04/08/2012

Peganglah Tanganku



Bismilllahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah yang tidak pernah putus-putus memberi nikmat kepada manusia dan Rasulullah SAW ialah pesuruh Allah.

Ana ada melibatkan diri dalam 'summer camp' yang diadakan di Snowdonia, Wales selepas habis peperiksaan. 'Summer camp' untuk tahun ini menjadi tragik apabila tempat 'summer camp' kami menjadi ' raining camp'.

Ketika ana sampai ke tempat kem tersebut, hujan mula menitis. Daripada renyai menjadi lebat. Boleh ana katakan 'summer camp' tahun ini agak mencabar mental, fizikal dan spiritual apabila hujan tidak ada tanda-tanda mahu berhenti. Tiga hari berturut-turut dihujani hujan. Stoking tak tukar pun tidak mengapa kerana confirm sentiasa basah. Tidur juga dalam keadaan basah. Solat juga dalam keadaan basah. Melaksanakan aktiviti-aktiviti juga dalam keadaan basah. Konklusinya semua basah.[ Boleh bayangkan tak? Memang ada niat nak lari daripada kem. Oppsss!]

Namun, sehari sebelum hari terakhir kami berada di Snowdonia, Allah melimpahkan nikmat kepada kami dan mempermudahkan aktiviti hiking kami pada hari tersebut. Cuaca yang mendung diganti dengan nikmat matahari. Subhanallah.

Semasa memulakan hiking, ana selalu akan jadi orang terakhir sebab terlalu teruja dengan ciptaan Allah yang begitu cantik dan pantang kalau tidak mengambil gambar pemandangan. Tengah sedap-sedap posing ambil gambar tiba-tiba ada seorang ukhti [ Ana namakan Ukhti B] tidak berapa jauh daripada ana kena serangan asma.

" Call 911!!!" [Entah betul ke tak nombor ni. Hehehe...]
" Tak perlu..."
" Apasal pula?"
" Kita ada ramai doktor di sini." 

Alhamdulillah AJK-AJK team summer bukan calang-calang orangnya apabila ada di kalangan mereka ada yang mengambil jurusan medik dan persediaan inhaler juga disediakan. Mantap!

Setelah beberapa minit, Ukhti B rasa sihat kembali seperti biasa tetapi dia tetap berasa gusar hati dengan keadaan kondisinya pada masa itu. Ana seperti biasa tetap menjadi orang terakhir dan tidak lama kemudian Ukhti B kena serangan asma buat kali kedua.

Pada kali ini, dia memberitahu bahawa dia tidak mahu meneruskan aktiviti hiking dan dia juga akan pulang ke tempat parking kereta seorang diri. Ana tegaskan kepada ukhti B untuk tidak turun seorang diri. Bahaya untuk seorang perempuan berjalan keseorangan.

Pada ketika ini juga tiada siapa mahu mengundurkan diri setelah jauh meniti perjalanan. Ana juga bigung juga sebenarnya sebab ana juga tidak mahu kembali ke tempat parking kereta. Siapa tak nak sampai ke puncak? Hehehe...

Ukhti B bertegas sekali lagi untuk turun. Jadi dalam minda ana kena pasang strategi supaya ukhti B tidak mengikut perancangannya. Kemudian ana bubbling something dengan ukhti B.

Apa yang ukhti NA bualkan?


Minta maaf. Dirahsiakan. =)

Alhamdulillah ukhti B bersetuju untuk meneruskan hiking. Kami bertiga termasuk ukhti I agak keterbelakang daripada peserta-peserta yang lain. Tambahan pula kami banyak berhenti sepanjang perjalanan sebelum sampai ke puncak.

Manusia, di dalam dirinya ada sifat mudah putus asa, tidak sabar, mahu cepat dapat ganjaran dan sewaktu dengannya. Ana boleh katakan sebelum sampai ke destinasi, banyak keluar ayat,

" Dah nak sampai dah..."

" Tu puncaknya..." [ Banyak kali salah tunjuk puncak yang sebenar. Aduih!]

Sampai satu tahap, Allah memberi nikmat kesakitan di kaki ana. Kaki ana tiba-tiba cramp dan tidak boleh nak bergerak. Kepada ukhti B dan ukhti I, ana katakan kepada mereka untuk jalan ke depan terlebih dahulu sambil berlakon buat-buat nak ambil gambar pemandangan.

Apabila melihat ukhti B dan ukhti I semakin menjauh, ana cuba berjalan dan mengejar mereka secepat yang mungkin sebelum kaki ana bertambah sakit. Ana beritahu dalam diri ana,

" Aku tak boleh tunjuk lemah kepada mereka. Kalau tidak, Ukhti B akan lemah juga."

So, sepanjang perjalanan tu banyak berlakonkan diri tidak sakit, kuat, gagah perkasa....ok enough. Terlebih sudah.

Kesakitan dan keletihan yang kami hadapi sama-sama, Allah tetap memberi kekuatan kepada kami untuk teruskan perjalanan sehinggalah kami menjadi orang yang terakhir sampai ke puncak dan orang yang ditunggu-tunggu oleh sahabat-sahabat yang lain. Subhanallah!

Dan ramai yang tidak menyangka ukhti B dapat meneruskan perjalanan sehingga sampai ke puncak. Kesakitan dan keletihan yang kami hadapi semuanya hilang sekelip mata. Perasaan yang ada pada masa itu hanyalah kebahagiaan dan kegembiraan.














Setiap kejadian yang berlaku sebelum perjalanan dan setelah sampai ke puncak, banyak perkara yang ana muhasabah diri kembali. Ana teringat kembali akan kenangan lalu dengan seorang roomate ana di sebuah pusat pengajian.

Roomate ana ini pernah confess kepada ana bahawa dia telah melakukan perbuatan yang dibenci oleh Allah SWT. Ana agak tergamam juga dan ana sendiri tidak tahu nak beri reaksi yang bagaimana. Jalan terakhir, ana menjadi seorang pendengar.

Habis je roomate ana bercerita, ana ada cakap something dan ana terus tutup kes. Selepas itu, ana tidak ungkit mahupun mengingati pengakuannya. Kami berkawan seperti biasa dan sampai satu tahap dia sendiri mahu berubah ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Kadang-kadang ada manusia mahu berubah, tetapi terikat dengan kisah silam mahupun dosa silam. Ada juga manusia mahu berubah tetapi tidak menjumpai jalan. Ada kalanya juga kita sendiri menyekat perjalanan mereka ini.

Siapalah kita mahu menghakimi mereka?

Dan siapalah kita untuk copkan diri kita ini manusia yang baik dan mereka sebaliknya?

Ukhti B ada matlamat yang sama seperti ana iaitu mahu sampai ke puncak. Kalau ukhti B betul-betul berpatah jalan, kemungkinan terbit kesedihan di hatinya kerana tidak mampu mencapai matlamat.

We need each other untuk ke jalan Allah. Jalan ke syurga tidak dibentang dengan bunga tetapi dibentang dengan duri. Ketika sahabat kita terkena duri, cabutlah duri tersebut, pegang tangannya dan berjalanlah bersama-sama sehingga menggapai destinasi yang diimpikan.

-Tamat-

Ohho...Ukhti NA sudah lama menghilangkan diri. Minta maaf sangat-sangat.

No comments

Post a Comment