“
Su, betul ke dengan apa yang ko nak buat ni?”
“
Keputusan aku muktamad Mariam. Aku mesti move
on.” Mariam menggeleng-geleng kepalanya sebagai tanda dia tidak mempercayai
keputusan yang diambil oleh Sumaiyah. Semua ini adalah mustahil baginya.
“
Tapi Su, ko tak fikirkan effect yang
akan datang nanti? Madam dengan mak
ayah ko tahu mengenai keputusan ko ini?” Sumaiyah tidak menjawab pertanyaan
Mariam. Tahulah Mariam, keputusan yang diambil oleh Sumaiyah itu mendapat
tentangan daripada mereka.
“
Jadi ko nak teruskan juga? Ko tak rasa semua ini adalah mustahil untuk
dilakukan?”
“
Mariam. Aku yakin apa yang sedang aku lakukan. Aku lakukan semua ini bukan
untuk diri aku sebaliknya untuk mereka. Aku mesti selamatkan mereka. Kalau aku
yang tidak mulakan, sampai bila-bila pun mereka akan berkeadaan sebegini.”
“
Tapi aku still rasa mustahil untuk ko
menjalankan misi ni?”
“
Mustahil itu datang daripada pemikiran kita Mariam. Padahal Allah meminta kita
untuk berusaha selagi usaha kita tidak bertentangan dengan jalan-Nya. Allah
sendiri tidak pernah menyatakan kalau ingin berubah kepada kebaikan ia adalah
mustahil.” Mariam melepaskan keluhannya di luar kesedaran. Dia tidak mampu lagi
mengubah pemikiran Sumaiyah lagi. Apabila hati Sumaiyah sudah tekad, tiada
siapa pun yang mampu mengubahnya.
Sumaiyah
tahu jalan yang bakal ia ambil ini bakal mendapat tentangan. Namun, itu tidak
membuat Sumaiyah daripada berputus asa. Selagi dia hidup sebagai khalifah di
bumi ini selagi itu dia akan teruskan perjuangannya.
“
Moga Allah redha dengan jalan ini. Ameen.”
To be continued....
Insya-Allah nantikan pada bulan 6 dalam bentuk ebook. Ini baru satu cerpen. Ada lagi 9 cerpen yang akan dimuatkan. Khas buat muslimah.
Doakan untuk ana dan sahabat ana. Moga Allah permudahkan urusan kami dan redha dengan pekerjaan kami.
Nice one.
ReplyDelete