10/03/2012

Aku Dengan Bapak Kamceng Kot

[Kredit]


Bapak  : Along!

Along  : Ya Bapak. Kenapa?

Bapak  : Jom kita pergi tengok bola malam ni. Amacam?

Along  : Along on je bapak. Tapi ibu tu bagi ke kita keluar tengok bola? Silap-silap kita kena piat-piat telinga dengan ibu nanti.

Bapak  : Pandai-pandai la bapak susun ayat-ayat cinta dekat ibu kamu tu.

Along  : Cantek...Bapak ni memang terbaik la lagi cool.

The End


Bismillahirrahmanirrahim,

Dalam sebuah, akan ada anak yang begitu kamceng dengan emak atau ayah. Ana dan kakak ana pula kamceng dengan mak ana sebab kami suka pergi memancing. [ Kantoi la sudah =)]

Kamceng yang ana maksudkan adalah mengikut apa yang emak atau ayah kita lakukan. Emak dan ayah banyak mempengaruhi cara hidup anak-anak sehingga kita boleh perhatikan, kalau sikap anak begini mesti ayah dan emak juga begini.

Senior ana yang sedang membuat praktikal sebagai guru. Dia mengatakan sepanjang perjumpaan dengan emak dan ayah pelajar, dia mendapati sedikit sebanyak perangai anak dipengaruhi daripada emak dan ayah.

Kalau pelajar itu jenis membebel, emak dan ayahnya juga begitu.

Namun apa yang ana ingin stresskan di sini adalah ana jarang jumpa anak dengan ayah yang kamceng dengan praktikal Islam.

Ana ada baca kisah seorang Tabi'in. Ana sangat tertarik akan sikapnya sebagai bapa dengan seorang anak lelakinya daripada 15 orang anak kesemuanya.

Siapakah beliau ini?

Dan Siapakah pula anak lelakinya?

Beliau adalah Umar Bin Abdul Aziz dan anaknya Abdul Malik.

Kenapa ana tertarik?

Kerana mereka anak beranak yang kamceng dalam penjagaan agama daripada jatuh ke dalam ke kancah syaitan. Mereka berdua juga saling menasihati antara satu sama lain.

Tidakkah ia memberi kejutan kepada kita?

Ana boleh bayangkan reaksi seorang ayah sekiranya anak memberi nasihat.

" Along tu muda lagi. Ayah ni orang tua. Dah makan garam banyak dalam kehidupan ini. Along tak perlu nak menasihati ayah."

Seorang ayah pada masa kini sangat pantang ditegur oleh seorang anak. Tidak pula kepada Umar Bin Abdul Aziz.

Pada saat itu, beliau ingin berehat kerana semalaman menguruskan jenazah Sulaiman Bin Abdul Malik yang merupakan Khalifah pada zaman tersebut. Tambah letih pula orang ramai melantiknya sebagai khalifah sekaligus tanpa persetujuannya terlebih dahulu.

Tika itu datang Abdul Malik dan menegur ayahnya yang ingin menangguhkan pemberian harta rampasan kepada orang yang berhak selepas solat Zuhur.

" Wahai Amirul Mukminin, siapakah pula yang akan menjamin ayah akan hidup hingga ke waktu Zuhur nanti?"


Kata-kata anaknya itu tidak sedikit pun membangkitkan kemarahannya sebaliknya ia membakar semangatnya untuk terus bergerak.

Subhanallah. Ana cukup kagum akan kisah anak beranak ini.

Ada satu lagi kisah anak beranak ini yang membuat ana bertambah kagum di mana Umar bin Abdul Aziz menulis surat kepada anaknya dengan perantaraan penasihatnya Maimun bin Mahran.

Di dalam surat itu tertulis kata-kata nasihat,

" Ingatlah wahai anakku akan limpahan Allah kepadamu dan kepada ayahmu. Jangan sesekali engkau berlagak sombong dan angkuh kerana itu  adalah amalan syaitan. Syaitan adalah musuh pertama bagi orang-orang yang beriman." [ Petikan surat yang bukan full]

Umar bin Abdul Aziz memberitahu kepada Maimun bin Mahran bahawa dia menulis surat ini kerana dia khuatir kasih sayang dia terhadap Abdul Malik akan membuat dia tidak mempedulikan akan dosa-dosa anaknya yang dia sendiri tahu. Dia juga tidak ingin menjadi ibu bapa yang tahu akan kesalahan anak mereka tetapi tidak mempedulikannya.

Subhanallah.

Ana cukup terkesan dengan kisah anak beranak ini. Yang saling memesan kepada kebaikan dan menasihati perkara yang harus ditinggalkan.

Bagaimana pula kita bakal ibu bapa walaupun yang masih single?

Tidakkah kita ingin membina keluarga yang saling menjaga antara satu sama lain daripada api neraka dan kamceng hingga ke syurga?

Permulaan sebuah keluarga ini adalah bermula daripada kita sendiri even yang solo.

Solo tidak bermakna harus menunggu pasangan baru nak buat. Pada waktu solo inilah peluang kita untuk lakukan di kalangan sahabat-sahabat dan keluarga kita sendiri.

Kamceng dengan ibu bapa sehingga syurga itu lagi cool.

Wallahu'alam.





1 comment: