02/03/2012

Fed Up Aku Dengan Sabaq!

[Kredit]


Bismillah...

Tengok tajuk macam marah je. Tajuk saja yang bunyi macam marah tapi penulis dia masih cool lagi =)

Sabar. Kita sudah lali atau sudah lama melekat perkataan sabar di telinga, minda dan hati. Bila orang  yang rapat dengan kita menghadapi masalah. Kita akan sebut,

Hamba A : Sabar la ko. Semua ini ujian untuk ko.


Hamba B : Ko ni, asyik-asyik sabar. Asyik-asyik sabar. Aku mengalami masalah suruh aku sabar. Ko ingat senang ke nak sabar? Fed up aku.


Tidak mustahil juga kita beri nasihat kepada sahabat kita untuk sabar, dia diam. Tidak memberi tindakbalas kepada nasihat kita. Entah apa yang hatinya sedang perkatakan. Kalau ana dalam hati kata

"Susahnya hendak sabar."

Sabar itu boleh didefinisikan sebagai tidak berputus asa, menahan marah [ kebanyakkan yang orang kita fahami ], menahan nafsu, dan meneruskan perjuangan kita sebagai hamba-Nya.

Kenapa kita kurang sabar?

Manusia berkeinginan untuk mendapatkan sesuatu keputusan dengan cepat.

Sebagai pelajar, kita akan menghadapi peperiksaan pada setiap semester. Kalau ikut keinginan kita,

" Boleh tak aku nak jawab sekarang? Tak larat dah nak tunggu. Stress aku nak tunggu hari exam. Orang lain ada yang dah habis exam."


Ana pun pernah jadi seperti itu. Tidak dapat dinafikan. Itulah sifat manusia, ingin mendapatkan sesuatu dengan cepat.

Pernah tak kita terfikir kenapa kita mesti melalui tempoh-tempoh kesukaran ini?

Allah itu sangat Maha Penyayang. Dia memberi ruangan masa itu untuk memberi peluang kepada kita memperbaiki diri. Cuba bayangkan kalau kita tidak diberi masa untuk belajar dan membuat ulangkaji, tiba-tiba esok kena jawab exam. Mesti terkelu. Tiada satu dakwat yang melekat di atas kertas kecuali contengan-contengan bosan. Dia juga memberi tempoh tersebut agar setiap hari kita memperbetulkan niat kita. Niat kita untuk belajar kerana Allah.

Lebih cool  adalah Dia nak kita buat preparation yang terbaik  untuk peperiksaan nanti. Dia nak kita belajar sungguh-sungguh. Dia nak kita berjaya. See, Allah itu sangat baik and so sweet. Kegagalan berlaku adalah di bawah tanggungjawab kita sendiri.

Sekarang ini juga ana melihat kepada trend kahwin muda. Ana bukan hendak kata kahwin muda itu salah. Cumanya, bila ana baca blog-blog seperti Saifulislam, ada yang bertanya bagaimana hendak kahwin kalau tidak dapat permission daripada ibu bapa? Especially Anak muda yang tidak sabar untuk membina masjid.

Anak   : Ayah, mak, along nak kawen.


Ayah   : Apa? Nak kawen? Belajaq tak habis lagi macam nak tanggung ana dara orang.


Anak   : Ala, sekarang ni kan ramai orang muda yang kawen waktu belajar. Happy je along tengok diorang. Result pun dapat cemerlang.


Ayah   : Ayah tak restu. Sekarang ni along tumpu pada pelajaran dulu. Bagi habis belajar dulu. Lepas tu, nak kawen sangat, ayah izinkan.


Anak   : Ala, nak juga kawen!


Ayah   : Tak boleh ayah kata.

Penulis ini seperti sudah ada pengalaman pula. Ops! Titik. [ Sebenarnya tengok pengalaman orang lain =) ]

Pandanglah luas akan alam ini. Nescaya korang akan dapat melihat seribu satu hikmah. Begitu juga perkahwinan. Restu ibu bapa sangat penting kerana di situ juga terjawab restu daripada Allah. Jika tidak diberi keizinan maka pandanglah ia dengan perspective yang positif.

Allah sedang memberi gap kepada kita untuk membuat persediaan menjadi hamba Allah yang terbaik dahulu. Dia mahu kita buat persiapan sebelum menjejaki langkah seterusnya. Apa persiapan itu?

Seperti pergi mendalami sendiri apa sebenarnya perkahwinan itu. Mendalami fiqh wanita, ubah perangai yang tidak seronok ditengok, mendalami Al-Quran dan berbagai-bagai lagi. Ramai je yang suka dengar bab-bab kahwin ini tetapi dia kurang tahu apa benih-benih yang patut dia produce sebelum berkahwin. Yang dia tahu,

"Oh! Mama...saya mahu kawen." [ Ini hanya apa yang ana nampak. Siapa rasa ini tidak benar, sila jangan segan-segan untuk membangkang ana.]

Satu scene yang ana rasa ramai orang yang pernah mengalami adalah menunggu sahabat yang tidak kunjung tiba lagi.

Hamba A  : Mana B ni? Aku dah tunggu 15 minit. Orangnya tak sampai lagi. Huh! 


Hamba B  : Sori A. Aku lambat datang.


Hamba A  : Asal ko lambat? Tau tak dah lenguh kaki aku berdiri tunggu ko?


Hamba B  : Sori...


Kadang-kadang semasa kita tunggu sahabat, kita mula rasa berang bila dia tidak datang. Pernah tak anda terfikir apa hikmahnya?

Allah memberi ruang masa itu untuk kita baca Al-Quran, Mathurat atau zikir. Kerana Dia tahu sebentar lagi kita dan sahabat kita akan disibukkan dengan perkara dunia. Nak ingat dekat Allah tu sikit-sikit je bila Allah bagi spark je. [ Terasa di situ ]. Dia beri ruang kepada kita untuk meraih pahala. 


Tahu kenapa Allah memberi ruang masa itu?

Sebab Allah mengira setiap usaha kita yang kita laksanakan bukan berdasarkan keputusan kita. Plus He really loves His slaves and He wants the best for us. Keputusan itu hanyalah satu bonus daripada Allah untuk hamba-Nya.

Penuhilah ruang masa itu dengan memperbaiki diri untuk menjadi hamba yang lebih baik.


Bersabarlah atas kesabaran dan berusahalah atas kesabaran.



Wallahu'alam

Sekadar perkongsian dari hamba yang ingin mengenali Allah.

No comments

Post a Comment