30/03/2012

Global March to Jerusalem (London, Uk)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ini ana berpeluang untuk join Global March to Jerusalem yang diadakan di beberapa buah negara. Of course ana tidak dapat hadir yang di Malaysia punya. Hehe...

Subhanallah begitu ramai yang datang untuk menyokong perjuangan ini. Tidak kira yang beragama Islam, Kristian mahupun Jewish sendiri. Semua ingin Palestin dibebaskan daripada gengggaman Israel yang telah bertahun-tahun.







Ini adalah beberapa gambar yang mampu ana upload. Yang lain adalah gambar privacy. Harap faham =)

Apa yang menarik selepas berlaku demonstrasi ini ada banyak perkara yang telah berlaku pada ana dan juga dengan sahabat-sahabat ana on the way nak ke Malaysia Hall.

Pertama semasa berjalan di Hyde Park, dua orang sahabat ana jalan laju ke depan. Ana di belakang dengan beberapa sahabat yang lain. Kemudian ana perasaan ada seorang lelaki muda sedang berbicara dengan dua orang sahabat ana di depan tadi. Dalam fikiran ana mungkin anak muda itu ingin bertanya sesuatu agaknya.

Setelah kami semua sampai ke tempat dua orang sahabat ana tadi, ana tanya apa yang berlaku. Rupa-rupanya anak muda itu mempersoalkan tentang demonstrasi yang dibuat pada hari ini. Dia berkata,bukankah isu sekarang ini ialah Syria? Kenapa mahu buat demonstrasi Palestin?

Menarik soalannya. Kita kena fahami, bukan semua orang faham apa yang sedang kita perjuangkan. Anak muda ini tidak tahu apa yang sedang kita usahakan. Dan dia tidak tahu betapa begitu lamanya penduduk Palestin telah menderita sebelum Syria lagi. Kita juga bukan tidak perjuangkan Syria. Malahan kita sedang berusaha membebaskan Syria daripada genggaman pemerintah yang begitu jahat sekali. Eygpt juga sedang kita perjuangkan.

Keduanya setelah melepasi anak muda tersebut, seorang mak cik menegur kami. Dia bertanya kepada kami, apa yang sedang kami perjuangkan Palestin ini?

Memang kami semua kaku nak menjawab. Tambah-tambah mak cik 'mat saleh'. Susah oooo nak bercakap dalam bahasa inggeris sebab takut tersalah faham. Alhamdulillah, kami menjawab apa yang kami mampu jawab.

Perbincangan antara kami dengan mak cik tersebut tidak begitu singkat tetapi berlanjutan. Mak cik itu mempertikaikan tentang penurunan Al-Quran sebelum Al-Quran, tentang hawa dan tentang Nabi Isa. Masa itu baru ana sedar, mak cik telah menyeleweng dari topik Palestin tadi. Ana sedar, makcik itu sedang berdakwah kepada kami.

Sungguh ana katakan, apabila dia berdakwah, dia tidak akan membenarkan kata-kata orang lain. Susah nak berdakwah mak cik ini. Alhamdulillah, Allah telah datang kepada kami 3 orang hero-hero London lagi bergaya. =)

Mereka ini lebih baik untuk berdakwah dengan mak cik ini. Tambah-tambah tiada language barrier. Ana bukan tidak mahu menceritakan secara lebih detail lagi. Kadang-kadang perkara sebegini jangan dihebahkan. Cumanya ana mahu kita terus bekerja menjadi hamba Allah. Bina keyakinan kita dengan Allah. Kita tidak tahu apa yang berlaku pada masa depan kita.

Katakanlah anda tidak dekati Islam yang sebenar. Hanya sekadar Islam di lisanmu. Kemudian datang seorang pendakwah agama lain. Dia berdakwah kepada kamu. Apa agaknya terjadi kepada anda? Ana tidak mahu menjawab. Hanya diri anda mampu memberi jawapan.

Saudara-saudaraku yang ana sayangi kerana Allah, walaupun kita tidak diuji dengan pendakwah dengan agama lain tetapi kita tidak terlepas diuji dengan ujian-ujian yang disediakan oleh Allah SWT. Boleh jadi kita hilang keyakinan kita kepada Allah dan boleh jadi kita yakin kepada Allah. Semua keyakinan itu menjawab kedudukan iman anda di dalam hati.

Bina keimanan dalam diri. Jangan ditunggu tetapi mencari...

Wallahu'alam. Ini ana buat video sikit mengenai Global March to Jerusalem di London...=)




No comments

Post a Comment