31/01/2012

She Supposed To Be...(Last Part- Pencarian Cinta)


Siang berganti Malam. Maka bermulalah pekerjaan bulan manakala matahari pula beristirehat mengumpul tenaga untuk tugasannya keesokan hari. Malam juga dijadikan oleh Allah untuk manusia melepaskan lelah selepas berpenat-penat bekerja di siang hari. Melepaskan lelah lebih bermakna apabila dapat menumpukan tumpuan kepada Ilahi setelah minda manusia dipenuhi dengan pekerjaan. Pada masa ini aku mengambil peluang tersebut untuk berjemaah di masjid bersama-sama dengan Zainab dan Sarah. Selalunya berada di masjid pada waktu maghrib hingga Isyak. Sementalah itu mengambil peluang mendengar ceramah daripada ustaz sementara menunggu waktu Isyak.

Saf perempuan berada di atas manakala saf lelaki di bawah. Aku melihat jumlah jemaah lelaki sangat sedikit. Hanya memenuhi 6 atau 7 barisan penuh. Kadangkala aku terfikir di mana lelaki-lelaki yang selebihnya dan apa yang mereka lakukan pada waktu ini yang sepatutnya diperuntukkan untuk bercanda dengan Allah. Aku harap suatu hari nanti, masjid ini bakal dipenuhi dengan imam-imam. Seperti biasa setelah solat Isyak kami pulang ke hostel kembali.

" Aku suka la Ustaz Rizal bagi ceramah. Mesti ada part kelakar. Kalau macam ni, hari-hari aku nak pergi ke masjid." Zainab mula mencetus perbualan setelah masing-masing antara kami berdiam diri.

" Kelakar tu kelakar juga tapi message yang ustaz nak sampai tu serap tak dalam hati ko?" Aku bukan tidak suka apabila ada ceramah ustaz-ustaz yang selalu buat kelakar. Itu satu cara untuk mengambil perhatian audiens. Cumanya aku kurang gemar apabila orang-orang yang mendengar hanya menganggap ianya satu benda yang kelakar yang hanya disimpan di minda tetapi tidak serap ke hati.

" Amboi Isya. Aku ni asyik kena attack je dengan kata-kata ko. Bagi la aku chance nak rasa bahagia sebentar." Sarah dari tadi hanya diam. Diamnya bukannya tidak berisi. Kadang kala pendapat-pendapat yang diutarakan olehnya bernas-bernas belaka.

" Aku bukan apa, aku takut ko jadi addict dengan ceramah ustaz tadi sebab dia kelakar bukan untuk perbaiki diri dan memahami Islam. Ini hanya pendapat aku.Tiada bermaksud untuk memerli atau meninggi diri. Siapalah hamba ini untuk dibanggakan." 

" Amboi Isya, ayat ko tak boleh blah. Berbahasa pula malam ni. Apa citer ni?" Akhirnya bersuara juga Sarah. Mungkin terkejut dengan gaya bahasa aku.

" Tak ada la. Aku biasa-biasa la." Zainab memadang jengkel terhadapku.

" Tak percaya aku. Betul cakap ko Sarah. Hari ini aku nampak muka Isya berseri-seri. Sengih tak berhenti-henti. Apa kes ni kawan? Kena tangkap cinta ke? Cuba story kat aku?" Zainab tidak sabar-sabar menunggu aku bersuara sehingga sanggup berjalan lebih rapat disisiku. Macam biasa. Nak bongkar rahsia aku.

" Mana ada. Aku biasa-biasa ja. Ko tu yang lain kot." Aku cuba untuk memesong perbualan kami. Aku melihat muka Sarah dan Zainab yang tidak berpuas hati dengan jawapan aku. Kesian pula aku melihat wajah-wajah itu.

" Ok fine. Aku bagi tahu." Muka kedua-duanya berubah serta merta mendengar reaksi aku.

" Aku sebenarnya falling in love with Allah." Kedua-dua sahabat serumah aku memandang aku dengan jelek. Aku sudah hilang rasa untuk bercerita kepada mereka.

