02/02/2012

Ayuh! Jangan Ditinggalkan

Ana pernah menghadiri satu program di Southampton, Uk. Semasa bermula majlis tersebut, orang yang bakal memberi ceramah tersebut menasihati para peserta agar memperbetulkan niat dan cuba memaksimumkan untuk serap apa yang ingin disampaikan oleh beliau.

Ana tertanya-tanya,
                              " Eh!, Itu bukan kerja Allah ke? Hidayah dan ilmu itu milik Allah? Penceramah ini seperti 
                               memaksa orang saja." [Dalam hati ana]

Penceramah itu terus berkata,
                              " Masa ini sahaja yang kita ada. Masa lain belum tentu lagi."

Apa yang diperkatakan oleh speaker sebentar tadi, menarik perhatian aku untuk berfikir. Terdetik pada hati ana dengan satu cerita mujahid yang bernama Abdullah Azam. ( rujukan cerita daripada buku langitilhati- Hilal Asyraf)

Abdullah Azam   : Kamu semua mesti berlari sehabis tenaga kamu. 

Maka pengikutnya berlari bersama-sama dengan ketua mereka. Bersungguh-sungguh mereka berlari sehingga apabila berasa kelihatan yang teramat barulah pengikutnya berhenti. Namun, Abdullah Azam tetap terus berlari sampailah beliau jatuh pengsan kerana kepenatan. Apabila Abdullah Azam sedar dari pengsan, pengikutnya bertanya,

Pengikutnya        : Syeikh, apakah yang kau lakukan.

Abdullah Azam   : Bukankah aku berkata, berlari sehabis tenaga?" 

Sedarkah pembaca apa yang dimaksudkan berlari sehabis tenaga? [ fikirkan ]

Tidak dinafikan ilmu itu milik Allah. Kalau Dia nak bagi, alhamdulillah. Sekiranya sebaliknya apa yang boleh ana lakukan lagi. Dia lebih berkuasa. 

Namun ana mula menyedari sesuatu, kalau bukan hari ini ana tidak mengambil ilmu yang disampaikan oleh pencermah tersebut bila lagi ana dapat mengulangi detik-detik majlis ilmu ini. Kita sendiri tidak tahu adakah hari esok kita bakal masih ada peluang menghirup udara lagi?

Ada ketika hakikatnya kita hanya buat ala kadar but still kita nafikan dan cuba berkata kepada diri sendiri bahawa dia dah cuba sedaya upaya. [dituju kepada ana] Situasi ini boleh dilihat kepada pengikut Adullah Azam sendiri. Mereka merasakan bahawa mereka sudah berlari sehabis tenaga. Apabila letih, mereka berhenti.

Persoalan lagi, benarkah kita sudah berusaha sehabis tenaga?

Seperti yang ana persoalkan dalam diri ana tadi, bukankah hidayah dan ilmu itu hak milik Allah? 

Ana tidak sedar bahawa ana meletakkan semua pergantungan kepada Allah seperti monyet yang berpaut pada pokok apabila menghadapi tiupan angin yang kuat tanpa berbuat apa-apa. 

Contoh yang lebih jelas dan semua orang mahukan iaitu doa:

" Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa."

Kita berdoa memohon pada Allah supaya dianugerahkan bakal suami/isteri yang soleh dan solehah. Kemudian berhenti setakat itu sahaja dan berserah diri kepada Allah.

Adakah kita berhak mendapat yang terbaik sedangkan kita hanya duduk menunggu?

Tepuk dada tanya iman. Sedangkan Allah telah menyatakan bahawa Dia tidak akan mengubah keadaan kita sekiranya kita sendiri tidak memulakannya (action/praktikal).

Kalau hendakkan ilmu, buat sungguh-sungguh.

Kalau hendakkan hidayah Allah, cari medium untuk berubah dan berusaha bersungguh-sungguh. Jangan lengah.

Kalau lapar, cari makanan sampai dapat.

Kalau ingin cari cinta Allah, mulai sekarang approach perkara-perkara yang disukai oleh Allah.

Plus, jangan lupa untuk berdoa.

" Allah tahu apa yang ada dalam hatimu."

-Hamba yang masih struggle bermujahadah agar tidak malas ke kelas- [kantoi la sudah]










No comments

Post a Comment