14/05/2012

Aku Sudah Berusaha, Tetapi Kenapa?

[Kredit]


Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, yang masih menganugerahkan kekuatan kepadaku untuk menulis walaupun busy dengan exam. Dan Rasulullah SAW, ialah pesuruh Allah yang membawa manusia kepada cahaya Ilahi.

Alhamdulillah, baru sebentar tadi menyelesaikan peperiksaan untuk kertas yang pertama iaitu Medical Imaging and Measurement. Semuanya berkaitan dengan scanner, X-ray dan macam-macam lagi untuk melihat organ dalaman manusia.

Ada lagi 6 paper untuk diperangi. Bermakna kekuatan diri harus dipertingkatkan lagi untuk mengharungi perjalanan sebelum menduduki peperiksaan.

Ada satu kata-kata Dr Ala' Hilat yang disebarkan oleh Hilal Asyraf, iaitu

" Semasa kamu berusaha, berusahalah seperti tiada yang akan mampu memberikan natijah yang baik selain usaha kamu itu. Tetapi di dalam hatimu, bergantunglah kepada Allah SWT, dengan penuh keyakinan bahawa tiada apa yang akan mampu memberikan natijah yang baik selain daripada pertolongan-Nya."

Apa yang dimaksudkan dengan ayat di atas? Ayat di atas dikaitkan dengan konsep tawakal yang sebenar.

" Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekadm maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal." [Ali-Imran:159]

Bila ana baca ayat-ayat ini, terus memberi motivasi ana untuk bekerja lebih bersungguh-sungguh walaupun ana tahu perjalanan ini bukan ditaburi dengan bunga ros yang sentiasa wangi tetapi perjalanan ini ditaburi dengan duri-duri bunga ros.

Ana percaya, Allah SWT akan menolong ana dengan berlandaskan usaha yang ana lakukan. Jika tidak, ana percaya usaha ana akan dikira oleh Allah SWT untuk masuk ke dalam akaun akhirat.

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." [ Ar-Ra'd:11]

Ya, Allah mecintai hamba-hamba yang bertawakal kepada-Nya. Namun adakah Allah membiarkan keadaan kita begitu saja?

Tidak! Allah akan menguji kita setakat mana kita bertawakal kepada-Nya? Setakat mana kita percaya akan takdir-Nya?

Seperti ana katakan sebentar tadi, jalan menuju kepada Allah SWT tidak ada jalan shortcut mahupun yang mudah.

 " Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ' Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji." [ Al-'Ankabut:2]

Di dalam dewan peperiksaan sebentar tadi, semasa helaian kertas soalan dibuka, ana baca soalan dan terkedu. Ana membuka lembaran helaian berikut juga. Ana masih terkedu melihat soalan yang diberikan.

Kenapa ana terkedu?

Ana tidak tahu untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Dalam hati,

" Mak! NA nak balik!!! Huhuhu..."

Kemudian ana cuba tenangkan diri. Ana ingatkan kembali akan kisah perang Al-Ahzab di mana Rasulullah SAW merintih kepada Allah SWT dengan rendah diri.

" Ya Tuhanku! tanpa Engkau kami tiada hidayat
Takkan kami bersedekah dan bersolat
Turunkanlah ke atas kami kemenangan..."
Cerita ini memberi inspirasi kepada ana. Maka ana berbicara dengan Allah SWT.

" Ya Allah, Engkau saja yang mampu melupakan ilmu yang aku usahakan. Dan Engkau juga berkuasa untuk memberi ilham kepadaku. Aku mohon pertolongan daripadaMu Ya Allah. Bantulah hamba ini yang sedang dalam keadaan buntu. Dan aku berserah diri kepada Engkau apa saja yang Engkau tentukan untuk aku."

Kekadang manusia boleh menyoal Allah SWT kembali.

" Kenapa? Aku telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Tapi kenapa ini yang aku dapat?"

Inilah titik tolak bagaimana faith kita kepada Allah SWT dan bagaimana hubungan kita dengan Allah SWT. Saudaraku, jangan pernah hilang kepercayaan kepada Allah SWT sekiranya kita tahu apa yang kita lakukan semuanya kerana Allah SWT semata-mata.

Kenapa ada kecewa?

Kerana kita buat semua itu untuk dunia bukan untuk Allah SWT.


Change your intention. Work for Him. Kalaupun di dunia kita adalah loser, tapi di akhirat tidak lagi.

" Dan janganlah kamu (merasa) lemah, jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman." [Ali-'Imran:139]

Di dunia kita tidak nampak darjat tersebut, tetapi di akhirat semua perbuatan dan usaha kita akan dipersembahkan. Teruskan tawakalmu kepada Allah SWT.

p/s Alhamdulillah. Allah telah menolong ana. " Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." Trust Him. Lots of love from Uk.

No comments

Post a Comment