11/03/2012

Mereka Yang Mengharapkan Rahmat Allah

[Kredit]


Bismillahirrahmanirrahim,

Segala puji-pujian hanya bagi Allah yang tetap melabuhkan kasih sayang-Nya kepada manusia meskipun manusia masih belum meletakkan kepercayaannya hanya pada Dia.

Alhamdulillah, hari ini ana seperti mendapat berita gembira daripada Allah SWT. Berita gembira setelah membaca Surat Cinta.

Surat cinta kadang kala membawa berita gembira dan ada kalanya membawa berita buruk. Namun bagi ana, semua yang dinyatakan adalah atas dasar kasih sayang Dia kepada hamba-hamba-Nya untuk memperingati agar tidak memilih jalan yang salah.

Apa berita gembira tu?

" Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." [Al-Baqarah: 218]
Happy tak?

Kalau ana memang happy sebabnya Allah mengiktiraf orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah.

Sebelum ini ana selalu tanya pada diri, bagaimana nak mendapatkan rahmat Allah?

Ada orang kata kejar kebaikan. But still the answer is not precise.

Setelah baca ayat ini, nah Allah bagi terus jawapan skema lagi straight forward dan tidak berbelit-belit.

Nak katakan ana orang beriman, jauh sekali ana ingin mengaku kerana bagi ana orang-orang beriman ialah mereka yang benar-benar mengikut jalan yang disediakan oleh Allah. Bila membuat dosa, mereka cepat-cepat sedar dan meninggalkannya.

Jadi bagaimana ana mahu mengejar rahmat Allah?

Ana ingin menjadi orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah.

Berhijrah bukanlah perkara yang senang seperti buka pembalut gula-gula. Ia seperti mengangkat batu yang cukup berat dan menguji mental kita.

Boleh lihat saja kepada orang yang ingin melakukan paradigma dalam hidupnya. Hijrahnya mendapat tentangan daripada keluarga mahupun orang yang disekelilingnya. Kadang kala membuat dia tertanya,

Adakah benar jalan yang diambilnya selama ini?

Di sini kita diuji dengan keimanan.

Begitu juga dengan jihad. Dulu ana fikir jihad itu ialah perang. Kini tidak lagi. Kita kena faham jihad itu ialah usaha yang bersungguh-sungguh untuk menegakkan kalimah Allah.

" Asyhadu allaa ilaaha ilallah wa asyhadu anna muhammadur rasulullah."
Jadi perkara apa yang ana boleh jihad untuk menegakkan kalimah Allah?

Belajar.

Islam pada hari ini jika mahu dibangkitkan semestinya perlu melakukan sesuatu yang hebat dan mendapat perhatian.

Islam tidak akan bangkit kalau kita hanya duduk di atas sofa, makan popcorn sambil melayan movie night.

Ingat peristiwa Fathul Mekah (Pembukaan Mekah)?

Pada hari itu berbondong-bondong orang memasuki Islam setelah melihat kehebatan Islam itu sendiri hasil perjuangan Rasulullah SAW dengan para sahabat tanpa henti.

Pada hari ini guru pun boleh berjihad dengan anak-anak murid. Peniaga pun boleh berjihad dengan customer. Skop bidang jihad sangat banyak cuma kita menyempitkan pemikiran bahawa jihad itu pergi berperang. [ Luaskan skop jihad ye.]

Jihad juga boleh berlaku antara kita dan nafsu. Kita mahu kebaikkan tetapi nafsu membawa kita kepada kejahatan. Di situ juga berlakulah jihad dalam diri kita iaitu kita struggle menjalankan apa yang Allah suka.

Tapi anda perlu berjaga-jaga. Jika anda jihad semata-mata untuk memenuhi keperluan anda sendiri maka anda belum memenuhi kalimah jihad yang sebenarnya.

Ana perlu tekankan di sini, jihad itu bukan untuk keperluan diri sendiri tetapi untuk keperluan orang lain agar mereka tahu bahawa Islamlah jalan yang membawa kepada kebenaran dan dunia ini kembali ditadbirkan atas kalimah Allah.

Ana tidak mahu apabila ana sampaikan ayat ini, anda memahami yang sebaliknya. Maka ana la yang menjadi perosak kepada pemikiran. [ Menakutkan ]


Ana percaya orang yang berhijrah dan berjihad ini eventually mereka adalah orang-orang yang beriman. Insya-Allah

Nak mengharapkan rahmat Allah?

Jawapan telah dibocorkan. Cumanya andalah yang perlu bertindak untuk meraih rahmat Allah.

Wallahu'alam.


No comments

Post a Comment