09/04/2012

Kamu Beri Tetapi Kamu Juga Perlukan Bekalan

Enjin kereta dihidupkan. Kereta dipandu daripada rumah ke destinasi yang telah dirancangkan. Beberapa minit kemudian, tiba-tiba kereta tidak mampu dipandukan lagi dan enjin kereta terus mati.

Gelabah Si Pemandu memikirkan apa yang tidak kena dengan keretanya. Kerana sebelum ini, kereta ini telah dibawa ke merata tempat dan tidak ada buat meragam. Entah kenapa hari ini keretanya berhenti secara tiba-tiba. Si Pemandu cuba menghidupkan enjin kembali namun gagal. Secara dia tidak sedar bahawa minyak keretanya sudah kehabisan.

Begitulah yang berlaku ke atas manusia yang cuba mengajak manusia yang lain kembali kepada fitrah yang asal atau lebih spesifiknya dipanggil sebagai daie.

Daie juga manusia biasa bukan malaikat yang sentiasa perfect. Dia juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Namun apa yang membuat dia untuk memikul tugas ini?

Dia ini sedar bahawa jika dia tidak memikul tugasan ini siapa lagi yang mahu membawa manusia untuk tunduk dan patuh kepada Allah. Atas dasar tanggungjawab dan kasihnya kepada saudaranya dia sanggup melakukan tugasan ini even dia tahu dia bakal menerima banyak dugaan.

Dalam mengajak manusia ke arah kebaikan, kadang-kadang daie ini lupa bahawa dia juga manusia seperti yang lain. Dia juga memerlukan sesuatu bekalan untuk diri dia untuk teruskan tugasan beliau sebagai seorang daie.

Seperti juga dengan pokok bunga. Daie itu seperti tanah dan mad'unya ialah bunga. Untuk menumbuhkan bunga tersebut menjadi mekar, tanah memerlukan bekalan untuk disalurkan kepada bunga. Apa bekalannya, iaitu air.

Tiada air, tanah kering, bunga terencat.

Daie itu luar biasa kerana dia sedang menghadapi apa yang telah dialami oleh Rasulullah SAW dan para sahabat semasa menyampaikan risalah walaupun tidak segentir yang generasi dahulu hadapi. Namun jangan lupa, daie juga manusia yang memerlukan bekalan.

Suatu saat Abu Musa al-Asya'ri datang kepada Umar. Umar berkata," Ingatkan kami kepada Tuhan kami." Lalu Al-Quran dibacakan.

Moga Allah memberi kesedaran kepada para daie apabila bekalan terputus. Kerana bekalan sangat penting untuk para daie untuk terus berada di jalan dakwah. Setelah dia sedar, dia berada dalam kekeringan maka berusahalah mencari bekalan.

Seperti kereta tadi. Sekiranya Si Pemandu tidak berusaha mencari jalan penyelesaiaan maka terbiarlah kereta itu di situ.

No comments

Post a Comment