15/09/2012

Cerpen : Bayangan Cinta

[Kredit]

Pada pertengahan bulan September, ramai pelajar akan berangkat ke United Kingdom sama ada pelajar-pelajar baru mahupun yang bakal menyambung tahun atau semester baru. Rasa berat hati mahu meninggalkan kampung halaman terasa begitu menusuk dalam kalbu. Kalau diizinkan, ingin bercuti lebih lama untuk bersama-sama dengan keluarga.

" Huaaa!...Aku tak nak balik Ijah. Homesick. Homesick."

" Yana... Agak-agak la nak homesick pun. Kita baru berada di K.L.I.A. Belum U.K lagi. Haish..." 

" Tak salahkan? Aku dah jauh daripada rumah. Kira ok la tu." Liyana cuba membidas kata-kata Afifah. Sememangnya di antara mereka bertiga, Liyana seorang yang emosi dan manja. Maklumlah anak bongsu dalam keluarga.

" Insya-Allah, nanti hilang homesick tu bila sampai rumah kita di sana. Nanti Yana sendiri dah tak terlayan perasaan tu sebab nanti kita jumpa semua kawan-kawan kita." Pujukan Khadijah mengurangkan perasaan sayu di dalam diri Liyana. Kedengaran bunyi tune muzik telefon bimbit. Liyana dan Khadijah beralih ke arah Afifah. Sekilas melihat senyuman Afifah, tahulah mereka siapa yang membuat panggilan tersebut.

" Hello abang!"

" Hello. Ifa dekat mana sekarang ni?"

" Dah ada di K.L.I.A. Kejap lagi dah nak masuk dalam."

" Ok. Jaga diri tau. Nanti abang menyusul. Kita jumpa di sana. Ok?"

" Ok."

" Mak abang panggil tu. Sampai ja rumah, call abang."

" Ok bos. Bye bye. Love you bang." Kata-kata terakhir itu, disebut begitu perlahan sekali kerana dia tidak mahu kata-kata romantisnya itu didengar oleh Liyana terutamanya. Nanti, dari K.L.I.A hingga airport Heathrow telinganya panas mendengar tazkirah panjang daripada Usazah Liyana. Telefon bimbitnya disimpan kemas dalam pokek seluar.

" Erm...Apa khabar 'abang' kau tu?"

" Hai...Perli nampak." Afifah menjeling kepada Liyana sementara Liyana pula memandang ke arah lain seperti orang yang tidak rasa buat apa-apa kesalahan.

" Ok!. Jom kita masuk ke dalam. Dah dapat calling tu." Untuk tidak menimbulkan pertelingkahan antara mereka berdua, Khadijah bertindak mara ke hadapan. Tiketnya diserahkan kepada seorang pegawai yang menjaga checkpoint di situ sebelum disahkan dan dibenarkan untuk masuk ke dalam. Liyana dan Afifah cepat mengejar langkah Khadijah daripada belakang.

...................................................................................

Bedak sudah. Lipstick sudah. Pemerah pipi sudah. Afifah merasakan dia sudah menyolek muka parasnya dengan baik. Tidak terlalu terang dan tidak terlalu suram. Pakaian juga sedodon dengan wajah yang dimekapnya. Beg sandangnya diambil dan bersiap sedia untuk bergerak keluar. Sebelum melangkah keluar daripada bilik, dia membelek dirinya buat kali terakhir.

" Cantik..." Afifah memuji dirinya sendiri. Khadijah yang baru saja mahu berlalu ke biliknya terhenti di depan bilik Afifah. Tergamam dia melihat gaya pemakaian sahabatnya itu. Afifah pula perasan akan kehadiran Khadijah terus melakukan teguran.

" Ijah.. Hello..." Tangannya di lambai ke muka Khadijah.

" Hah! "

" Tau la Ijah teruja tengok kecantikkan Ifah sampai tak terkelip mata."

" Ifah nak ke mana malam-malam ni?" Khadijah tidak mempedulikan kata-kata pujian untuk diri Afifah. Apa yang dia mahu ketahui sekarang ini ialah ke mana Afifah mahu keluar pada masa ini. Dia tahu, dia bukanlah ibu bapa Afifah. Tetapi sebagai sahabat mahupun saudara semuslim, dia wajib menjaga keselamatan sahabatnya ini.

