05/04/2012

Sahabat-Sahabatku Ke Jeddah

Petang tadi ana keluar. Keluar untuk menghantar sahabat-sahabat ana yang bakal melewati rumah Allah. Sungguh kalau diizinkan ana mahu pergi buat kali kedua. Tapi visa pun tidak buat, tiket flight pun tidak ada, masih ada hati nak pergi Ukhti NA ni. =)

Ana pergi dengan ada tujuan. Ana ingin pergi berjumpa mereka sebelum berangkat dan ingin memberi amanah kepada seseorang. Biarlah rahsia.

Daripada rumah ana ke terminal Heathrow mengambil sejam lebih. Boring juga duduk dalam tube lama-lama. Jadi ana bawa la buku supaya tidak membuang masa dalam perjalanan ke terminal. Masa itu berlalu. Kita kena kejar supaya tidak menjadi orang-orang yang dalam kerugian. Menyesal tak sudah nanti.

Masa ana berada di suatu perhentian station, ana message sahabat ana untuk tahu kedudukan mereka. Selepas itu, sahabat ana reply. Mereka semua sudah mahu berangkat masuk ke dalam sebabnya flight mereka diawalkan. Lihat jam, mereka semua ada lagi sejam 15 minit sebelum berlepas.

Hanya Allah saja yang tahu betapa cemasnya ana pada masa itu kerana ana pergi bukan saja-saja tetapi membawa hajat besar. Seorang wanita duduk di depan ana hanya mampu melihat ana yang tidak mampu duduk dalam keadaan tenang lagi.Lagi satu stop untuk sampai ke terminal. Dalam hati ana berdoa.

" Ya Allah aku mohon supaya aku sempat menjumpai mereka. Aku mahu menyampaikan hajatku ini. Namun andai sebaliknya yang terjadi aku redha ya Allah."

Sampai sahaja terminal ana terus pecut lari. Ana berusaha untuk sampai tempat departure. Serius seperti drama melayu yang sedang mengejar kekasih. Hehehe...

Alhamdulillah. Ana sempat berjumpa dengan sahabat-sahabat ana dan juga berjumpa dengan seseorang untuk menyerahkan amanah ana kepada dia.

Ana siap nak ambil gambar lagi. Camera dah ready dalam beg. Bila on saja camera, skrin tidak menyala. Rupa-rupanya ana lupa letak bateri. Aduh! Sememangnya Allah yang telah menyusun semua ini. Kita tidak tahu disebaliknya mungkin ada yang baik buat diri ana dan juga sahabat-sahabat.

Alhamdulillah semuanya selamat check-in dan selamat boarding. Moga Allah permudahkan perjalanan mereka, memberi kekuatan kepada mereka dalam mengejarkan ibadah umrah dan redha pada setiap perjalanan mereka.

Bulan 6 ini Insya-Allah, ana aim nak pergi buat kali kedua. Doakan. =)

No comments

Post a Comment