" Korang tak nak percaya sudah. Aku cau dulu la kalau macam ni." Aku berjalan laju meninggalkan mereka di belakang. Kedengaran seperti orang yang berlari dari arah belakang aku. Semakin dekat dan dekat bunyi larian tersebut. Tiba-tiba tangan aku dipegang kedua-dua belahnya. Langkahan kakiku berhenti.Tidak perlu aku menoleh untuk melihat siapa yang memegang tangan aku.

" Isya sorry. Bukan kami tak percaya. Kita percayakan Sarah?" Sarah hanya menganggukkan kepalanya. Zainab terus memulakan sesi memujuk. Sebenarnya aku tidak merajuk tapi saja merajukkan diri untuk bermanja dengan sahabat sendiri.

" Jangan la merajuk. Tak comel tau muka ko bila merajuk macam ni." Aku menarik tangan aku daripada pegangan mereka. Sepantas yang mungkin aku berlari. Setelah yakin aku berada jauh daripada mereka, aku berhenti dan menoleh. Aku senyum kepada sahabat-sahabatku. Zainab menjerit apabila melihat riak wajahku.

" Isya! Ko jahat. Suka permainkan kami." Aku ketawa. Ketawaku hilang sebentar apabila melihat Zainab dan Sarah berlari ke arah aku. Aku cepat-cepat melarikan daripada mereka. Hati aku dilambung tinggi dengan rasa bahagia.

' Allah, aku sayang mereka.'

.............................................................................................................................

Bunyi-bunyian cengkerik memenuhi seluruh bangunan hostel penginapan aku. Pada masa ini, masing-masing sedang duduk khusyuk mengadap buku-buku dan tugasan-tugasan yang perlu disiapkan. Zainab seperti biasa memasang lagu menggunakan laptopnya. Tiada headphone. Itu memberi sedikit gangguan kepada aku dan Sarah. Tiada apa yang kami boleh lakukan daripada sabar. 

Saw you from a distance. Saw you from the stage..." Konsert Zainab sudah bermula dan bermulalah peperangan kesabaran aku dan Sarah. Aku cuba sedaya upaya untuk memberi konsentrasi kepada buku pelajaranku. Kadang-kadang ada masa aku hilang fokus. Bila hilang fokus, momentum perlu lebih lagi tinggi untuk memberi tumpuan kembali. Tiba-tiba aku berasa sesuatu objek sedang melihat aku. Aku tidak menghiraukan keadaan tersebut sehinggalah baju aku ditarik dengan lembut.

" Kenapa Sarah?" Aku masih meneruskan tumpuanku. 

" Aku tak boleh nak belajar." Aku mengalih tumpuanku pula kepada Sarah. Kesian pula aku melihat keadaan Sarah.

" Apa yang boleh aku lakukan untuk bantu ko?" Aku tersenyum melihat muka Sarah seperti keanak-anakkan.

Well, why not you tell a story about your 'falling in love with Allah'. It really makes me want to know more ."

" What do you want to know actually?" Aku bertanya kembali kepada Sarah.

" Yalah. Aku tertanya-tanya macam mana ko boleh raih rasa cinta kepada Allah tu. Aku yang selama ini cuba untuk mencintai Allah pun susah. Solat pun tak khusyuk."

" Betul ko nak tau?" Aku bertanya lagi untuk melihat keyakinan dalam dirinya. Sarah menjawab pertanyaanku dengan mengangguk kepalanya beberapa kali.

" Kalau macam tu, esok lepas solat subuh, around 7 aku bawa ko ke suatu tempat. Insya-Allah, mungkin ko akan dapat jawapannya."

" Betul?" Muka Sarah sungguh excited sangat pada waktu itu.

" Insya-Allah. Kalau Allah izinkan aku tembus dalam hati ko." Aku menunjukkan jari telunjuk kananku ke arah dadanya.

" Aku nak ikut juga!" Secara tiba-tiba Zainab datang ke arah kami.

" Aik, macam mana ko boleh dengar perbualan kami. Bukan ko tengah berada di alam dunia nyanyian ko ke?"

" Allah bagi telinga dua. Sebelah dengar lagu. Sebelah lagi dengar perbualan korang. Hebat tak?" Zainab mula berbangga-bangga dengan kelebihan dia. Tapi aku tau, itu hanya gurauan antara kami.