" Nak keluar."

" Dengan siapa?"

" Abang." Khadijah terasa payah pula hendak menelan air liur kali ini. Fikir. Fikir. Fikir dan fikir.

" Ifah dah solat belum?"

" Cuti." Parah. 

" Ifah, kalau Ijah nak say something boleh?"

" Erm..." Khadijah mengambil nafas beberapa kali sebelum memulakan perbualan.

" Sekiranya Ijah tak benarkan Ifah keluar, Ifah menentang tak?"

" Eh! Mesti la. Apa hak Ijah nak halang Ifah? Lagipun Ifah nak jumpa abang. Dan abang pula orang yang Ijah kenal."

" Ini bukan mengenai Ijah kenal atau tidak kenal lelaki tu. Tapi ini mengenai hubungan Ifah dan lelaki yang tiada apa-apa ikatan. Sebelum ni, mungkin Ifah lihat Ijah banyak mendiamkan diri. Dalam diri Ijah ni, nak saja halang Ifah. Tapi Ijah takda kekuatan."

" Oh! Sekarang ni Ijah pun nak jadi macam Yana. Bagi tazkirah. Halal. Haram. Macam tu?" Hanya senyuman terpamer di wajah Khadijah.

" Tiada paksaan dalam memasuki agama Allah.Tetapi beruntung sesiapa yang memilih jalan ni. Tugas Ar-Rasul ialah menyampaikan risalah. Bukan memaksa. Begitu juga dengan Ijah. Tugas ijah bukan memaksa. Tugas Ijah hanya menyampaikan peringatan. Akhir sekali semuanya terserah kepada Ifah. You decide. Moga Allah mendorongimu ke jalan yang lurus sahabat. Dalam diri Ifah, ada logam yang baik. Ijah nak masuk bilik dulu. Yana tengah tunggu nak solat jemaah sekali." 

Khadijah memegang erat tangan Afifah seperti tidak mahu dilepaskan. Lama kelaman, genggaman tangan itu perlahan-lahan longgar dan Khadijah berlalu ke biliknya. Afifah pula terdiam seketika di atas katilnya. Entah kuasa apa yang merasuknya menjadi orang yang lemah. Persoalan mula timbul di dalam pemikirannya. Namun semuanya berserabut. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar.

.........................................................................

Kelas Afifah sudah tamat untuk hari ini. Melihat pada jam tangan, masih awal untuk dia pulang ke rumah. Lebih baik dia pergi ke mana-mana dengan abangnya. Telefon bimbit diraih dan didail. Salmah pula yang berada di tempat duduk sebelah Afifah, sibuk mengemas peralatan tulis dan buku. Dia cuba memastikan nota-nota yang ditulis sebentar tadi tersusun kemas supaya senang dibuat rujukan pada kemudian hari.

" Hello abang. Jom keluar."

" Sorry Ifah. Not for today.  Abang busy sikit."

" Erm..Yelah..."

" Jangan merajuk..."

" Takda la. Ok abang. Kalau abang busy, Ifah keluar dengan Salmah."

" Ok. Take care Ifah.  Bye."

" Bye." Telefon bimbit diletakkan di atas meja dengan begitu kuat. Bukan dia sengaja. Tapi disebabkan perasaan sakit hati menguasai di dalam dirinya.

" Busy?" Salmah memulakan perbualan.

" Herm..."

" Aku tengok sejak akhir-akhir ni, abang kau asyik bagi excuse busy je. Betul ke dia busy? Entah-entah dia ada pasang lain apa?" Perasan geram belum pun habis menguasai diri Afifah, ini ditambah pula dengan kata-kata Salmah. Bertambah sakit hatinya.

" Eh! Aku tahu la abang aku tu macam mana. Abang aku jenis setia tau."

" Yelah tu. Dah la. Aku nak balik dulu."

" Eh! Awal lagi. Tak nak keluar mana-mana dulu ke?" Afifah sempat menahan Salmah sebelum dia bersurai daripada kelas.

