11/06/2012

Dodoi Sayang...

[Kredit]


Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah yang masih memelihara kita dalam pegangan agama Islam yang Dia redhai dan Nabi Muhammad SAW pembawa berita gembira kepada seluruh umat manusia.

Baru-baru ini ana ada menghadiri satu program yang diadakan di London. Ana hadiri program tersebut bukan sebagai peserta tetapi sebagai orang dapur. Tolong masak untuk peserta-peserta program bersama-sama sahabat-sahabat ana yang lain.

Pada awal pagi kami sediakan biskut-biskut dan air teh, dan juga air kopi. Masa tengah edarkan kepada peserta muslimah, tiba-tiba si kecil Tariq panggil ummi. Ana berpaling muka untuk melihat si kecil ini and ana tidak pula bersedia untuk menerima pelukkan daripada Tariq.

Ana dengan muka blur, tanya seorang kakak ini, siapa ummi kepada si kecil tariq ini. Sementara ummi tariq ada urusan, ana layan ja anak kecil ini. Konon-kononnya jadi ummi tariq yang 'real' [ Padahal tak tahu nak buat apa pun T_T]. Beberapa minit kemudian, Tariq dapat tahu yang ana bukan ummi sebenarnya.

" I want ummi..."

Tariq tetap berada di pengakuan ana dan ana katakan kepada dia bahawa nanti ummi Tariq akan datang sebentar lagi. Sementara dia berada di pengakuan ana, ana layan seperti biasa dan ada seorang kakak sedang pancing untuk berbual dengan Tariq. ApabilaTariq nampak ummi dia, terus dia bangun dan berlari kepada umminya.

Betapa hebatnya seorang anak yang boleh mengetahui dan merasai ibunya yang sebenar. Indicator yang Tariq milikki membuat dirinya tahu yang ana bukan ummi dia.

Begitu juga dengan life kita sebagai manusia yang hanya hidup sementara di dunia. Manusia kekadang dia lupa bahawa dirinya ada indicator untuk menyelamatkan dirinya daripada terjatuh ke dalam pengakuan dodoian syaitan.

Apa indicator kita?

Al-Quran dan As-Sunnah.

Namun itu semua tidak cukup hanya sekadar tahu. Kita perlu pelajari, mendalami dan praktik dalam kehidupan kita seperti apa yang telah diaplikasikan oleh si kecil Tariq.

Agak-agak andalah, bagaimana Tariq boleh tahu ana bukan umminya tanpa melihat wajah ana?

Sejak kecil, Tariq telah berada di dalam kandungan umminya dan lahirnya Tariq, dia belajar pula mengenali umminya, suara umminya, bau umminya dan pelbagai lagi. Semuanya dia pelajari. Walaupun ada tikanya dia tersilap seperti yang insiden yang berlaku antara ana dan Tariq.

Namun apabila dia sedar, dia terus mencari umminya sebenarnya walaupun dalam keadaan ana memeluknya dengan sayang. Seperti manusia yang sedar dirinya telah berbuat dosa. Dia berusaha mencari kebenaran dan Allah untuk keluar daripada dosa-dosa tersebut. Dia tidak membiar dirinya terus menerus dalam keadaan dosa.

Rasulullah SAW telah memberi amanat kepada kita supaya berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah jika ingin selamat. Semua itu tidak cukup sekadar mengetahui amanat tersebut. Menjadi tugas kita untuk mencari kebenaran dan mempelajari Islam yang sebenar daripada Al-Quran dan As-Sunnah.

Lihat saja contoh yang diberikan oleh seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Salman Al-Farisi yang dikenali dengan kekacakkannya. Salman Al-Farisi bukanlah daripada bangsa Arab [Sila buat research tentang beliau]. Dari kecil hingga ke besar beliau pergi merantau untuk mencari kebenaran semata-mata. Kebenaran kehidupan ini.

Perjalanan hidupnya bukanlah seperti kita sekarang ini yang dilahirkan terus dalam keadaan Islam. Dari agama Majusi, beliau tertarik dengan agama Kristian. Kemudian barulah beliau memeluk agama Islam. Bertahun-tahun beliau mencari kebenaran. Bukan satu masa yang singkat.

Syaitan pula sangat expert dalam memerangkap manusia. Syaitan sendiri telah meminta keizinan daripada Allah untuk menyesatkan manusia. Situasi ini membuat kita sedar bahawa kita sendiri kena berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari cinta Allah yang sebenar agar tidak terperangkap dengan jerat syaitan.

Apabila kita selesa dengan keadaan sekarang ini, tahu Islam hanya di sekolah, nothing will be changed. Tanpa kita sedar, kita sebenarnya telah pun berada dalam perangkap syaitan dan didodoi dengan penuh kasih sayang dengan keduniaan.

p/s: Mohon maaf tidak dapat update blog seperti sebelum-sebelum ini. Insya-Allah ana sedang dalam proses pembikinan beberapa buah video dan beberapa buah cerpen. Doakan ana.

No comments

Post a Comment