03/04/2012

Cuci Bilik Air...

[Kredit]

Petang tadi waktu Uk, ana isikan masa ana dengan mencuci bilik air. Rasa macam dah lama tidak mencuci bilik air dengan sebetul-betulnya. Selalunya cuci pada bahagian yang penting saja. 

Tidak untuk kali ini. Ana rasa macam nak berus dan simbah air ke semua tempat. Tapi apakan daya. Bilik air di sini bukan seperti bilik air di Malaysia yang lantainya boleh sentiasa dibasahi. Di sini, kalau cuci seperti bilik air di Malaysia alamat banjir la rumah ana. =)

Semasa ana sedang mencuci terdetik satu perkara di minda ana. Bila ana bersih kotoran ana seperti sedang mencuci dosa-dosa ana ataupun bintik-bintik hitam di hati ini. 

Astaghfirullahal'azim...

Rasanya sudah lama ana tidak bersungguh-sungguh dalam membersihkan dosa-dosa ana. Terkadang ana terfikir kenapa ada kata-kata seperti istighfar lah di atas istighfar.

Ana tidak nampak perkara ini yang boleh relate dengan kehidupan ana. Ingatkah lagi akan kisah seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Tsa'labah bin Abdul Rahman?

Hanya kerana ketidaksengajaan beliau melihat aurat seorang wanita, beliau melarikan diri ke sebuah gua. Dia menangis dan menangis kerana dosanya tadi sehingga dia lemah dan dipapah oleh Saidina Umar untuk dibawa pulang ke rumah. Dia rumah juga beliau tidak henti-henti menatapi akan dosa-dosanya sehingga dia memohon kepada Rasulullah SAW supaya Allah mengampuni dosanya. Akhirnya dia meninggal dalam keadaan yang Allah redha. [ Ini hanya ringkasan daripada cerita beliau.]

Kita kadang-kadang, mulut ringan menyebut istighfar tetapi hati belum bersungguh-sungguh mahu keampunan daripada Allah SWT. Boleh jadi kita terbiasa dengan sebutan tersebut sehingga tidak meresap ke dalam hati kita.

Kenapa ana samakan analogi seperti mencuci bilik air dengan membersihkan dosa?

Kadang-kadang kerana malas, kita cuci hanya sekadar ala kadar dengan hati tidak secara sukarela mahupun bersungguh-sungguh. Padahal kita tidak perasaan akan ada sebenarnya lagi kotoran-kotoran di tempat lain. Namun bagi kita, itu semua dah ok dan bersih.

Begitulah dengan orang yang berbuat dosa. Kadang-kadang orang yang berbuat dosa dia tidak rasa dia sedang berbuat dosa kerana dia telah biasa dengan dosa tersebut. Sama seperti bilik air tadi. Dia tidak nampak satu masalah terhadap kotoran di bilik air kerana dia sudah biasa melihat semua tersebut. Bagi dia, dia tidak ada masalah semua itu.

Sebab itu ada kata-kata istighfar di atas istighfar. Maksudnya bersungguh-sungguh mencuci akan dosa-dosa kita seperti hamba Allah yang bernama Tsa'labah. Hatinya rasa takut. Dia cuba sedaya upaya mencuci dosa-dosa tersebut. Dia bukan meminta keampunan kepada Allah hanya sekali tetapi berulang-ulang kali kerana dia takut Allah tidak mengampuninya dan khabarkan perbuatannya itu di dalam Al-Quran.

Bila ana cuci bilik air dengan bersungguh-sungguh ana rasa happy walaupun rasa letih. Hati rasa tenang melihat kebersihan bilik air. Allah pun suka. 

Maka, jom sama-sama kita cuci dosa-dosa kita dengan bersungguh-sungguh. Allah juga suka dan cinta akan hamba-hamba-Nya yang bersungguh-sungguh mohon keampunan kepada Dia.

Wallahu'alam

No comments

Post a Comment