" Tak nak ah..Banyak kerja aku tak siap lagi. Aku balik dulu." Mata Afifah menghantar pemergian Salmah. Nafasnya dilepaskan dengan begitu lemah sekali. Kenapa sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang bermain-main di hatinya. Dia tidak dapat merasakan ketenangan dan kebahagiaan. Tiada paksaan dalan memasuki agama Allah. tetapi beruntung orang-orang yang memilih akan jalan ini. Kata-kata tersebut masih tersemat kemas dalam mindanya.

..................................................................................

Seusai sahaja solat Subuh, Khadijah merajinkan diri turun ke dapur. Dapur yang kelihatan tidak terurus sejak semalam di kemas dengan sebersih yang mungkin. Jika matanya tidak berkenan dengan keadaan dapur yang tidak teratur apatah orang lain yang menjamah melihat keadaan dapur ini.

Setelah memastikan semuanya dalam keadaan teratur, dia mengeluarkan spagetti, bawang, ayam, cili kering dan beberapa biji telur untuk dimasak buat sarapan pada pagi ini. Cili kering telah diblend, dimasak bersama-sama dengan isi ayam dan sayur-sayuran. Spagetti pula belum masak lagi. Tiba-tiba hatinya tergerak untuk pergi ke bilik Afifah. Perlahan-lahan pintu bilik Afifah dibuka.

" Ifah! " Khadijah terkejut melihat keadaan bilik Afifah yang tidak terurus. Tisu di merata-rata. Semua barang yang berada di atas meja, berterabur atas lantai. Manakala tuan badan biliknya pula berbungkus dalam duvet.

" Ifah.." Kali ini Khadijah cuba menarik duvet.

" Ish! Jangan la kacau. Orang nak tidur ni." Afifah menarik begitu kuat sekali duvet yang cuba ditarik oleh Khadijah. Namun, Khadijah perasan mata Afifah sembab. Apa yang sedang ditangisi oleh sahabatnya itu.

" Ifah. Bangun. Cuba cakap dengan Ijah kenapa Ifah nampak sedih ni?"

" Keluarlah Ijah...Ifah nak tidur ni." Khadijah tidak mampu memaksa lagi sekiranya tuannya sendiri tidak bersedia untuk meluahkan apa yang tersimpan di dalam hatinya. Akhirnya dia berlalu pergi begitu sahaja. Pintu bilik Afifah perlahan-lahan ditutup.

" Eh! Ijah. Buat apa kat dalam bilik Ifah."

" Takda apa. Tiba-tiba Ijah tergerak hati nak ke bilik Ifah. Yana tahu apa yang berlaku kepada Ifah. Ijah tengok mata dia sembab. Kenapa ek?" Serba bersalah pula Liyana mahu menceritakan apa yang berlaku pada malam tadi kepada Khadijah.

" Semalam...Yana secara tak sengaja terdengar perbualan Ifah dengan 'abangnya'. Dioarang gaduh dan Ifah minta putus terus."

" Yana tahu kenapa diorang bergaduh?" Liyana menggeleng-gelengkan kepala. Khadijah pula mengeluh.

" Takpalah. Bila hati dia dah sejuk, Ijah tanya dia. Allah!"

" Kenapa Ijah?"

" Ijah tengah masak sebenarnya. Habis la sambal. Mesti hangit." Terkejar-kejar Khadijah berlari ke dapur. Liyana juga mengikut daripada belakang.

.................................................................................

Pada petang itu, Khadijah berjalan melintasi bilik Afifah untuk melihat keadaan sahabatnya itu. Liyana beritahu padanya tadi bahawa dia ada nampak sekali Afifah keluar daripada biliknya. Pintu bilik Afifah diketuk.

" Ifah! Ijah masuk boleh?"

" Masuklah!" Pintu bilik dikuak. Mata Khadijah meliar melihat keadaan bilik Afifah yang begitu kemas berbanding pada pagi tadi.

" Kenapa Ijah?" Teguran Afifah membuat Khadijah tergagap untuk berbicara.

" Aaaaa...Takda apa saja je."

