23/03/2012

Lisanku Berkata Tawakal, Namun Hatiku...

[Kredit]


Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah yang terus menggerakkan jari jemari ini untuk menulis walaupun tengah dilemma dengan kesibukkan projek yang masih belum siap lagi. T_T

Satu kelemahan ana, bila ana muhasabah dalam kehidupan ana, ana tends to nak berkongsi dengan orang lain di alam maya. Jarang berkongsi face to face dengan sahabat-sahabat ana. Ia bukan sekadar perkongsian tetapi untuk diambil peringatan juga.

Okay straight to the point. Masa cuti winter, ana pergi melawat sahabat-sahabat ana di satu negara [Biarlah rahsia]. Sahabat-sahabat ana ajak pergi main ice skating. Kebetulan ana sudah lama tidak skate walaupun tidak semahir mana pun tapi hati ini tetap rindu mahu main skate.

Kami bertolak pada pagi yang begitu indah lagi mampu memberi ketenangan dalam jiwa ini. Pada masa itu, tidak ramai yang main ice skating. Ana fikir, bagus juga tak ramai. Kalau ramai segan nak main. Tambah-tambah kalau jatuh secara tiba-tiba.

Masa nak letak kaki di  atas permukaan ais, ana rasa cukup tidak yakin. Rasa nak tarik diri je. Dengan pemakaian ana yang berjubah lagi. Jangan sangka orang yang memakai jubah mahupun baju kurung tidak boleh main ice skating. =)


Last sekali sahabat ana tolong pegang tangan ana. Bila kedua-dua kaki sudah bertapak di permukaan ais, ana pula yang tidak mahu bergerak. Statik di tempat itu je sehingga sahabat ana pegang tangan ana dan skate bersama-sama. Lama kelamaan ada la sikit keyakinan. Itu pun hanya 20 peratus je.

Masa ana tengah skate, tiba-tiba ada seorang mak cik tegur ana.


Mak cik  : Lady. Your shoes.


Ana        : [ Terpinga-pinga.]


Mak cik  : Look at your shoelace.


Ana pun tengok kasut ana. Rupa-rupanya tali kasut terurai. Jadi ana cuba skate ke tepi untuk ikat balik kasut. Masalahnya bila ana skate, angin tolak ana lagi kuat sampai ana tidak boleh mara ke hadapan. Mak cik itu perasaan keadaan ana pada masa itu.


Mak cik  : Let me help you. [ Dia turun dan tarik ana ke atas Lepas itu dia bawa ana ke kerusi.]


Mak cik  : Let me see. Owh, you're not tie your shoes very tightly. Here I teach you how to tie it. To have a good skate, you have to tight up your shoelace...



Macam-macam ilmu, mak cik ini bagi dekat ana. Dah siap ikat dengan ketatnya, dia tolong ana untuk turun ke tempat skate.


Mak cik  : Do you feel any different?


Ana        : Yup. [ Senyuman diberikan kepada mak cik tersebut.]


Betul. Memang waktu itu, baru ana yakin nak skate dengan laju sikit. Perasaan takut dalam diri, lama kelamaan hilang digantikan dengan perasaan suka. Suka dapat skate dengan lancar. Itulah pertama kali ana skate dengan lajunya walaupun orang disekeliling ana lebih 5 kali ganda laju daripada ana. =)

After that I realize something, where is my tawakal to Allah?


Benar. Masa masa ana main itu, tiada ada tawakal langsung kepada Allah. Baru ana sedar, ana telah menyombong diri kepada Allah. Astaghfirullah.

Kenapa ana kata sombong?

Sedarkah kita siapa yang memberikan keyakinan dalam diri kita? Sedarkah kita siapa yang menjaga kita daripada jatuh? Sedarkah kita siapa yang berada di sisi kita? Sedarkah kita siapa yang pemberi rezeki kita? Sedarkah kita siapa yang mengawal semua urusan dunia ini?

Hamba Allah ialah hamba Allah yang sentiasa bertawakal kepada Allah. Pergantungan dia sentiasa kepada Allah kerana dia sedar dirinya lemah dan tiadalah kekuatan melainkan daripada Allah dan tiadalah pula dia tahu apa yang bakal terjadi kepadanya di masa depan.

