati mereka. Semasa Perang Ahzab, Allah menyelimuti ketakutan dalam diri mereka kerana Allah mahu menguji keimanan mereka terhadap Allah sama kita yakin dan bergantung kepada Allah atau sebaliknya.

Tidakkah kita mahu menjadi golongan yang taat kepada Allah dan Rasul?

Insya-Allah, ana yakin kita mampu. Yang penting yakin kepada Allah. Setiap kejadian itu mesti ada Allah nak beri kita something. Allah tidak pernah merugikan hamba-hamba-Nya kecuali kita sendiri yang merugikannya.

Akhir kata, jangan biarkan ketakutan menjalar dalam diri kita kerana khuatir boleh merosakkan usaha kita hanya kerana Allah SWT.

Senyum-senyum selalu. =)

No comments

Post a Comment