21/03/2012

Comelnya...Macam Nak Picit Je Pipi Tu

[Kredit]


Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah yang tidak tidur dan terus menerus mengurus makhluk-Nya.

Entri kali ini, entah kenapa ana tiba-tiba terfikir pasal baby a.k.a bayi.

Biar betul penulis ni. Agaknya dah nak kahwin dah tu.

Cool wahai pembaca. Ini bukan pasal kahwin but the truth is, siapa yang tidak mahu anak yang boleh membuat hari-hari kita ceria dan bahagia kan...

Ana perasan apabila seorang kakak mempunyai anak, berebut-rebut perempuan yang single mahu memegang bayi tersebut. Tambah-tambah pula bayi memang cukup comel.Ada yang sampai tidak mahu menyerahkan bayi tersebut kepada sahabat yang lain apabila masih belum merasa puas lagi.


Hamba A : Bagi la saya pegang pula. Awak dah pegang lama dah...


Hamba B : Mana ada. Tak sampai 5 minit lagi kan baby Sufiah kan.. [ Hamba A buat muka tidak puas hati.]


Tidak dapat dinafikan setiap jiwa perempuan ada sifat keibuan. Itu adalah fitrah. Yang belum kahwin pun boleh bersikap seperti seorang ibu. Lelaki ana tidak tahu pula bagaimana reaksi mereka apabila berjumpa dengan baby yang comel. =)

Dalam hati perempuan, mereka menanam impian. Nak anak berapa? Nak comel macam siapa? Nak pakaikan baju warna apa nanti? Nak letak nama apa nanti?

Tapi ana rasa lain pula. Memang berkeinginan mahu anak dan punya impian. Persoalannya sudahkah ana bersedia untuk mendidik dia dan memenuhi hak-hak dia yang telah Allah amanahkan kepada ana? Bila lahirnya bayi, maka bermulalah amanah yang telah Allah berikan kepada si suami dan isteri.

" Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah(suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi."
                                                                                               [ Hadith Riwayat Bukhari]


Anak itu mampu memberi kebahagiaan dan senyuman kepada keluarga. Begitu juga apabila  ada anak saudara yang masih kecil. Ana la tu. Hehehe.

Benar ia memberi satu kegembiraan. Namun jangan lupa apa sebenarnya tugas kita kepada anak-anak ini. Bunyi macam dah ada anak pula penulis ini? [ I'm still single. Anak saudara ada la =)]

Ana harus stresskan di sini kerana yang belum kahwin ini akan berkahwin juga suatu hari nanti dengan izin Allah dan akan mempunyai anak-anak dengan izin Allah.

Jangan sangka, apabila kita sudah memberi semua keperluan kepada dia, kita sudah tunaikan hak dia sebagai anak. Sebenarnya kita belum menunaikannya lagi selagi kita tidak membentuk dia untuk tunduk, patuh,tawakkal dan taat kepada Allah SWT.

Dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman)," Bukankah Aku Tuhanmu?" Mereka menjawab, " Betul (Engkau Tuhan Kami), kami bersaksi." [Al-A'raf:172]

Lahirnya bayi ke dunia, mereka sudah tidak ingat akan perjanjian tersebut. Yang ada pada diri mereka hanyalah syahadah dalam diri mereka. Inilah tugas ibu bapa mengajar anak-anak. Dari mana mereka datang? Apa tujuan mereka berada di bumi ini? Di mana tempat pengakhiran manusia?

Bunyi seperti senang tetapi realitinya tidak.

Anak yang soleh/solehah adalah hasil daripada ibu dan bapa yang dekat kepada Allah. Mereka tahu Allah  memberi amanat supaya mendidik anak-anak ini agar mentauhidkan Allah dan menjadi khalifah Allah.

Jangan sampai di akhirat kelak anak-anak kita bermusuh dengan kita di hadapan Allah. Seperti juga apa yang berlaku kepada para sahabat.

" Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang BERTAKWA." [Az-Zukhruf:67]

Tidak mustahil terjadi permusuhan di akhirat antara ibu bapa dan anak apabila ibu bapa tidak memenuhi hak-hak anak atau anak tidak memenuhi hak-hak ibu bapa.

Allah    : Kenapa kamu tidak solat?


Anak    : Ibu bapa tidak ajar kepadaku ya Allah.


Ibubapa: Tidak. Kami telah ajarkan dia ya Allah.



Ini cuma contoh dialog. Realitinya wallahu'alam.

Ana percaya, lahirnya anak yang soleh mahupun solehah adalah bermula daripada diri kita sendiri. Kalau diri sendiri tidak berubah dan mempunyai tabiat buruk tidak mustahil suatu hari nanti anak-anak pula akan mengikut perangai kita.

Cuba refleks pada diri sendiri. Ada tak perangai dalam diri kita sama dengan ibu bapa kita?

Kalau ana jawab ya. Ada beberapa perangai yang anak ikut jejak langkah ibu bapa ana. Bapak borek ana rintik. Dan tidak mustahil anak ana pula ikut perangai ana.

So, baby is not just about comel saja. Kita ada tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SWT.

Hari itu, anak saudara ana ada jatuhkan barang berharga ana.


Ana         : Maisarah. Maisarah bagi jatuh kamera cikcik.[ Cek habis semua body camera. Takut ada yang rosak]


Maisarah  : [Diam sambil melihat ana.]



Lepas itu baru ana sedar, apalah budak sekecil ini tahu barang berharga ini. Dia tidak tahu apa-apa. Bila fikirkan kembali, sekiranya barang berharga itu rosak, ana rasa ok lagi. Tapi kalau anak saudara 'rosak' ana dah tak rasa ok lagi. Kerana ana juga sebagai mak saudaranya juga bertanggungjawab dalam mendidiknya kerana ana juga tidak terlepas dipersoal oleh Allah SWT. [ Ok. Ini Scary.]

Masa depan bakal anak-anak kita terletak pada tangan kita wahai bakal ibu dan bapa. Cara kehidupan anda sekarang itulah yang akan bakal anak-anak anda ikuti.

Wallahu'alam.

Ana hanya berkongsi apa yang ana reflek pada kehidupan ana. Banyak persiapan harus dibuat sebelum menjadi seorang ibu. =)

No comments

Post a Comment