02/05/2012

Aku Kenal Cinta Melalui Mereka.

[Kredit]


Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah yang memberi nikmat cinta yang tersemat di hati ini. Rasulullah SAW adalah seorang pencinta yang agung. Pencinta kepada umatnya teruatamanya yang belum pernah beliau temui.

Alhamdulillah. Selama 3 tahun Insya-Allah ana berada di bumi Uk, banyak yang Allah ajarkan kepada ana apa itu ertinya cinta. Selama ana tinggal bersama-sama housemates ana, banyak perkara yang ana pelajari.

Di saat ana masih remaja, bila orang katakan cinta, ana bayangkan seorang lelaki. Lelaki yang bakal berdamping dalam hidup ana. Masa itu belum ada pemikiran perkahwinan. Yang ada hanyalah semata-mata couple. Ini perkara biasa yang berlaku kepada para remaja. [ NA budak hingusan lagi. =) ]

Apabila masa usia meningkat, pemikiran ana terhadap perkataan cinta telah berubah. Selama ana tinggal bersama-sama dengan housemates, ana banyak belajar erti ukhuwwah fillah. Ana banyak belajar erti cinta dalam sebuah keluarga.

Bukan satu perkara yang senang buat diri ana untuk merasai cinta sebenar dalam diri. Bertahun ana mencari cinta dan belajar.

Dalam rumah ana duduki sekarang bersama-sama housemates ana, di sinilah ana belajar cinta. Ana belajar cinta daripada housemates ana.

Pelik betul la falsafah ukhti NA bawa ni...Macam mana boleh belajar cinta di dalam rumah dan daripada housemates pula tu?

Hehehe...

Housemates ana ialah housemates yang luar biasa bagi ana. L.U.A.R B.I.A.S.A. [ Eja betul-betul ]

Memang selama ini, ana boleh dikatakan jaga solat, jaga puasa, jaga...ok. Tak nak sebut lebih-lebih. Nanti orang kata riak pula NA ni. =)

Insya-Allah, pembaca juga ialah manusia yang terbaik lagi osem di mata Allah.

Okay, back to main topic.

Tapi, hati ana tetap ada something missing. Something that I need to find out.

Alhamdulillah, di bumi Uk ana jumpa kebahagiaan. Kebahagiaan yang tidak mampu ana salurkan perasaan ini kepada pembaca.

Di dalam rumah ini, mereka mengajar ana untuk solat berjemaah, dekati Al-Quran, kenali Al-Quran, belajar kemurahan hati, belajar kesusahan bersama-sama, masak bersama-sama, makan bersama-sama, bergurau senda dan macam-macam lagi.

Ini merupakan sesuatu perkara yang baru bagi ana untuk merasai semua ini. Sesuatu yang tidak pernah ana buat selama ini.

Cinta yang ana cari selama ini rupa-rupanya ada pada pemilik sekalian alam. Dasar kepada cinta itu, ialah apabila kita benar-benar dekati Allah. Mengenali Allah di setiap pelusuk kehidupan kita. Belajar mencintai Dia.

Dan mereka ini iaitu housemates ana, membawa ana mencintai Allah dan Rasul-Nya, sehingga ana dapat merasai perasaan cinta kepada housemates ana.

Apa yang Allah sukai, apa yang Allah cintai, itulah yang kami lakukan bersama-sama.

Perhubungan kami, ana tidak katakan pula selalu gembira melompat sentiasa. Setiap manusia, mempunyai perangai tersendiri. Begitu juga housemates ana. Ada yang suka memasak. Ada yang jenis pembersih dan bermacam-macam perangai lagi.

Jika mereka mempunyai keburukkan, ana juga mempunyai keburukkan. Jadi, apa yang menyebabkan ana menerima mereka seadanya?

Bila kamu mencintai Allah, kamu akan mencintai sahabatmu seadanya. Keburukkan yang kita tidak sukai dalam diri mereka itu, kita terima seadanya.

Kekadang semua ini adalah kerana Allah mahu mendidik kita untuk menerima sesuatu yang tidak perfect dengan seadanya. Allah mahu kita hargai apa yang ada di depan kita. Ubahlah cara fikiran kita. Fikirkan kebaikan-kebaikan sahabat kita.

Kalau benar tidak menyukai perangai sahabat kita, tegurlah dia dengan baik.

Sehingga kini, mulut ana cukup berat untuk melafazkan cinta kepada mereka. Tulis tu, ana berani la. Jadi, apa yang ana buat?

Dalam diam, ana tenung wajah mereka, ana berkata kepada Allah,

" Allah, aku mencintai dia kerana Mu. Tanamlah cinta ini di dalam diri kami atas keimanan."

Satu lagi perkara yang ana akan buat ialah, apa saja yang mereka suruh buat, ana buat sebagai tanda cinta. Mungkin mereka tidak tahu. tetapi Allah saja yang tahu. Apabila ana melihat senyuman di wajah mereka, itulah kebahagian ana.

Muka ana memang kebal sikit. Seperti tidak ada perasaan. Bila housemates ana lafazkan cinta mahupun sayang, ana buat muka innocent je. Dalam hati tengah gelabah sebenarnya sebab tak tahu nak balas apa. Hehehe...[Kantoi la sudah.]

Sorry housemates kerana mempunyai seorang rakan serumah seperti tidak ada perasaan. [Peace]

Namun, cinta ana kepada mereka tetap ada limit dan batas-batasnya. Jika ibu bapa memanggil ana, maka cinta ana kepada ibu bapa perlu didahului dulu selagi tidak melanggar hukum Allah. Jika Allah memanggil ana, maka cinta ini yang ana akan kerjakan dahulu sebelum ibu bapa ana.

Dan cinta kepada Allah tiada batas kerana Dia pencipta kita dan kepada Dia kita akan kembali buat selama-lamanya.

Cinta itu ada pada Allah. Cintailah Allah. Insya-Allah, Dia akan menganugerahkan perasaan kecintaan dalam diri kita.

P/s: Minta maaf dah lama tak update blog. Hak pembaca ana tidak tunaikan secara amanah. T_T


7 comments:

  1. Jejak ke blog ini kerana blog ini di share oleh Aiman Azlan. Dan lepas baca mengenai cinta dalam blog ini. baru saya faham kenapa Aiman share blog ini.

    pandang dengan rasa cinta, maka hati akan tenang, hati riang. tiada benci. tiada sakit. =)

    ReplyDelete
  2. Seriously! kita jenis yang sama.

    saya suka pari ni!
    Sehingga kini, mulut ana cukup berat untuk melafazkan cinta kepada mereka. Tulis tu, ana berani la. :D

    Nice reading!

    ReplyDelete
  3. love.
    mekar di hati kerana ALLAH..
    indah sungguh.
    *jumpa article ni sbb aiman azlan share^^

    ReplyDelete
  4. ukhtie Na..benar..jika kita cintai sahabat2x kerana ALLAH dan bersama sama dengan mereka untuk mencintai ALLAH..its something yang xda kata mampu d lafazkan..:)

    ReplyDelete
  5. pure loves !
    btw , jumpa blog ukhti sbb Aiman Azlan share kat FB .

    ReplyDelete
  6. Jazakumullah khairan semua orang yang membaca blog ana yang tak sehebat mana pun... =)

    ReplyDelete