02/04/2012

Ibu Bapa Diktaktor...

[Kredit]


Assalamualaikum everybody...

Segala puji bagi Allah yang begitu banyak nikmat-Nya yang dicampakkan kepada kehidupan kita.

Ana ada baca satu post daripada Aiman Azlan mengenai seorang anak yang inginkan kebebasan dalam membuat keputusan hidupnya. Sebaliknya kehidupannya telah diatur oleh ibu bapanya hingga ke hari dewasanya.

Terdetik hati ana untuk berkongsi sedikit sebanyak daripada pengalaman ana.

Sebelum itu, kita perlu ketahui segala yang ada di bumi ini adalah untuk didikkan kita daripada Allah. Contohnya seperti kes di atas. Seorang anak yang mempunyai ibu bapa yang telah merancang kehidupan anaknya. Allah ingin mendidik dia untuk tabah menghadapi ujian ini. Allah mahu dia terus berharap dan bergantung kepada Dia.Semuanya adalah untuk mendidik manusia agar menjadi hamba yang terbaik kepada Sang Pencipta.

Apa-apa sahaja masalah yang datang kepada kita, sekali pun ujian yang besar, ingatlah Allah tidak akan mendatangkan ujian itu secara sia-sia. Sebaliknya Dia mahu mendidik  hati kita kuat dan terus yakin akan janji Allah. Yang mensia-siakan ujian ini hanyalah manusia iaitu apabila dia berputus asa. Padahal Allah mahu menganugerahkannya kedudukan yang tinggi di sisi-Nya dan nikmat yang lebih baik.

Dari ana kecil hingga ke hari ini, ada beberapa perkara yang akan diputuskan oleh emak dan ayah ana. Ujian ini tidak pernah habis dan tidak pula berhenti. Contohnya, dari segi pemakaian. Apa-apa saja ana ingin pakai mesti dapat keizinan darpada my Queen and King. Pada satu tahap ana tidak suka akan cara pemakaian ana. Ana mahu mengubah tetapi mendapat tentangan. Kadang-kadang ana menangis bersendirian dan bertanya kepada diri, kenapa emak dan ayah ana tidak mahu memahami anaknya?

Stop right here.

Sememangnya ibu bapa tidak mengetahui isi hati kita. Hanya Allah saja yang memahami apa yang terucap di dalam hati kita.

Continue...

Ana tidak give up. Ana terus mencuba untuk berubah walaupun banyak tentangan. Satu yang ana ingin pesan, jangan sesekali meninggi suara depan emak dan ayah kita kerana bila kita bersuara tinggi, mereka juga akan bersuara tinggi dan akhirnya kemenangan berpihak kepada syaitan. Walaupun mereka menentang, bercakaplah dengan sopan kepada emak dan ayah.

" ..janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkankanlah kepada keduanya perkataan yang baik." [Al-Isra':23]

Sehingga kini, masih ada penentangan daripada emak dan ayah ana. Sebagai anak yang soleh mahupun yang solehah, kita perlu menjadi orang yang cerdik dan kreatif untuk menangani masalah ini. Ana pernah memberitahu kepada emak ana berkenaan keinginan ana untuk memakai jubah. Tapi emak ana tidak benarkan ana pakai sebab jubah adalah untuk orang-orang yang tinggi.

Ana tidak putus asa. Apa yang ana buat, ana kumpul duit. Bila cukup ana beli jubah hasil tabungan ana dan of course beli jubah yang sedap dipandang oleh emak ana. Nak tackle hati emak punya pasal. Alhamdulillah, emak ana boleh terima.

Lagi satu, sebagai anak, kita kena la selalu berkasih sayang dengan emak dan ayah dan pandai memujuk emak dan ayah. Contohnya, emak ana berkenan satu baju pengantin. Dalam hati ana rasa tak syok dah.

Anda fikir ana pasrah atau terima saja?

No.

Dalam seminggu ada dua tiga kali call mak ana. Mula-mula sembang-sembang mengenai keluarga ana kemudian perlahan-lahan masuk bab baju pengantin. Ana mengatakan ketidakpuasan ana terhadap baju tersebut. Last-last emak ana yang menang. Huhuhu.. Well, ana tak give up. Ana cuba berulang kali dan berusaha lagi dan lagi sehingga emak ana kata,

"NA pilih la design mana yang NA nak..."

Masa ini hanya kesyukuran yang mampu terucap.

Apabila ana ponder kembali kehidupan ana, semua ini adalah tarbiah buat diri ana. Selama ini ana tidak begitu rapat dengan emak ana dan jarang berborak dengan dia termasuk ayah ana. Kadang-kadang itu miskin kasih sayang antara ana dengan emak dan ayah ana. Semua ujian ini membuat ana lebih dekat dengan mereka. Sebab itu ana katakan, apa yang berlaku kerana Allah mahu mendidik kita.

Kurang kemesraan antara anak dan ibu bapa juga merupakan salah satu faktor juga. Reflek kembali, bagaimana hubungan kita denga ibu bapa? Sejauh mana kita spend time berborak dan bersama-sama dengan mereka?

Sekali lagi ana tegaskan sebagai anak soleh mahupun solehah, kita perlu menjadi bijak dan kreatif untuk menangani masalah dengan ibu bapa. Jangan lupa juga berdoa kepada Allah. Mohon kekuatan daripada Dia. Apa saja tindakan kamu, tawakallah kepada Dia.

Ingat, apa saja yang berlaku, itu semua adalah tarbiah daripada Allah. Jangan pernah rasa keseorangan. Jangan pernah rasa tiada siapa yang mahu memikirkan hati kita. Allah ada dan Dia tahu akan kesakitan kita. Mengadu kepada dia dan berusaha. Berusaha sehabis yang mungkin selagi ada ruang kemudian bertawakal kepada Dia. Insya-Allah, apa saja yang berlaku, Allah tahu apa yang terbaik buat diri kita.

Apa-apa saja ujian perlukan kesabaran yang tinggi dan jangan menyalahkan ibu bapa kerana boleh jadi hati mereka telah terikat dengan kebiasaan yang pernah mereka lalui maka kitalah yang perlu memecahkan benteng tersebut. Kitalah yang perlu  jadi contoh kepada mereka. Buatlah dengan penuh kasih sayang.

Wallahu'alam

Perkongsian yang tidak seberapa daripada ukhti NA

No comments

Post a Comment