" Ijah ni biar betul. Cuba cakap terus terang."

" Aaaa...Jom kita tengok wayang malam ni. Nak tak?"

" Hah! For real?" Entah apa yang merasuk fikiran Khadijah yang tiba-tiba mengajaknya menonton wayang. Dia berasa sedikit ganjil dengan perwatakkan Khadijah yang begitu jaga akan akhlaknya. Jangankan hendak menonton wayang, berdua-duan dengan lelaki pun tidak pernah.

" Eh! Mesti la betul. Tipu dosa."

" Ok. Pukul berapa?"

" Lepas solat Maghrib."

" Set." Lapang hati Khadijah melihat keceriaan terpancar di wajah Afifah. Sekurang-kurangnya usahanya ini mampu mengubati kesedihan di hati sahabatnya itu.

...................................................................................

" Korang! Dah get ready ke nak pergi tengok wayang." Afifah merempuh masuk bilik Khadijah tanpa salam mahupun ketukkan di pintu bilik. Kedua-dua pihak tercengang melihat keadaan antara satu sama lain.

" Ijah! Janji nak pergi tengok wayang?"

" Iye..Memang la kita nak tengok wayang malam ni."

" Habis tu, kenapa Ijah dengan Yana belum siap-siap lagi ni?" Yalah. Kedua-dua mereka masih dengan bertelekung.

" Ifah..Yana rasa, ada salah falam di sini. Apa yang Ijah masukkan tengok wayang tu ialah tonton wayang di rumah guna projektor."

" La...Kenapa tak beritahu awal-awal. Penat-penat Ifah bersiap lawa-lawa."

" Sori...Sebagai denda, Ifah pilihlah favourite cerita yang Ifah nak tengok."

" Ok. Malam ni kita tengok cerita Korea."

" Apa.." Khadijah cepat-cepat menutup mulut Liyana sebelum tercetus perbalahan antara mereka.

" Ok. Deal. " Afifah tersenyum puas.

..................................................................................

Beberapa helai tisu sudah mengotori lantai rumah tersebut. Siapa lagi yang menggunakannya kalau bukan Afifah.

" Psst..Ijah. Kenapa Ifah tu terfeeling lebih-lebih. Kita ni biasa-biasa je." Liyana berbisik kepada Khadijah agar Afifah tidak mendengar perbualannya.

" Biasa la tu. Dia kan hantu Korea." Melihat Khadijah seperti acuh tidak acuh melayannya, dia mengambil keropok dan dikunyah. Namun, dia berhenti mengunyah semasa cerita yang ditonton oleh mereka bertiga masuk bahagian yang terlebih romantis. Cepat-cepat Liyana klik pada butang ke hadapan.

" Yana! Kenapa cepatkan?"

" Scene terlebih gula. Nanti bukan Yana je yang kena masuk hospital. Ijah dengan Ifah pun kena masuk wad juga."

" Ish! Spoil betul la."

" Nak jaga rohani mata Ifah. "

" Dah-dah. Nak mula dah la tu tazkirah." Khadijah yang berdiam dari tadi bersuara.

" Shuuu...Ijah tengok menonton ni." Kekadang dia sengaja membiarkan Liyana menasihati Afifah walaupun menggunakan bahasa tersirat. Ada masanya Afifah perlu ditegur bukan terus dibiarkan begitu saja.

...............................................................................

Cuti musim sejuk tidak lama lagi. Khadijah mengambil peluang itu, mengajak Afifah, Liyana dan sahabat-sahabatnya yang lain berjalan-jalan di dalam United Kingdom. Pada mulanya dia bercadang mahu melancong di luar U.K. Namun dia khuatir dengan cuaca yang tidak menentu pada masa kini.

" Sorang je ka Ijah. Yana mana? Bukan masa ni dia selalu turun makan ke?"

" Dia kata kejap lagi dia turun makan. Dia tengah ada kerja sikit. Ifah!"

" Erm..." Afifah sibuk menyenduk lauk ke dalam pinggannya. Khadijah tidak memulakan perbicaraan sehingga Afifah duduk semeja dengan dia.

