02/10/2012

Renungi Mereka Dengan Kebaikan


Pada awal bulan sembilan yang lalu, ana telah pun berada di Uk. Pada tahun ini ana meneruskan pembelajaran dalam bidang PGCE ( Postgraduate Certificate Education) ataupun di Malaysia kita dibiasakan dengan panggilan KPLI iaitu bidang yang berkaitan dengan perguruan.

Semasa induction week pada minggu pertama, ana dikehendaki untuk hadir diri ke universiti untuk diberi briefing and gambaran untuk course PGCE. Contohnya mengenai Secondary curriculum in England, manners as a teacher, Your action, dan banyak lagi.

Ada beberapa points yang diberi oleh seorang yang incharge pada masa itu membuat ana reflek diri kembali.

Pertama, orang tersebut berkata,

" Sila jaga pemakaian anda apabila tiba waktu musim panas. Anda faham sajalah apa yang saya maksudkan bila anda terutamanya perempuan yang memakai kemeja putih. Di sebalik kemeja putih tu, saya harap anda faham apa yang saya maksudkan."

Yang kedua, dia berkata,

" Sebagai guru, anda kena jaga perlakuan anda. Jangan sesuka hati berikan facebook anda kepada pelajar kerana khuatir mereka melihat perbuatan buruk anda. Dan juga di sekolah. Kerana mereka melihat akan perbuatan anda."

Adakah pembaca melihat perspektif yang ana lihat sekarang ni?

Mari kita imbas kembali dengan kisah Saidina Umar Al-Khattab yang terkenal dengan ketegasannya. Pada zaman beliau, anak-anak perempuan yang lahir, terus ditanam kerana mereka berpendapat anak perempuan menjatuhkan martabat mereka. Beliau menyokong adat tersebut tetapi tidak diperlakukan kepada anak perempuannya sehingga beliau rasa tercabar dengan Abu Lahab.

Masa beliau ingin menanam anak perempuannya, anak tersebut membersihkan pasir yang melekat pada janggut beliau. Timbul rasa kasihan dan sayang Umar Al-Khattab kepada anak perempuannya. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh cabaran dan ego dalam dirinya, beliau tetap meneruskan misinya menanam anaknya hidup-hidup.

Namun yang demikian, setelah masa berlalu, beliau memasuki agama Islam setelah mendengar ayat-ayat Al-Quran. Dalam keadaan dirinya yang sedang berusaha menanam anak perempuan, timbul rasa kasihan dan sayang. Bukankah itu kebaikan...?

Dan bagaimana pula pembaca melihat kepada kes yang ana bentangkan tadi. Dapatkah anda melihat kebaikan dalam diri mereka even  mereka adalah non-muslim. Ya, aqidah kita dengan mereka tidak sama tetapi bagaimana akhlak yang tunjukkan atau kebaikan yang mereka tunjukkan?

Kalau dahulu, Saidina Umar Al-Khatab dalam keadaan jahiliah. Kemudian mendapat petunjuk Allah dan menjadi hamba yang terhebat yang tidak disangka-sangka. Maka bagaimana pula dengan mereka yang bukan muslim ini?

Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku kepada mereka tetapi kita diberi peluang untuk berdoa kepada Allah dengan harapan mereka menjadi seorang yang hebat seperti Saidina Umar Al-Khattab. Jangan hanya memandang mereka sebagai non-muslim. Berdoalah moga Allah membuka pintu hatinya untuk menerima Islam sepenuhnya.

" Sometimes people with the worst past create the best future" - Umar Al-Khattab



 

No comments

Post a Comment