20/02/2012

Jiwa Mereka Kosong

Hari ini (19/2)  balik daripada rumah seorang kakak agak lewat. Lebih kurang pukul 11.30 malam baru bertolak. Bukan satu kebetulan apabila hari ini 'line tube' banyak tak working. 

Hanya sekali saja naik tube daripada East Acton ke White City. Perjalanan seterusnya disusuli dengan menaiki bas lompat. Tiga kali juga tukar bas.

Sepanjang perjalanan, diri ini melihat suasana bandar London tidak pernah padam dengan nyalaan lampu-lampu daripada kedai shopping kompleks, dan lampu jalanan. Diri ini juga melihat manusia-manusia sedang berparti, bernyanyi, berjalan-jalan bersama-sama rakan dan melepak.


Dalam hati berkata, " Walaupun fizikal mereka kelihatan begitu gembira dan seronok tapi di sudut hati mereka, aku yakin ada kekosongan di situ."

Bersyukur atas nikmat Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita.



Sekadar berkongsi. Kadang kala manusia terlupa akan nikmat terbesar ini. Hilangnya nikmat Islam, maka hilanglah perhubungan kita dengan saham akhirat iaitu syurga. 

No comments

Post a Comment