19/03/2012

Jalan Ke Syurga Penuh Duri

[Kredit]


Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah yang masih tetap memberi peluang kepada manusia untuk berubah ke arah kebaikan.

Dulu ana pernah terfikir apa sebenarnya tujuan ana untuk hidup di muka bumi Allah. Masa usia kanak-kanak, pemikiran ana tidak terjurus kepada akhirat mahupun syurga yang Allah ciptakan khas untuk hamba-hamba-Nya yang beriman.

Masa kanak-kanak masih penuh dengan keriangan dan senda gurauan. Melihat orang dewasa berada dalam keseronokkan kita juga mahu mengikut mereka.

Sehinggalah ana memasuki sekolah menengah. Masa itu, ustazah ana sentuh bab neraka. Ana terus rasa seram sejuk. Itulah turning point ana untuk berubah. Titik perubahan itu banyak. Bukan sekali berlaku tetapi banyak kali. Kalau sekali saja berlaku, tiada harapan manusia mahu berubah.

Bermula di situ, ana cuba lakukan apa yang Allah suka.

Namun hati masih belum melekat dengan Allah. Kosong.

Kenapa agaknya?

Kerana apa yang ana lakukan semuanya bermatlamatkan dunia. Ini benar. Tipu dosa ustazah ana kata. =)

Solat lebih sikit hendak tunjuk kepada orang lain.

Baca Al-Quran sedap sikit hendak tunjuk kepada orang lain.

Pakai tudung labuh sikit nak tunjuk kepada orang lain.

Bijak sikit dah bangga diri.

Hidup pun bukan untuk syurga tetapi untuk neraka. Maksud ana di sini ialah apa yang ana kerjakan di dunia hanya semata-mata untuk dunia.

Semuanya bukan kerana Allah.

Kalau kita bermatlamatkan dunia Insya-Allah hati kosong dan jiwa sakit [bukan sakit jiwa =)] walaupun telah banyak kejayaan yang kita kecapi. Dari situ, mulalah mencari mencari kejayaan apa lagi yang harus diraih setelah kejayaan yang lain telah dapat dimilikki.

Tanpa sedar kita telah memijak duri-duri dunia.

Semua orang inginkan syurga tetapi tiada matlamat ke syurga. Ana tidak terkecuali dalam situasi ini. Dulu pemikiran disuntik dengan pekerjaan besar-besar. Kalau biologi skor boleh buat mediks. Kalau matematik skor boleh buat kos akaun. Kalau skor semua subjek especially SPM pilihlah pengajian yang diminati.

Bila ana lakukan semua ini lama kelamaan ana rasa letih dan tertanya-tanya, kenapa ana lakukan semua ini? Untuk apa?

Bila dunia yang kita kejar, kita akan letih and we got nothing. Tapi kalau akhirat aka syurga yang kita kerja, keletihan itu menjadi berbaloi kerana kita tahu kerehatan yang abadi adalah di syurga.

Tapi awas!

Jalan ke syurga penuh dengan duri. Penuh dengan halangan. Penuh dengan liku.

Kerana harga syurga tidak mampu ditandingi dengan wang dunia sebanyak mana pun kita kumpulkan. Harga syurga sangat termahal. Jika mahu menggapai syurga ia perlu diringan dengan iman untuk menempuhi laluan duri-duri dunia. Duri-duri dunia bukan calang-calang. Ia boleh buat diri kita khayal atau tidak sedar.

Kadang-kadang itu, ana selalu dengar dialog,

" Rilek dulu. Kita muda lagi. Masa inilah nak enjoy. Masa tua tak larat dah."
Ini juga duri-duri dunia tanpa kesedaran dalam hati pemuda-pemudi. Duri fatamorgana.

Harga syurga perlu dibayar dengan pengorbanan kita meninggalkan perkara-perkara yang tidak disukai oleh Allah, mujahadah dalam melawani nafsu(tidak baik) yang melanda dalam jiwa, bersabar dengan ujian Allah SWT, ikhlas dalam setiap pekerjaan kerana Allah SWT, dan terus berlayar kehidupan ini dengan kalimah Allah SWT.

Berita baik punya,

" Maka barang siapa memberi (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan (adanya pahala) yang terbaik (syurga), maka akan Kami mudahkan baginya jalan menuju kemudahan(kebahagiaan)." [Al-Lail-5-7]
Happy tak? =)

Ana akhiri kalam ana dengan potongan ayat Al-Quran. Moga kita muhasabah kembali pekerjaan kita.

"(maka) setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikan(nya). Wahai manusia! Apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap TuhanMu Yang Maha Pengasih." [Al-Infitar:5-6]
Tersentap dengan ayat cinta Allah ini. Hanya diri kita sendiri saja yang tahu apakah amalan kita benar-benar membawa kita ke syurga sekaligus dapat bertemu dengan Sang Pencinta?

Hanya diri sendiri yang tahu akan jawapannya.

Wallahu'alam

~Sharing~

1 comment: