18/02/2012

They Move, I Move

[Kredit]


Masjid Nur dipenuhi dengan jemaah terutamanya pada waktu Maghrib. Tidak kira, tua atau muda semuanya datang untuk memeriahkan masjid untuk adakan pertemuan dengan Sang Pencipta. Minda-minda yang berasa padat dengan urusan dunia menjadi semakin tenang dan ringan apabila mendengar alunan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca oleh Imam majid. Inilah satu anugerah yang terhebat yang Allah berikan kepada manusia. Siapa yang berpegang teguh dengan Al-Quran nescaya dia selamat di dunia mahupun di akhirat.

Memandang jurang masa antara Maghrib dengan Isyak begitu dekat, para jemaah selalunya akan menunggu sehingga solat Isyak. Ruang masa yang ada itu dikuasai  sepenuhnya oleh Imam masjid untuk diadakan tazkirah pendek. Langkah ini adalah lebih baik daripada membiarkan para jemaah membicarakan perkara sia-sia dan diisi dengan perkara yang bukan membawa manfaat. Sebelum menamatkan tazkirah pendek Imam masjid memberi pesanan kepada para jemaah.

" Para jemaah sekalian, sekarang ini negara Syria sedang mengalami peperangan. Ramai kanak-kanak yang terkorban. Oleh itu Insya-Allah kita akan baca Qunut Nazilah. Moga Allah memberi kemenangan kepada orang Islam. Satu perkara lagi, ini tabung untuk diberikan negara Syria. Maka ambillah peluang ini untuk menolong mereka. Wallahu'alam. Kita tutup tazkirah kita ini dengan tasbih kifarah dengan suratul al-asr." Surah Al-Asr dibaca semasa penutup majlis untuk mengingati kembali manusia akan masa yang berjalan akan mengalami kerugian sekiranya tidak diisi dengan sebaik-baiknya.

" Marilah kita bersiap-sedia untuk solat Isyak." Imam masjid menggesa agar para jemaah yang terbatal wudhuk atau ingin mengambil semula air wudhuk dikehendaki bergerak ke tempat air wudhuk dengan segera. Jemaah yang lain pula dikehendaki menyusun saf dan memenuhi saf-saf di hadapan. Tidak lama selepas itu, bermulah solat Isyak secara berjemaah.

Berakhir saja solat Isyak, berbondong-bondong para jemaah keluar dari masjid untuk segera pulang ke rumah masing-masing. Begitu juga dengan tiga orang sahabat. Mereka secara tidak langsung merupakan teman serumah yang sekarang sedang melakukan praktikal sebagai cikgu di sebuah sekolah yang tidak terlalu jauh daripada rumah sewa mereka.Dan rumah sewa mereka juga tidak jauh daripada masjid. Jadi mereka mengambil alternatif untuk berjalan kaki daripada membazir minyak kereta yang semakin mahal harganya.

" Tadi bila imam sebut pasal Syria, dalam otak aku membayangkan darah. Korang tak rasa apa-apa?" Pelik Akmal apabila tidak mendapat maklum balas yang positif daripada Haris dan Ammar. Mungkin mereka sedang fikirkan dahulu sebelum memberi pendapat yang bernas.

" Aku pula rasa simpati dan kesian bila melihat penderitaan dan mata-mata yang tidak kering dengan air mata. Aku kadang kala fikir, apa yang aku boleh buat untuk menghapuskan penderitaan tersebut." Akhirnya keluar juga pandangan daripada Ammar.

" Jadi, apa yang ko lakukan?" Haris ingin tahu apa kegiatan Ammar dalam membantu penduduk Syria.

" Setakat ini, aku hanya mampu baca Qunut Nazilah, doa untuk mereka dan memberi sumbangan berbentuk wang kepada mereka." Itulah pelaksanaan yang dijalankan oleh Ammar dalam menangani masalah yang sedang berlaku di Syiar. Akmal juga bersependapat dengan Ammar.

" Aku pun macam tu juga Ammar. Setakat ini itu saja yang mampu aku lakukan. Moga Allah memberi kemenangan kepada orang Islam. Eh! Ko Haris, macam mana pula?" Dari tadi Haris hanya mendengar jawapan daripada Akmal dan Ammar kecuali persoalan yang ditimbulkan sebentar tadi. Dia memperbetulkan cermin matanya dahulu sebelum menjawab soalan tersebut.

" Bagi aku, sebenarnya mereka tidak memerlukan langsung simpati daripada kita malahan mereka sebenarnya sedang memberi satu spark kepada kita untuk mendirikan kembali bendera Islam yang telah dimusnahkan oleh pihak musuh. Mereka sedang menyedarkan kita. Dan ada kerja yang lebih baik yang dapat membantu mereka." Panjang lebar juga penjelasan daripada Haris. Namun tidak dapat difahami oleh Akmal mahupun Ammar. Apabila Haris melihat dua sahabatnya itu diam tambahan dengan muka yang sedang berada di dalam kekeliruan, sedarlah dia bahawa luahannya itu tidak dapat difahami oleh mereka berdua.

" Okey. Biar aku jelas satu persatu."

" Itu adalah lebih baik."

" Aku sokong." Akmal menyokongi kata-kata Akmal agar Haris memperjelaskannya secara lebih terperinci.

" Sedarlah kita bahawa bendera Islam tidak dapat dipacak dengan teguh walaupun negara kita dikenali negara Islam. Begitu juga dengan negara Arab. Di setiap negara masing-masing ada permasalahan yang sama iaitu ingin kebebasan. Kebebasan daripada menjadi hamba abdi kepada manusia dan kepada keseronokkan dunia. Syria mahu kebebasan daripada pemerintah yang kejam. Palestin sedang dibawah genggaman Israel. Korea Utara sedang di alam khayalan pemerintah. Kita di alam khayalan keseronokkan. Apa yang berlaku sekarang, sepatutnya membuka mata manusia."

