07/04/2012

Jatuh hati-7

Dia memegang tangan orang yang memegang bahunya. Bagaikan berada di alam mimpi. Ikhwan berasa tidak puas hati lantas dia bergerak ke hadapan untuk melihat lebih dekat lagi. Muka orang tersebut dia pegang dan diusap perlahan-lahan. Sebak di dalam dada tidak dapat dibendung lagi.

" Ibu..." Perlahan dia bersuara tanpa sedar air matanya jatuh lagi. Kini tangisannya bercampur aduk antara kesedihan dan kerinduan. Dia menatap wajah itu dengan penuh rasa rindu. Wajah itu masih tersenyum. Dia tidak mampu lagi membendung perasaan rindu.

" Ibu..Wan rindu..." Tubuh Ibunya di peluk begitu kejap sekali. Rindu akan suara ibunya. Rindu akan belaian manja ibunya. Rindu mendengar celoteh ibunya. Ibu Ikhwan mengusap belakang Ikhwan dengan penuh kasih sayang. Ibu mana yang tidak rindu kepada anak. Lagi-lagi Ikhwan yang tinggal berjauhan daripadanya.

" Ibu pun rindu dengan anak ibu sorang ni." Ibu Ikhwan juga turut berasa sebak tanpa sedar air matanya mengalir. Sedang anak beranak ini sedang melayan perasaan rindu, mereka tidak perasan ada seseorang juga yang sedang memerhatikan mereka.

" Sudah-sudah la tu Wan. Drama ko buat ini boleh buat aku menangis sehari semalam. Stok tisu dalam rumah ni pun rasanya tak cukup nak tampung air mata aku ni." Ikhwan yang sedang kejap memeluk ibunya berasa terkejut dengan sergahan suara yang amat dikenalinya. Dia beralih kepada suara empunya itu.

" Haikal!" Haikal hanya menunjuk sengihannya yang sambil bersandar pada dinding.

" Peace..." Dua telunjuk jari Haikal ditunjuk kepada Ikhwan. Sungguh, Ikhwan rasa runsing dengan situasi sekarang ini.

" Wait. Apa semua ini?" Haikal menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal setelah mendengar persoalan daripada Ikhwan.

" Sorry. Semua ini perancangan aku. And my mum and my dad also ambil bahagian."

" Owh..Ko nak permainkan aku ek? Ko tau tak, aku malu. Malu nangis depan ko. Nanti orang ingat aku jambu. Siap ko dengan aku." Ikhwan mara ke arah Haikal. Bantal diambil dan terus melakukan serangan. Haikal yang tidak sempat bersiap sedia terus dipukul oleh Ikhwan tanpa sebarang pertahanan.

" Nak mainkan aku ek? Ambik ko ni. Rasakan." Dalam sedang dia memukul, telinganya rasa begitu perit sekali.

" Ampun bu! Ampun bu! Wan tak buat dah." Pukulannya terhadap Haikal dihentikan serta merta selepas mendapat amaran daripada ibunya. Dia memegang telinganya. Rasa peritnya tidak hilang lagi. Haikal melihat keadaan Ikhwan terus ketawa. Melihat Haikal mengetawakan dirinya terus satu tumbukkan diberikan pada bahu Haikal.

" Ikhwan! Sudah-sudah la tu."

" Dia ni ibu. Suka gelakkan orang."

" Eh! Nak gelak pun tak boleh ke? Itu satu anugerah daripada Allah tau." Melihat Ikhwan seperti mahu memukul Haikal lagi, Ibu Ikhwan cepat-cepat menghentikannya.

" Wan! Sudah-sudah la tu. Korang berdua ni umur berapa ek? Nak kata 5 tahun tapi dah masuk universiti dan tak lama lagi dah nak grad. Confirm tak boleh nak kahwin lagi ni." Terdiam kedua-dua sahabat setelah mendapat ceramah percuma daripada ibu Ikhwan.

" Wan pun satu, Ibu dah ada dekat sini bukannya nak guna peluang."

" Ibu ko dah merajuk tu. Pergi la pujuk dia." Haikal membisik perlahan-lahan di telinga Ikhwan. Dia menolak Ikhwan untuk memujuk ibunya. Perlahan-lahan Ikhwan melangkah kepada ibunya.

" Ibu..Sorry.. Untuk pengetahuan ibu, Wan rindu rindu rindu rindu saaaaangat dekat ibu ini tau. Hari-hari Wan tengok gambar Ibu. Lain la Si Haikal tu. Mummy dia depan matanya."

" Amboi! Pekena aku nampaknya." Ikhwan buat tidak hairan dengan jelingan amaran daripada Haikal. Misinya sekarang adalah memujuk ibu yang tercinta.

" Ibu. Jangan la macam ni. Ibu taknak peluk anak ibu yang sudah 4 tahun tidak berada di sisi ibu. Ibu!" Dia mengeluh apabila tidak mendapat tindakbalas daripada ibunya. Secara tiba-tiba dia merasa satu tangan yang sedang mengusap rambutnya.

"  Siapa kata tak rindu. Mesti la ibu rindu. Wan tu, jarang sangat telefon ibu. Ibu risau tahu. Ini yang buat ibu nak pulas telinga Wan lagi ni."

" Aduh! Ibu! Sakit telinga Wan." Ibu Ikhwan yang ketawa mendengar aduan sakit. Dia terus memeluk Ikhwan. Sungguh dia benar-benar rindukan ibunya. Haikal yang melihat situasi tersebut membuat dia tersenyum. Matanya menangkap susuk tubuh mummy dia di depan pintu. Perlahan dia bergerak pergi kepada mummy. Tambahan pula dia mahu memberi ruang kepada Ikhwan dan ibunya untuk melepaskan rindu yang telah lama dipendam.

