11/05/2012

Kejatuhan Bukan Bermakna Lemah

[Kredit]


Ada satu masa, di mana Allah SWT menguji manusia dengan kejatuhan. Kejatuhan bukan sebarang kejatuhan. Kejatuhan pada satu titik yang menyebabkan kekuatan diri  dan kepercayaannya diuji. Di sinilah terserlahlah siapa diri kita di hadapan Allah SWT.

Ye, kekadang Allah menguji kita kerana Dia rindu akan hamba-hamba-Nya. Ana percaya ujian kejatuhan yang disediakan oleh Allah bukan satu ujian yang sia-sia. Daripada kejatuhan, bukan saja Allah SWT mahu kita kembali kepada-Nya malahan Dia mahu ajarkan kepada kita supaya menjadi insan yang lebih kuat dan percaya akan janji-Nya.

Dunia bukan selalu sama. Setiap tahun pasti akan ada perkembangan yang lebih baik pada tahun-tahun sebelumnya. Dunia juga bukan selamanya kerana akhirat menanti kita yang merupakan destinasi yang kekal abadi. Syurga bukan boleh dibeli dengan harga murah. Semuanya memerlukan kekuatan, pengorbanan dan terus mempertingkatkan pegangan kita kepada janji Allah untuk meraih syurga.

Ukhti NA ialah seorang pendosa. Ya, ana merupakan seorang pendosa dan juga hamba kepada Allah. Bukan seorang yang sempurna. Ada suatu tabiat yang ana suka lakukan tetapi ana tahu Allah tidak akan menyukai apa yang ana lakukan. Dalam hati, ana telah berazam untuk tinggal terus menerus tabiat tersebut.

Anda fikir ana berjaya meninggalkannya?

Tidak! Ana gagal. Ana jatuh sekali lagi menjadi pendosa. Kemudian mula timbul rasa berdosa kepada Allah SWT sehingga ana menangis keseorangan dan meminta kepada Dia,

" Allah! Hatiku sakit. Sakit dengan dosa ini. Aku ingin meninggalkan dosa ini namun aku gagal. Aku mohon kekuatan daripada-Mu. Aku mohon kekuatan daripada-Mu untuk meninggalkan dosaku ini."

Anda fikir ana berjaya untuk kali kedua?

Tidak! Ana jatuh lagi dan lagi sehingga ana rasa, analah orang yang benar-benar seorang pendosa berbanding dengan orang-orang di sekeliling ana. Dan satu pertanyaan yang selalu akan keluar di dalam hati ana,

" Kenapa mengulangi perkara yang sama NA?"

Hamba Allah, tidak akan terus menerus menjadi seorang pendosa. Sebaliknya dia terus menerus mencari kekuatan untuk berubah. Berdoa saja tidak mampu memberi hasilan positif. Tindakan seharusnya seiring dengan doa.

Kekuatan mampu diraihkan apabila kita tidak pernah berputus asa. Ana tidak mengatakan ana selalu kuat. Dalam mengharungi jalan kebaikan, ana telah cedera dan luka beberapa kali. Tangisan usah dikira. Seperti seorang pelari rentas desa yang berasa kepenatan di pertengahan jalan. Dengan air tiada di sisi. Nafas tidak menentu. Luka di anggota badan.

Namun semua itu tidak membuatnya mahu berhenti dan menyerah kalah. Sebaliknya dia terus berlari. Kalau tidak berlari, dia berjalan kerana dia yakin dia mampu sampai ke garisan penamat.

Contoh lain, pada suatu hari ana terjatuh. Rakan serumah ana tiada di tempat kejadian. Adakah ana hanya merintih kesedihan tanpa mengambil sebarang tindakan?

Tidak! Ana cuba bangun sendiri dan ubati luka ana sendiri. Mengapa ana berani bertindak sedemikian? Kerana ana yakin, dengan tindakan ana ini mampu membawa kepada penyembuhan kepada luka ana dan lama kelamaan kesakitan di badan ana akan hilang.

Maka Allah telah menjanjikan,

" Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" [ Asy-Syarh:6]

Yakinlah kepada Allah yang Dia akan menghulurkan pertolongan kepada kita. Saat kita jatuh, jangan mengalah, bangun kembali kerana Allah sedang menanti untuk menolong kita. Even beberapa kali pun kita jatuh jangan mengalah kepada bisikan syaitan. You have faith that Allah will help you. Allah will help you.

" dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan." [Ad-Dhuha:4]

Perjalanan kita ke jalan Allah SWT, Dia tidak pernah menjanjikan kebahagiaan. Namun, di pengakhiran, Dia menjanjikan kebahagiaan yang hakiki. Maka janganlah kita mengalah sedangkan Allah SWT masih memberi ruang masa kepada kita untuk terus berusaha ke arah kebaikan yang diredhai oleh-Nya.

Ingat, Allah SWT sentiasa berada di sisi kita. Always. Kita rasa jauh daripada-Nya kerana kita sendiri yang menjauhi-Nya.

P/s: Minta maaf ana tidak mampu untuk update blog terlalu kerap untuk bulan 5 ini disebabkan sedang berperang dengan final exam. Apa-apa pun Insya-Allah ana akan cuba sedaya upaya untuk update walaupun sedikit. Doakan ana dan sahabat-sahabat ana yang lain yang sedang menghadapi final exam semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Lots of love from Uk ^_^

2 comments:

  1. Salam,
    Good luck in your final exam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...
      Jazakillah khairan kathira... =)

      Delete