Hari ini sudah bulan dua. Tidak lama lagi akan memasuki bulan tiga. Lagi sebulan majlis akad nikah akan dijalankan. Ini menyebabkan pemikiran Aisyah semakin runsing. Baju akad nikah dan baju untuk walimah belum ditempah lagi. Hendak tak hendak perkara ini harus diselesaikan secepat mungkin.
Aisyah cuba mencari gerangan ibunya. Ibunya, Puan Salmah selalunya pada waktu ini sedang sibuk menyediakan hidangan makanan tengah hari. Justeru, Aisyah terus mencari ibunya di dapur. Haruman sambal udang melekat pada deria baunya. Tidak sabar rasanya ingin mejamah masakan ibunya.
" Assalamualaikum ibu." Ibunya sedang begitu sibuk memotong sayur bayam.
" Waalaikumussalam." Ibunya menjawab salam dengan berpaling mukanya menghadap Aisyah. Setelah itu, dia meneruskan kembali kerjanya. Aisyah perlahan-lahan mendekati ibunya. Kerusi diambil dan terus duduk berdekatan dengan ibunya.
" Ibu free tak petang ni?" Puan Salmah memikirkan dahulu sebelum menjawab soalan anaknya. Dia fikir petang ini tiada apa-apa rancangan kecuali melepak di depan rumah bersama-sama jirannya.
" Tak ada. Setakat duduk bersembang dengan jiran-jiran je la. Kenapa Aisyah?" Sayur bayam sudah habis dipotong. Puan Salmah mengambil pula beberapa biji bawang putih untuk dikupas dan dipotong.
" Aisyah ingat lepas asar kita pergi singgah butik kawan ibu tu? Baju tak tempah lagi ibu. Nanti tertangguh pula kerja." Terhenti pekerjaan Puan Salmah tatkala mendengar rungutan Aisyah.
" Allah! Ibu pun hampir terlupa. Ye lah. Petang ni kita pergi butik kawan ibu tu."
" Okey ibu." Keputusan telah dibuat. Tiada apa-apa lagi yang perlu dibincangkan. Aisyah berniat ingin berlalu ke kamarnya.
" Eh! Nak ke mana pula tu?" Aisyah tidak jadi untuk bergerak ke biliknya.
" Nak ke bilik. Kenapa ibu?"
" Nah tolong ibu masak sayur. Aisyah kan dah nak kahwin. So from right now, kena la praktis cara-cara nak masak sedikit demi sedikit. Ibu nak tengok sambal udang ibu. Takut hangus pula." Sayur bayam dan bawang putih yang dipotong tadi diberi kepada Aisyah untuk dimasak. Puan Salmah terus berlalu tanpa sempat mendengar suara membangkang daripada Aisyah.
" Macam mana ni? Aku mana tahu bab memasak." Dia menggaru-garu rambutnya.
" Ibu! Tolong Aisyah." Akhirnya dia tiada pilihan. Pertolongan ibunya diperlukan. Dia khuatir sekiranya dia masak bukan sayur bayam goreng yang jadi. Entah-entah benda lain pula yang jadi.
..................................................................................................
" Ibu, betul ke ini butik kawan ibu." Mata Aisyah meliar-liar melihat sekitar kedai-kedai yang berada di situ.
" Entahlah. Kejap ibu cuba call kawan ibu." Telefon bimbit dicapai daripada handbeg yang diletakkan di bawah tempat duduk pemandu. Nombor didail dan hanya menunggu masa untuk diangkat.
" Assalamualaikum Yah. Mah nak tanya ni. Betul ke kedai Yah yang tulis Butik Pengantin Seri.?" Masa yang terluang itu diambil oleh Aisyah untuk menjenguknya diari perancangannya. Dia suka merancang semua perkara dalam seharian itu agar masanya diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Sememangnya manusia tidak sempurna. Aisyah cuba sedaya upaya menjadi hamba Allah yang terbaik walaupun masih ada banyak lompong dalam dirinya.
" Okey-okey. Mah nak masuk ni. Assalamualaikum." Punat letak telefon ditekan.
" Jom Aisyah. Insya-Allah betul ini butik kawan ibu." Segala barang berharga diambil. Sekarang ini banyak kes-kes pencurian. Tidak kira di mana tempat pun.
