16/03/2012

Belum Sampai Seru


[Kredit]


Bismillah...

[Hamba A] : Asal awak tak pakai tudung ek?

[Hamba B] : Belum sampai seru nak pakai.

[Hamba A] : Awak ni biar betul. Dosa tau kalau tak pakai tudung. Neraka pun bersiap sedia untuk menjilat orang-orang sebegini.

[Hamba B] : Hmmm....

[Hamba A] : Dia ni macam takde perasaan je dengan apa yang aku cakap ni.(kata dalam hati)

The End


Nak senyum kejap di alam maya. =)

Dialog di atas merupakan dialog yang sangat norm dalam kehidupan kita.

Di sini ana tak mahu kata mengenai dosa, pahala, haram dan lain-lain yang sewaktu dengannya atau yang belum sampai seru.

Setiap blogger ada pendapat mereka masing-masing berdasarkan ilmu hukum Allah di dalam Al-Quran. Tetapi ana tidak akan menghukum mereka yang tidak mengikuti perintah Allah ini.

Maksud ana menghukum di sini dengan mengatakan,

" Dosa tau..."

Bukan mnghukum disabit kanun keseksaan yang ada dalam undang-undang negara. =)

Betul...kalau tak ikut perintah Allah itu akan mendapat dosa.

Ada orang terasa perkataan DOSA tu. Ada juga orang yang rasa SIKIT-SIKIT. Ada yang buat SELAMBER macam takda perasaan. Ada yang terasa sampai BERDARAH di hati. [ untuk menyatakan rasa yang teramat. Bukan darah betul-betul keluar daripada hati.]

Ana percaya ramai orang expert bab hukum ini.

Tapi satu saja kelemahan kita.

Jom kita revise kembali perjalanan Rasulullah SAW dalam membentuk manusia yang berada di dalam jahiliyyah kepada manusia yang benar-benar menjadi hamba kepada Allah SWT.

Dalam membentuk manusia agar menjadi hamba kepada Allah bukan kepada manusia, Rasulullah SAW tidak pernah menggunakan perkataan dosa, pahala, halal, mahupun haram pada peringkat permulaan.

Apa yang Rasulullah SAW lakukan adalah,

"Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata."
[62:2]

Apa step Rasulullah SAW lakukan:
  1. Membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah.
  2. Membersihkan hati mereka.
  3. mengajarkan mereka Kitab Allah dan Hikmah.
Lihat bagaimana perubahan yang terjadi kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saiditina Khadijah.

Adakah mereka diajar tentang dosa?

Tak.

Mereka diajar untuk mempercayai Allah dan Rasul. Tatkala Rasulullah SAW menerima wahyu, tiada siapa yang mempercayainya kecuali Abu Bakar, Khadijah dan beberapa orang lagi yang lain.

Bagaimana pula dengan Saidina Umar Al-Khattab?

Dia memasuki Islam saat mendengar ayat-ayat Allah lalu bergetar hati dia. Di situlah kepercayaan dia kepada Allah terbina.

Bagaimana pula dengan Bilal?

" Ahad, Ahad..." [ Bukan hari Ahad ye. Allah yang satu.]

Subhannallah.
 
 Ana tidak memandang rendah kepada golongan ini.

[Hamba B] : Belum sampai seru.

[Hamba A] : Takkan nak tunggu sampai awak mati pula...( Ayat sindir di situ. Terasa ana. )

Ketahuilah, hubungan dia dengan Allah belum benar-benar terbina. Masih goyah seperti struktur bangunan yang hampir-hampir nak musnah.

Ada juga yang bertanya,
" Dia sentiasa jaga solat tetapi kenapa dia masih berbuat maksiat?"
 Apa yang ana boleh katakan,

" Benar dia menjaga solat. Tapi benarkah dia menjaga hubungan dengan Allah semasa dia sedang solat? (khusyuk). Jika di dalam solat anda menjaga hubungan dengan Allah, Insya-Allah di luar solat juga anda tetap menjaga hubungan dengan Allah."
 Apa yang ana lihat pada masyarakat sekarang, kita melangkau langkah dalam pembinaan diri. Kita terlebih dahulu diajar mengenai Kitab Allah dan Hikmah sehingga terlupa bahawa kita kehilangan step membacakan ayat-ayat Allah dan pembersihan hati.

Percayalah, walau sehebat mana pun anda menuntut ilmu mengenai kitab Allah dan Hikmah, anda tetap bukan manusia terhebat di mata Allah.

Kerana ilmu hanya sekadar ilmu. Bukan ilmu yang menggerakkan kita untuk mematuhi perintah Allah. [ Takut la pula tulis ayat ini.]

Ilmu yang mampu menggerakkan manusia ialah ilmu yang isinya sampai ke hati bukan di minda semata-mata.

Dua point pertama tadi adalah sangat penting kerana ia membersihkan jiwa dan kepercayaan kita sekaligus membuatkan hubungan kita dengan Allah semakin erat. Tambah-tambah kalau belajar Kitab Allah dan Hikmah. Lagi cool la.

So, pembaca-pembaca sekalian jangan terkeluar ayat-ayat seperti menghukum mereka. Jika mereka kata belum sampai seru, maka itulah peluang anda membawa mereka kembali kepada Allah.

Ingat, hati mereka belum sepenuhnya terarah kepada Allah.

Wallahu'alam.

Sekadar perkongsian dari hamba yang masih belajar.



No comments

Post a Comment