04/09/2012

Hijrah Dalam Duri

[Kredit]

" Nikmat Allah itu tersangatlah banyak sehingga kita sendiri tidak mampu mengira dengan jari mahupun dengan kalkulator scientific. Sekalipun dikira dengan kalkulator scientific jawapan yang diberi olehnya ialah infinity. Malam dijadikan tempat untuk beristirehat. Siang pula untuk kita bekerja. Laut yang terbentang luas bukan sengaja diadakan. Malahan ia terkandung isi rezeki untuk manusia. Apa yang ada disekeliling kita, Allah SWT mencipta semata-mata untuk manusia."

Semua orang terdiam mendengar tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Adawiyyah. Ada yang merenung. Ada yang tertunduk. Ada pula yang menumpu perhatian. Di satu penjuru, Ilham menunduk kepalanya ke bawah seperti sedang merenung nota yang ditulis olehnya. Adawiyyah dapat mendengar tangisan Ilham yang begitu perlahan dan cuba dikawal.

" Ilham..." Adawiyyah memanggil Ilham. Ilham yang terkejut namanya dipanggil tergesa-gesa mengesat air mata sebelum mendongak.

" Kenapa Ilham menangis?" Jiwa Ilham sensitif tika itu. Sebaik saja Adawiyyah menyebut perkatan menangis, sisa-sisa air matanya mengalir. Matanya dipejam. Nafasnya cuba dikawal untuk mengawal tangisan. Sahabat-sahabat di sekelilingnya bersabar menanti bicara daripada Ilham.

" Ilham terfikir akan hari-hari yang dilalui oleh Ilham. Setiap malam sebelum tidur, Ilham selalu ingat akan kematian dan perasan takut mula menjalar dalam diri Ilham kerana Ilham tahu, hari yang Ilham lalui banyak melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh Allah SWT. Padahal  telah banyak kali Allah memberi ruang masa kepada Ilham untuk berubah. Dan Allah tetap meneruskan memberi nikmat kepada Ilham."

Ruangan bilik itu sekali lagi terdiam mendengar muhasabah daripada Ilham. Masing-masing juga muhasabah kembali akan detik-detik masa yang berlalu. Adakah perbuatan mereka itu sudah mencukupi untuk meraih rahmat Allah? Atau selama ini banyak keingkaran yang mereka lakukan?

..........................................................................

" Eh! Ilham! Kau dah habis shopping barang ke?" Wahidah yang merupakan teman sebilik Ilham dan mereka belajar universiti yang sama cuma kos pengajian yang berlainan. Pada waktu ini mereka sibuk beli belah sebelum pulang ke tanah air setelah 9 bulan berada di bumi asing.

" Dah. Kau dah habis beli?"

" Belum lagi."

" Banyak lagi ke barang yang kau nak beli ni?

" Hehehe. Tak ada banyak sangat." Apabila melihat sengihan daripada Wahidah, tahulah Ilham akan maksudnya.

" Tak percaya aku tengok gaya kau sengih macam ni."

" Hehehe..."

" Aku tunggu di luar je la. Aku tak tahan dengan kedaan crowded macam ni." Kawasan shopping kompleks tersebut merupakan satu daya tarikan kepada pelancong asing. Setiap hari dibanjiri dengan manusia. Tidak pernah berkurang.

" Okey. Kau tunggu di tempat biasakan?"

" Haah."

" Okey. Aku jalan dulu." lham menggeleng-geleng kepalanya memerhatikan tingkahlaku Wahidah. Seorang sahabat yang sentiasa ceria dan mampu membuat orang disekelilingnya ketawa dengan keletahnya itu biarpun pertama kali bersua muka.

Melihat tempat yang selalu djadikan sebagai tempat beristirehat kekosongan, Ilham berlalu mengambil tempat tersebut. Helaan nafasnya dilepas perlahan-lahan. Kini mindanya terasa sedikit ringan.Subhanallah!

Sambil itu anak matanya meliar memerhatikan gelagat manusia di sekelilingnya. Ada yang berjalan tanpa mempedulikan manusia lain. Ada ibu merokok di depan bayi mereka. Ada pula anak yang mengharapkan ibu bapanya membeli barang yang diinginkannya.

Namun matanya lebih tertarik melihat sekumpulan remaja yang bercampur antara lelaki dan perempuan. Tiada batasan antara mereka. Kerena mereka membuat Ilham terimbau kembali akan zaman remajanya.

.......................................................................................

" Cikgu tak masuk lagi. Lepak la dulu." Suara Kamal yang nyaring menjadi tarikan kepada rakan-rakan sekelasnya. Keadaan itu dinanti-nantikan oleh semua pelajar untuk bergosip, bernyanyi, dan bersembang. Pokoknya masa itulah digunakan untuk enjoy.

