15/03/2012

Kasih Allah = Infiniti

[Kredit]



Bismillahirrahmanirrahim...


Segala puji bagi Allah yang masih tetap mendorong ana dalam penulisan ini. Minta maaf kerana sudah lama tidak update blog atas kesibukkan pelajar tahun terakhir. Mohon doanya. =)

Dari ke hari ana suka berfikir mengenai Allah. Kerana bagi ana, bila berfikir tentang Allah banyak perkara yang ana dapati dalam diri Allah especially kasih sayang Dia.

Penulis ni, tak habis-habis sebut kasih sayang Allah. Boleh muak aku nak dengar.

Cool wahai pembaca. Kalau anda ingin jatuh cinta kepada seseorang maka anda perlu mengenalinya terlebih dahulu terutamanya kebaikannya.

Ana tidak pernah lelah untuk mengenal Allah. Semakin ana mengenali Dia semakin ana rasa ingin menitis air mata apabila mengenangkan kasih sayang-Nya.

Ada beberapa ayat Al-Quran membuat ana reflek tentang Allah.

" Mereka tinggal di sana dalam masa yang lama, mereka tidak merasakan kesejukkan di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman, selain air yang mendidih dan nanah sebagai pembalasan yang setimpal." [78:23-26]
 Kita melakukan dosa, Allah balas setimpal dengan dosa kita. Allah tidak menggandakan hukumnya.

Dalam hati kita berniat untuk melakukan kejahatan. Namun kejahatan itu tidak dicatit selagi kita tidak melaksanakan kejahatan tersebut.

Sepertinya Allah tidak sanggup untuk menghukum manusia yang jahil ini.

Sebab apa?

Dia sayang manusia.

Terbalik pula dengan pahala. Kalau kita berniat untuk membuat kebaikkan, malaikat mencatat dalam bukunya. Apatah lagi kalau melaksanakannya. Mesti telah berganda-ganda pahala kita. Berganda-ganda pemberian Allah di syurga.

Ada sebuah hadith sohih berceritakan tentang manusia terakhir yang keluar daripada neraka. Hadith apabila ana baca, boleh ana rasa nak menangis. [ Memang tengah sebak dah ni ]

[Manusia]  : Allah! Palingkanlah mukaku daripada api neraka. Aku tidak sanggup untuk merasai bauan neraka dan melihat nyalaan apinya. Aku mohon ya Allah! Palingkanlah mukaku ini. Aku mohon.

[Allah]       : Kalau Aku kabulkan permintaan ini apakah tiada lagi permohonan yang lain?

[Manusia]  : Tiada ya Allah. Hanya ini saja yang aku pinta.

[Allah]       : Baiklah. Aku makbulkan permintan engkau.

Setelah itu, manusia itu terlihat pula akan kemewahan syurga. Hatinya berkeinginan untuk melihat apa yang ada di dalam syurga itu. Maka manusia itu membuat permintaan sekali lagi.

[Manusia]   : Ya Allah! Izinkanlah aku berada di depan pintu syurga.

[Allah]        : Bukankah engkau telah berjanji keras tidak akan meminta apa-apa lagi? Celaka anak Adam ini! Alangkah pemungkirnya!

[Manusia]    : Ya Allah ini permintaan terakhirku. Aku tidak akan meminta lagi selepas ini. Aku mohon ya Allah.

[Allah]         : Baiklah. Aku kabulkan permintaan engkau.

Setelah sampai di depan gerbang pintu Syurga, manusia itu melihat kenikmatan, kegembiraan dan kemewahan di dalam syurga itu tatkala pintu syurga dibuka seluas-luasnya. Manusia itu begitu takjub. Dia berkeinginan untuk masuk ke dalam syurga tersebut.

[Manusia]     : Ya Allah! Izinkan aku memasuki ke dalam syurga ini. Aku mohon ya Allah.

[Allah]          : Alangkah pemungkirnya kamu hai anak Adam.

[Manusia]     : Allah! Jangan kiranya hamba ini menjadi orang-orang yang celaka. Aku mohon ya Allah. Aku tidak akan meminta apa-apa lagi selepas ini. Ini permintaanku yang terakhir. Aku mohon padamu ya Allah.

Akhirnya Allah ketawa.

[Allah]          : Masuklah engkau ke dalam syurga ini! Sekarang dapatlah engkau mencita-citakan apa saja keinginanmu.

The End [Sebahagian daripada Hadith]


Ana rasa mahu menangis mendengar kisah ini.

Sebab apa?

Macam-macam permintaan manusia yang Allah kabulkan tetapi kita pula memungkiri janji kita kepada Allah.

Begitu juga di dunia ini. Selama mana kita berbuat dosa, nikmat Allah tetap berjalan ke atas diri kita. Allah telah jalankan amanah-Nya atas rezeki kita.

Bagi ana, kasih sayang Allah itu tidak terkira langsung. Tiada siapa yang mampu menghitung seperti kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya.

Bandingan kasih sayang Allah dengan ibu bapa, of course Allah lagi berkali ganda lebih besar lagi,

Sentiasa mengawasi pergerakkan kita.

Tidak pernah terlepas daripada pandangan-Nya.

Kita sedih Dia ada.

Kita gembira Dia ada.

Kita menghadapi kesusahan Dia ada.

Kita berada dalam suasana berbahaya Dia ada.

Apa lagi yang kamu cari wahai manusia selain Allah yang telah menetapkan sesuatu atas kesesuaian fitrah manusia?

Apa lagi alasanmu daripada menjalankan tugasan sebagai khalifah Allah?

Apa lagi alasanmu untuk tidak berbuat kebaikkan di dunia ini?

Dan apa lagi alasanmu untuk tidak berniat melakukan semua urusan di dunia kerana Allah?

Apa lagi alasan untuk mencari kekasih gelap? [ Gulp. Telan air liur jap =)]

Tersentap melihat soalan-soalan di atas. Bukan ana saja perlu muhasabah kembali tetapi anda juga perlu muhasabah juga.

Sebenarnya Allah tidak memerlukan manusia. Dan Dia tidak akan rugi sekalipun. Tetapi kita yang sangat sangat memerlukan Allah seperti apa yang berlaku kepada manusia yang membuat permintaan yang berbagai-bagai kepada Allah untuk keselamatan dan keselesaannya dirinya.

Wallahu'alam.

1 comment:

  1. Pengampunan ALLAH itu luas.Bukan setakat peluang kedua.

    ReplyDelete