" Mum. Kal nak minta maaf. I know, I'm not a good son to his parent. Kal selalu buat mum susah hati dengan Kal. Please forgive me mum." Puan Maisarah seakan-akan tidak percaya dengan ungkapan anaknya itu. Dia tidak sedar yang air matanya sedang mengalir di pipi.

" Mum. Please don't cry. I feel hurt when I looking at your tears." Haikal menyapu air mata mummynya. Semakin laju air mata Puan Maisarah menangis. Dia terus mendakap Haikal. Inilah detik-detik yang ditunggu oleh Puan Maisarah. Encik Kamarul hanya mampu melihat adegan tersebut dari jauh.

" Subhanallah. Alhamdulillah." Hanya pujian kepada Allah yang mampu diungkapkan oleh Encik Kamarul pada masa itu. Hatinya berasa begitu tenang sekali melihat keadaan itu. Tenang yang tidak mampu diungkapkan dengan kata. Hanya orang yang melaluinya yang mampu merasai perasaan ini.

.......................................................

Kehidupan Haikal dan Ikhwan kembali tenang setelah berjaya mengharungi ombak yang menguji persahabatan mereka berdua. Pada petang sebegini, Haikal dan Ikhwan selalu melepak di pantai. Tambah-tambah sekarang musim panas. Sesuai untuk beriadah dan berkelah. Keluarga Ikhwan dan Haikal turut berada di situ. Jarang sekali dapat berkelah bersama keluarga. Kesempatan ini diambil untuk membina kembali tali persaudaraan yang rapuh sebelum ini.

" Kal! Macam mana ko boleh rancang semua ini? Semua ini betul-betul satu kejutan buat aku." Pada masa ini, Haikal dan Ikhwan duduk jauh sedikit daripada keluarga. Ibu Ikhwan pula tidak perlu dirisaukan kerana ada Puan Maisarah yang begitu peramah orangnya.

" Semua ini berlaku bila aku balik dalam keadaan marah. Ingat lagi tak masa ko kata sesuatu dekat aku?" Ikhwan menggangguk kepalanya.

" So, daripada situ hanya Allah saja yang tahu betapa geram dan marahnya aku pada ko. Sampai satu ketika aku duduk dan merenungi kata-kata ko. Aku flashback kembali hidup aku bersama keluarga aku. Tambah pula aku tengok cara ko berhadapan dengan ibu ko. Selalunya ko akan cakap dengan ibu ko dengan muka yang manis tak pernah masam lagi. Ibu ko merajuk ko pujuk. Bila ibu ko tak setuju sesuatu perkara ko beralah tetapi ko tetap tidak putus asa. Ko cuba dengan cara lain. Tapi aku, bila mum kata ini aku kata itu terus muka aku jadi kelat dan mula nak berbalah. Dari situ fahamlah aku, aku belum sayang dan cinta dengan sebenar-benarnya kepada kedua orang tua aku."

" Hidup ini penuh dengan ujian. Ujian yang Allah beri bukan saja-saja. Contohnya ko dengan keluarga ko. Kalau Allah tidak beri ujian sampai bila pun ko takkan rasa sayang dan cinta sebenar kepada mak dan ayah ko tu. Think positive beb..." Ikhwan menepuk perlahan-lahan bahu Haikal.

" Aku rasa cukup bertuah dapat kenal ko...Aku.."

" Kal. Apa yang sedang berlaku semuanya daripada Allah dan tiada kebetulan. Dia mendidik kita dengan pelbagai cara untuk kita bersiap-siap jadi hamba Allah dan mati dalam keredhaan-Nya. Tak gitu?"

" Dalam sehari tak dapat tazkirah daripada Encik Ikhwan ini tak sah hidup aku." Terus meledak ketawa daripada mereka berdua. Manisnya Ukhuwwah bukan terletak pada apa yang dilihat oleh manusia iaitu bahagia dan gelak ketawa. Tetapi manisnya ukhuwwah apabila masing-masing cuba membawa saudaranya kembali kepada Allah.

" Eh! Sambung balik. Macam mana ko rancang bawa ibu aku ke sini? " Terlupa pula Haikal untuk menjelaskan soalan Ikhwan.

" Lepas aku sedar tu, aku segan nak minta maaf dengan ko. Aku pun ada ego tau. Kemudian aku teringat yang ko dah lama tak balik Malaysia. Jadi aku buat satu proposal yang bertajuk ' Anak Manja Yang Rindu Kepada Ibunya."

" Perli aku nampak."

" Ada aku kisah. Sambung balik. Aku beritahu dekat mum semua masalah kita termasuk rancangan aku hendak bawa ibu ko ke sini. Semuanya mum yang uruskan. Aku cuma tunggu ketibaan ibu ko dan merancang pertemuan dengan ko. The end."

" Sungguh bijak anak Encik Kamarul dan Puan Maisarah membuat perancangan."

" Thank you. Thank you. You know me Wan. I'm a clever person."

" Perasan."

" Abang Wan!" Haikal dan Ikhwan yang sedang berbual terus menoleh kepada suara tersebut. Ikhwan terkejut setelah melihat gerangan suara orang tersebut.

" Khadijah!" Haikal menghantarkan isyarat pertanyaan kepada Ikhwan. Namun ia tidak dibalas oleh Ikhwan. Siapa Khadijah? Hanya itu yang mampu terungkap di dalam hati Haikal.

No comments

Post a Comment