" Am! dah la tu. Aku tau la kau tu ulat buku dan rajin. But sometimes you need a time for your own sake. Dah-dah tutup semua buku ni."

" Oit! Aku tengah buat kerja ni!" Kamal memberi reaksi muka tidak bersalah. Tangannya tetap pantas menutup semua buku yang berada di atas meja Ilham dan diletakkan pada satu tempat. Ilham mendengus dalam diam.

" Dah! Jom lepak sana tu. Ilah pun duk tengah tunggu kau tu." Dalam marah Ilham bangun dan bergerak ke tempat duduk sebelah Fazilah. Ilham sangat pantang apabila ada orang sedang mengganggu pekerjaannya.

" Kesian ada orang kena ganggu dengan pak we" Fazilah sengaja membangkitkan baran Ilham itu kerana pada waktu inilah masa yang sesuai untuk Ilham. Kalau tidak jangan harap dapat membangkitkan kemarahan  sahabatnya itu.

" Bila pulak Si Kamal tu pak we aku! Kau jangan cari pasal dengan aku Ilah." Melihat Ilham sudah menyuakan jari telunjuk ke arahnya, cepat-cepat dia meredakan keadaan tersebut.

" Aku gurau je la Ilham oi! Jangan la ambil hati..."

" Biar la Ilah nak kata macam tu. Apa salahnya?" Baharu saja Fazilah menenangkan kemarahan dalam hati Ilham, Kamal menambahkan lagi arang di dalam hati Ilham.

" Kau!"

" Oit! Dah la tu.. Orang nak sembang dengan tenang, korang pulak yang spoil suasana ni. Kau tu Ilham, kawal-kawal sikit marah kau tu. Kamal dengan Ilah saja acah-acah dengan kau. Itu pun nak ambil hati." Muaz menjadi orang tengah antara Ilham dan Kamal.

Ilham diam. Begitu juga dengan Kamal. Ilham terus mengambil tempat di sisi Fazilah tanpa pamitan manakala Kamal duduk di samping Muaz. Perbualan mereka pada mulanya begitu kaku. Lama kelamaan hati mereka mula bersatu dalam satu topik yang mencuit hati semua orang.

......................................................................................................

" Ilham!"

" Hah!"

" Kau teringat kampung ek?" Wahidah berasa serba bersalah dengan tindakannya itu. Ilham masih dalam keadaan muka pucat.

" Sorry sorry... Aku tak sengaja."

" Eh! takpe. Aku yang bersalah mengelamun jauh."

" Bagi aku 2 minit. Kemudian kau nak mengelamun pun aku tak kacau. Kak ni tanya kau nak makan apa? ayam ke ikan?" Ilham mendongak ke atas. Pramugari itu tersenyum melihat gelagat Ilham. Ketika itu mereka berdua berada di dalam kapal terbang untuk pulang ke Malaysia. Ilham masih terdiam.Wahidah menyiku lengan Ilham sambil menyuihkan mulutnya ke arah pramugari tu.

" Sorry. May I have chicken please."

" For drink?"

" Just a water please."

" Here you go. Enjoy your meals ladies." Wahidah dan Ilham menghadiahkan senyuman kepada pramugari itu.

" Eh! tertanya-tanya juga dalam hati aku ni. Apa yang kau tengah mengelamun tadi?" Teringin juga Wahidah tahu apa yang bermain di minda Ilham.

" Aku...aku.." Berat hati untuk Ilham menceritakan kisah masa lalunya kepada Wahidah. Bukan dia tidak percayakan Wahidah tetapi dia merasakan cukup hanya Allah dan dia saja yang tahu rahsia yang tersimpan semat di dalam kenangannya yang lalu.

................................................................

Pada raya kedua selalunya ibu Ilham akan mengadakan rumah terbuka buat jiran tetangga mahupun keluarga yang terdekat. Setiap tahun, ibu Ilham akan memasak mee kuah kerana katanya lebih mudah dan senang. Ilham pula menjadi penolong ibunya.

" Ilham! Air dah habis ni." Ayah Ilham memanggil Ilham dari luar kediaman rumah.

" Baik ayah!" Terkocoh-kocoh Ilham memasuki dapur. Orange Sunquick diambil di atas meja dan dituang ke dalam jug. Air gula pula telah tersedia ada.

" Eh! Engkau rupanya Am. Aku ingat siapa la tadi." Ilham yang sedang mengacau air terkejut dengan sapaan sepupunya yang bernama Zarif. Dia hanya memberi senyuman kepada Zarif kemudian kembali sambung ke kerja asalnya.

