07/03/2012

Tak Perlu Tambah. Cukup Dah.

[Kredit]


Bismillahirrahmanirrahim...

Cik Mah : Eh! Tambah la lagi Cik Jah. Banyak lauk lagi ni. [ Cik Mah menghulurkan nasi kepada Cik Jah.]

Cik Jah   : Cukup Cik Mah. [ Cik Jah menahan nasi tersebut daripada diletakkan di dalam pinggannya.]

Cik Mah : Dah kenyang dah ka Cik Jah?

Cik Jah  : Dah kenyang Cik Mah oi. Dah tiga kali dah tambah ini. Perut ni dah tak mampu nak masukkan lagi makanan.

End


Segala puji-pujian bagi Allah yang masih memberi kekuatan kepada ana untuk beristaqamah dalam jalan penulisan ini dan juga jalan...[ Biarlah rahsia. Belum masanya lagi.]

Back to dialog tadi. Kalau kita makan, kita boleh tahu setakat mana kita mampu untuk makan. Tambah-tambah kalau makan di restoran yang berkonsepkan buffet. Mata ini sudah bersinar-sinar melihat dengan kepelbagaian jenis makanan. Selagi ada ruang, selagi itu kita akan cuba untuk terus merasa sehinggalah pada satu tahap kita tidak mampu lagi untuk mengunyah.

Orang offer makanan yang lagi best pun, kita menolak.

Tidak pula ia sama dengan situasi amalan kita. Kita tiada pula indicator untuk mengatakan bahawa pahala kita telah melebihi dosa kita. Tiada suatu alat pun yang mampu untuk mengesan berat timbangan pahala kita.

" Maka adapun orang yang berat timbangan (kebaikan)nya," [101:6]

Dalam surah Al-Qari'ah ayat 6, Allah menyatakan 'mawaazi' [ Sila refer kepada Surat Cinta anda.]

Ana dengar talk tafsir al-Qari'ah dari Nouman Ali Khan. Dia mengatakan 'mawaazi' ini boleh jadi plural kepada dua benda:

1) Mizan
2) Mauzun

Mizan adalah timbangan yang mempunyai dua pemberat seperti permainan jongkang-jongkit. Sebelah ada pemberat. Sebelah lagi kosong dan hanya diisi sekiranya pembeli ingin membeli barang.

Inilah timbangan yang selalu kita bayangkan di hari kiamat. Tidak pun hanya ana seorang yang imagine  sebegini kerana dahulu ana diajar bahawa pahala dan dosa kita akan ditimbang dengan timbangan mizan.

Namun di dalam Al-Quran pula sebaliknya. Timbangan yang dimaksudkan ialah mauzun. Timbangan seperti pemberat badan. Dan ia hanya menimbangkan amalan baik saja.

Mauzun will not count evil deeds.


Bila fikirkan kembali, orang kafir juga membuat amalan yang baik. Bahkan mungkin lebih baik daripada kita.

Tetapi berat amalan mereka menjadi ringan. Weightless.


Kenapa?

Ada lompong kosong pada kebaikan amalan mereka.

" Mereka itu adalah orang yang mengingkari ayat-ayat Tuhan mereka dan (tidak percaya) terhadap pertemuan dengan-Nya. Maka sia-sia amalan meraka, dan Kami tidak memberikan penimbangan terhadap (amal) mereka pada hari Kiamat." [ Al-Kahf:105]

Scary di situ.

Kerana apa?

Kita mungkin tergolong dalam golongan ini. Mereka beramal dengan amalan baik tetapi mereka tidak beriman kepada Allah mahupun meyakini pertemuan dengan Allah.

Bagaimana dengan kita?

Adakah kita benar-benar meyakini ayat-ayat Al-Quran?

Adakah kita meyakini akan pertemuan kita dengan Allah?

Adakah kita yakin akan berlaku mahkamah di padang mahsyar?