" Winter break dah nak dekat. Jom kita buat roundtrip  dalam U.K nak tak? Lagipun ni tahun terakhir kita di sini."

" Menarik juga tu. Ijah buat kertas kerja, Ifah sokong dari belakang."

" Betul ni?"

" Betul." Suasana menjadi sunyi pula. Tidak tahu topik apa yang patut dibualkan seterusnya.

" Erm..Ijah." Khadijah mendongak melihat Afifah.

" Ifah nak tanya something boleh?"

" Boleh je. Apa dia?"

" Kenapa ye, sejak akhir-akhir ni, Ijah rajin ajak Ifah buat pelbagai aktiviti? Tengok wayang la. Pergi ice skating la. Pergi keluar makan la."

" Kenapa? Ifah rasa tak selesa ke?"

" Takda la. Saja tanya. Sebelum ni kan mana pernah ajak Ifah pun."

" Macam mana nak ajak, ada 'abang' di sebelah. Kalau ijah ajak, confirm kena reject."

" Perli nampak." Khadijah menghela nafas.

" Ijah bukan bermaksud memerli. Hati manusia apabila dia terikat dengan sesuatu dan dia seronok dengan apa yang dia lakukan, susah untuk pihak lain untuk memutuskan tali ikatan tersebut. Unless diri dia sendiri yang merelakannya. Fahamkan apa yang Ijah cuba sampaikan." Afifah menggangguk tanda dia faham.

" Lagi satu, kenapa ek, masa ada seorang perempuan ni yang cuba pujuk Ifah masa di uni hari tu, cepat-cepat Ijah bawa Ifah pergi?"

" Ifah tahukan dia beragama apa dan apa motif dia berbaik dan berkasih-sayang dengan Ifah?"

" Dakwah?"

" Yap. Dia berdakwah ingin membawa Ifah kepada agama dia. Ifah ada agama iaitu Islam. I have my right to protect my family from outsider. Ijah takut, Ifah terpegaruh dengan kata-kata yang penuh dengan kasih sayang. Ifah, boleh Ijah tanya sesuatu tak?

" Apa dia?"

" Apa yang Ifah faham ek dengan perkataan 'cinta'?" Afifah mengerut wajahnya. Mungkin sedang memikirkan jawapan kepada soalan Khadijah.

" Entah. Ifah mula rasa cinta tu apabila dengan abang."

" Apa yang membuat Ifah mencintai abang?" Terasa sesak Afifah mahu menjawab soalan tersebut.

" I don't know. Apa yang Ifah tahu, abang melengkapi hidup Ifah."

" Inilah penyakit manusia pada zaman ni."

" Maksud Ijah?"

" Kerana hati terlalu mencintai dunia, sehingga diri manusia buta dan tidak tahu apa itu cinta yang sebenar. Contohnya, ingat tak pada malam yang kita tonton cerita korea? Pada malam tu, Ifah banyak menangis."

" Jadi apa kaitan dengan cinta pula?"

" Disebabkan emosi, iman kita makin lemah. Disebabkan emosi, cinta kita yang suci jadi samar. Apa pendapat Ifah dengan filem 8 jam. Seorang lelaki yang sanggup membunuh seorang wanita kerana tidak sanggup dimiliki oleh lelaki yang lain. Bukan itu bermain dengan emosi? Tetapi lain pula orang-orang yang beriman. Cinta mereka luar biasa. Cinta mereka bukan membunuh mereka bahkan membahagiakan mereka lagi."

" Apa yang membuat cinta mereka luar biasa?"

" Kerana dalam apa-apa urusan, Allahlah yang menjadi tujuan hidup mereka. Apa saja yang Allah takdirkan dalam hidup mereka, mereka redha."

" Apa yang selama ini yang Ifah alami Ijah?"

" Bayangan cinta. Cinta yang makin kita kejar, makin kita tidak dapat menangkap bayangannya, makin kita rasa tidak berpuas hati yang boleh membunuh diri sendiri."

" Jadi apa sebenarnya cinta itu."

" Ask Allah,. Then surely He will gives you the answer. Insya-Allah."

-Tamat-

No comments

Post a Comment