Pintu kedai butik dibuka daripada luar. Buat pertama kali, Aisyah begitu terpesona melihat design-design baju pengantin perempuan. Kebanyakkan sangat-sangat ceria dan menonjolkan. Matanya terus meliar melihat baju pengantin setiap satu persatu. Mencari yang mana yang berkenan di hati. Aisyah tidak perasan pula ibunya sedang bersalaman dengan kawannya sehinggalah namanya dipanggil.
" Aisyah mari sini!" Aisyah berlalu ke arah ibunya. Kawan ibu sedang berdiri berhadapan dengannya.
" Yah. Inilah anak aku yang sedang cari baju pengantin tu?" Secara tidak langsung aku diperkenalkan kepada kawan ibu. Aisyah mengambil kesempatan itu untuk bersalaman dengan kawan ibu.
" Pergilah tengok-tengok dulu baju pengantin. Kalau ada yang berkenan bagi tahu je dekat mak cik."
" Baik mak cik." Aisyah terus menjalankan misinya. Satu persatu baju pengantin diselak. Namun tiada satu yang berkenan di hati. Dia kalau boleh ingin mencari baju yang simple dan sopan sebagai seorang muslimah. Kemudian dia terjumpa satu jubah yang begitu sejuk mata memandang.
" Ibu! Mari sini." Puan Salmah yang sedang duduk di kerusi terus bangun dan pergi kepada anaknya.
" Ibu, yang ini okey tak?" Aisyah menunjukkan baju yang dia rasa sesuai untuk dirinya. Namun tidak mendapat persetujuan daripada Puan Salmah.
" Ini jubah biasa yang orang selalu pakai. Ibu tak berkenan. Cari yang lain. Ibu nak anak ibu nampak cantik masa hari istimewa." Hati Aisyah berasa begitu tersentuh mendengar komen daripada ibunya.
" Ibu, seriously Aisyah tak berkenan dengan semua baju pengantin ni. Aisyah rasa ia terlalu menonjolkan diri. Aisyah tak mahu ibu dan Aisyah rasa betul-betul tak selesa. Please ibu."
" Aisyah, ibu teringin sangat nak tengok anak ibu nampak cantik pada hari perkahwinan nanti." Rasa lemah apabila mendengar luahan hati ibu.
" Begini. Apa kata ibu bagi masa dekat Aisyah selama tiga hari. Aisyah akan cari dan kumpul semua design-design baju and then Aisyah akan present dekat ibu."
" Betul ni?" Puan Salmah cuba meraih sekali lagi kepercayaan daripada Aisyah.
" Betul." Aisyah menjawab dengan penuh rasa keyakinan diri. Dia berazam akan mencari semua baju pengantin yang bercirikan keredhaan Allah.
" Okey. Jom kita balik dulu. Yah, nanti Mah datang pula. Anak aku nak cari design baju pengantin yang lain. Kalau dah jumpa Mah akan datang ke butik ini sekali lagi."
" Baiklah." Kawan Puan Salmah menghantar anak-beranak itu hingga ke depan pintu kedai butiknya.
.......................................................................................................
Semua majalah dan di dalam internet dicarinya. Tidak banyak yang banyak dijumpai. Susah-susah sangat buat baju kurung. Tentu sekali mendapat pembangkangan sepenuhnya daripada Puan Salmah. Ayahnya tidak pula berkira seperti ibunya. Janji tetap janji. Masa yang telah dijanjikan telah tiba. Aisyah mencari ibunya yang mungkin sedang menonton berita.
" Assalamualaikum ibu, ayah."
" Waalaikumussalam." Serentak pasangan suami isteri itu menjawab salam. Mata mereka masih tidak betah daripada skrin television. Aisyah bergerak ke sisi ibunya dengan barang-barang yang bakal dibentang di depan ibu dan ayahnya sekaligus.
" Ibu, ingat tak Aisyah kata bila cukup tiga hari, Aisyah akan bentangkan reka bentuk baju pengantin dekat ibu?"
" Yelah. Hampir ibu lupa. Aisyah dah ada semua reka bentuk tu?" Aisyah mencapai barang-barang yang berada di tepinya dan diletakkan di meja di hadapan mereka.
" Dah. Cuba ibu lihat." Majalah pengantin dibuka pada muka surat yang ditandakan. Ayah Aisyah secara tidak langsung melihat juga rekaan tersebut. Semua majalah telah disemak oleh ibunya. Berdebar-debar rasanya untuk mendengar sebarang komen.