Semuanya terjawab pada diri masing-masing. Muhasabah kembali.

Ada seorang ulama atau syeikh, ana sendiri terlupa. Dia kata kalau ingin timbangan kita menjadi berat, jagalah dua perkara, iaitu keikhlasan kita pada setiap amalan kita dan pastikan role model kita yang dicontohi pada setiap perbuatan adalah Rasulullah SAW. Bukannya melakukan amalan yang dicipta sendiri.

Seterusnya lihatlah pada ayat ke-8 dan 9 dalam surah Al-Qari'ah juga.

" Dan adapun orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah."

Perhatikan pada ayat tersebut. Allah menyatakan timbangan kebaikan yang ringan akan kembali kepada neraka Hawiyah.

Bagi ana, ayat ini sangat memotivasikan diri ana. At the same time, I don't want to be in Hawiyah.


Kenapa?

Tahukah kita akan minimum timbangan kebaikan?

No.


Kita tak tahu minimum angka tersebut. Allah seperti ingin menyatakan,

" Segera lakukan kebaikan jika ingin kemenangan di hari akhirat. Jangan berputus asa mengerjakan kebaikan selagi ruh kamu tidak terputus dari jasadmu."

He pushes you to do good deeds. 

Dia tidak mahu kita meletakkan impian sekadar cukup makan. Dia mahu kita aim high. Dia mahu kita sampai ke destinasi syurga.


Subhanallah.

Allah is a very good motivater and very care to His slaves.


Dia tidak mahu kita menyesal di kemudian hari setelah mengetahui hakikat kehidupan yang sebenar seperti golongan hamba-hamba-Nya yang terdahulu.

Banyak ayat penyesalan orang-orang terdahulu. Mereka meminta Allah kembali mereka ke dunia. Mereka berjanji kepada Allah akan membuat yang terbaik lagi. Tetapi Allah tidak lagi melayani kehendak mereka.

Yang telah berlaku tidak akan diulang lagi.

Itulah prinsip Allah SWT.

Mereka berkata," Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami, dan kami adalah orang-orang  yang sesat. Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami darinya (kembalikanlah kami ke dunia), jika kami masih juga kembali (kepada kekafiran), sungguh, kami adalah orang-orang yang zalim."

Dia (Allah) berfirman," Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku."

Ana pernah mengalami saat mak ana merajuk dengan ana atas kesalahan ana sendiri. Ana cuba pujuk tapi mak ana tidak mahu mendengar bicara ana langsung. Masa itu, ana rasa sedih. Ana benar-benar menyesal dan insaf. [ Mengimbas kembali zaman kanak-kanak nakal dulu =) ]

Itu baru dengan seorang ibu. Hatinya akan lembut juga lama-kelamaan.

Tidak kepada Allah. Tiada lagi bicara pujuk kita buat Allah pada hari judgement day. Tiada siapa mampu memecahkan kekerasan Allah lagi.

Bagi ana, Allah telah menatang minyak yang penuh kepada manusia di dunia ini. Cukup besar kasih-Nya dan cukup teliti penjagaan-Nya kepada manusia.

Selagi manusia masih hidup, selagi itu Allah cuba membawa kita kepada jalan kebenaran. Cumanya manusia tidak mahu ambil peduli atau merenung apa yang telah Allah kerjakan untuk dia.

" Maka berlomba-lombalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu." [ Al-Baqarah:148]

Bercita-citalah tinggi. Jangan dihalangi oleh benteng dunia. Pecahkan benteng tersebut. Bercita-citalah sehingga menggapai syurga. Itulah yang ana dan pembaca-pembaca mahukan. Pengakhiran yang bahagia dan kekal lagi abadi.

Wallahu'alam.

Jangan lupa tegur ana kalau ada yang silap. Plus, belajarlah mendalami Al-Quran dan dari situ anda akan nampak sesuatu yang luar biasa. Trust me.








.


No comments

Post a Comment