08/09/2012

Kerana Allah Aku Bersabar

[Kredit]

Bismillahirrahmanirrahim

Allah adalah Tuhanku

Rasulullah adalah pesuruh Allah yang membawa khabar gembira kepada orang-orang yang beriman.

Selama tiga bulan ana banyak menyepikan diri dan tidak banyak yang ana post dalam blog ana. Sebenarnya banyak benda yang ana ingin kongsikan tetapi ana terpaksa menahan diri.

Mungkin ada sesetengah daripada kalangan pembaca yang mengetahui bahawa tahun ini merupakan tahun terakhir pengajian ijazah ana. Hidup ini tidak semua indah. Pasti ada ujian yang Allah mahu menduga hamba-hamba-Nya.

Terus terang ana katakan, ana gagal untuk mengakhiri pengajian ana sebagai pelajar tahun terakhir disebabkan ada kertas yang ana tidak lulus. Pada mulanya ana menerima keputusan ini dengan tenang tetapi setelah melihat kepada kejayaan sahabat-sahabat ana, ana jadi down dan sedih. Down dan sedih bukan untuk diri ana sahaja, bahkan untuk mak dan ayah ana.

Banyak kali, parent ana call and sms ana, beritahu bahawa mereka sangat risau akan diri ana dan selalu memikirkan kondisi ana sepanjang di Uk. When I read again sms yang mak ana hantar, ana tiba-tiba rasa tersentuh dan sebak,

" Mak dan ayah tak boleh tidur memikirkan tentang NA." 


One thing yang ana rasa sangat bersyukur dengan ketentuan Allah ini, ana lebih bersemangat untuk belajar (luar biasa), ana dapat sokongan daripada parent dan juga sahabat-sahabat ana. They never look down at me.

Ana sedaya upaya merealisasikan impian parent ana yang mahu melihat kejayaan anaknya. Dalam ana berusaha, musuh Allah dan nafsu dalam diri datang menyerang.

Hari sebelum exam, pada malam tu ana tengah study satu subjek 'Medical Imaging and Measurements'. Subjek ini perlu daya ingatan yang kuat dan faham. Ana sangat kurang dalam bab menghafal disebabkan kos fizik yang ana ambil hanya memerlukan deria kefahaman, mengira dan formula pula banyak diberi.

Ada satu tahap, ana rasa nak berhenti. Sebabnya ana rasa tak mampu. Bila ana ulang bacaan, ana terpinga-pinga seorang diri.

" Apa yang aku hafal ni?"

 Bila teringatkan wajah mak dan ayah, ana menangis. Masa tu, ana sendiri sangat stress. Ini betul-betul dan sangat-sangat stress sehingga ana rasa ingin menyerah diri. Apa-apa pun yang akan berlaku kepada keputusan ana nanti, ana redha ja. [ Sila jangan ikut contoh ini ye ^^]

Pada masa itu, ana tak tahu nak mengadu kepada siapa. Hanya Allah yang mendengar tangisan ana sehingga ana teringat sesuatu,

" Manusia tidak tahu akan limitation keupayaannya. Hanya Allah saja yang lebih mengetahui kekuatan dalam diri manusia."

" Ujian yang Allah datangkan adalah mengikut kemampuan kekuatan manusia."

" Allah tidak pernah peduli pun akan keputusan kita.Apa yang Allah kira ialah usaha kita. Selagi ada masa jangan pernah putus harapan atas rahmat Allah."

Semua perkataan ini menjelma dalam minda ana. Manusia itu sendiri sebenarnya tidak pernah keseorangan. Lihat sekeliling kita, apa yang ada di hadapan, di belakang, di kiri mahupun kanan. Di hadapan ana sekarang ada beberapa batang pokok. Di mata manusia, ia adalah pokok yang memberi oksigen kepada makhluk Allah yang lain.

Tapi kita lupa, ciptaan Allah ini sentiasa bertasbih kepada Allah dan sentiasa mendoakan kepada Allah untuk membantu manusia yang bekerja di jalan Allah. Sangat istimewa orang-orang yang beriman ini.

Daripada muhasabah inilah, ana mendapat kekuatan untuk meneruskan perjuangan ana. Selagi ada masa dan belum dipanggil masuk ke dewan peperiksaan, selagi itu ana sedaya-upaya melakukan yang terbaik.

Keputusan peperiksaan telah diumumkan pada minggu ini. Alhamdulillah wa astaghfirullah, ana berjaya menghabiskan tahun terakhir ana. Dan sekarang ini dalam proses meneruskan praktikal di Uk juga.

Apa yang ana ingin stresskan di sini, sabar itu ana tak katakan ia sangat senang dilakukan sebagaimana apa yang ana hadapi. Kerana sabar boleh dikalah dengan nafsu kita sendiri yang ingin cepat ujian ini berlalu. Sangat penting bagi ana katakan, untuk kita membina perhubungan yang kuat dengan Allah SWT. [Ini bukan main-main]

Orang yang beriman itu, sekalipun ditimpa musibah, dia akan kembali kepada Allah. Dia mendapat inspirasi dan motivasi daripada Allah untuk meneruskan ujian ini.

Sabar itu sendiri sememangnya perit dalam kita mengharungi ujian. Di kemudian hari semuanya kembali indah. All you need to do is to trust in Allah. Percayalah, jika Allah minta kita bersabar, pasti ada hikmah disebaliknya. Think deeply.

No comments

Post a Comment