03/03/2012

Kenapa Aku? Kenapa Mesti Aku?

[Kredit]


Bimillahirrahmanirrahim...

Lahirnya kita di tanah bumi Allah, maka bermulalah ujian-ujian yang datang kepada kita pada setiap saat, minit mahupun hari. Tidak pula ia berhenti kerana Allah ingin menguji hati hamba-Nya siapa yang masih setia berada di sisi-Nya dan siapa pula berlaku curang dengan Dia. Seperti pasangan kekasih yang mengikrarkan janji setia untuk bersama walaupun ombak mahupun taufan melanda mereka.

Pernah tidak terdetik ujian yang kita rasa terlalu berat hingga tiada siapa mampu jadi tempat rujukkan. Tiada siapa yang mampu beri pertolongan even meringankan beban kita. Kalau kita menonton drama melayu, mesti ada dialog ni,

" Kenapa mesti aku? Allah! Kenapa mesti aku yang mengharungi semua ini?" [ ana tak la ingat the exact dialog. Kantoi sudah.]


Di luar kesedaran kita, kita seperti menyalahkan Allah dan merasakan Allah tidak berlaku adil pada diri kita. Lebih straight to the point lagi kita merasakan Allah saja-saja menurunkan musibah kepada kita dengan bermaksud hendak memperkenakan kita.

Wahai encik/cik pembaca sekalian, siapa la kita ini yang ingin menyoal kembali keadilan-Nya dan menyalahkan diri-Nya. Padahal kita hidup ini pun atas rahmat daripada Allah. Atas pemberian-Nya. Kita ini bukan siapa-siapa pun kerana apa yang kita milikki pada hakikatnya adalah milik Allah yang mutlak even diri kita sekali pun.

Musibah atau ujian yang bertimpa ke atas diri kita kerana Allah rindu akan suara-suara hamba-Nya. Suara rintihan yang memohon pertolongan kepada Allah dengan penuh rasa rendah diri. He missed you so much. Everyday, every minutes and every seconds He never forget about His slaves. Kalah kasih sayang emak dan ayah kita, suami dan isteri [ kalau dah ada ], dan juga 'kekasih gelap'[Terasa tak apa itu tandanya hati anda masih hidup =)].

Dia tahu kita telah lama melupainya. Dia tahu kita sekarang sedang berada dalam kesibukkan dunia. Dia tahu hati kita sedang sakit dan perlu dirawati. Dia tahu kita asyik dengan kumpul harta dunia. Dia tahu kita sudah jauh tersasar daripada jalan-Nya.

Dia mahu kita kembali kepada-Nya supaya manusia kembali ke jalan yang benar. Salah satunya adalah melalui musibah.

" Dan Kami tidak mengutus seorang nabi pun kepada suatu negeri, (lalu penduduknya mendustakan nabi itu), melainkan Kami timpakan kepada penduduknya kesempitan dan penderitaan agar mereka (tunduk dengan) merendah hati." [ Al-A'raf :94]

Allah ingin menegur manusia melalui musibah agar manusia kembali kepada-Nya dengan sebenar-benarnya. Dia tidak mahu kita tersasar jauh. Dia sayang sangat kepada kita. Dia mahu kita rasai syurga dan tidak mahu pula melihat kita berada di neraka.

Allah ini sangat la sweet. Tetapi manusia selalu menyalahtafsirkan tentang Allah. Apa yang Dia tentukan adalah untuk kebaikan kita semua.

Bila kita ditimpa musibah, kembalilah kepada Allah. Dia sedang membuka pelukkan sayang-Nya dengan begitu luas agar kita pulang kembali ke jalan-Nya. Paling utama ialah Dia rindu akan suara-suara rintihan kita kepada-Nya dengan penuh rasa kehambaan.

He loves you and miss you.

Wallahu'alam.

Sekadar perkongsian dari hamba yang banyak berlaku 'curang' dengan Allah. Moga Allah ampuni dosa hamba ini. Ameen.



No comments

Post a Comment