10/03/2012

Aku Betul, Ko Salah

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji-pujian bagi Allah yang masih membuka pintu pengampunan buat semua hamba-hamba-Nya dan kasih sayang-Nya lebih besar dari keluasan galaksi.

Selalukan kita mendengar lagu kan?

 Tiada maknanya lagu itu sekiranya liriknya entah apa-apa dan tiada empu yang menyanyikannya. Alat-alat muzik pula dimainkan agar lagu tersebut bertambah harmoni dan seronok didengar oleh pendengar.

Itu bukan point ana.

Ana kalau dengar lagu dalam youtube, ana selalu akan usha komen-komen daripada hamba-hamba Allah. Ada komen yang baik dan ada yang komen sakit mata untuk dibaca.

Setiap manusia ada pandangan masing-masing kerana proses pemikiran setiap orang berbeza.

Setiap kali ana baca komen di mana-mana je, mesti ada persoalan,

" Bukan haram ke alat muzik dimainkan?"

Bagus soalan-soalan sebegini. Yang tidak bagusnya apabila seorang ada pendapat lain dan seorang lagi pendapat lain pula. Maka mula timbul pergaduhan antara kedua pihak.

Persoalannya yang patut kita tanya pada diri,

Allah suke ke perbalahan sesama manusia?

Rasanya semua orang boleh jawab persoalan ini.

Prinsip yang ana pegang,

selagi muzik itu tidak melalaikan ana untuk mengingati Allah dan tidak mengganggu ibadah ana, then go on.

Use sense of iman.

Kadang kala kita menggunakan pendapat-pendapat ulama untuk meyakinkan diri sehingga kita terlupa sesuatu,

Adakah Allah redha kita mendengar muzik ini?

Di sini teruji akan keimanan kita kepada Allah.

Elakkan pergaduhan kerana itu yang menyebabkan berlaku perpecahan di antara kita. Padahal kita bersujud dan tunduk pada tuhan yang sama iaitu Allah.

Wallahu'alam.

*Dalam islam ia mengajar mencintai sesama manusia bukan mengajar kebencian. Kebencian hanya pada dosa.




No comments

Post a Comment