" Aku nak join the club  juga. Boleh tak?" Zainab merayu-rayu kepada aku. Terfikir aku pada mulanya ingin membulinya. Namun aku padam niat tersebut.

" Ok. Ko boleh ikut kami."

Love you all la." Zainab memberi flying kiss kepada aku. Kemudian terus ke meja belajarnya. Sarah mencuit aku. Aku mengangkat kening sebelah kanan menandakan aku tidak memahami apa yang dia ingin sampaikan. Lantas Sarah mendekatkan wajahnya ke telinga kananku.

" Aku rasa, birthday  Nab nanti, kita kena bagi hadiah headphone. Aman sikit bilik kita nanti. " Aku tersenyum mendengar cadangan Sarah.

" Aku setuju." Ibu jari kananku bertemu dengan ibu jari kanan Sarah sebagai tanda persetujuan kami.

" Ha! Korang mengumpat aku ek?" Terkejut kami mendengar suara Zainab yang selalu datang tanpa izin.

" Mana ada. Kami ni kan baik orangnya. Lagi pun mengutuk itukan dosa cik Nab oi." 

" Ye la tu." Zainab terus memberi tumpuan kepada pelajarannya tanpa menghiraukan ketawa-ketawa kami.
......................................................................................................................

" Isya, ko nak bawa kami ke mana ni. Pagi-pagi buta pula tu. Kalau hari minggu, tambah-tambah waktu macam ni, confirm aku dah ada dalam selimut. Bestnya." Mulut Zainab sememangnya tidak akan berhenti bercakap selagi tidak tidur, makan atau belajar.

" Semalam ko yang nak ikut aku sangat. Sekarang ni just keep quiet and follow me. Okay?" 

Okay la. I follow you without make any noise." 

" Promise?" 

" Promise." Perjalanan kami diteruskan tanpa sebarang perbualan. Aku ingin membawa mereka ke suatu tempat yang menjadi tempat lepakku. Dalam beberapa minit kemudian, kami sampai ke destinasi tersebut.

" Ini ke tempat ko nak bawa kami?" Zainab seakan-akan tidak percaya tempat yang menjadi pilihan aku.

" Betul la. Ni la tempat yang aku nak bawa korang. Kenapa? Tak percaya?"

" Bukan. Tapi buat apa kita nak buat dekat bukit yang tinggi ni?"

" Lepak la. Jom Sarah duduk." Aku mengajak Sarah duduk di tempat yang selamat untuk diduduki. Zainab masih tidak berganjak dari posisinya.

" Nab! mari la sini. Lepak jom." Zainab seperti tersedar daripada khayalan terus pergi ke tempat aku dan Sarah tengah lepak.

" Apa kita nak buat dekat sini."

" Duduk la dulu." Aku menarik tangan Zainab. Meminta dia supaya duduk berdekatan dengan aku dan Sarah.

" Apa yang korang nampak sekeliling korang sekarang?"

" Pokok, burung, bukit, orang tengah joging." Seperti biasa Zainab lebih banyak bercakap berbanding Sarah. Sarah lebih suka berdiam diri sambil berfikir.

" Korang rasa best tak bila melihat keadaan sekarang ni?" Aku cuba berdiplomasi dengan mereka.

" Aku rasa tenang. Hati aku juga tenang." Sarah menyuarakan apa yang dia rasakan.

" Aku pun rasa tenang. Tapi apa tujuan kita ke sini?" Zainab masih tidak berpuas hati selagi tidak mendapat jawapan.

Chill sis. Sabar dulu. Insya-Allah nanti ko dapat jawapannya." Zainab mendengus nafas tidak puas hatinya secara perlahan-lahan.

" Aku pun berasa tenang melihat keadaan sekeliling sekarang ni. Aku dapat rasa angin yang sedang mendakap badanku ini. Aku rasa seronok mendengar nyanyian burung-burung. Aku suka tengok pokok-pokok hijau seperti melambai-lambai bila ditiup angin. Tapi ada satu masa, aku terfikir, siapa yang mengawal semua ini? Aku rasa angin mendakap aku. Tapi aku tak dapat nak mendakapnya kembali. Aku hanya boleh merasa kehadirannya. Aku juga tiada kekuatan apabila anginnya bertambah ganas."

