07/06/2012

Rancang Kematian


Landscape.jpg
[Kredit]

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah yang masih memberi kekuatan kepada diri ini untuk menaip yang bukan untuk dirinya sahaja tetapi untuk semua orang yang membaca blog ini. Rasulullah SAW adalah pesuruh Allah SWT di mana diri ini masih belum mengenali beliau dengan lebih akrab.

Sebelum ana melanjutkan ayat-ayat seterusnya, ana mahu memohon maaf atas ketangguhan ana dalam mengupdate blog ini. Ana baru sahaja habis peperiksaan pada 1 June dan terus menyibukkan diri mengembara di Uk dan seterusnya mengurus rumah sebelum berpindah.

Alhamdulillah peperiksaan telah berlalu. Hanya mampu berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT.

Gembira?

Lepas saja habis kertas terakhir, perasaan gembira tiada pula mengunjungi di dalam hati ana. Semuanya ana rasa biasa sahaja. Tiada yang luar biasa. =)

Apabila peperiksaan tamat, ana mula berfikir. Apa yang harus ana lakukan untuk mengisi masa lapang ana ini selama ana masih ada di Uk?

Setengah orang, ada yang memikirkan untuk enjoy berjalan-jalan mengembara seluruh Uk mahupun luar Uk. Ada setengah orang mahu mencari kerja dan pelbagai lagi perancangan manusia.

Namun, apabila ana memikirkan kembali, banyak yang ana ingin lakukan selama ana berada di Uk. Jadi ana terfikir mahu melakukan proposal perancangan kematian.

Scarynya untuk ukhti NA ni? [ sila fikir positif ye]

Jangan takut dengan perkataan kematian kerana kita tidak selama-lamanya akan hidup di dunia. Cepat atau lambat, malaikat Izrail tetap akan melakukan tugasnya sebaik mungkin apabila tiba masanya. Kita rasa takut, kerana kita lalai dan tidak melakukan sebarang persediaan di dunia.

Takut saja tidak cukup untuk menyelamatkan diri kita di pandang mahsyar. Orang yang beriman, apabila sedar akan sifat dunia yang hanya sementara, mereka akan melakukan perancangan agar tidak menyesal di hari kehakiman kelak.

Apabila kita melakukan perancangan kematian, pasti kita akan lebih berhati-hati dalam merancang segala aktiviti kerana berhati-hati dalam menambat keredhaan Allah SWT. Sekiranya tiada perancangan kematian bertunjangkan keredhaan Allah SWT pasti nafsu yang mengelola perancangan kita.

Apa-apa pun yang kita lakukan, soalan pertama yang harus diutarakan ialah adakah Allah SWT gembira akan pekerjaan kita?

Yang kedua ikhlaskan diri pada setiap pekerjaan kita hanya semata-mata kerana Allah SWT. Jangan sia-siakan ganjaran pahala yang Allah SWT sediakan kepada kita. Allah memberi hadiah, kita pula yang menolak pemberian tersebut. Bukankah kita yang merugikan diri kita sendiri?

Jadi, jangan ambil remeh dalam merancang hidup kita. Ia sangatlah penting untuk diri kita. Bukan hanya untuk masa depan dunia malahan untuk masa depan akhirat juga.

Masa lapang adalah satu nikmat. Nikmat yang boleh jadi kebaikan mahupun keburukkan.Be a wise man.

No comments

Post a Comment