" Membuka mata manusia kepada apa itu?" Ammar betul-betul rasa ingin tahu sangat jawapan daripada Haris. Ada sesuatu yang membuka pandangannya.

" A wake up call. Untuk pengetahuan korang selama aku menonton berita atau video tak pernah satu pun yang aku dengar dia kata, kasihanilah kami atau simpatilah kepada kami. Yang aku dengar hanyalah, mereka telah menembak budak itu sampai budak itu meninggal dunia. Mereka telah merosakkan kediaman rumah kami."

" Betul juga kata ko ek Haris. Tak pernah aku terfikir pula. Tapi aku still yakin, daripada kita menonton itu akan menimbul rasa kesian yang kadang kala buat kita marah dan geram melihat keadaan mereka apabila musuh bertindak yang sedemikian." Akmal memberi pandangan dengan cara berhikmah agar tidak disalahfahamkan. Setiap orang ada pandangan dan pemikiran masing-masing. Cumanya bila dibentangkan biarlah secara yang baik.

"Lama kelamaan perasaan sedih dan kasihan akan hilang juga dalam diri kita bila tiada lagi berita tersebar mengenai mereka. Sebenarnya masyarakat kita pun mengalami masalah juga. Macam ko kata tadi Haris. Cinta dengan keseronokkan dunia. Bila fikirkan balik, masalah masyarakat kita pun belum selesaikan lain apatah lain dengan negara lain." Ammar pula memberi sudut pandangannya yang sedikit berbeza dengan Akmal. Namun Akmal tidak melatah. Dia tahu, dia harus memberi peluang untuk mendengar pandangan orang lain. Siapa tahu ada yang lebih baik.

" Sebab itu aku kata tadi. Aku tidak bersetuju jika orang kata baca Qunut Nazilah, berdoa, beri sumbangan untuk kata kita sedang mengambil tahu hal mereka. Tapi aku tidak boleh katakan kepada khalayak orang ramai kerana mereka masih di dalam tidur yang lena. Menjadi tugas kita untuk menyedarkan mereka ini."

" Apa tugas yang ko maksudkan tu?" Tanya Ammar. Hati sudah rasa berdebar-debar menunggu jawapan daripada Haris.

" Kembalikan hati manusia kepada Pencipta. Suatu hari nanti bukan saja Syria bangkit. Lama kelamaan negara kita juga akan bangkit bersama-sama. Kita bukan saja mengambil tahu hal mereka tetapi kita juga turut bersama-sama bekerja untuk menaikkan kembali bendera Islam."

" Aku sekarang ni tiba-tiba jadi semangat pula nak bekerja untuk ummah. Tapi, macam mana nak laksanakan?" Akmal menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Sebentar tadi bukan main semangat tiba-tiba merundun jatuh apabila tidak tahu cara pelaksanaannya.

" Gaulilah masyarakat kita dengan sebab kita sayang mereka kerana Allah. Tunjukkilah mereka islam sebenar. Setelah mereka yakin dengan kita bawalah mereka kepada tarbiyyah. Walaupun memakan masa yang lama tetapi hasilnya lumayan." Terdiam sebentar Akmal dan Ammar daripada berbicara.

" Tapi tak ke orang mempertikaikan apa yang kita buat. Contohnya kita kata jangan marah tapi kita pula yang marah. Macam mana tu." Sebenarnya dalam minda Akmal mempunyai pelbagai soalan yang ingin diuatarakan. Namun dia cuba bersabar dan tanya satu persatu soalan.

" Manusia tak pernah akan sempurna. Kalau ko sempurna maka malaikat sendiri turun datang kepada ko untuk salam tau."

" Betul kata Ammar itu. Ketidaksempurnaan kita inilah menyebabkan kita rasa perlu bergantung dan berharap kepada Allah. Daripada ketidaksempurnaan ini jugalah manusia belajar erti bersyukur dengan apa yang ada dan bertaubat atas dosa-dosanya. Aku khuatir sekiranya manusia itu sempurna, dia lupa akan siapa Pencipta dia. Dia pula rasa dirinya berkuasa." Haris menyambung sedikit kata-kata Ammar tadi. Dia juga takut untuk melakukan semua ini. Tapi dia tahu dia bukan berseorangan.

" Make sense. Make sense." Akmal berpuas hati dengan jawapan Ammar dan Haris.

" So, Aku tak boleh nak buat sorang-sorang." Haris memberi hint  kepada Akmal dan Ammar.

" Bersamamu. Walau ke mana juga...Aku dah lupa lirik bersamamu. Don't worry aku dan Akmal akan bersama-sama ko. We will work together. Moga Allah meredhai pekerjaan kita. Ameen." Masing-masing mengaminkan doa tersebut. Sampai juga mereka di rumah sewa setelah agak panjang berbual. Semasa hendak membuka pintu utama, pintu tersebut tidak terkunci.

" Akmal! Ko lupa lagi kunci pintu. Nasib baik rumah kita tak ada pencuri masuk." Bermulalah bebelan Ammar. Haris cuba menyelamatkan keadaan.

" Sudah la tu. Salah kita juga tak peringatkan dia. Dah jom masuk dalam. Takkan nak tidur kat luar pula."


* Kalau ada yang salah, tolong tegur. Hamba yang masih belajar erti sebuah kehidupan.

1 comment: