27/03/2012

Jodohku Siapa? (Optimis)

[Kredit]


Assalamualaikum...

Ana buat tajuk yang sama dengan yang semalam kerana ana ingin clarify beberapa perkara. Ini semuanya daripada pemerhatian ana selama ana stalk facebook and blog beberapa orang. Bukan ana stalk berniat jahat tetapi ingin melihat pandangan manusia. Luaskan pandangan.

Ada satu status ini, yang ana rasa ramai yang buat repeatation.

" Kalau inginkan suami soleh, kita kena dahulu jadi solehah."

Bagaimana? Familiar tak dengan ayat di atas?

Ada juga yang berkata,

" Aku tengok orang yang bercinta sebelum berkahwin (couple), bahagia je diorang tu. Aku rasa sama saja dengan orang yang bercinta selepas berkahwin."

Dialog di atas ini, Insya-Allah ana rasa ramai yang pernah dengar. Jom buat study case.

Pertama,

dia bercinta sebelum berkahwin dan bahagia selepas berkahwin. Insya-Allah, ana juga pernah melihat pasangan bahagia yang sebegini. Persoalannya ialah adakah Allah redha atas kebahagiaan yang dirasai oleh pasangan ini?

Ana tidak mahu menjawab kerana remajaku lebih mengetahui jawapannya.

Remajaku yang ana sayangi kerana Allah, kebahagiaan atas keredhaan Allah adalah berbeza dengan kebahagiaan atas nafsu. Ana tahu, hatimu ingin merasai kemanisan cinta itu setelah melihat keadaan sekelilingmu dipenuhi pasangan bahagia yang hangat bercinta.

Namun satu ingin ana katakan, kamu belum memenuhi cintamu kepada kedua ibu bapamu, Rasulullah SAW dan Allah SWT. Allah yang memegang hati kita. Dialah yang menumbuhkan perasaan damai, Dialah yang menumbuh perasaan takut dan Dialah yang menumbuhkan perasaan cinta.

Pergilah kepada Allah dan minta Dia isikan hati yang kosong ini dengan kecintaan.

Remajaku yang ana kasihi kerana Allah,

Ana khuatir dengan kecintaanmu apabila kamu dengan pasangan yang bukan halal milikmu. Kerana cinta yang tumbuh itu atas dasar nafsu bukan Allah yang menuaikaan perasaan cinta itu. Cinta berlandaskan nafsu, boleh membawa kebinasaan kepada ruhmu yang sedang sakit kerana ruhmu yang sebenarnya rindukan cinta Allah SWT yang hakiki.

Kedua,

Dia berkahwin, dan baru bercinta pada yang halal. Jodoh itu rahsia Allah dan tidak perlu kita bertanya kepada pasangan ini mengapa tidak bercinta dahulu? Tidak takutkah nanti tiada kesefahaman? Manusia itu hanya berusaha dan Allah yang tentukan.

Saudara-saudaraku yang Ana cintai kerana Allah,

Insya-Allah, kalau kita menjaga perhubungan dengan Allah SWT tidak perlu khuatir sekiranya takut tidak kenal akan budi pasangan kita yang belum kita kenal sepenuhnya. Allah itu tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya. Kezaliman itu berlaku di atas tangan manusia sendiri.

Percayalah kepada takdir. Pasangan ini bukannya tidak kenal sesama sendiri sebelum berkahwin. Mereka kenal melalui sesi ta'aruf yang diatur oleh pihak ketiga dan berbuat keputusan setelah yakin dan bertawakal kepada Allah SWT.

Jalan ini adalah jalan suci terhindar daripada noda. Allah suka lagi. Insya-Allah tidak perlu khuatir perasaan sayang dan cinta itu kerana kita boleh minta kepada Allah. Bukankah Allah itu Ar-Rahman. Minta kepada Dia dan of course sambil berusaha.

Bagi pasangan yang berkahwin melalui cara kedua ini mungkin mereka lebih mengetahui perasaan ketenangan dan kecintaan yang mereka alami. Sebabnya ana ini still single. Mana la pernah rasa semua ini. Hehehe...

Cumanya ana yakin dengan Allah. Yakin dengan jalan suci yang Allah berikan kepada manusia.

Satu saja ana ingin katakan, bersikap optimis kepada pasangan yang bercinta sebelum berkahwin. Kita tiada hak untuk menghukum mereka sebaliknya berdoalah kepada mereka, moga rumahtangga mereka diberkati Allah dan pasangan ini diberi hidayah oleh Allah SWT agar terus menjadi hamba Allah SWT.

Kita ini manusia dan tiada pula pengetahuan akan pengakhiran kita.

Remajaku, sudahkah anda bercinta dengan ibu bapamu yang halal lagi diberkati? =)

Katakan ibu bapamu,

" Mak, Ayah NA cinta sama kamu lah."

Bunyi seperti simple sebab ana pun agak payah untuk mengungkap kata-kata cinta ini kepada mak dan ayah ana. Hanya dalam sms dan surat saja ana berani ungkapkan. Ana pun tengah struggle nak ucapkan dengan lisan. Hehehe...

Daripada Ukhti NA

2 comments:

  1. Salam,

    Tergelak saya baca perenggan akhir ni. Perkara yang sama jugak berlaku pada saya, susahnyer nak lisankan perasaan sayang kita pada mak & ayah. Jadi, saya guna perbuatan untuk "lisankan" kasih sayang saya. Peluk atau tidur di peha mak, pasti dia tak akan mengelak ;) Dia pon sekali akan salurkan kasih sayang dengan belai rambut kita. SubhanaAllah, besar sungguh kasih sayang mak & ayah kita.

    Salam perkenalan dari saya, seronok saya baca entri2 blog ni ;) Keep it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Nampaknya ana pun ada geng yang susah nak lafazkan kata-kata sayang kepata mak dan ayah =)

      Tapi kita ambil alternatif lain untuk menunjukkan rasa sayang kita kepada mereka.

      Alhamdulillah. Semuanya daripada Allah. Salam perkenalan juga daripada ukhti NA =)

      Delete