29/02/2012

Cita-Citaku Sampai Ke Syurga

[Kredit]

Husna  : Tikah ko dah tau dah ke arah tuju ko selepas S.P.M ni?

Atikah  : If result aku ok, aku ingat nak ambil bidang doktor. Aku pun ingat nak cari biasiswa. Boleh merasa study dekat oversea. Mesti syok. Ko pulak?

Husna   : Aku ingat nak ambil bidang engineering. Kenapa ek ko nak ambil kedoktoran?

Atikah   : Aku minat surgery. Suka aku bila aku menonton pembedahan dalam tv. Selain itu aku dapat tittle doktor dan boleh tolong rawat orang sakit. Ko pulak?

Husna   : Ramai orang kata boleh dapat duit banyak.

Tamat

Itulah dialog ana dengan seorang sahabat beberapa tahun yang lalu. Sungguh ana mengakui ana mempunyai  cita-cita ingin menjadi seorang doktor dan ingin melanjutkan pelajaran ke Russia. Ana pernah nyatakan hasrat ana ini kepada emak ana.

Ana      : Emak, nanti kalau Tikah dapat keputusan S.P.M bagus, Tikah ingat nak sambung belajar ke Russia. Ambil bidang perubatan.

Emak   : Belajar pun malas. Macam mana nak sambung dekat negara asing. 

Ana      : Kalau dapat la mak. Doakan la untuk anak emak ni.

Tamat

Lebih kurang la perbualan ana dengan emak ana sebelum menduduki S.P.M. Ana ingin membina sesuatu cita-cita yang lain daripada keluarga ana. Akhirnya, Allah telah menetapkan sesuatu yang lebih baik untuk ana walaupun bukan doktor.

Semakin lama ana hidup semakin ana nampak a big picture kehidupan manusia. Manusia akan mati tidak kira cepat atau lambat. Tidak kira pada masa kecil, muda atau tua.

Sekiranya ana sudah dapat tittle doktor dan sudah bekerja, apa misi ana seterusnya? 

Adakah hanya seorang doktor yang merawat pesakitnya?

Adakah hanya ingin mengumpulkan harta dunia?

Kahwin. Lepas itu anak. Lepas itu?

" sungguh, usahamu memang beraneka macam." [ 92:4 ]

" Pada hari itu banyak wajah yang tertunduk terhina, (kerana) bekerja keras lagi kepayahan. Mereka memasuki api yang sangat panas(neraka).." [88:2-4]

Ana mula sedar, usaha ana hanya untuk dunia. Tiada sumbangan untuk akaun syurga. Semua yang ana lakukan selama ini menyumbang kepada akaun neraka. Sia-sia saja walaupun telah bekerja keras.

Pembaca-pembaca sekalian,

Ingat tak ikrar kita kepada Allah?

" Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku lillahitaala."

Ikrar ini sentiasa disebut oleh bibir manusia dalam keadaan dia sedar ataupun tidak sedar pada setiap hari.

Ana tergolong kepada golongan yang tidak sedar sehinggalah beberapa bulan-bulan yang lalu.

Manusia itu pada dirinya ada sifat kepentingan diri termasuk ingin berjaya untuk masa depannya, untuk ibu bapanya dan untuk anak-anaknya. 

Cita-citanya yang terbatas. Rupa-rupanya ada cita-cita yang lebih baik daripada menjadi seorang doktor. Doktor pada pandangan manusia sememangnya suatu pekerjaan yang mulia. Namun kemuliaannya tidak terletak pada pandangan manusia tetapi kepada pandangan Allah. Kerana kita akan kembali kepada Dia.

Kaya tiada gunanya sekiranya bukan kerana Allah.

Pangkat tinggi tiada gunanya sekiranya bukan kerana Allah.

Straight A's tiada gunanya sekiranya bukan kerana Allah.

Usahanya juga tiada gunanya sekiranya bukan di jalan-Nya.

Muhasabah diri kembali dan persoalkan kepada diri,

" Betul ke jalan yang aku ambil dan cita-citaku ini mendapat keredhaan daripada Allah?"

Kini, cita-cita ana bukan lagi untuk dunia. Cita-cita ana ialah untuk menggapai syurga.

" Biar betik penulis ni? Ada hati nak syurga padahal diri sendiri pun tak terbaik lagi."

Semuanya atas kemahuan diri kita. Tiada cita-cita yang mustahil untuk direalisasikan kecuali Allah yang mampu menahannya. Ana tidak mengatakan ana orang yang baik. Tidak sama sekali. Tetapi ana adalah orang yang berusaha untuk menjadi hamba Allah yang terbaik.

Ingat kisah lelaki yang telah membunuh 100 orang. Dia insaf dan ingin melakukan kebaikan. Namun semasa dia dalam perjalanan ke suatu perkampungan seperti yang dicadangkan oleh seorang lelaki alim, dia telah meninggal dunia. Dia tidak sempat melakukan kebaikan tetapi Allah masukkannya ke dalam syurga atas usahanya untuk berhijrah kepada jalan-Nya.

Apa yang ana lakukan di dunia ini ialah untuk disumbangkan kepada akhirat. Kerana ana tahu destinasi ana yang terakhir bukan dunia tetapi akhirat. Itulah permulaan kehidupan manusia yang sebenar dan abadi.

Anda tidak mahukah berada di dalam syurga?

Cita-cita ini baru mantop doh!!!

Cita-cita orang-orang beriman.


" Barang siapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya., dan barang siapa menghendaki keuntungan di dunia  Kami berikan kepadanya sebagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bagian di akhirat." [ Asy-Syura: 20 ]

Wallahu'alam.

No comments

Post a Comment