" Patut la ibu kau duk bising. Aku ingat ibu kau saja-saja buat cerita. Rupanya betullah apa yang ibu kau cerita."

" Apa yang ibu aku cerita dekat kau?"

" Dia komplen, kata kau dah banyak berubah bila belajar dekat oversea. Bila mata aku nampak sendiri, baru aku percaya cakap ibu kau. Kau ada masuk 'geng' apa-apa ke kat sana tu?"

" Takda la. Aku yang nak berubah. Takda kena mengena dengan 'geng' pun"

" Ye ke?"

" Terserah." Ilham tidak mahu berbicara begitu banyak kerana khuatir keburukkan daripada mulut pula yang terkeluar. Syukur kepada kepada Allah S.W.T, telefon bimbit Ilham berdering. Tanpa melengahkan masa, dia terus menjawab panggilan tersebut sambil melarikan diri daripada persoalan sepupunya itu.

" Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam. Ilham!"

" Ye Ilah. Ada apa yang boleh aku bantu?"

" Amboi amboi amboi....Kawan sendiri telefon pun tak boleh ke?"

" Takda lah. Aku acah ja."

" Ni aku nak bagi tau dekat kau, kawan-kawan kelas kita ada merancang nak pergi beraya bersama-sama pada hari raya keempat ni. Kau free tak?"

" Aku, Insya-Allah free je. Ada apa-apa bantuan yang diperlukan?"

" Kalau kau ada bawa kereta, boleh aku dengan kawan-kawan kita selebihnya tumpang sekali. Ok tak?"

" Ermmm..Ok."

" Cantek...Ok. Aku cau dulu. Aku tau rumah kau ada buat rumah terbuka hari ini. Jumpa kau nanti."

" Insya-Allah. Assalamualaikum." Punat merah ditekan. Nafas yang disedut perlahan-lahan dilepaskan.

" Ilham!"

" Ya Ayah!" Tidak sempat Ilham untuk beristirehat apabila namanya dipanggil. Dia berlalu pergi kepada ayahnya. Melihat ayahnya mencekak pinggang, timbul kehairanan di dalam hati Ilham. Adakah dia telah melakukan kesalahan yang dia sendiri tidak sedar.

" Mana airnya?"

" Allah! Kejap ayah. Dah siap dah." Kalut Ilham berlari masuk ke dalam dapur mengambil air yang telah dibancuhnya sebentar tadi. Cepat-cepat jug yang berada di dalam tangangnya disuakan kepada ayahnya.

" Apala...yang Ilham duk fikir ni? Ingat Boyfriend ek?"

" Eh! Mana ada. Tak main la boyfriend boyfreind ni ayah."

" Dah pergi ambil ais di dalam peti sejuk."

" Baik bos!" Menggeleng kepala ayah Ilham apabila melihat gelagat keanakkan yang ada di dalam diri anaknya itu. Ada masanya Ilham bertindak matang dan ada masanya dia suka bermain-main. Walaupun anaknya banyak berubah sejak pulang dari luar negara, namun Ilham yang baru ini lebih dia senangi daripada Ilham yang dahulu.

........................................................................

Hari raya yang keempat yang dijanjikan telah pun tiba. Berjumpa dengan sahabat lama merupakan satu peluang yang dinanti-nantikan oleh Ilham. Yalah, Ilham belajar di negara luar, manakala sahabat-sahabatnya yang lain kebanyakkannya belajar di dalam Malaysia. Cuti pula tidak sama. Reunion usah dikata. Hanya beberapa orang yang mampu dikumpulkan.

" Ilham! Nanti Kamal dengan Jannah naik kereta sekali dengan kita tau." Ilham mengganggukkan kepala.

" Kamal! Jannah! Jom!"

" Assalamualaikum."

" Wa..alaikumussalam." Denyutan jantung Ilham mula mengepam dengan pantas. Dia tidak menyangka Kamal akan berada di tempat duduk hadapan. Manakala Jannah dan Fazilah mengambil tempat duduk di belakang.

" Long time no see." Kamal memberi senyuman kepada Ilham. Ilham menundukkan wajahnya.

" Dah beberapa tahun tak jumpa. Banyak perubahan yang berlaku pada kau especially dari segi fizikal." Ilham hanya tersenyum mendengar kata-kata Kamal. Dia melihat cermin belakang.

" Ilah! Kita nak bertolak ke mana dulu ni?" Melihat tiada tindak balas daripada Ilham, Kamal mengambil keputusan untuk berdiam diri. Dia dapat merasakan ruangan besar antara dia dan Ilham. Bukan seperti dulu lagi.