" Beginilah Aisyah. Apa kata Aisyah tunjuk rekaan yang Aisyah berkenan dekat kawan ibu. Ibu tahu, Aisyah ni anak yang degil sikit bab baju ni. Kalau tak nak memang takkan pakai." Aisyah tertawa mendengar jawapan yang tidak terduga daripada seorang ibu. Sebelum ini, dia selalu akan berbual-bual dengan ibunya mengenai isu ketidakselesaannya terhadap baju pengantin di butik kawan ibunya. Dirayu-rayu sudah. Diluah-luah pun sudah. Keputusannya berada di pihaknya juga. Rasa syukur yang tidak terhingga setelah merintih kepada Yang Maha Mendengar dan melaksankan perancangannya terhadap ibunya.
..................................................................................................
" Assalamualaikum Yah."
" Waalaikumussalam. Datang juga kamu Mah." Masing-masing saling bersalam. Begitu juga dengan Aisyah. Mereka berlalu ke tempat duduk untuk pengunjung. Puan Salmah duduk di sisi Aisyah. Manakala Puan Sumayyah berada di hadapan anak beranak itu.
" Macam mana? Dah ada keputusan." Puan Sumayyah memulakan perbualan.
" Sudah Yah. Aisyah, tunjuk reka bentuk yang kamu berkenan tu kepada mak cik." Aisyah mengeluarkan majalah daripada beg galasnya. Majalah dibuka pada muka surat yang telah ditandakan. Setelah jumpa baharulah dia menyerahkan kepada Puan Sumayyah. Kawan ibunya melihat begitu teliti sekali reka bentuk baju itu. Mungkin melihat dari segi kain dan kekemasannya.
" Erm, kalau yang ini Insya-Allah Yah boleh buatkan. Kejap nak panggil anak Yah. Fatin! Datang sini kejap." Muncul seorang perempuan di sisi Puan Sumayyah bersama-sama dengan pen dan kertas. Dia tahu-tahu sahaja atas apa urusan ibunya memanggilnya.
" Tolong ukur badan Aisyah kejap. " Dia akur dengan arahan emaknya. Terus tali pita dibuka dan ukuran di ambil pada tempat-tempat tertentu. Semuanya dicatit begitu pantas sekali. Kemudian dia mengambil satu buku dan disuakan kepada Aisyah dan Puan Salmah.
" Aisyah tak nak ambil set pengantin terus. Lagi murah daripada booking satu persatu." Fatin cuba menawarkan tawaran yang disediakan dibutik itu. Puan Salmah mengambil peluang untuk melihat tawaran tersebut.
" Yelah Mah. Tak nak kamu ambil package je terus. Lagi senang dan murah." Puan Sumayyah pula cuba mempromosikan pakej yang disediakan dibutiknya.
" Bukan apa Yah. Anak Mah ini, lain sikit orangnya. Dia tak mahu buat persandingan. Nak mekap pun dia tak nak."
" Tak apa la ibu. Bab Mekap ibu kan lagi terror. Lagi pun Aisyah memang tak nak mekap langsung. Setakat bedak itu boleh la."
" Ustazah pun mekap juga sekarang ini. Takkan adik Aisyah tak nak pula." Mendidih juga telinga Aisyah mendengar kata-kata daripada kakak Fatin.
" Tapi saya bukan ustazah itu akak." Terdiam semua mendengar jawapan Aisyah. Tiada apa yang mampu dibangkangkan lagi. Aisyah tidak akan sesekali membenarkan prinsipnya dipangkah oleh orang lain. Dia bukanlah ustazah tetapi dia adalah hamba Allah yang masih sedar akan di mana hadnya dalam bab bersolek.
" Takpalah Aisyah. Ambik je pakej ni Okey?" Puan Salmah cuba meneutralkan kembali keadaan. Tidak seronok berada dalam suasan yang bahang.
" Tapi dengan syarat, biar Aisyah yang menententukan alat solek yang mana dibenarkan untuk meyentuh muka Aisyah. Boleh tak kak Fatin?"
" Okeylah. Kak Fatin setuju." Semua perkara diselesaikan pada masa itu juga. Pakej juga sudah dipilih. Hanya satu sahaja harapan dalam diri Aisyah. Dia mahu terus menjadi seorang muslimah yang praktis walaupun jalan ini sukar dan berduri. Moga Allah menetapkan hatinya di atas agama ini.
No comments
Post a Comment