" Berkata Musa, ' Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, maka bertawakallah kepada-Nya saja'." [Yunus:84]

Perlu juga dijelaskan di sini bahawa tawakal bukan semata-mata menyerah diri tetapi juga berusaha. Seperti apa yang berlaku kepada ana semasa main ice skating. Benar ana berusaha untuk skate dan berusaha agar tidak terjatuh tetapi ada satu yang tiada diri ana iaitu tawakal.

Berusaha sambil bertawakal adalah berbeza dengan berusaha tanpa tawakal.

Orang yang berusaha sambil berkata dia bertawakal juga berbeza dengan orang yang berusaha dengan hatinya bertawakal.

Adakah anda sedang keliru?

Insya-Allah ana cuba jelaskan sebaik yang mungkin. [ honestly ana bukan bagus dalam bab penerangan ni.]

Perlu difahami bahawa tawakal itu sebenarnya merupakan ibadah hati dan tidak terkait langsung dengan anggota badan kita. Anggota badan kita berusaha berbagai-bagai dengan bersungguh-sungguh namun segala usaha itu kita lepaskan dari hati kita. Yang ada dalam diri kita hanyalah Allah.

Kenapa lepas segala usaha itu dari hati?

Jom buat study case.


Cuba bayangkan anda buat berbagai-bagai usaha untuk mendapat pointer tertinggi dalam peperiksaan. Anda juga berharap untuk meraihkan anugerah dekan. Tiba-tiba bila keputusan keluar pointer anda langsung tidak mencapai target. Apa agaknya perasaan anda? Apa perasaan anda bila sahabat anda yang dapat pointer tertinggi dan sekaligus dapat anugerah dekan?

Kalau ana honestly akan rasa nak menangis dan pada masa yang sama cemburu dengan sahabat tersebut. Kemudian tumbuhlah perasaan rendah diri. Eventually it will make me feel down. Mulalah nak kata,

" Ala...kau pandai. Tambah-tambah dapat anugerah dekan. Tak macam aku ni. Tak pandai macam kau."

Ini sangat bahaya kerana anda tidak percaya bahawa Allah telah menentukan ada yang lebih baik buat diri anda. Bukan atas dasar sahabat anda pandai sebab itu Allah bagi dia dapat anugerah dekan. Mungkin itu adalah yang terbaik buat sahabat anda di sisi Allah.


Jika anda melakukan semua usaha itu sambil bertawakal kepada Allah, Insya-Allah anda tidak akan rasa lemah dan tidak akan menangis. Kerana tawakal itu sendiri telah memotivasikan diri dan melahirkan pemikiran yang positif. Anda yakin, pasti Allah telah menetapkan sesuatu yang lebih baik buat diri anda.

Inilah yang dimaksudkan dengan melepaskan segala usaha di hati. Anda tidak akan rasa letih dan menyesal dengan usaha anda kerana hati anda yakin Allah akan merencanakan sesuatu yang lebih baik dan Allah menyukai orang-orang yang berusaha.

Tawakal itu sendiri adalah daripada nama Allah iaitu Al-Wakil. Al-Wakil ini ialah Dzat yang mengurus hamba-Nya, dengan kebaikan-Nya, tidak akan menyia-nyiakan dan menimpakan kemudharatan, bahkan Dia  akan menunjukkan jalan kemaslahatan.

Sekiranya tawakal anda belum sepenuhnya bersandar kepada Allah ketahuilah kepercayaan anda kepada Allah sedang goyah. Anda belum yakin akan percaturan Allah yang baik buat diri anda.

Jom sama-sama muhasabah kembali dan renungi kembali adakah benar-benar kita sedang bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal?

Dirimu saja yang mampu memberi jawapan. =)

Wallahu'alam

Sori. Entri terpanjang pula daripada kebiasaan. =) [ Jangan lupa tegur ana kalau ada yang salah dan doakan untuk ana juga moga Allah permudahkan urusan ana dalam menjalani pelajar tahun terakhir.]













No comments

Post a Comment