" Jadi apa yang ko nak sampaikan kepada kami?" Sarah bertanya pula.

" Sungguh Allah lebih mengetahui keadaan manusia. Bila aku stress dengan homework, assignment, dan tugasan aku yang lain, Dia beri hadiah kepada aku iaitu keadaan sekeliling ini. Di sinilah aku mendapat ketenangan selain aku membaca Al-Quran dan bertahajjud kepada-Nya. Tiada suatu ciptaan-Nya yang sia-sia. Semuanya adalah khas untuk manusia bukan benda lain. Cuma manusia terlepas pandang dan malas untuk memikirkannya."

" Apa maksud ko, manusia terlepas pandang dan malas berfikir?" Sarah bertanya lagi. Terbalik pula keadaan sekarang ini di mana Sarah banyak bertanya dan Zainab berdiamkan diri pula.

" Contohnya masa kita sakit. Katakanlah demam. Masyarakat kita terbiasa memulihkan sakit demam ini dengan memberi ubat batuk yang beberapa kali makan terus sihat. Sometimes people tend to forget siapa yang menyembuh penyakit tersebut. They forget about Allah. Ubat memang dicipta oleh manusia. Persoalannya adakah orang yang mencipta ubat tersebut mempunyai kuasa mencipta ubat tersebut sekiranya Allah tidak mengilhamkan idea kepadanya. Acuan-acuan ubat itu sendiri pun datang daripada penciptaan Allah. Allah provided life to everybody from nothing."

" Betul juga cakap ko. Semua yang kita ada sekarang adalah daripada Allah even mac book pro. Semuanya hadiah daripada Allah buat manusia. Betapa luas sayang Allah kepada kita." Tidak terjangka aku mendengar respon daripada Zainab.

" Aku juga rasa macam tu. Tapi aku lebih terasa di saat kita dalam kesusahan, disaat-saat kita berada kesedihan, tiada siapa yang mampu memahami diri kita dan tiada siapa mampu berada disisi kita selama 24 jam kalau bukan selain Dia. Aku berasa berdosa pula kepada Allah." Setitis air mata keluar daripada mata Sarah. Aku tidak dapat mengetahui sama ada air mata penyesalan atau kegembiraan kerana dapat mengenali Allah.

" Nab, Sarah untuk mengenali Allah, sangat panjang jalannya. Seperti suami isteri yang berkahwin. Mereka juga mengambil masa untuk mengenali sesama sendiri. Bukan sehari, bukan setahun. Tetapi bertahun-tahun. Ada juga seorang sahabat aku. Dia juga ingin mengejar cinta Allah. Dia melakukan semua apa yang diperintahkan oleh Allah. Tetapi akhirnya dia beritahu aku yang dia tidak berasa apa-apa. Dia tidak dapat berasa kegembiraan tersebut. Dia mencari dan mencari. Akhirnya dia jumpa juga kebahagiaan tersebut."

" Kenapa dia tak dapat rasa keseronokkan tu?" Keinginan yang meninggi membuat Sarah bertanya kepada aku.

" Sebab setiap apa yang dia lakukan tanpa kehadiran Allah disisinya." 

" Apa maksud ko?" Zainab pula menyoal.

" Itu korang kena fikir sendiri. Asyik aku je bagi jawapan. Apa kata sekali sekala aku kerahkan minda korang ni untuk berfikir." Aku melihat jam telah menunjukkan pukul 9.00 pagi. 

" Jom kita pekena nasi lemak dekat cafe C. Sebab juga makan nasi lemak pagi-pagi macam ni." Aku tersenyum melihat wajah Zainab dan Sarah yang tidak berpuas hati dengan tugasan yang aku berikan sebentar tadi.

" Yalah. Jom la Sarah. Nanti ada orang tu mengidam pula nasi lemak." Masing-masing bangun dan menyapu debu-debu yang melekat di pakaian.

" Nasi lemak pun nikmat daripada Allah juga." Sarah berkata secara spontan. Aku, Sarah dan Zainab terseyum mendengar kata-kata itu.


 "" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"







No comments

Post a Comment