" Ar..kita ke rumah Cikgu Khadijah dulu."

" Kau tau rumah cikgu kat mana?"

" Kamal tau."

" Nanti aku tunjuk jalan tu bila kau dah keluar dari jalan besar." Kamal memberi arahan kepada Ilham. Ilham pula mendengar dan bersuara apabila perlu.

" Bismillah..." Doa ditujukan kepada Allah. Memohon perjalanan ini selamat dan diberkati oleh-Nya.

.......................................................................

" Ilham, sori. Aku kena balik rumah before  pukul 7 petang. Aku tak dapat nak teman kau ke rumah Saiful. Tapi takpa. Kamal dengan Jannah kan ada? Diorang boleh temankan kau." Situasi inilah yang tidak digemari oleh Ilham. Kalau boleh dia mahu melarikan diri daripada masalah ini.

" Er...Tak boleh ke kau ikut sekali?"

" Bukan aku tak nak teman kau. Mak aku siap bagi pesanan lagi dekat aku. ' Ilah! Sharp pukul 7 kena ada di rumah. Kalau lebih kena DENDA' " Fazilah cuba meniru gaya aksi emaknya sebelum dia bertolak ke rumah Ilham tadi. Ilham mengeluh. Tiada jalan lain lagi ke untuk dia melarikan diri daripada perangkap ini.

" Hai...Berkerut nampak. Rileks la. Kau bukan keseorangan nanti." Kalaulah Ilham mampu menyuarakan apa yang sedang tersimpan di dalam hatinya. Namun dia tidak mampu untuk mengatakannya. Di mana harus dia mencari kekuatan diri. Cukuplah dengan apa yang telah berlaku pada masa silamnya dahulu.

................................................................

" Ilham! Masuk dalam!"

" Sakit ayah..." Ayah Ilham memukul anaknya dengan tali pinggang.

" Oh! Sakit..Habis, hati ayah ni tak sakit. Jiran kita mencanang nama buruk Ilham kepada ayah. Ayah ada maruah Ilham. Diorang ingat ayah yang tak reti ajar anak-anak ayah." Ayah Ilham yang tidak dapat mengawal kemarahan, benda-benda yang ada disekelilingnya diambil dan dibaling dengan begitu kuat sekali. Ilham yang masih dalam tangisan menggigil melihat api kemarahan ayahnya. Tanpa berlengah masa, dia mencuri masuk ke dalam bilik dan dikunci

" Ilham! Buka pintu! Buka ayah kata!"

" Tak nak!"

" Keluar berdua-duan. Tak fikir maruah keluarga. Sesuka hati je buat apa yang rasa diri betul. Kenapa? Dah nak kahwin sangat ke?"

" Dia kawan Ilham ayah. Kami tak keluar berdua-duan pun."

" Kawan apa macam tu? Dengar sini, mulai dari sekarang, jangan berani keluar rumah tanpa kebenaran ayah. Faham?" Ilham menangis begitu banyak sekali. Melihat Ilham tidak memberi sebarang reaksi, ayah Ilham mengetuk kuat pintu bilik Ilham sehingga anaknya itu menggigil dan terkejut.

" Faham tak apa yang ayah kata ni?"

" Fa...ham.." Setelah ayah Ilham berlalu pergi, Ilham masih mendengar barang-barang yang dibaling oleh ayahnya. Salah ke selama ini dia keluar dengan rakan kelasnya sendiri. Persoalan itu ditinggalkan tanpa jawapan. Dia sendiri bingung.

.......................................................................

Pada waktu malam, setelah penat beraya bersama-sama sahabat-sahabatnya, Ilham membuka diarinya untuk muhasabah dirinya kembali.

Ketika berperang dengan jahiliah dalam diri, aku bersyukur kerana mendapat kekuatan daripada Allah S.W.T sehingga ia terhapus. Namun, aku hanya manusia, tiada terjangka bahawa Allah menguji kembali jahiliah yang telah lama ku berjaya tinggalkan. 
Apa yang aku yakin ialah Allah mahu melihat jati diriku sebagai seorang muslimah. Jati diri sebagai pemegang janji Allah. 
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, " Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji.
Hijrah ini, penuh dengan duri. Ada masanya aku mampu mematahkannya. Ada masa aku terluka kerana terkena durinya. Ada masanya aku mampu melihat. Hanya Allah, hanya Allah panggilan di dalam hatiku untuk membantuku dan terus memberi kekuatan kepadaku.
Moga Allah mengampuni dosa-dosaku dan juga sahabat-sahabatku. Dan semoga Allah membuka hati kami semua untuk melihat cahaya kebenaran. Ameen.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Tamat

No comments

Post a Comment