01/02/2012

Penjelasan " She Supposed To Be..."


Entri kali ini hanya untuk memberi penjelasan kepada pernyataan kepada diolog kepada cerpen ini especially last part. Ada suatu kata-kata yang ana tinggalkan untuk bagi para pembaca berfikir dan renungkan ayat tersebut.

"Sebab setiap apa yang dia lakukan tanpa kehadiran Allah disisinya." [Last part She Supposed To Be...]

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa maksud dia lakukan tanpa Allah disisinya. Ayat ini boleh diinterpretasi dengan berbagai-bagai tetapi ia akan membawa kepada satu hala tuju.

Contohnya solat. Apabila kita solat, tepuk dada tanya iman. Benarkah kita merasai kehadiran Allah ataupun tidak? Jawapannya ada pada diri anda.

Begitu juga apabila memberi sumbangan kepada orang yang memerlukan. Kadangkala kita beri kerana simpati. Kadang-kadang itu untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Rasa itu hanya pada dalam diri kita sahaja yang tahu and of course Allah knows. [ muhasabah ]

Masih ingatkah anda akan sejarah Muhammad Al-Fateh semasa menawan Konstantinopel? Dia berlawan face to face dengan Maharaja Konstantinopel. Pada saat dia berjaya mengambil peluang untuk membunuh Maharaja Konstantinopel, Maharaja tersebut berkata-kata sesuatu yang memarakkan marah Muhammad Al-Fateh. Tika itu dia berundur diri daripada membunuh Maharaja tersebut. 

Maharaja Konstantinopel : Kenapa engkau tidak membunuhku?

Muhammad Al-Fateh      : Kerana aku khuatir aku membunuhmu bukan kerana Allah
                                     sebaliknya kerana kemarahan yang membara dalam diriku.
                                          
Jelas bukan. Kalau masih tidak jelas semuanya atas kekuasaan Allah. Ini sahaja yang ana mampu memperjelaskan. Insya-Allah, sekiranya setiap langkah kita diiringi oleh Allah di sisi, Dia akan membawa kita kepada kebahagiaan yang kadangkala payah untuk kita ungkapkan kepada orang lain. 

Ikutilah jejak Rasulullah SAW, nescaya kita berada jalan yang sebenar. Wallahu'alam

Hadith 1: " Sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya sebagai hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa berhijrah kerana dunia yang akan ia peroleh atau wanita yang hendak dinikahinya, maka ia akan mendapati apa yang ia tuju."


Hamba Khilaf yang masih mencari cinta Allah.


No comments

Post a Comment